walk on wings, tread in air: Kegilaan zaman muda <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kegilaan zaman muda
2016-05-20

Tadi pagi masa siap-siap nak pi opis, aku decided nak pakai mekap.
Satu perkara yang dulu aku tak boleh tinggal, tapi now dah jadi sangat malas nak buat.
Ada la kot 3 minggu sekali je aku pakai mekap sekarang.
Naik renyah pulak sekarang bila mikirkan asal nak jumpa orang je kena bersiap bermekap segala.
Tapi kalau tak mekap kang orang menyampah pulak pandang muka aku.
Muka ko kalau ada hawa-hawa Mira Filzah takpelah jugak kan.

Dulu henbeg aku mesti ada barang mekap.
Dengan eyeshadow, eyeliner, maskara, primer utk eye, toner, mosturiser, compact powder, mekap remover - beg berat sebab benda-benda ni je.
Tu belum masuk pad, pantyliner, purse, tisu basah, tisu kering, spender extra (in case period yang kedatangannya tak dapat dijangka), sunglass.
Kadang-kadang bila jumpa customer, nak cari sebatang pen dalam henbeg terpaksa punggah semua keluar.

Now, mekap dah macam satu benda yang paling malassssssssssss aku nak buat.
Semalam aku keluar pi appointment pun aku tak mekap. Nekad. Berdoa jangan lah orang tu kejang terpaksa hadap muka aku lama-lama.
Kalau dulu, dah drive sampai ke Penang tetiba tersedar terlupa bawak mekap, sanggup aku singgah mall pi beli mekap, semata-mata untuk appointment yang tak sampai setengah jam tu.
Now, pasrah.
Mekap tinggal, lantak.
Janji pakai bedak, cukup.
Kadang aku terfikir gak, ni faktor kemalasan apekah yang bersemai dalam diri?
Nak kata faktor usia, ramai lagi yang lagi tua or sama tua ngan aku. Tapi rajin lagi bermekap-mekap.
Aku ni faktor pemalas kot.
Tapi orang tua-tua kata kalau tetiba datang rasa malas nak mekap tu, insyallah dapat baby girl. Eh.



Zaman-zaman berat 47kg, kemain lonjong lagi muka aku. Dah macam jerangkung pulak aku tengok.
Tapi yang penting muka aku dulu sentiasa bermekap.
Rambut kalau tak oren tak sah. Kalau boleh nak merah.
Kalau lipstik ni tiap-tiap hari bertukar kaler, macam-macam kaler.
Aku suka bereksperimentasi dengan warna.
Lipstik merah, lipstik cekelat, lipstik nude, semua aku tenyeh. Ada satu kali tu aku pakai warna pale pink. Konfiden gila. Padahal bibir dah jadi macam bibir negro. Kulit itam, pakai lipstik pale pink. Macam terbalik bibir aku.

Eye shadow pun sama, macam-macam kaler. Siap buat smokey eyes tu.
Pernah aku keluar berjalan pakai sebelah kaler lain, sebelah lain.
Dengan selamba tapirnya aku melangkah penuh keyakinan.
Now, dah tua-tua ni nak pakai eyeliner pun dah menggigil-gigil. Asik la tertenyeh luar kawasan.
Dulu pakai eyeliner time traffic lite pun terer. Sambil tenyeh sambil jeling mat moto sebelah. Kah Kah Kah.
Pastu sambil driving, sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan lagi tenyeh lipstik. Sap sap soi. Dah habis hot lah tu.
Sekarang sorry la. Tak kuasa aku driving sambil pegang lipstik. Baik aku pegang burger.


Tapi one thing yang tak pernah hilang adelah, aku masih suka kumpul barang mekap, especially lipstik. Walaupun tak pakai sangat. Tak pakai takpe, janji beli dulu. Esok-esok tetiba nak pakai, barang dah ada. Lipstik yang aku memang suka is Clinique.
Aku pernah try macam-macam lipstik, tapi aku akan patah balik kat Clinique.
Revlon pun best. Dulu time blaja aku suka pakai Revlon Earth color. Tak sure Revlon ni wujud lagi ke tak. Tapi color Earth tu selalu sold out.


Siapa penah pakai Clinique Chubby Stick?
Selalunya aku suka pakai yang belakang tu - Sugar Bean.
Tapi kalau bibir aku kering, aku akan pakai Chubby Stick ni.
Ni sejenis color lip balm, warna jernih-jernih je. Lepas pakai, bibir pun lembut.
Dulu time blaja, kalau bibir kering sapu Vaselin je.
Now mengada, bibir kering sapu Chubby Stick. 
Semalam aku tengok IG Clinique dia ada new colors.
So aku macam nak pi check malam-malam kang kat Subang Parade apa kaler yang best.



Ni today, aku pakai chubby stick kaler Graped-Up.
Kalau orang yang kulit putih pakai kaler ni mesti lagi cantik, sebab aku yang itam ni pakai pun dah nampak cantik. Mbahhahahahahahaha.
Kalau orang yang bangsa suka sapu lip balm je, memang sesuai pakai Chubby Stick ni.
Walaupun dia sejenis balm, tapi tak rasa melekit pun. Lepas makan pun masih ada lagi lipstik ni, tak hilang.



Tapi kalau nak bibir merah semulajadi, boleh try yang ni.
Ni scrub bibir ni.
Aku pun baru tau dah ada produk scrub bibir.
Aku masih lagi pakai scrub kat muka. Orang lain dah pakai kat bibir.
Eh tapi aku ni asal nama scrub je aku bedal, scrub muka buat pakai kat tumit pun jalannnnn.
Kiranya scrub bibir ni akan help buang kulit-kulit bibir yang kering tu, bagi bibir jadi lembut dan akan terserlahlah warna bibir yang asli.

Aku tak pernah pakai lagi produk ni tapi aku faham konsep barang natural products, sebab GreenAard pun berasaskan natural products.
Barang natural products ni takkan bagi kesan yang cepat.
Sebab dia tak ada bahan kimia yang trigger skin atau sistem badan untuk berubah secara paksaan.
Dia akan berubah secara alami.
So kalau sesape nak try produk organik, ia konfem selamat, tapi ia berubah secara semulajadi. Slow but steady.

Kalau sesape nak try guna lip scrub ni boleh contact : 019-3127121 atau KLIK SINI UNTUK FOLLOW NATURELISZ

Ok ni nak bagitau Promo Ephyra Pra-Ramadhan dah bermula.
Dah boleh beli pakej-pakej special kat bawah ni melalui website aku.
Pakej ni hanya ada kat website aku je. Kalau pi tempat lain belum tentu dapat.
So boleh usha dulu pakej yang ada pastu bawahhhhhh sekali klik ke website.

Antara pakej-pakejnya :



Beli 1 x Ephyra Collagen (30 sachet), dapat free lagi 10 sachet.
SEPULUH FREE SACHET okehhh!
Harga sama je RM197.




Beli 1 x Ephyra Collagen (30 sachet), dapat free skin bar.
Yang ni pakej yang dikekalkan tapi harga diubah.
Dari RM197, jadi RM180.
Hanya valid sehingga aku tarik promosi ni.
So bertindak biar cepat.



Yang ni pakej Inteemor yang sangat mendapat sambutan bila aku create 2 bulan lepas.
2 botol untuk RM90 only.



Yang ni pun aku buat kot-kot la orang yang pakai Inteemor nak try skin bar sekali, jadi ambik pakej penjimatan ni.


Kalau nak tengok pakej-pakej lain pun ada.



posted by aveo757 @ 6:36 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER