walk on wings, tread in air: My Stupid Boss. True Story. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

My Stupid Boss. True Story.
2016-05-24

Semalam, aku tengok movie.
Lama gak rasanya tak layan movie. Sebab takde movie yang kena dengan selera aku.
En Wan kerap jugak layan movie tapi dengan Redza. Mentang-mentang anak dah bujang kan. Maknya taknak ikut, apa ade hal. Dia angkut anak bujang dia pulak.

Selalunya aku tak berapa berkenan sangat dengan pilihan movie En Wan.
Dia tak suka tengok cerita melayu, melainkan cerita tu ada review yang sangat-sangat hebat macam Munafiq, KL Gangster and Ombak Rindu. Itupun Ombak Rindu dia kondem. Nasib baik semua cerita Rajinikanth dia tak pernah kondem. Kalau tak, aku screwdriver pusat dia.

En Wan suka layan cerita yang tak lojik macam Supermeng vs BekMeng, Iron Meng, Captain Amareka (ada ke tajuk ni? Aku belasah je), Transformer. Pastu dia suka cerita yang ganas-ganas and bingit-bingit dengan bergasak like Fast and Furious, Battleship, Real Steel....eh tak kuasa lah aku. Memang susah nak jumpa movie yang betul-betul ngam yang boleh kitorang tengok berdua. Selalunya salah sorang akan menonton atas dasar nak melayan kehendak yang sorang lagi.

Aku pulak lebih sukakan movie yang "real", it's either based on true story or true events macam John Q, Man on Fire, Catch Me If You Can, Beautiful Mind, American Gangster, Coach Carter, JFK, etc. Aku suka cerita berat yang membuatkan aku memikir. Lepas aku tengok JFK, seminggu aku cari artikel berkaitan dengan assasination dia. Seronok bila dapat baca benda-benda sejarah. En Wan pulak lebih rilex. Dia menonton sebab nak enjoy tenangkan fikiran. Aku pulak suka memikir, sebab tu dah seminggu tengok movie pun topik sembang aku ngan En Wan tak boleh move on-move on lagi. Balik-balik aku sembang pasal movie yang aku tengok tu. Tu yang En Wan malas layan aku tengok movie.

Semalam, aku layan movie ringan sikit - My Stupid Boss.
Reason dia sebab aku suka tengok gandingan Reza Rahadian and BCL.
Aku dah layan 2 movie berat Reza Rahadian, kali ni dia berlakon komedi so aku nak tengok dia leh carry ke tak.



Masa aku ngan En Wan masuk panggung, kitorang dua orang je ada dalam tu.
Tak pernah-pernah aku masuk cinema lapang takde orang macam ni.
Rupanya bila cerita dah start baru orang start masuk.
Tak ramai pun yang tengok maybe marketing tak cukup power atau maybe sebab aku tengok pun dah masuk hari ke 5, ataupun sebab weekdays. Entah. Nasib baik aku kenal Reza Rahadian. Kalau tak kenal agaknya aku pun taknak tengok.

Malangnya, cerita ni tak ada subtitle. Kalau ada, mesti lagi best.
Sebab ada certain perkataan aku tak dapat tangkap dia cakap apa. Tapi memang kelakar cerita ni.
Kalau ada subtitle aku rasa lagi puas aku tengok. 
One thing yang aku tengok kebanyakkan cerita Indonesia, warna filem dia sangat cantik.
Aku tak tau apa teknik dia, tapi aku boleh nampak beza kaler dalam movie Indonesia.

Cerita My Stupid Boss ni cerita ringan je. Takde motif apa pun. Cuma nak gelak-gelak tengok gelagat bos yang menyakitkan jiwa. Walaupun cerita ni nampak simple, tapi this is based on kisah benar seorang individu yang ceritanya dijadikan novel. Novel tu  kemudiannya jadi best-seller kat sana, and seterusnya difilemkan. Memang sakit jiwa dapat bos camni. Bersyukurlah korang kalau bos korang tak macam Bosmen (karakter Reza Rahadian).

So far aku belum lagi ada rezeki jumpa bos 3 suku macam Bosmen ni,
Tapi kalau bos yang macam Devil Wears Prada, pernah.



Aku kenal Reza Rahadian lepas tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Walaupun dalam citer ni dia bukan hero tapi watak dia strong. Movie ni aku memang wajib tengok, kalau tak, tak lengkap la pembacaan novel aku. Tapi movie ni dia ubah suai sikit endingnya. Ending dalam buku, hero mati beragan sebab rindukan heroin yang dah mati. Tapi dalam movie kurang sikit sedihnya sebab hero tak mati tapi dia kebumikan heroin depan rumah dia. Aku rasa kalau dia follow betul-betul macam buku, konfem bengkak-bengkak mata aku melalak.



Movie Reza Rahadian yang sangat-sangat bagi impak besar adalah Habibie & Ainun.
Omigod cerita ni aku rekod, sampai sekarang aku tengok lagi. Lebih 10 kali dah aku tengok. Tiap kali tengok, tiap kali tu aku nangis. Karakter Reza dalam movie ni habis-habis Presiden Habibie. Dengan ton suaranya, cara jalan, gaya bercakap, gaya gelak, semua hampir sepesen. Sedih cerita ni.



This is another inspiring story. Aku tengok 3 kali.
Presiden Jokowi ni memang dia penah bagitau idola dia is ayah dia. 
Bila aku tengok movie ni aku setuju kenapa dia jadikan arwah ayah dia idola.
Arwah ayah dia ni tukang kayu je, tapi ayah dia punya common sense and nilai kemanusiaan sangat tinggi. Lepas tengok cerita ni, habis semua video kat You Tube pasal Jokowi aku gugel.



This!!! Wajib tengok.
Siapa lah yang tak kenal Soekarno and cara dia lead Indonesia, kan?
Malas cerita panjang, pandai-pandai la gugel kat YT carik. Ada video dia kat YT.


Aku memang suka cerita-cerita macam ni.
Lepas tu aku akan cari artikel untuk aku baca pulak sampai aku puas hati.
Siapa yang belum tengok movie JFK, ce try tengok. 3 hours punya movie. Cerita berat, tapi sebab pelakon utama dia Kevin Costner, terus aku rasa macam tak berat. Costner berlakon jadi lawyer yang membicarakan kes pembunuhan JFK, bukan dia berlakon jadi JFK ya. JFK tak sulah macam dia. Hahahahah.

Bila aku tengok JFK, tak tau apesal, aku terfikir tentang MH370. Dalam movie JFK tu boleh tengok how peliknya pembunuhan Presiden lebih dari 50 tahun masih tak dapat dirungkaikan siapa pembunuh and motif pembunuhan. Yang dorang tangkap tu (Oswald) adalah 'pembunuh' yang meragukan. Seolah-olah macam nak tutupkan kes je. Towards the end of the story, the lawyer dapat rasakan yang terlibat dengan pembunuhan JFK was Washington sendiri (orang-orang White House). Elok je lepas JFK mati, adik dia Robert Kennedy mati kena tembak lepas menang bertanding. Kan ke motif sangat tu??

Korang tengok la cerita tu.
Cerita tu buatkan aku terfikir, kalau Presiden dorang sendiri pun dorang leh manipulate story, apa sangatlah trajedi-trajedi kat Malaysia ni.
Nak tuduh angkara suku-sakat dorang tu tak jugak, tapi lepas tengok JFK aku rasa, boleh jadi :).
Tengoklah. Lepas tu kita open table.


posted by aveo757 @ 9:44 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER