2016-04-01

Kawan dengan singa!


Sang Nila Utama pesan kat aku banyak kali.
Kalau duduk dengan singa yang berani, kita akan jadi makhluk berani.
Kalau melepak dengan kambing, kita tak ada pilihan melainkan TERPAKSA jadi penakut macam kambing jugak.

Dalam kata lain, kalau kita melepak dengan orang baik-baik, orang yang cenderung untuk beramal soleh, insyallah kita juga lama-lama cenderung ke arah tu.
Kalau kita melepak dengan orang-orang berjaya, maka kita TERPAKSA jadi berjaya.

Abu Talib, contohnya.
Bapak saudara Rasulullah saw.
Memang baik sangat dengan Nabi.
Kalau ikut formula kat atas tu, patutnya dia jadi Islam.
Tapi hingga habis hayatnya dia masih tak beriman pada Allah.

WHY?

Sebab Abu Talib lagi banyak habiskan masa dengan geng-geng yang tak sehaluan dengan para muslimin termasuklah si Abu Jahal.
Geng tu ramai.
Sedangkan Rasulullah saw sorang.
Dek kerana geng-geng tu ramai, jadi aura mereka lebih kuat.
Suara mereka, kata-kata mereka, nasihat mereka, apa yang mereka lakukan lebih dekat di hati.

Betapa besarnya efek bila kita duduk bersama orang yang kurang tepat.
Bukan orang salah, tapi kurang tepat.

Ada beberapa orang yang mempengaruhi hidup aku sekarang.
Antaranya Sang Nila Utama.
Daripada aku pakai tak cukup kain (dulu kain mahal), sampai sekarang, dia masih berkawan dengan aku.
Dia adalah orang yang kalau diajak bercerita tentang sejarah Nabi, sampai mengalir airmata dia bercerita.
Dalam masa yang sama dia sangat berjaya dengan urusan dunia dia.

Second, salah seorang reader blog ni juga, founder Sanggul Event Management - Zawiah.
Single mother yang sangat humble.
Aku ingat lagi dulu-dulu dia penah mesej aku "Di, dah nak bulan puasa ni job aku kurang. Orang tak buat majlis kawen. Tetiap bulan at least RM15K aku kena keluarkan untuk gaji and operation cost. Kau promotekan bisnes aku ya?"

Tu dulu.
Sekarang takyah promote dah.

Now, sampai tak menang tangan.
Sehari kadang-kadang sampai 4-5 event dia cover.
Team pun dah semakin besar.
Dah ada building sendiri.
Event dia pilihan orang-orang kenamaan termasuk Menteri.
Even PM Najib sendiri pernah gunakan khidmat company dia untuk buat majlis makan-makan.

Sorang lagi, founder Ephyra - Miza.
Dulu rajin la aku melepak ngan dia.
Now masing-masing makin busy, dah jarang jumpa.
Dia pernah kata kat aku "Di, sebagai orang bisnes of cos aku suka kalau kau tumpukan je marketkan produk aku. Tapi as a friend, aku galakkan kau produce produk sendiri sebab kau dah ada strong medium. Kau nak buat collagen pun takpe".

Payah kan nak jumpa orang macam ni?
Dia tau kita boleh jadi bakal competitor dia, tapi dia still bagi sokongan.
Tapi, sebab aku lebih berminat dengan health and herbs research, jadi biarlah aku fokus kat health dulu.

Zawiah and Miza, dua orang kawan yang sama-sama berjaya dalam bisnes, dan 'menarik' aku untuk jadi berani macam dorang.
Zawiah paksa aku attend seminar Dr Azizan.
Miza siap masuk lagi seminar Dr Azizan semata-mata nak pastikan aku join the seminar tu jugak, padahal dia dah attend seminar tu.

3 kali aku attend seminar Dr Azizan.
Memang aku nampak and rasa perbezaannya.
Bukan maksudnya attend seminar, lepas tu kau terus jadi berjaya. Tak.
Ada juga yang attend berkali-kali tapi habis kat situ je, tak kemana-mana pun.

Yang aku maksudnya perbezaan yang dirasa tu adalah ini.
Masa mula-mula aku join tu aku try yang free talk punya.
Lepas tu aku teruja nak try yang berbayar.
Aku ambik yang paling murah punya, RM197/seorang.
Dapat duduk kat tengah-tengah dewan yang besar.
Kadang-kadang tercampak ke belakang-belakang sikit.

Duduk di kalangan orang yang bayar RM197/seorang ni bukan tak bagus.
Ada di antaranya yang bagus.
Tapi lagi bagus yang duduk seat mahal.
Nak tau kenapa?
Sebab yang duduk seat RM197 ni level dia lebih kurang aku je dulu.
Level yang baru nak try-try join seminar.
Baru nak blaja bisnes.
Ada tu yang belum ada bisnes and tak tau nak buat apa pun lagi.
Ada tu yang datang sebab bos hantar (makan gaji).
Jadi aura tu tak sampai sepenuhnya.
Masing-masing masih lagi aura yang tak seimbang.
Lebih banyak kata "Takutlah...", "Tak berani...", "Apa nanti orang kata...", "Seganlah...".
Kita nak jadi positif pun tak berapa nak pergi.
Kita tak semena-mena jadi segan and takut jugak.

Seminar yang ketiga, aku terus ambik pakej paling mahal - RM5997/seorang.
Duduk depan.
Duduk bersama kalangan orang-orang yang bisnesnya dah strong, keyakinannya tinggi, aura positifnya menebal, pengalaman bisnesnya sudah mantap, jenis yang tak takut, main redahhhhh je.

Memang lain impaknya.
Bila duduk bersembang dengan orang yang mantap, percakapan mereka juga konfiden (bukan eksyen ya), bisnes history yang kukuh, pengalaman yang boleh dijadikan panduan - maka kau TERPAKSA jadi bersemangat untuk berjaya.

Kuat tak kuatnya impak tu, habis je 3 hari seminar yang ketiga ni, aku terus setup GreenAard and dalam masa yang sama rombak balik pengurusan Fleur by Mrs Him.
Impak tu bukan hanya datang pada the talk, tapi juga pada aura sekeliling.
Mingle dengan orang-orang sukses nak tak nak kau terpaksa sukses.

Ada orang kata sesape masuk seminar motivasi, be it SifuFBAds, Dr Azizan, Irfan Khairy, kau akan berjaya.

BELUM TENTU!

Sebab tak semua yang tau, dia buat.
Ramai yang tau, tapi tak buat.

Asal orang cakap je "Aku tau dah ni...."

Tau dan buat adelah 2 benda berbeza.

Sebab tu bila aku baca ruangan komen-komen kat page motivator ni ada je yang jenis hati bangkai cakap "Tipu! Jual air liur jadi jutawan!"

Tu semua set-set kambing.



Siapa buat online bisnes, try masuk ni.

Aku pernah up-kan status kat FB tentang salah sorang follower FB yang guide aku untuk buat FB ads.
Dia ni la orangnya.
Kali ni dia bukak seminar dengan THE SPAZIO Menara Naza TTDI Shah Alam.

Ajak la member datang berdua, boleh dapat murah sikit.
Kalau sorang RM397.
Kalau register 2 orang dapat diskaun RM100 sorang.

Ni aku bagitau apa tajuk yang dia akan ajar :

1. 9 April.
Kenali audience. Siapa audience yang tepat.
Lepas tu dia ajar camne nak buat copywriting. Ni penting untuk buat ads yang bagus.
Dia ajar Hardsell vs Softsell.

2. 9 April.
Dia ajar camne nak pilih gambar yang memukau supaya jadi tarikan pembaca dan gambar apa yang salah dan tak patut guna.
Dia ajar teknik iklan, boost ads, buat video.

3. 10 April.
Dia ajar camana nak close deal dalam masa 2 minit

4. 10 April
Teknik Guerilla Marketing.
Apps untuk peniaga FB.
Dan cara buat zero cost marketing.


Zero cost marketing ni aku suka.
Especially kalau kau ada blog.
Bila haters tak suka, dia akan highlite nama kau kat mana-mana forum.
Dan orang pun berpusu-pusu masuk blog kau.

FREE MARKETING namanya. Takyah upah orang review.

Sesiapa berminat ESPECIALLY AGEN GREENAARD, mohon beramai-ramai masuk seminar ni.
BELAJAR!
CARI ILMU!

RM297 mahal?
Yes, memang mahal.

Macam tu la aku rasa dulu masa nak keluarkan RM5997.

Tapi now bila aku kenang-kenangkan balik, modal aku yang RM5997 tu la yang membawa kepada sales berangka-angka sekarang.

So, jangan kedekut.
Anggap je la RM297 tu downpayment kau beli baju kurung Rizalman.
Untung-untung raya tahun ni benar-benar pakai baju Rizalman :)

Kalau nak buat payment kat bawah ni ya :

Maybank : 562263513350 (Rina Rich KL)
CIMB : 7603745155 (Zarina Abd Aziz)

Hantar bukti pembayaran berserta details di bawah ke 019-3027111.

Nama :
I/C :
Phone :
Email :
Jumlah :