Tak ada yang lebih menyeronokkan bila orang nakkkkk sangat pakai baju-baju Fleur by Mrs Him.
But, not this one.
Seriesly aku tak appreciate this kind of attitude.
Aku tau perasaan frust-nya tu macamana bila kita nak sangat pakai satu-satu baju tapi takde size.
Aku pun pernah berada pada fasa size S sehingga size XL!
Aku pernah rasa badan berat 41kg (underweight) sampai baju kurung size S pun gelebeh dipakai.
Aku pernah 'membesar' sampailah ke 58kg terpaksa masuk Ms Read sebab baju-baju size biasa dah tak muat masuk badan.
Tapi aku sedar diri.
Aku masuk kedai, try baju, tak lepas.
Tanya ada tak size lagi besar.
Bila promoter cakap takde, aku say thank you and blah.
Tak terpikir pulak aku nak sound budak tu "Apesal baju-baju size kecik je?".
Aku malu nak cakap macam tu.
Sebab aku sedar diri, tempat aku bukan di situ.
Aku sedar diri yang sebenarnya badan aku yang besar, bukan baju tu yang kecik.
Aku sedar diri kalau kita nak pakai baju di kedai, kita kena fit the baju, bukan baju tu fit kita.
Kalau nak baju fit kita, kau kena gi tempah.
Sebab tu ada market for petite, ada market for standard size and market untuk plus size.
Tak semua pengusaha pakaian boleh cover semua market.
Kalau boleh pun, ada yang pilih untuk taknak cover semua.
Dia fokus pada target crowd dia sendiri.
Ragam customer memang pelbagai.
Nasib baik admin aku PR-nya bagus dan kesabarannya agak tinggi.
Maka dia layankan aje.
Dulu masa awal-awal aku buat jubah, orang yang tinggi-tinggi kata jubah aku singkat.
Dorang mintak buat labuh.
Bila buat labuh, orang yang rendah-rendah cakap labuh sangat kena potong banyak.
Rugi dah beli mahal-mahal pastu kena potong.
Nak potong kena bayar lain pulak kat tailor masing-masing.
Hujung lengan kecik, lain kali tolong buat besar sikit.
Bila dah dibuat besar, yang tangan-tangan halus cakap besar sangat, nampak dalam tangan pulak. Malas nak pakai hand socks.
Yang jenis lengan besar mintak lubang ketiak buat besar.
Yang lengan kecik mintak kecikkan sikit sebab badan nampak gemuk bila lubang ketiak besar.
Eh, lama-lama aku pikir balik, yang komplen ni setakat 3-4 orang je.
Baju aku sekali produce beratus.
Dah kalau yang beratus pakai tak apa-apa, salah baju jugak ke bila 3-4 orang ni komplen?
Badan besar ke, badan kecik ke, tak pernah jadi salah.
Yang salah, bila adab tak ada.
Kot ye pun frust baju yang kau minat tu sizenya takde, tak boleh ke express kekecewaan tu dengan lebih bersopan?
Biar nampak diri kita ni bijak dan layak dihormati.
Aku tau ada certain customer rasa dia berkuasa.
Kalau dia tak beli, bisnes orang tu boleh jatuh bankrupt.
Aku ada baca komen-komen kat henbeg Fashion Valet baru-baru ni.
Ada Hamba Allah tu komen "Dah beli. Biasa je. Not going to buy again".
Apa keperluannya kau komen macam tu?
Kau nak buat review, biar professional.
Buat review kat ruangan FB kau sendiri, kat blog kau sendiri.
Bukan pegi 'review' kat page owner.
Tu bukan saja kurang ajar, malah kurang peka dengan tahap kebodohan diri sebab tanpa sedar telah memperlihatkan kepada ramai betapa rendahnya judgement kau.
Bodoh tu plis simpan sorang-sorang.
Kau taknak beli, silakan.
Owner dia tak kaya dan tak miskin pun dengan duit kau yang beli setakat seketul henbeg tu.
Ramai lagi nak beli. Ramai lagi yang suka. Citarasa dan keperluan kita semua tak sama.
Masa aku kat TiMOR FEST baru-baru ni, ramai yang berkenan dengan jubah Ayisha.
Kalau boleh diibaratkan, 100 orang masuk booth, 95 orang akan tanya jubah Ayisha.
Bila dengar harga RM250, "Eh, mahalnya!"
Padahal dalam booth aku tu ada banyak jubah lain, range from RM100 sampai lah RM250.
Tapi kau pegang yang RM250 jugak.
Taknak pulak ko pegang yang RM100 tu.
Bila dengar harga, buat muka bengang. Abis camne?
Produk cantik, material cantik, of course datang dengan harga yang lebih 'cantik'.
Ada sorang customer tu, En Wan kata hari Jumaat dia datang ke booth bawak 2 orang anak bujang dia.
Dia masuk booth sebab anak dia berkenan ngan kurta Khalifa.
Pastu dia berkenan ngan Jubah Clara (ni belum launch lagi).
Dia tanya harga, and bayar.
Esoknya tu dia datang lagi (tapi masa ni aku lepak kat hotel so tak dapat jumpa).
Kali ni dia beli Jubah Laurel pulak and 3 lagi kurta nak pakai sedondon pagi raya nanti dia kata.
Customer jenis ni, dia tau apa yang dia nak.
Dia tau budget dia.
Dia tau size dia.
Dia tau jubah yang labuh boleh dipendekkan.
Settle.
Tak banyak cerita.
This is not custom-made kau nak komplen pasal size besar size kecik.
Kalau custom-made tu lain la kau nak komplen sebab baju tu dibuat ikut ukuran kau.
Kalau besar, layak la kau komplen.
Tapi jubah-jubah aku ni dibuat ikut size pilihan Fleur.
Kita sediakan carta size sendiri, maka itu sajelah size yang ada, S to XXL only.
Honestly, aku happy.
Happy sangat bila orang berkenan sangat dengan produk Fleur by Mrs Him sampai bengang bila size badan dorang takde.
Tapi jangan biadap plis.
Lusa aku dah gerak ke Penang untuk Vendeur Festival, di SP Arena Seberang Jaya, on 2-3 April.
Fleur by Mrs Him ada kat sana.
GreenAard pun ada kat sana.
Please come :)