Sebelum start apa-apa nak bagitau OHSEM DEAL EPHYRA BUY 3 FREE 1 dah ditutup.
Merayu-rayu pun aku takkan open dah.
Sebab kalau buat deal tu lama-lama akan menyebabkan bankrupsi.
Ok Vendeur Festival Penang went well.
Aku datang on Saturday, again dengan flight. Alone.
Wah, semakin berani nampaknya aku naik flight ni.
Kemain galak sangat kejap-kejap fly, kejap-kejap fly.
Tapi kali ni lagi hebat sebab aku walk in just terus ke Subang Airport, tanya kaunter apa tiket ke Penang yang paling cepat. Bayar. And fly.
Dengan hanya membawak beg galas Superdry En Wan.
Terasa rock pulak tiba-tiba.
Alhamdulillah flight ok.
Cuaca ok.
Penang takde la panas sangat kot. Ok lagi tu.
En Wan pun tak tau aku datang hari tu.
Dari Penang aku ambik taxi terus ke SP Arena.
Memang aku datang mengejut. Saje nak tengok apa yang terjadi sebab En Wan dok la mesej aku "Ramai cari awak ni.."
Tak sampai ati lak aku. Tu yang terus shoot ke Penang.
Kebetulan booth depan and tepi aku takde orang (tak jadi join).
Jadi stok-stok dapatlah tumpang kat booth kosong ni.
Maka selesa la sikit customer nak keluar masuk booth.
Kalau tak jenuh la jugak nak menyusun stok-stok segala biar kemas.
Lepas tu everytime orang nak beli baju, kena punggah balik kotak-kotak tu untuk ambik stok. Letih!
Fleur Men jadi tumpuan kat sana.
Maybe jubah is too mainstream dan banyak sangat pilihan, sekali kurta moden pulak ada kat sana, now tinggal 5 helai je lagi kurta.
Petang Sabtu tu lagi aku dah mesej admin aku, tukarkan semua inventory dalam website kepada zero stock sebab tak jamin stok masih available by the time kitorang balik nanti.
Tapi insyallah, lagi 10 design kurta Khalifa akan sampai.
5 antaranya warna yang sama kita restock sebab ada permintaan tapi tenunnya warna lain.
5 lagi betul-betul new color yang lebih kalerful.
Dan En Wan open untuk order size XXL and XXXL.
Sila email En Wan kalau nak pre-order 2 size ni : wuw757[at]yahoo[dot]com
Kitorang duduk kat hotel feveret aku di Seberang Jaya - The Light Hotel.
Dah lima kali aku lepak sini. Memang puas hati.
Sebab malam-malam meriah je kat depan tu.
Selama ni aku duduk pulau akan duduk kat Vistana (sebab dekat ngan USM).
Kalau malam memang menakutkan sebab sunyi gila.
Tu pasal aku payah nak tido sebab terlampau sunyi. Hahaha.
Lagipun depan hotel The Light ni banyak kedai.
Parkson pun ada.
Fast food bersepah.
Aku ni kalau dekat ngan tempat makan kira dah ok dah tu.
Dorothy Printed Blouse pun sold out di sana.
Memang printed blouse ni aku tak berapa nak highlite kan kat website sebab kain dia chiffon.
Jadi kena bawak pi booth supaya orang tengok sendiri material tu. Kalau puas hati baru beli.
Ada sorang customer tu beli jubah sampai 4 helai sekaligus.
Dia cakap "Saya jarang jumpa booth yang jual abaya saja. Selalunya mesti dress".
Masa aku decide nak buat jubah under label FBMH, aku nekad nak buat abaya saja.
Biarlah jubah tu benar-benar potongannya longgar, nama pun jubah.
Jadi aku nekad buat potongan abaya.
Mula-mula ingatkan abaya takde orang pakai. Sebab abaya kan potongan lurus. Tak nampak lekuk badan, nanti nampak macam gemuk pulak.
Eh rupanya ramai yang suka abaya.
Kat sana aku pakai koleksi jubah aku.
Nampak la lain sikit kan.
Tapi aku boleh la pulak lupa bawak shawl warna lain, maka lenjan lah shawl hitam yang seketul ni sampai 2 hari.
Ini pandangan jubah Laurel dari belakang.
Disebabkan jubah ni lebih tekankan design bahagian belakang, so aku snap gamba belakang je la.
Malam pertama kat sana aku sampai jugak ke Padang Brown.
Ok pasni aku dah tau dah nak pekena pasemboq kat mana.
Taknak layan Gurney Drive dah pasni.
Memang kena pi Padang Brown je.
Lebih teratur, lebih banyak pilihan, yang penting lebih bersih.
Pasemboq sotong pun sedap.
Muka pun dah berlengas bertugas kat booth punya pasal.
Kepenatan sangat-sangat tapi pasemboq punya pasal, balun tetap balunnnnnn.
Pekena pulak ABC jagung selambak macam ni, memang sorry la aku nak pelawa En Wan.
Sape suruh tak order?
Jangan harap aku nak kasi sikit.
Tapi dia punya coconut shake aku mintak sikit. Sape suruh bagi? Hahahahaha.
Malam tu tidoq dengan lenanya sebab penat satu hal, satu hal lagi dapat penuhi tekak aku dengan pasemboq sotong yang sedap and ABC.
Nikmat dunia yang tak dapat didustakan!
Esok pagi lepas breakfast, terus ke booth lagi.
Booth lain belum bukak, kami dah menjual dulu.
Tak sempat aku nak merayap pi tempat lain, memang lepak kat booth je.
Tapi aku tau la ada brand Naelofa, Emma Maembong, and a few celebrities punya brand.
Orang kata patutnya artis-artis ni datang, tapi sampai ke sudah takdak.
Takpela, takde artis pun orang datang jugak.
Berlaku depan mata En Wan.
Selalunya kat mana-mana event macam ni akan disediakan goodie bags.
Ni semua sebagai tarikan pengunjung. Biasa la marketing.
Manusia kan mudah tertarik pada benda free.
Kebetulan booth kitorang dekat ngan pintu belakang, so antara laluan ke pintu belakang tu akan lalu depan booth kitorang.
En Wan kata selamba je ada manusia-manusia ni ulang-alik ke depan beratur just nak dapatkan goodies bags.
Berulang kali patah balik dengan bangganya.
Teknik marketing guna goodie bags ni bagus untuk tarik crowd datang event.
Tapi kalau just datang nak dapatkan gift pastu blah, haihhh entahlah. Tak reti aku nak cakap.
Dapat aku jumpa dengan reader-reader di Penang.
Terima kasih sebab datang booth jumpa aku.
Yang bawak buah tangan, thank you.
Ada yang tak sempat nak jumpa, tapi berkirim buah tangan, sorry sangat.
Aku tak sepanjang hari ada kat booth. Insyallah bila-bila kita jumpa lagi.
Ni nak bagitau, jubah CHLOE and DESTINY tinggal tak sampai 20 helai je lagi.
Stok untuk kurta and kurung aku akan masuk bila-bila masa, jadi aku nak jimatkan space dalam kedai.
So ada SALE di website untuk 2 jubah ni.
Harga istimewa.
Boleh ke link bawah ni untuk order ya :
1. JUBAH CHLOE
2. JUBAH DESTINY
Kitorang balik ke opis semula semalam pukul 6.30 pagi dengan menaiki lori barang. Hahahaha.
Best jugak sesekali buat camni.
Jenuh la member sebelah bawak manual.
Seb baik tak sangkut-sangkut.
Coming soon ini...
THANK YOU ORANG PENANG!