2016-03-30

Wedding Jihan Muse and Ungku Hariz


Balik dari Terengganu, sampai rumah around 5pm.
Ada 2 jam saja lagi untuk aku melepak jap regangkan apa-apa yang patut sebelum keluar untuk tugasan seterusnya.
Bukan jemputan tau, tapi tugasan.
Ke majlis persandingan Jihan Muse & Ungku Hariz kat THE SPAZIO by Sanggul, Menara Naza Shah Alam.
Nasib baik Shah Alam. Kalau KL harus aku melepek.

Majlis start 8pm, tapi aku bajet takkan la 8pm pengantin berarak kot.
Mesti la pengantin solat Maghrib dulu.
Jemputan pun mesti Maghrib dulu baru datang kan.
So aku pun bersantai-santai je. Pukul 8pm baru keluar rumah.

Tema majlis Melayu Klasik.
Menggagau aku pagi Ahad tu keluar redah butik batik kat Kuala Terengganu nak cari baju kurung.
Memang baju kurung aku banyak kat rumah, tapi baju kurung lama, besar sikit.
Dapat jumpa selai baju kurung kat Atikah Songket.
Gila mahal batik skarang.
Padahal baju yang aku beli tu takde la cantik nau, cuma En Wan suka warna tu. So aku rembat la jugak. Malas pikir dah.

Aku datang sebagai blogger, bukan tetamu Jihan Muse tapi tetamu tempat Jihan buat majlis tu iaitu The Spazio by Sanggul.
So aku ke sana sebagai blogger yang akan highlite The Spazio by Sanggul.
Tapi kebetulan yang kawen tu artis, so bonus la untuk aku. Hehe.




Cantik sangat majlis ni.
Kalau nak buat outdoor wedding, sesuai kat The Spazio ni sebab view cantik, tingkat 5 ya u olsssss.
Kalau buat malam, view lebih cantik, nampak lip lap lip lap lampu bangunan keliling Seksyen 13 tu.
Tepi kolam lagik.

Kebanyakkan outdoor wedding yang aku attend, tempat dia tak dibina untuk outdoor wedding.
Tapi The Spazio by Sanggul ni memang dia buat khas untuk outdoor wedding/event.
Jadi takde masalah sebab segalanya dah dibuat khas untuk tujuan tu.
Kau tak nampak wire berselirat sana sini cucuk plug tambahan sana plug tambahan sini.


Ni salah satu impian perkahwinan aku dulu.
Penuh dengan bunga sarat-barat like this.
Tapi nama pun impian kan.
Memang forever impian je lah.
Yang ni tempat Jihan potong kek.


Pelamin ada sentuhan perkahwinan melayu lama, sebab ada kerawang-kerawang.
Dulu masa kawen Ibal aku nak sangat buatkan pelamin macam ni, tapi adik aku tu nak tema moden pulak dah.



Nampak tak objek yang aku bulatkan tu? Yang tengah menganga tu.
Beria aku bersembang.

Masa aku sampai sana aku tak tau aku kat meja mana.
Bila aku perkenalkan diri, satu brader tu dah bawak aku masuk kat dalam bilik VIP.
Aku macam, eh takkan aku kat sini kot. Aku bukan jemputan pengantin nak duduk dalam ni.
Aku pun duduk luar.
Dah siap makan sepinggan bagai, sekali team The Spazio panggil aku duduk dalam. Rupanya ada seat kat dalam. Memang betul rupanya tempat aku dalam bilik VIP tu.
Masa tu kat dalam dah sampai a few artis like Era Fazira, Raja Azura, Zain and anak dia (Che Ta tak datang), lepas tu anak Dato' Susilawati yang run NV tu sape ntah nama dia. Dia pun ada dalam tu.

Aku pun masuk dengan buat muka sardin 18 tin.
Memang sardin habis la kot sebab dalam tu semua artis oiii.
Mekap semua kaw-kaw, baju merelip. Aku???
Fine, Takyah cerita.


Adik ni suara sedap gila.
Lagu-lagu semua lagu melayu asli.
Memang kena sangat ngan telinga aku.
Yang tak biasa tu memang bernanah la kot.



Tengah aku tertoleh-toleh sebelum masuk bilik, aku terpandangkan kelibat seseorang.
Takyah pikir lama, dia punya ingatan tu terus berdesupppppppppppppppp masuk dalam kepala.
Aku bangun terus berlari kat meja dia.

"Assalamualaikum En Hamzah....." 

Dia toleh sambil senyum "Yes..?"

"En Hamzah, ingat tak saya? Eh En Hamzah dah Dr ke? Saya panggil Encik je ni"

"Eh, belum. Belum"

Tapi aku tau dia takkan ingat punya sebab dah 16 tahun kot aku grad.
Lagipun masa blaja dulu aku tak berapa muslimah. Hahahaha.

"Saya student UNIMAS. Ambik kelas Basic Acting"

Pastu dia gelak.

"Awak perform apa dulu? Tanah Bernanah?"

Terus aku pulak gelak.
Ya ampunnnnnn, teater Tanah Bernanah!
Teater tentang kehidupan setinggan. Dalam cerita tu aku pair dengan ex-boifren aku berebut turn guna paip air.
Aku berkemban dalam cerita tu okeh.
Gila daring punya nak menghayati watak kekdahnya sampai berkemban.

Oh my myyyy.
Tak sangka dapat jumpa balik lecturer yang sebat pantat aku sebab aku tak hafal skrip.
Tu belum lagi kalau skrip kau tak sampai ke penghayatan.

"Feel, mana feel??? LONTARKANNNNNNNNNN!!!!"

ZASSSSS sekali kat bontot.

Kena sebat pun sebat lah En Hamzah.
Disebabkan sebatan tu la saya dapat A akhirnya.

Alhamdulillah En Hamzah sihat sampai sekarang.
Now di UiTM.



10 minit lepas aku masuk dalam bilik, Pak Nil sampai.
Ya Allah, Pak Nil ni memang jenis yang sangat hormat majlis lah.
Betul-betul ikut tema ni!
Slim gila and nampak muda betul.
Tak seiring dengan usia sebenar.
Memang betul la kalau kita nak cantik, kita masuk dalam kelompok yang sukakan kecantikkan. Lama-lama kita pun suka bercantik-cantik.
Kalau kita nak bergaya, duduk dengan geng-geng suka bergaya. Lama-lama kita pun sama-sama nampak bergaya.
Sebab tu artis-artis yang tak cantik pun lama-lama jadi cantik sebab dorang berada dalam kelompok yang bergaya, lama-lama terikut-ikut.
Tapi jangan sampai bankrup dek kerana nak bergaya ya.



Masa ni Jihan belum berarak lagi. Tapi masing-masing dah start makan. Aku dah tak larat nak makan lagi lepas bedal sepinggan nasik kat luar. Lauk kat luar and dalam sama je aku rasa. Tak sure la kalau ada lauk lain sebab honestly aku tak berapa makan sangat lauk-lauk rumah orang kawen ni. Kalau ada ayam goreng rempah memang tu je la yang aku ambik makan ngan nasik. Lain-lain tak sentuh dah.


Ni lauk kat meja VIP.
Ayam masak merah dia sedap.





Hiasan atas meja VIP pun tak sarat.
Cuma ada bunga seketul.
Itupun aku dah rasa macam nak alihkan je sebab ai tak nampak muka artis yang duduk depan. Kah Kah Kah.

Door gift ada telur pindang, cekelat satu kotak macam kotak Ferrero Roche tu, ada a few cookies and apa ntah lagi dalam beg tu sampai skarang aku tak punggah lagi check apa ada kat dalam.

Tapi untung jadi artis sebab banyak benda ko boleh jimat sebab orang mesti bergasak nak sponsor majlis kau. Kadang-kadang tu bukan dimintak-mintak sponsor tapi dah orang nak bagi kan, ambik je la.



Meja aku sebelah meja PakNil.
Kat meja ni ada Era and anak, Raja Azura and anak, Pak Nil, anak Datuk Sosilawati and husband.

Era bagus.
Kat wedding ni pun dia masih lagi bawak buku untuk anak dia buat latihan.
Anak dia study kat meja tu okehhh.
Aku tak tau nama anak dia ni apa tapi tinggi and yang penting anak dia bawak henbeg LV.



Sebenarnya kan aku tak ambik gamba pun.
Gamba-gamba ni semua En Wan ambikkan.
Aku kelemauan.
Lagipun aku datang untuk The Spazio by Sanggul, bukan datang untuk highlite artis jadi aku segan sikit nak ambik-ambik gamba ni.
Dalam ni memang jemputan khas. Ramai artis. Yang bukan artis tak sampai 10 orang dalam bilik ni. Tak best la kan kita yang tak artis ni nak bergamba-gamba ngan dorang. Kasik chan la dorang layan nasik kenduri dengan tenang tanpa gangguan orang sibuk nak bergamba sana sini.

Ramai muka-muka artis tapi aku tak berapa nak tau sape nama dorang. Tapi semua muka aku biasa nampak.
Sebenarnya tak semua artis duduk dalam bilik.
Ada yang kat luar.
Kenal gak muka-muka tu cuma nak sebut nama tak reti.


Cantik kecik molek je pasangan pengantin ni.
Cantik je Jihan ni aku tengok. Sape kata Jihan tak cantik?
Persalinan tema melayu klasik yang dorang pakai ni pun cantik je.
Aku suka hand bouquet dia.



Ini dayang-dayand Jihan.
Elfora Loy, Nad Zainal, Zara Zya, Fara Fauzana, Shila Amzah, and Sharifah Sakinah.





Masa gambar ni diambil, aku kat dalam bilik layan teh tarik.




Rupanya ada tarian bagai kat luar.
Aku pun baru tau.



Nah tengok ni mini konsert.



Nabil macam biasala pengacara majlis.
Havoc gila Nabil asik menyakat Jihan je.
"Tak sangka aku, kawen jugak rupanya Jihan. Cantik Jihan sekarang. Seb baik aku dah kawen".



Lepas bacaan doa Jihan masuk bilik kitorang untuk makan beradap.
Comel je meja dorang betul-betul untuk dorang berdua je makan.


Yang jadi tumpuan dalam bilik ni adelah Ecah, anak Che Ta.
Che Ta tak datang sebab ada kat Ipoh untuk Gondola Ipoh.
Bagus Zain. Sanggup dia layan anak dia bawak datang majlis kawen.
Anak dia pulak senangnya nak jaga. Ngan semua orang pun dia nak. Jadi bapaknya boleh la makan and bersembang dengan aman sebab Ecah pandai bawak diri.


Yang ni aku tak ingat nama sape tapi aku tau dia artis.
Cantik sangat!
Anak pun comel je.



Raja Azura ni kan sebab dia bergandingan dengan Era and Che Ta jadi nampak dia gemuk padahal tak!!
Badan dia just nice je. Tak gemuk tak kurus.
Elok je pakai kebaya aku tengok.

Masa dia sembang ngan Ella kat meja aku, Ella tanya mana anak yang lelaki.
Dia cakap "Abang dah masuk asrama..".
Membuatkan aku realized artis ni pun sama macam kita jugak.
Dorang ada life selepas waktu kerja.
Dorang ada anak ada famili.

Macam Era di majlis wedding, still bawakan buku untuk anak dia buat latihan, terstop-stop dia makan sebab nak ajar anak dia. Very the mother mother like.
Tu semua menunjukkan life dorang takde beza dengan kita.
Kita bekerja, dorang pun bekerja.
Kita ada life di luar waktu kerja, dorang pun sama.
Tinggal lagi kerjaya dorang tu penuh dengan limelight sebab tu segala sisi baik buruk dorang orang korek and sensasikan.
Padahal life kita semua tak jauh beza pun.
Cuma kita ni bukan sape-sape untuk satu Malaysia kisahkan.

Kesian pulak bila tengok dorang berkumpul dalam bilik tu tanpa gangguan peminat-peminat.
Bukan mudah untuk dorang berkumpul dalam majlis yang santai tanpa protokol tanpa perlu layan peminat.
Nampak dorang sangat seronok, tak pretend, and seriesly dorang ni gila-gila macam kita jugak - sibuk berselfie, tanya khabar anak-anak, sembang pasal berat badan dah naik, etc.
Seronok tengok.



Ni sembang pasal cutting kebaya.



See?
Dorang sama dorang pun busy bergambar.





Jangan tanya aku mana gamba aku dengan artis. Aku memang tak bergamba lansung ngan artis.
Pertamanya sebab aku memikirkan dalam bilik ni semuanya jemputan khas.
Ada sebab kenapa jemputan khas duduk dalam ni.
Sebab dorang ni semua kategori jemputan A list.
Kalau diletak kat liar konfem orang serbu nak bergambar.
Mereka-mereka ni perlukan privacy.
Jadi, biarkan dorang dapat privacy tu, sebab tu aku tak kacau.

Kedua, aku datang sebagai blogger untuk The Spazio by Sanggul jadi aku perlu buat kerja aku saja.

Third, aku segan nak bergamba.
Dorang semua merelip, mekap semua tahap nak pi fotoshoot. Aku?


Aku semeja ngan Ella.
Memang rezeki En Wan la dapat duduk semeja ngan Ella.
Punyalah penuh koleksi CD Ella kat rumah ni.
Alih-alih bukan takat dapat duduk semeja tapi dapat bersembang sekali.




En Wan kata aku paling cantik dalam bilik ni sebab aku pakai baju berkaler.
Hahahahahha.
Bukan selalu aku pakai baju kaler weii.
Sesekali pakai terus dapat tittle Paling Cantik.
Abis tu kalau tak puji binik sendiri nak puji sape lagi kan. Hadapkan je lahhhh.

Ella ni memang manja. Dia bercakap pun manja je.
Dia bertambah nasik.
Sambil bertambah tu dia cakap "I kalau makan nampak macam laparrrrr sangat kan?"

Aku cakap "Takpelah. Makan je. We all dah makan kat luar tadi".

"Padahal I kena keep fit ni sebab bulan depan ada konsert".

DANGGGÄ¢GGGG!!

Huh, Ella buat konsert ke??
Tak tau pulak aku.
En Wan dengar terus excited ajak aku pegi.
Konsert Ella 16 September ni ya kat Stadium Melawati.



Nabil tak puas hati tak dapat sakat Jihan kat luar, dia continue sakat Jihan kat dalam. Siap tanya "So macamana Jihan? Dah bunuh Yahudi ke blom?"

Siot punya soalan.



Johan lagi sorang.
Time kitorang tengah sembang-sembang jat meja dengan Ella tetiba dia diri kat tepi Ella sambil lentok-lentokkan kepala "Ella rasa...Ella rasa...Ella rasa..."




Masa aku nampak yang baju pink ni masuk, aku cakap ngan En Wan "Dia ni berlakon Ariana Ross. Ambik gamba dia bang. Nama dia Hafiz Hashim"

Konfiden gila aku.
Baru tadi aku tau namanya Hisham Hamid.






En Wan kagum nau ngan Pak Nil.
Akhirnya dia beranikan diri ambik gamba.
Muda gila Pak Nil ni sampai aku konfius mana satu yang Pak Nil. Macam laki aku je yang lagi tua ni.

Tapi Pak Nil ni memang sweet je.
Kat dalam tu kan ramai artis.
Aku antara yang ntah sape-sape je kat dalam bilik tu.
Agaknya dia pun heran ni sape la pompuan itam ni duduk semeja ngan Ella, duduk je tak bangun-bangun, bergamba pun tak.
Misteri sangat kekdahnya.

Last-last masa nak keluar dia lalu tepi aku "Saya balik dulu ya".

Alahai....sangat berbudi bahasa.
Patut la bertahan dalam industri.




Makan ati tau aku tengok Jihan potong kek tepi kolam.






Ni maybe keluarga dua belah pihak.

Dari dalam bilik aku dengar Nabil bagitau geng-geng Gegar Vaganza pun ada datang tapi aku tak check pulak sape yang datang.


Aku kenal lelaki yang pakai songkok ni.
Dia ni makcik karipap kan?


Wife Johan sangat XXS size okeh!


Zila Bakarin ni rasanya duduk luar sebab tak nampak dia dalam bilik ni. Time dia nak balik dia masuk bergamba dengan artis-artis dalam ni. Ella memang ramai artis bergamba dengan dia malam tu. Ratu Rock kotttt.


Dapat jugak En Wan ambik gamba Ecah.
Comel gila!!!



Sharifah Amani pun XXS.

Pompuan yang pakai tudung tu.
Mula-mula aku tak kenal sape la pompuan yang pakai tudung ni. Series aku tak cam sape.
Tapi aku pelik apesal semua dalam bilik ni kenal dia. Dia ni sape?
Until la dia senyum dalam gamba ni barulah aku tau Yana Samsudin rupanya.
Seriesly lain gila!!
Maybe selama ni dia berlakon jadi selekeh je kot sekali in real gila punya cantik macam ni sampai aku tak cam.






Ko tengok si Hisham ni.
Pakai baju lain sampin lain seluar lain pun hensem.
Ce kalau laki aku pakai.
Sampai 2 kali raya pun orang dok gelakkan lagi.

Tu bukti menunjukkan, bukan baju yang cantik.
Tapi siapa yang pakai baju tu yang buatkan baju tu cantik.
Gitu.

Cute je si Hisham ni datang kat meja nak bergamba ngan Ella agaknya.
Kebetulan Ella toleh "Ehh! I minat you!"

Pastu Hashim ni cakap "Eh no. I am your fan, I datang nak jumpa you".

Sweet je.
Dorang sama dorang pun minat each other.


Meja inang-inang Jihan ni bersebelahan dengan musician.
Walaupun dorang ni chubby tapi cantik!


Gambar aku ni je.
Bergamba untuk tulis guestbook Jihan.
Jadiklahhh.





So, The Spazio by Sanggul ni apa sebenarnya?

Dorang ni wedding/event planner.
The Spazio adalah ballroom, tempat di mana korang boleh jalankan wedding reception.
Kiranya tempat dah ada kalau ambik dengan wedding planner ni.
Selalunya wedding planner hanya provide pelamin, mekap, baju, catering and deco je kan?
Tapi The Spazio by Sanggul ni pakej lengkap sekali dengan tempat.

Jangan risau, korang taknak outdoor wedding, dorang ada ballroom untuk korang buat wedding dalam dewan. No problem. Bukan setakat wedding, kalau rasa nak anjurkan apa-apa event like majlis berbuka puasa, company's annual dinner atau aqiqah pun boleh.

Kebanyakkan client The Spazio by Sanggul ni artis and orang kenamaan, sebab tu dorang ada ballroom sendiri so that memudahkan client buat majlis. Sebab selalunya client-client macam ni perlukan tempat yang lebih besar and selesa.
Tapi kalau korang nak buat majlis kat tempat sendiri pun boleh runding ngan dorang.
Cumanya lebih menguntungkan kalau ambik venue The Spazio ni sekali sebab lebih murah satu pakej terus ambik.

Kalau tengok pakej dorang ni takde la mahal mana. Harapnya pakej ni masih kekal sampai Redza kawen sok.
Sebab masa Ibal kawen hari tu makan and sewa dewan je dah RM24/pax tau. Kalau 1000 orang dah RM24K habis kat makan ngan dewan je.
Belum masuk pelamin, mekap, deco dewan, DJ, tu semua harga lain.
Kalau RM35/pax all in dah kira jimat banyak ni.
Consider dengan tempat by the pool u ollsss....!

Kalau nak tau majlis Akim and Stacy kat Johor dulu pun team The Spazio by Sanggul ni yang dalam list.
Kira ko tahap retis la kalau ambik The Spazio by Sanggul ni.

Boleh contact dorang kat nombor di atas kalau berminat ya.


Aku lupa nak bagitau Promo Ephyra Beli 3 Kotak FREE Sekotak ni berakhir 4 April ya.