2016-03-28

TiMOR FEST 4.0


TiMOR FEST 4.0 at Kuala Terengganu.
Hari Selasa, barang-barang semua dah gerak ke sana.
Rabu, En Wan gerak.
Aku gerak hari Sabtu dengan flight. Saje nak tunjuk muka je sebenornya, sambil-sambil nak pekena sotong Pok Nong kekdahnya.

Ambik flight pagi.
First time naik Malindo.
Alhamdulillah dapat seat belakang-belakang. Sebab aku pernah dapat duduk betul-betul sebelah kipas masa naik Firefly, ya ampunnnn takleh concentrate aku nak membuat. Asikla mata aku menjeling je kat kipas tu. Mana la tau kot-kot kipas tu tercampak.

Aku se-flight dengan Caliph Buskers and Kamal Adli.
Ada lagi a few celebriti tapi aku tak kenal jadi aku tak tau nak bagitau sape korang sape orangnya.
Rupanya si Kamal Adli tu antara artis untuk TiMOR FEST.
TiMOR FEST bawak artis-artis yang berlakon drama-drama bersiri popular.
Tapi sebab aku tak tengok jadi aku tak kenal. Seb baik Kamal Adli tu aku kenal.
Dah la duduk depan seat aku. Terpaksa aku purak-purak berani naik flight.

Sebelah aku team member Caliph Busker.
Jangan tanya nama, aku tak tau nama dia sape. Tapi Caliph Buskers la.
Dorang ni artis untuk Raudhah di Hatiku (TV3), also kat KT jugak hari yang sama.



Aku ni tak kenal la sape pompuan yang duduk sebelah Kamal ni.
Tapi dengar la dia dok cakap pasal keje. Aku ingatkan PA dia.
Masa keluar tu En Wan tanya, awek Kamal ke tu? Aku dengan konfidennya cakap "Bukan, tu PA dia kot sebab dia cakap pasal keje tadi".

Lepas tu kitorang pi makan dulu then pi ziarah pakcik En Wan pulak.
Elok je sampai booth dengar suara si Kamal Adli ni tengah cakap-cakap kat stage.
Pastu En Wan datang kat aku bagitau "Tu bukan PA dia la. Tu artis jugak. Mia Ahmad nama dia".

Ok fine.

Mana aku tau.

No, bukan dia tak glemer.
Tapi aku yang tak kenal orang.



Bab ni memang insaf kejap.
Aku suka everytime aku terima 'pelajaran' dari segala yang berlaku kat sekeliling.
Memang menginsafkan.



Bab ni yang aku cuak.
Bila orang datang nak beli barang bayar guna kad.
Sebab sampai sekarang aku masih tak tau nak guna.
Sape ntah hari tu datang nak beli GreenAard 11 and 9 botol. Nak guna kad.
Masa tu En Wan hantar aku balik hotel.
Menggagau dorang call En Wan ajar camne nak swipe kad.
En Wan pun boleh lak lupaaaaa nak ajar budak-budak ni cara nak guna mesin tu.

Alhamdulillah, event went well.
Tak sangka jubah Fleur by Mrs Him dapat perhatian sangat especially jubah Ayisha.
Masa aku decide nak start with premium jubah, hati ni teragak-agak nak buat ke tak nak buat ke tak.
Lama aku gantung plan tu tanpa apa-apa keputusan until tailor aku hantar contoh kain, jam-jam tu jugak aku kata YES.

Jubah Ayisha setakat ni paling mahal dalam koleksi aku, RM250/pc.
Setengah orang rasa RM250 ni nuthing.
Tapi aku admit bukan semua orang mampu beli harga ni.
Sebab tu ada koleksi lain yang harganya lebih murah.
Supaya ada balance.
Tapi kalau kau nak jubah premium dengan harga murah memang tak dapatlah aku nak bagi.

Ada satu jubah CLARA aku belum launch lagi kat website tapi da dibawak ke Tganu dulu.
And dah ada orang beli dah. 
Jadi rasanya next week la aku up kat website pulak.

Tapi yang paling happy kali ni En Wan la, sebab kurta Khalifa dia memang orang dok aim kat sana.
Sampaikan team TiMOR FEST sendiri masuk booth sebab nak belikan kurta tu untuk Big Bos dorang, En Murad.
Lepas ni mesti laki aku start belek-belek majalah fashion nak cari idea buat design. Pehh.


 Apa-apa hal bergambo la dulu depan bilik air ni kan.
Time ni En Wan patah balik hotel untuk fetch aku ke booth semula untuk jaga malam.
Kitorang duduk Hotel Felda kali ni.
Ok jugak hotel dia. Dekat dengan tapak booth.
Dari bilik aku leh nampak tapak Raudhah di Hatiku.
Tapi TV3 buat kat outdoor, aku takleh imagine berapa punya panas dorang kat bawah khemah tu. 
Sila-silap garing!


Sekali menang pulak Booth Tercantik. Gitu.
Dia sebut nama GreenAard, bior la orang tu je naik.
Dah dia pakai baju GreenAard kan.


Opsss, lupa pulak nak naikkan promo ni.

PERHATIKAN OHSEM DEAL tu.

Beli 3 kotak Ephyra collagen and dapat FREE SEKOTAK EPHYRA lagi.

So total bawak balik OMPEK KOTAK dengan harga 3 kotak saja.

Berbaloi ke tak??

Ye, aku tau. Aku sorang je buat keje gila ni.

Silakan ke sini untuk beli : KLIK SINI UNTUK BELI EPHYRA

Ni sah sehingga 4 April sahaja.