2016-02-04

Bayor pakai kad kredit



Tak sangka pulak status aku semalam ni mengundang beberapa email luahan perasaan untuk Cik Sri Siantan.

Takpelah, setakat nak luahkan perasaan aku boleh je baca. Takde hal.
Tapi kalau nak membagi pendapat urusan rumahtangga masing-masing ni idok le aku reti.
Setakat share pengalaman sendiri je boleh la.
Pandai-pandai la ambik mana yang rasa boleh dijadikan panduan.
Ahkak pun baru je 15 tahun kawen.

Tapi ada 1 FB mesej tu sangat best.
Dia tanya "Kak Di masa menyewa dulu beli barang rumah cash ke hutang?"

*bunyi halilintar membelah bumi*

Ye, dik.
Banyak barang kat rumah sewa akak dulu beli pakai hutang.
Tapi sebenarnya tak banyak mana pun.
Cuma sofa 2 seater, coffee table, meja makan, mesin basuh, fridge, kabinet dapur (yang sebenarnya lemari kasut) and karpet (rug) je yang beli pakai hutang. (eh macam banyak jugak. Hahaha)
TV, home theater and set bilik tido, lemari baju semua memang dah sedia ada sebelum kawen lagi.
Ada yang Mak Aji hadiahkan, ada yang En Wan memang dah beli masa dia bujang dulu.
Kiranya takde la banyak mana kitorang berhutang, tapi banyak ke sikit ke, namanya tetap hutang.

Yang penting mampu bayar ke tak.

Hutang ni sebenarnya tak bagus.
Apetah lagi kalau kita gunakan kad kredit konvensional dan kita bayar minimum amount je tiap bulan.
Yang paling baik adalah guna kad tapi setiap bulan bayar habis.
Maksudnya, kalau bulan ni kau beli meja makan harga RM800, sebelum tempoh akhir bayaran tu kau dah langsaikan semua RM800 ni.

Yang menyebabkan ramai orang (orang muda especially) muflis adalah sebab dorang gunakan kad tu tanpa memikir boleh bayar penuh ke tak setiap bulan.
Kebanyakkannya aim bayar minimum. Jadi bila tahun nak habis laaaa.

Bila cerita pasal hutang ni kan, pikir-pikir balik, boleh tahan sengkek jugak la kitorang dulu.
Maunya tak.
Lemari kasut tu kitorang beli bukan untuk simpan kasut tapi untuk letak kat dapur.
Buat simpan segala periuk and pinggan mangkuk.
Atas tu bubuh stove 2 biji harga RM49.90 beli kat Giant tu. 
Jenis stove yang everytime nak nyalakan api bunyiknya ketung ketung ketung ketung. 

Dah la beli lemari kasut buat isi pinggan, hutang pulak tu!
Kadang kalau kenang-kenang balik, aku ngan En Wan gelak sampai keluar air mata.
Just imagine berapa punya sengkek la aku sampaikan lemari yang harga RM70 pun hutang. Ya ampunnnn.

Rasanya gaji En Wan asal dapat hari ni, hari ni jugak habis sebab nak settlekan kad kredit.
Nama je ada kereta sport Prelude tapi hari-hari kereta Prelude tu tersadai kat parking je sebab En Wan pi kilang bawak kereta Kancil. Jimat minyak punya pasal.
Prelude tu betul-betul guna time nak pi jalan jauh je dengan alasan bawak Kancil jauh-jauh sakit pinggang. 
Konon.
Aku bawak Kancil tu 2 tahun takde apa-apa pun.

Kitorang beli pun benda yang basic je.
Mesin basuh walau takde duit terpaksa gak beli. Hutang pun hutang la janji beli.
Beli yang murah-murah je. Bukan yang auto ni.
Janji boleh basuh sebab aku tak rasa aku larat nak menonggeng membasuh baju hari-hari. Sorry, I tak mithali.

Fridge beli yang besar sebab En Wan kata kena jimat takleh makan luar selalu, jadi aku kena masak hari-hari. Walaupun lauk simple-simple takpe, janji masak.
Jadi, fridge beli yang besar biar muat isi bahan mentah.

Karpet kat ruang tamu pun best.
Bukan besar mana pun karpet tu, kecik je, muat-muat letak cofee table je atas tu.
Harga tak sampai RM200 tapi tetappppp hutang!
Ye la kan kalau dah lemari kasut RM70 pun hutang abis takkan karpet RM200 aku bayar cash kot.



Paling legend langsir aku lah.
Kemain transparent lagi langsirnya. Mau tak, tak sampai RM2 semeter. Pun bolehhhh.
Janji rumah kau ada langsir, rumah aku pun ada langsir. Murah ke mahal ke, sama-sama namanya langsir. Masa ni aku rasa cantik dah langsir aku.
Sometimes manusia ni yang suka susahkan diri.
Bila kita tak banyak pilihan, apa yang ada depan mata semua kita akan nampak cantik and sesuai.
Cuba kalau kita ada pilihan (duit lebih), keluar masuk patblas kedai langsir pun belum tentu jumpa yang berkenan kat hati.

Bangku tu sebenarnya tempat duduk, tapi aku buat tempat letak telifon.
Mix and match konsepnya.
Ok lah kan, daripada aku bubuh telifon atas baldi.

Walaupun rumah kitorang serba kurang, tapi alhamdulillah, adik-beradik En Wan kalau dari kampung datang tetap nak tido rumah kitorang padahal rumah Kak Ngah ada je kat KL tu.
Everytime orang kampung datang kitorang cuak.
Sebab tilam ngan bantal extra takde. Nak hampar apa bagi orang tido?
Dengan muka tebal, kitorang hampar comforter and bagi dorang pakai throw kusyen jadikan bantal kepala. Rasa nak nangis je sebab tak dapat nak bagi layanan yang sepatutnya kat tetamu.

En Wan suka buat makan-makan kat rumah jemput kawan-kawan dia.
Berselerak je kawan-kawan dia duduk bersila atas lantai sejuk-sejuk takde karpet.
Sofa pun 2 seater je. Berapa biji bontot je la muat atas 2 seater tu.
Malu sangat rasanya.

4 tahun pertama perkahwinan kitorang takde pergi bercuti, apetah lagi melancong luar negara kecuali masa celebrate anniversary perkahwinan yang pertama, En Wan bawak pi Cameron Highland. Itu lah pun honeymoon pertama. Sebab lepas kawen takde duit nak pi honeymoon.
Yang lain-lain sekadar cuti balik Tganu.
Untung la ada yang boleh honeymoon terus lepas kawen. Overseas lagi.
Budak-budak muda sekarang pun ada yang dah boleh melancong sana sini siap mampu pakai iPhone segala.

Rezeki orang tak sama kan?
Ada yang dapat awal, ada yang dapat kendian.
Ada yang mudah, ada yang perlu lalui kesusahan dulu.
Ada orang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut tangkap ikan. 
Setiap bidang ada cabarannya, asalkan hati sentiasa bersih. 
Bila hati bersih, kita akan nampak segalanya dalam bentuk kesyukuran.
Yang penting masanya akan sampai jugak, cuma cepat atau lambat je.

Biarlah dia beli perabot IKEA, rezeki dia.
Rezeki kita beli kat kedai perabot tepi jalan Balakong apa salahnya.
Beza dua perabot ni cuma harga je. Kalau guna dengan cermat, perabot harga RM70 pun boleh bertahan.
Kerusi mahal or murah, tetap namanya kerusi.
Meja mahal or murah, tetap namanya meja.

Jangan tak tau, lemari kasut aku yang aku jadikan kabinet dapur tu panjang umur dia tau.
Sampai sekarang ada lagi. Kak Long En Wan bawak balik Tganu pulak isi barang-barang dia.

Jangan terlalu ikut-ikut orang.
Orang beli ni kita beli ni.
Orang beli tu kita nak beli tu jugak tapi nak lebih lagi.

Orang tu beli sebab dia ada duit.
Kau ada duit ke?
Kalau takde duit buat cara takde duit.
Hidup kat dunia ni kalau panjang umur kita, ada banyak lagi benda yang kita nak hadapi.
Toksah habiskan hidup dengan asik nak buat hutang benda yang tak perlu.
Yang penting HUTANG MESTI BAYAR.
Kalau guna kad kredit usaha untuk habis bayar every month. 

Sekarang aku masih lagi guna kad kredit tapi terhad untuk auto deduct insurans, phone bills and topup minyak. Cukup.
Cukup-cukupla dengan hutang rumah and kereta.
Tak kuasa aku nak semakkan hidup dengan menambah hutang lain especially bila nak bershopping.

Cuba imagine kau beli henbeg or henfon dengan swipe kad kredit sekali bulan depan beg kau kena ragut dalam tu ada henfon sekali.
Kau terpaksa beli new henfon dengan kredit kad jugak at the same time sambung lagi bayar henbeg and henfon yang dah takde kat tangan tu for another 2-3 months, maybe.

Kau ghase?

Sakitnya tu di sini okeh.


Ok sebab dah ramai yang bertanya, ni aku upkan nama-nama PS untuk Family Festival Kuala Terengganu.


Ni harga GreenAard di booth.