walk on wings, tread in air: Kenapa serba hitam? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kenapa serba hitam?
2016-01-29


Aku banyak sangat dapat FB mesej and email yang tanya pasal penampilan baru aku.

Berjubah. Serba hitam.

Ada yang tanya apa yang membuatkan aku nekad sampai macam ni sekali.

Takde apa nak cerita.
Aku jual jubah, aku jual tudung.
Tak salah kalau penjual jubah nak pakai jubah pagi petang siang malam kan?
Bezanya aku pilih nak pakai kaler hitam.
Tu je.

Tapi kalau ada keperluan untuk aku pakai merah contohnya macam wedding theme, aku boleh je pakai.
Takde masalah pun kalau sekadar menghormati majlis.
Menghormati majlis pun dituntut kan?

Bercakap pasal nekad, aku nak cerita sikit.

Dugaan orang berhijrah ni bukan calang-calang dugaan.
Yang melaluinya akan tau apa bentuk dugaan tu.

Nak lagi bila kita ada duit.
Macam-macam trend kita nak follow.
Macam-macam pesen baju kita nak beli.

Bila kau cuba nak istiqomah pakai pakaian menutup aurat nanti time tu jugak la kau terbukak page orang jual pencil pants senteng paras buku lali yang sangat cantik kategori must haves.
Nak pakai kang nampak pulak kaki.
Kalau pakai socks dah pelik pulak rupanya macam nak gi basuh jamban.
Dan mulalah hati tu buat macam-macam alasan untuk yakinkan diri sendiri supaya beli jugak seluar tadi.

"At least aku masih pakai seluar panjang".

Fine.

Bila kau baru je bercita-cita nak nak pakai baju longgar-longgar nanti bersusun-susun depan mata kau orang jual modern kurung berpinggang. Cantik-cantik pulak tu.
Masa tu nanti hati tu dah cakap macam-macam.
Sesekali pakai baju kurung moden apa salahnya, nanti laki aku boring pulak asik tengok bini berjubah siap malam.
Raya setahun sekali je kot, pakai raya pertama je. Lepas tu sarung jubah balik.

"At least masih tutup aurat".

Fine.

Aku tak cakap pasal orang lain ya.
Apa yang aku bagitau tadi pengalaman sendiri.
Macam tu lah aku rasa selama ni.

Mula-mula aku bertudung dulu aku ada jual candy jeans.
2000 helai sold out out in 2 weeks.
Dah macam warehouse rumah aku.

Seronok gila.

Lepas tu aku jual cardigan moda cotton (jenis yang melekap kat kulit).
Kali pertama bawak masuk, 500pcs je.
Minggu pertama habis.
Aku beranikan diri produce sendiri cardigan.
5000pcs bersusun stok kat tengah-tengah hall rumah.

Seronok.

....dan hanyut.

Sampai satu tahap tu aku rasa tak sedap.
Terasa macam this is not right.
Walaupun menjual jeans ketat tu tak salah tapi hati aku rasa tak seronok.
Macam ada lompong yang aku tak dapat pastikan kat mana.
Mungkin aku sebenarnya yang tak berapa suka nak jual ni tapi aku buat sebab permintaan market tu sangat tinggi.
Bila aku fikir-fikirkan balik, ni sebenarnya ujian.
Tuhan nak aku teliti balik kau ni sebenarnya hijrah apa?

Nak kata aku nekad pakai jubah serba hitam ni tak jugak.
Aku tak pernah plan pun.
Seminggu sebelum aku pi Mekah aku shopping blouse Dorothy Perkins 6 helai.
Price tag blouse tu sampai sekarang tak tanggal-tanggal lagi.
So memang aku tak pernah plan.
Tapi Allah ada plan untuk aku. DIA plan untuk aku jadi macam ni.
Aku anggap ini ujian. Semoga lulus.




Ramai lagi competitor yang tengah berebut-rebut nak masuk Firdaus. Dah halfway ke apa ntah agaknya.
Aku baru nak panaskan enjin je ni.
So belum layak nak cerita pasal istiqomah.

Tapi apa yang aku faham, apa jugak perubahan yang kita nak buat perlu ada istiqomah.

Dan istiqomah tu tak perlu mendadak-dadak.

"Amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang konsisten walaupun sedikit" (HR. Muslim).

Kat situ je dah bagi petunjuk supaya buat slow-slow tapi biar rutin.

Orang yang baru nak berjinak-jinak nak pakai tudung, dia mulakan dengan selendang.
Biarkan.
Jangan diperli-perli "Cantik tudung...nampak jambul".
Terus terbantut Hamba Allah tu nak belajar pakai tudung.
Apa la yang pedih hati perut kau ni nampak orang pakai tudung macam tu?
Dia belum biasa, jadi biar dia biasakan dulu.
Lama-lama nanti dia dah selesa, dia akan pakai tudung dengan betul.

Sama jugak yang pakai tudung tapi pakai leggings.
Dia masih belum biasa meninggalkan cara berpakaian yang lama.
Tapi dia dah bertudung.
Kalau dari tak bertudung pun dia boleh berubah pakai tudung, tak mustahil dia pun boleh berubah dari baju ketat ke baju longgar.
It's just a matter of time.

Nak berubah, kena ikhlas.
Kalau hati kita berkobar-kobar nak berubah tu kita kena bertenang-tenang sikit.
Selalunya bila terlalu berkobar-kobar, hati kita lekas emosional.
Segala tindakan jadi tak rasional sebab hati yang terlampau emosi, sometimes nampak macam extreme.
Lama-lama letih sendiri.

Buatlah dengan tenang.
Ketika seorang Hamba Allah tu dah ada pendirian dan sikap yang jelas, insyallah hati tetap kuat. Ujian yang datang akan jadikan diri makin kuat dalam istiqomah. Insyallah Allah akan datangkan macam-macam pertolongan, kemudahan, kecukupan dan ketenangan tanpa kita sedar.

Cuba.

Sambil cuba sambil doakan aku istiqomah ya.



posted by aveo757 @ 5:07 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER