Isnin lepas sampai semalam (Rabu) aku ke Bandung lagi.
Macam biasalah, kalau pergi takat 2 malam ni dah tentu-tentu bukan pi bercuti.
Bak kata pegawai imigresen kat airport bila nampak beg-beg kitorang - "Langsingnya beg!".
Memang lah langsing sebab pi bekerja. Kalau pi bercuti bukan takat mengembang beg, malah beranak-pinak bang!
One thing yang aku menyampah kalau pi atas urusan kerja, semestinya aku akan naik first flight.
Bila naik first flight, hari tu akan jadi hari letih sedunia sebab aku tau atas flight aku takkan boleh tido.
Pastu turun-turun flight dah terus bekerja.
On that day, kitorang lunch pukul 3.30pm. Mujur la pagi tu makan kejap kat airport Bandung.
Itupun aku dah nak pitam.
Patutnya petang tu patah balik ke production untuk discuss raya collection.
Tapi aku dah sangat-sangat lemau. Sebelum aku tertonggeng keletihan, sila bawak aku pi makan dulu.
Memang hidangan wajib aku kalau kat airport Bandung adalah nasi goreng seafood.
En Wan punya nasik goreng kampung.
Status aku yang ni.
Tentang solat kat surau KLIA2.
Status tu panjang kalau siapa nak tau apa yang aku tulis, pegilah tengok kat FB aku.
Kadang-kadang kita jadi serba-salah nak-nak bila masuk bab-bab solat ni.
Surau penuh.
Waktu solat pendek.
Kita ni nak kejar waktu boarding yang makin hampir.
Nak solat kat dalam nanti kena melintas depan orang lain yang tengah solat nanti yang lain-lain buat muka keji kat kita.
Kang nak solat kat luar orang tengok kita dengan muka pelik pulak.
Yang benarnya, kita semua belum bersedia untuk terima perubahan.
Mungkin kita bukan saja takut apa orang lain kata tapi juga takut if perbuatan kita tu nanti menyalahi undang-undang tempat tu.
Macam aku lah.
Bila surau kat airport tu penuh, tergerak jugak hati nak solat je lah kat luar. Biarlah orang nampak pun.
Tapi dalam masa yang sama rasa segan pulak. Sebab solat kat tempat selain surau/masjid belum menjadi kebiasaaan di sini.
So daripada aku solat kat tengah-tengah dunia, baik aku lalu je depan dorang yang tengah solat ni supaya aku leh solat kat hujung nun.
Tapi, bila lalu depan orang solat kena sound lah pulak.
Padahal kalau kat Mekah tu, jangankan kata lalu depan, siap kepala kita pun dia langkah.
Agaknya tu pasallah orang kita kalau pi sana cukup berbulu dengan mak-mak Arab.
Sebab dorang cukup biasa berjalan depan orang yang tengah solat.
Masa aku kena sound dengan akak tu, kalau banyak lagi masa, aku nak gak try explain kat dia tapi takpelah, aku nak kejarkan waktu.
Semalam aku semak balik buku hadis Muslim, jumpa hadis yang aku cari ni :
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Wanita, keldai, dan anjing dapat memutuskan (membatalkan) solat seorang muslim, dan dapat selamat dari hal itu jika ada sesuatu di depannya (sutrah/penghadang) seukuran bagian pelana kendaraan tunggangan/kuda." (Muslim 511).
Maksudnya kat sini, kita boleh lalu depan orang yang sedang bersolat tapi pastikan depan orang bersolat tu ada penghadang (sutrah).
Dan penghadang tu bukan henbeg, kunci kereta, henfon, cermin mata.
Sutrah tu biarlah sesuatu yang benar-benar boleh menghadang kita.
Misalnya, kerusi, dinding, atau manusia.
Kalau ada orang berjalan di depan kita tanpa ada sutrah, solat kita terbatal dan kita wajib mula balik solat walaupun pada waktu tu dah rakaat terakhir KECUALI jika yang sedang bersolat ni adalah seorang makmum.
Sebab sutrah pada imam adalah juga merupakan sutrah bagi orang yang solat di belakangnya.
Atas sebab tu dibolehkan seseorang untuk berjalan depan orang yang solat di belakang imam dan tak berdosa.
Tapi, dalam keadaan kita sekarang yang bersolat menggunakan sejadah, sejadah itu juga adalah sutrah.
So kalau kau terpaksa berjalan depan orang yang tengah solat, jangan pijak tempat sujudnya, tapi jalanlah di luar kawasan sejadahnya.
Wallahualam.
Kalau depan Multazam kau akan nampak ada orang berdiri betul-betul depan orang tengah bersolat.
Itu bukannya dia solat menghadap bontot orang depan, tapi orang depan tu dia jadikan sutrah sebab depan Multazam tu umat kemain ramai lagi. Takkan ada yang perasan kau tengah solat kalau tak ada sutrah di depan.
Ok sambung cerita Bandung.
Lepas breakfast terus ke tempat tailor aku untuk tengok progress production.
Kali ni aku beranikan diri buat collection premium dari bahan premium.
Kos-nya pricey sikit lah, tapi insyallah pueh hati.
Lepas discuss lebih kurang, aku and tailor sama-sama keluar untuk cari material for collection yang seterusnya.
Macam biasa, pergi D'Fashion.
Banyak jugak warna-warna yang aku beli tapi tak cukup satu kayu.
Setakat ada untuk 5-6 helai baju je.
Mujur lah jugak aku tak perlu bawak balik kain-kain ni.
Jadi, mana warna yang tak ada tu, aku order and nanti diorang hantarkan terus ke tailor.
Senang keje aku. Pergi berlenggang, balik pun berlenggang.
Lepas settle dengan kain-kain kat sini, kitorang ke Pasar Baru untuk ambik kain kat sana pulak.
Masuk kali ke empat ke Bandung, aku dah makin tau kedai mana yang ada material aku, kedai mana yang takde.
Tak macam mula-mula pergi dulu, semua kedai aku masuk. Ujung-ujung kepenatan, tapi belinya tak jugak.
Now dah semakin familiar dengan kedaan di sana and dah tau kedai mana ada fabrik yang sesuai dengan design aku, terus je masuk kedai tu.
Tapi kali ni lain pulak pesen penatnya.
Bukan penat keluar masuk kedai tapi penat memilih warna.
Series bila kau asik tengok warna je, ujung-ujung semua kaler pun kau nampak sepesen je.
Letih kepala otak nak buat decision.
Nak kat pukul 5pm baru check in hotel.
Kali ni duduk kat Sensa Hotel.
Hotel ni best sebab bersambung dengan Cihampelas Walk.
Ada mall besar yang macam-macam pun ada kat situ.
Yang tak bestnya jamban takde hose. Itu je yang kurang. Yang lain Nora bagi empat bintang.
Junior Suite.
Besar bapak.
Kalau duduk sorang konfem aku takkan tido sampai ke pagi.
Cantik biliknya. Bilik air pun cantik and spacious.
Tapi tu la, takde hose.
Kalau jamban tu sebelah shower ni senang sikit aku tarik hose shower tu ke jamban.
Tapi jauh pulak.
Memang terbantut aku nak memerut.
Bilik aku facing mall.
Memanggil-manggil je mall ni kat aku.
Terpaksa pegi.
Lepas Maghrib terus pi mall.
Apa ade hal, sebelah je. Ni aku bergambar depan pintu hotel (pintu kedua)
Belakang aku mall. Heaven oi gini.
Seb baik tak bawak Rayyan. Kalau tak, merekah wallet bapak dia sebab kat tepi tu arked.
Yang atas tu hotel aku.
Kat area mall and hotel dah meriah dengan hiasa sempena CNY.
Seb baik En Wan bergamba dengan aku. Kalau bergamba sorang mesti orang ingat dia cina.
Dah la pakai baju merah.
Dalam ni banyak gila kedai makan.
Fast food pun ada.
Memang takkan kelaparan la kalau duduk Hotel Sensa.
Depan Giggle Box.
Aku suka sangat lalu depan Giggle Box everytime pi Bandung.
Ada lagi satu Giggle Box yang besar tak sure area mana, rasanya area factory outlet.
Tailor aku yang lagi satu duduk Cihampelas, so salah satu faktor aku duduk area ni sebab senang nak jumpa.
Seoul Garden tak pernah masuk.
Tapi kat Bandung gatal nak makan ala-ala Seoul Garden.
Tapi ni bukan Seoul Garden but apa benda ntah. Thai Restaurant. Ada bakar-bakar and steamboat sekali.
Kat Starbuck Bandung ni la aku try Java Chips atas recommendation follower-follower FB.
Memang sedap lah Java Chip ni.
First time pi Bandung layan movie.
Tu pun sebab kebetulam malam tu takde appointment nak jumpa tailor.
Lagipun ni lah first time duduk hotel yang dekat ngan mall.
Suka aku ngan pilihan makanan kat cinema dia. Sedap-sedap oii.
The 5th Wave.
Boleh tahan la cerita dia.
Aku ni tak berapa kritikal sangat kalau bab-bab movie asalkan jangan movie yang ada sangkut-paut dengan robot atau karakter merepek macam Harry Porter, X-Men, Transformer, Spiderman, Superman - TAK PAYAH.
Baik aku tengok Enam Jahanam.
Esok pagi misi diteruskan untuk cari kain-kain lain pulak.
Aku pi Bandung Exclusif pulak.
Aku suka pi sini sebab kain dia sangat kualiti.
Mahal sikit dari D'Fashion and Pasar Baru tapi kalau beli per kayu, kau boleh demand untuk dapat harga yang sama macam Pasar Baru.
Kain sequin kat sini cantik-cantik dan corak dia sangat rare.
Tapi semeter RM136 paling murah.
Tapi cantik and puas hati.
Nak buat pakai-pakai sendiri boleh la.
Kalau nak buat jual pun boleh tapi kalau dah semeter pun RM136, kau leh kira sendiri la berapa harga selling pulak.
Lepas settle ngan kain, lagi sekali ke tempat tailor aku untuk hantar new kain for collection-collection seterusnya.
Senang beli sekali banyak pastu letak kat dia.
Aku kan sampai sekarang tak open-open lagi showroom Fleur sebab baju dah banyak habis.
Sampai tak tau nak display apa.
Sampaikan orang nak datang pun aku tak kasik.
Ruangan ni saja yang 'ada rupa'.
Tu pun area shawl dah nampak rangka je.
Yang belah belakang lansung rangka.
Blouse pun ada berapa helai je lagi. Segan nau aku nak open untuk orang datang.
Kang orang tanya akak ni jual baju je jual rangka penyangkut baju?
Bila new collection sampai, baru aku ajak korang datang.
Lepas settle ngan kain, gi lunch kat Sederhana.
Another nasik padang restaurant selain Simpang Raya.
Jangan lak orang pi viralkan gamba ni dengan caption "MAKAN MACAM MEMBELA HANTU RAYA! APA NAK JADIK??"
Aku lempang kang.
Pesen restoran ni dihidang macam ni.
Segala lauk pauk kat belakang tu dia hidang.
Nanti kendian dia kira mana yang kau makan je.
Lauk-pauk dia lagi banyak pilihan berbanding Simpang Raya.
Lepas lunch layankan perasaan En Wan kejap nak pi Rumah Mode.
Dia kata dah takde baju nak pakai sebab bawak 2 helai je.
Padahal sengaja je taknak bawak baju macam aku tak tau.
Saje je dia tu memang kaki shopping.
Best kali ni pi Rumah Mode sebab weekdays, jadi takde orang sangat.
Selama ni jangan harap la nak nampak Rumah Mode lapang macam ni.
Ni selamba je aku boleh bergamba kat mana-mana sebab takde orang.
Rumah Mode ni memang bukan tempat aku.
Dari dulu lagi aku tak nampak apa yang sesuai ngan aku kat dalam ni.
Tapi memang syurga En Wan.
Jadinya kalau pi sini aku akan habiskan masa melanguk.
Lepas Rumah Mode, patah balik ke Pasar Baru untuk beli telekung guna-guna sendiri.
Aku ada satu habit suka tinggalkan telekung kat mana-mana surau yang aku singgah, especially RnR.
Lepas aku solat, aku tinggalkan terus telekung kat situ.
Sebab tu aku kerap beli new telekung.
Padahal telekung kat rumah aku tak pernah bertambah pun, tak lebih dari 3 pasang.
Telekung kat sini cantik-cantik and kain dia sedap.
Jauh lebih sedap dari telekung Vietnam.
Maybe tengok kain jugak kot.
Nama kedai ni Sir Citra kat level 5, depan parking lot (bukan dalam kedai).
Lepas Maghrib, En Wan ajak pi dinner kat ATMOSPHERE.
Cantik tempat dia.
Tapi yang penting makanan dia memang sedappppp!
Sedap-sedap menu dia.
En Wan siap pesan "Boleh order apa-apa je except Wagyu sebab mahal gila.
Sepinggan sampai RM140. Dapat wagyu je. Belum order appetizer, dessert, air lagi. Ok, tak payah.
Mula-mula En Wan pilih seat outdoor makan betul-betul candle lite.
Menyusahkan aku je weh, sampai nak baca menu pun tak nampak.
Bengang la aku kan. Nak buat apa candle-candle dinner bagai.
En Wan insists nak candle lite romentik-romentik jugak.
Pastu aku tanya dia balik "Abang nampak tak muka Di agak-agak? Nampak?"
Pastu dia jawab dengan selamba tapirnya "Takpelah tak nampak. Abang dah tau dah muka Di camana".
Dengan beraninya mengakui dia memang tak nampak muka bini dia di tengah kegelapan tu.
Tapi sibuk nak bercandle lite.
Apakah artinya candle lite tapi tak nampak muka?
Camne nak feeling-feeling kalau tak nampak muka?
Abis nak suruh raba?
Hah, kan ke senonoh sikit bila duduk depan lampu.
Barulah nampak muka aku.
Lebih bercahaya gitu.
Aku punya.
Broccoli soup with cheese.
Aku punya.
Bruchetta.
Aku punya.
Grilled Lamb.
En Wan punya.
Nasi putih with ikan bawal bakor.
Lepas Atmosphere, rush pi Heritage.
En Wan nak beli baju lagi.
Dapat setengah jam je kat dalam ni sebab kedai dah nak tutup.
Apesal En Wan buat muka tak puas hati ngan aku ni?
Inilah pemandu kitorang kali ni - Andy.
Aku recommend korang yang nak ke sana ambik khidmat dia ni.
Kalau dia busy, dia akan pass ke kawan-kawan dia yang semuanya ok.
Aku dah 2 kali guna khidmat kawan-kawan dia, baru kali ni dapat gunakan khidmat Andy sendiri.
Aku takde no phone dia, boleh mintak kat En Wan.
Orang pertama yang pi breakfast semalam adalah kitorang.
Sebab kul 6.30 pagi dah nak ke airport jadi 5.55am aku dah terpacak depan kaunter cafe.
Pisang goreng cheese oiiiiii.
Food kat Hotel Sensa memang best-best.
Sama la bestnya dengan breakfast kat H Clarity and Hilton.
Kiranya kalau hotel kat Bandung ni so far food memang pueh hati. Banyak pilihan.
Tapi maybe juga tengok jenis hotel juga.
Sebab Macam Fave Hotel kat Jakarta tu sebab hotel kecik jadi pilihan pun tak banyak.
Aku recommend korang yang nak ke sana ambik khidmat dia ni.
Kalau dia busy, dia akan pass ke kawan-kawan dia yang semuanya ok.
Aku dah 2 kali guna khidmat kawan-kawan dia, baru kali ni dapat gunakan khidmat Andy sendiri.
Aku takde no phone dia, boleh mintak kat En Wan.
Orang pertama yang pi breakfast semalam adalah kitorang.
Sebab kul 6.30 pagi dah nak ke airport jadi 5.55am aku dah terpacak depan kaunter cafe.
Pisang goreng cheese oiiiiii.
Food kat Hotel Sensa memang best-best.
Sama la bestnya dengan breakfast kat H Clarity and Hilton.
Kiranya kalau hotel kat Bandung ni so far food memang pueh hati. Banyak pilihan.
Tapi maybe juga tengok jenis hotel juga.
Sebab Macam Fave Hotel kat Jakarta tu sebab hotel kecik jadi pilihan pun tak banyak.
Ok jangan lupa, pakej deal RM500 ni valid sehingga 31 Januari saja :)