Last Day today ya untuk pakej RUNTUH 5.0 (3 kotak Ephyra dengan harga RM500 only).
RUNTUH 5.0 ni aku buat sekali je setahun.
Pasni tak buat dah pakej serendah ni. Tahun depan pulak start balik.
Kalau nak beli, klik kat gambar promo Ephyra di SIDEBAR KANAN ATAS SEKALI.
Tapi kalau setakat nak mengenang-ngenang tu boleh la.
Zaman sekolah ni bestnya sebab dalam kepala otak kita cuma ada satu je tanggungjawab besar - LULUS EXAM.
Of cos la zaman sekolah paling best sebab kau belum ada banyak benda nak difikirkan.
Paling hebat pun pikir camne nak siapkan Add Maths sebab satu kelas pun bangang Add Maths, tak tau nak tiru sape. Mbahahaha.
Tapi tu pun kalau teringat nak siapkan keje sekolah la.
Kalau tak teringat, maknanya kurang dah beban masalah untuk kau fikirkan.
Tinggal tadah je la bontot esok pagi depan kelas.
Untuk yang sekolah berasrama selalunya kenangan tu lebih sikit sebab 24 jam kau hadap muka yang sama je.
Tapi kalau untuk budak skolah harian, kurang la sikit kenangannya.
Tapi takleh celen dengan kenangan aku Darjah 1.
32 tahun berlalu dah, tapi kenangan yang satu ni memang clear lagi kat kepala otak aku.
Baru-baru ni kitorang belikan Redza satu set buku latihan untuk kelas tusyen dia.
Sebeban jugak la.
Redza tension "Apesal mama ni suka sangat pegi kedai buku? Dah banyak sangat buku Redza. Tak larat nak buat".
Kids nowadays...
Or maybe anak aku je pesen macam ni.
Dah dibelikan buku pun merungut.
Bukannya aku suruh kau kunyah buku tu. Aku nak bagi kau buat latihan je.
Aku bagitau Redza, dulu masa sekolah rendah aku takde buku latihan.
Buku aku untuk belaja memang betul-betul buku latihan yang belajar kat sekolah je.
Balik-balik aku ulangkaji buku yang sama.
Kadang tu buku latihan tu aku dah buat dulu baru cikgu ajar.
Sumber buku aku sangat-sangat terhad sebab Mak Aji and Pak Aji bukan keje besar. Cikgu skolah and kerani. Cikgu sekolah dulu berapa sangat gaji dia kan.
Masa Darjah 1, satu hari tu ada syarikat buku datang buat jualan buku kat kantin sekolah.
Beberapa hari sebelum tu cikgu dah edarkan form senarai buku yang dijual jadi anak-anak boleh bawak balik form tu untuk tunjuk kat mak bapak.
Aku tau aku takkan dapat apa-apa kalau aku tunjuk form tu, jadi aku simpan.
Ligat aku memikir camana aku nak beli buku. Aku nak sangat buku. Nak baca. Nak blaja.
Tapi kalau aku mintak konfem aku kena tengking punya.
Last-last aku nekad korek duit tabung.
Tapi masalahnya aku tak reti kira duit.
Darjah 1, baru-baru masuk sekolah lak tu, apa je la yang aku tau kan. Pi sekolah pun bawak bekal bukan bawak duit.
Buku yang aku nak tu rasanya harga dia tak sampai RM2 pun.
Buku latihan and colouring, 2 in 1.
Aku korek duit tabung, aku letak duit syiling tu dalam sapu tangan, ikat. Supaya tak berbunyik. Kang kalau Mak Aji dengar, konfem libasan hanger sampai kat betis.
Time rehat aku ingat lagi aku bawak 2 genggam duit syling ke kantin and hulurkan kat brader sales tu.
Aku YAKIN nilai syiling 2 genggam tu lebih dari RM2.
Entah-entah RM5.
Tapi brader tu tak pulangkan pun baki kat aku.
Kau boleh imagine tak muka seorang budak yang beratur nak beli sekeping buku dengan tangan kiri kanan bergenggam duit syiling? Muka takut duit tak cukup.
Bila turn budak tu sampai, dia hulurkan dua-dua tangan dia and brader tu tadah duit tu dengan dua-dua belah tangan dia jugak. Penuh tangan brader tu dengan duit syiling aku.
Kau rasa berapa ringgit sebenarnya aku dah bagi kat dia?
And dia buat dekkk je.
Aku ambik buku dengan happy.
Balik rumah, aku dah takut.
Aku takut Mak Aji jumpa buku tu.
Tak reti nak sorok kat mana, last-last aku sorok celah katil.
Tapi mak-mak memang ada 6th sense.
Entah macamana Mak Aji jumpa buku tu.
Aku kena bantai teruk sebab Mak Aji ingat aku mencurik. Aku cakap aku ambik duit tabung, lagi teruk dia bantai aku.
Aku tak sure Mak Aji bantai aku sebab aku beli buku ambik duit tabung atau dia sebenarnya marah diri sendiri sebab tak dapat sediakan aku buku latihan.
Masa aku cerita kat Redza, aku termenangis.
Terdiam Redza.
Hujung tahun Darjah 1 tu aku dapat hadiah English Terbaik, dapat hadiah buku The Shoemaker.
Sampai tertanggal kulit buku tu aku kejerkan dek kerana asik ulang-ulang baca buku yang sama.
Naik Darjah 2, dah ada library bergerak datang sekolah.
Happy gila!
Sanggup tak gi makan time rehat sebab nak beratur pinjam buku.
Masa tu pulak sorang boleh pinjam 2 ketul je.
Lagi 2 minggu pulak baru library datang balik.
2 buku tu sehari je aku dah selesai baca.
Nak menunggukan library datang balik lagi 2 minggu aku dah boleh hafal 2 bijik buku tadi.
Masuk darjah 3, aku dah start baca buku cerpen Arenawati Pak Aji punya.
Arenawati punya cerpen berat. Bukan macam chic lit punya buku Suamiku Encik Sotong, Suamiku Perfect 10, Suamiku Ustaz, Isteri Untuk Dijual, bla bla bla bla.
Arenawati punya cerpen heavy untuk budak umur 9 tahun.
Tapi aku baca jugak sebab aku takde banyak bahan bacaan masa tu.
Pastu Pak Aji kan dulu cikgu Sejarah, bawak balik buku Langkasuka. Punnnnn aku belasah baca.
Dulu, keadaan ekonomi negara ok je.
Cuma ekonomi keluarga aku je tak begitu mewah.
Nak beli bahan bacaan pun terpaksa pikir patblas kali.
Waktu tu, kawan-kawan sekelas aku ada yang everyday time rehat bawak bekal coklat ZIP (ZIP ni mahal la untuk aku, bukan boleh makan hari-hari).
Stationary pun set Garfield.
Kiranya zaman tu pun keadaannya sama macam sekarang.
Ada yang mampu, ada yang kurang mampu.
Disebabkan tak berapa nak mampu tapi keinginan tu besar, nak merasa ada stationary macam orang lain, aku jual origami.
Haaaa, jangan tak tau. Aku jual kreativiti gitu.
Buat purse dari kertas, buat Santa socks dari manila kad - pastu jual.
Doploh sen, patplohsen...
Masalahnya ada pulak yang beli tu!
Bila dah maju sikit, aku kena sound ngan cikgu sebab menjual dalam sekolah.
Kiranya cikgu aku dulu umpama Majlis Perbandaran sekarang la.
Cuma dia takde lori je, kalau tak dah lama dia angkut aku naik lori tu.