2015-12-02

20%



Mula-mula nak bagitau yang Jubah CHLOE akan release 3 Disember tepat 12 malam ni.
Semalam aku dah up kat FB 50 subscriber pertama akan dapat 20% off.
Memang dah berderet subscriber masuk dalam list.
Tapi tak semua subscriber ni akan beli, jadi kalau sesape nak cuba nasib kot-kot dpat 20% off ni, silakan subscribe www.fleurbymrshim.com.

Lagi satu, semalam kat FB jugak, aku naikkan status pencarian OMPEK orang wanita (size S-XXL), untuk join photoshoot Fleur by Mrs Him Sabtu ni di Putrajaya bersama fotografer taraf international Nabil Nadir.
Empat orang ni untuk projek khas.
Tak ambik masa yang lama, maybe sejam je.
You all akan pakai Jubah Chloe ni.
Kalau interested, boleh email aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com.
Nanti aku bagi info penuh.
Jangan lupa subscribe website Fleur ya, kalau tak, tak dapek 20% off untuk CHLOE.




Semalam kitorang gi celebrate besday mak mertua aku yang ke 76. Celebrate kat SERAI Shah Alam.
Sebenarnya tarikh lahir dia 30 November tapi semalam schedule aku full sampai malam.
Jadi pospond ke 1 Dis. Tu pun sebenarnya mak mertua aku lupa tarikh lahir dia sendiri.
Hadiah pun tak beli lagi ni.

Dalam keadaan umur dia 76, mak mertua aku masih lagi kategori kuat.
Dia takde sakit-sakit lutut, pinggang apa semua.
Sebab mak mertua aku ni orang yang paling rajin berpantang.
Dia kontrol darah tinggi dia dengan makan segala macam tok nenek akar and daun je.
Kau sebut je la apa daun yang dia tak makan.
Kalau orang kata makan daun ni makan akar tu, rebus kayu ni, rebus pucuk tu - semua dia buat and telan dengan takde masalahnya.
Air rebusan kulit daun limau purut.
Air rebusan petola.
SEMUA!

Aku ni nak telan panadol 2 biji pun macam nak suruh telan tikus.
Sampai merah-merah bijik mata tahan muntah.
Ubat air jangan cakap la. Boleh jadi bergaduh En Wan nak nak paksa aku makan ubat, siap tunggu aku kat tepi lagi nak pastikan aku telan ubat tu.
Aku rasa aku ni layak makan ubat masuk kat bontot je.



Akhirnya, stok epok-epok kembali!!
Tapi tak dijual. Ni untuk makan sendiri je.
Kali ni mak mertua aku buat karipap ikan saja. Sardin takde.
Karipap ni stok frozen yang wajib ada dalam esbok sebab sedap gila.
Jangan tanya aku resepi karipap ikan sebab aku tak tolong pun buat ni.
Aku balik-balik tengok dah siap.
Tinggal tunggu aku ambik gamba je.

Last aku buat karipap ada lah kot 20 tahun lepas, dengan arwah nenek. Tukang kelim je.
Arwah nenek aku rajin buat karipap sardin sebab dia tau aku adik-beradik suka karipap sardin.
Arwah nenek kalau buat karipap takde de comel-comel macam mak aku buat ni.
Dia kalau buat, nah! Ambik kau besor penumbuk bapak aku size karipap.
Pastu nenek aku tak panggil karipap, dia panggil epok-epok.
Even epok-epok size nenek aku pun kalau sekali hadap aku boleh balun sampai 7-8 biji.
Kalau karipap mak mertua aku ni kurang-kurang 12-14 ketul sekali hadap sap sap soi.

Lagi satu karipap mak mertua aku ni ada 2 version.
Satu version orang Terengganu, satu lagi version orang Kolumpo.
Kalau version orang Terengganu, dia punya inti ada la kot besor ibu jari. 
Kalau version orang Kolumpo, inti penuh.
Mak mertua aku cakap, orang Terengganu tak suka makan lauk (inti) banyak.
Tak sure la betul ke tak tapi kebanyakkan orang Tganu yang merasa karipap mak aku ni, mesti akan komplen "Banyoknya inti!"
Dorang lagi suka makan kelonsong tu lebih dari inti.

Lagi satu kalau nasi.
Mak aku kalau jamu nasi dagang 2 gantang, lauk ikan dia sikit je. Sampai aku pulak risau takut lauk tak cukup.
Tapi selalunya memang akan cukup.
Sebab mak aku cakap, orang Tganu tak kuat makan lauk. Dorang banyak makan nasi.
Open house tahun 2014, aku buat nasik dagang.
After 2 jam, lauk nasik dagang dah habis. Menggelabah aku mintak orang kat dapur goreng ayam sebab style orang sini ambik ikan tongkol seketul-seketul. Style orang buat nasik dagang pulak ikan tongkol tu memang dipotong besar-besar, Padahal ikan tu sepatutnya kena makan dicubit-cubit. Lepas ni kalau buat nasik dagang, aku kena potong ikan tu nipis-nipis. Itu sebenarnya cara makan nasi dagang yang betul. Ikannya diambik sikit saje.


Karipap tu extra sedap sebab kau nampak tu sape tukang gelek tepung.
Sampai naik lebam tepung aku dia gelek.


Ketinggian bukan alasan untuk tak tolong.
Yang penting, usaha gitu.


Kalau tak dibagi sikit tepung untuk dia uli, boleh terbalik rumah aku di amukan.
Jadi, terpaksa la jugak bagi.
Jangan pastu dia paksa aku makan karipap yang dia buat tu dah.


Berfashion pandai.
Berkemas pandai.
Berlakon pandai.
Memasak pandai.
Duduk rumah pakai jubah lagik. 
Kriteria yang baik untuk dijadikan menantu.
Siapa berminat boleh la ke depan. Mohon jangan mintak mahal-mahal.