walk on wings, tread in air: Wedding Armi & Saifol <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Wedding Armi & Saifol
2015-10-01

Seminggu lepas majlis Afiq and Fatin di JB, kitorang ke Terengganu pulak untuk majlis kakaknya Armi dan juga majlis bertandang Fatin ke Tganu. 2 pengantin sekaligus.
Malam yang kitorang sampai Tganu tu Selasa, the next day Rabu. Cuma sehari je ada lagi untuk beli apa-apa sebab lusanya dah Raya Haji. Then Jumaat terus majlis nikah.
Jadi, malam tu, bila kitorang sampai ke kampung, terus meeting and bahagi-bahagiakan tugas.
Walaupun majlis pakai catering, tapi sebenarnya banyak jugak perkara-perkara yang kecik-kecik yang kita kena buat sendiri.

Merebus telur - sendiri.
Packing goodies - sendiri.
Kemas dewan - sendiri.
Mengangkut barang ulang-alik ke dewan - sendiri.
Touchup hantaran - sendiri.
Cucuk bunga pahar and bunga manggar - sendiri.

Tu baru hal kawen.
Belum lagi campur menguruskan makan minum kat rumah, urus anak-anak, kejap-kejap tetamu datang rumah nak beramah-mesra, membasuh kain baju, bla bla bla bla.
Tau je la kan rumah bila dah ramai-ramai ni.
Serba-serbi rasa lambat.

Rabu pagi, masing-masing berpecah keluar ke town untuk beli tugasan masing-masing.
Aku tukang beli candy untuk kids goodies.
Kedai ni wholesale untuk candy, apa ntah nama kedai ni, kedai Cina kat Pulau Kambing (kalau tak salah aku).
Banyak pilihan tapi bukan la yang branded like Kit Kat, Snickers, Mars, Kinde Bueno segala.
Ni yang cekelat-cekelat biasa je.
Alah, budak-budak bukan tengok brand pun. Bukak kotak nampak cekelat, telan.


Semua murah-murah.
Kitorang beli banyak jugak, total baru RM150.


Kalau sumi tu dah macam-macam jenis aku tengok.
Yang pesen aku tak penah nampak kat Giant pun ada.
Seronok masuk kedai macam ni. Kalau kat Subang Jaya ni mana nak cari wholesale macam ni?
Besday Rayyan nak dekat, ingat nak prepare candy-candy macam ni, pack untuk hantar ke skolah.


2 kotak candy kitorang angkut balik.
Tak banyak sangat sebab kotak untuk kids cuma buat 200 je.



Aku ni kalau pi berjalan, tak kira la gi outstation ke, balik kampung ke, even balik Bangi sekalipun, mesti ada benda yang tertinggal. Kali ni coli tak tertinggal. Yang tertinggal adelah baju tido.
6 hari aku kat Tganu kalau takde baju tido abis nak tido pakai baju apa? Terkangkang bogel?
Disebabkan malas nak panjat Pasar Payang semata-mata nak beli baju tido, aku singgah ke butik batik kat tepi jalan. Selalunya butik-butik batik kat sana ada baju tido kaftan cuma tak banyak pilihan.
Dapat lah aku rembat 2 helai.



Macam biasa, kalau dah balik Tganu mesti pergi port wajib - AnW Batu Burok.
Tapau sebeban untuk budak-budak kat rumah.
Sebab kat rumah memang mak aku tak masak punya bila semua dah sibuk keluar pi beli barang, lagipun ramai yang puasa hari Rabu. Jadi aku cakap kat En Wan, tapau je lah 2 set combo (ada 18 ketul ayam) untuk budak-budak kat rumah. Senang, mak aku takyah nak masak-masak.
Aku pun senang takyah tolong masak. Wahkahkahkahkah.

Masa beratur kat kaunter, rupanya belakang aku reader.
Dia rupanya yang sponsor bunting untuk wedding Ibal.
Dah nak setahun adik aku kawen, baru ni lah jumpa sape orangnya yang sponsor bunting Ibal.
Mesti dia telah menjadi saksi kuatnya suara aku meng-order kat kaunter.
Macam beli ikan kat pasar.



Pagi raya, rupanya bukan aku sorang yang lupa bawak baju raya (baju kurung nak dipakai pagi raya).
Semua orang yang balik hari tu pun lupa bawak baju raya rupanya.
Semua sebenarnya lebih fokus bawak baju untuk majlis kawen.
Jadi penyudahnya, pagi raya kitorang semua tak macam orang lain.

Aku tengok kat FB ramai yang update gamba raya sefamili, baju sedondon, lauk pauk raya segala.
Kitorang tahun ni raya haji tu umpama cuti hujung minggu je.
Pagi pun makan nasik lemak. Hahahahaha.
Orang lain pagi ngan nasi impit kuah kacang, nasi dagang bagai, kitorang bersyukur dengan nasik lemak yang dimasak dari pagi makan mebawak ke malam. Sekali jalan masak. Tak kuasa mak aku nak masak 2-3 kali.

Boring tak tau nak buat apa, moh le pi Mydin.
En Wan nak carik lampu la apa la untuk pasang kat rumah mak dia.
Kat sana terjumpa sorang lagi reader.
Kalau dulu, bila terserempak ngan reader, En Wan terdiam tersipu-sipu kat belakang.
Now, dia pun sama naik bersembang.
Sebab reader-reader aku semua follower FB En Wan jugak. Hampeh.


Petang raya, pengantin pakai inai.
Kitorang pun apa lagi, hulur le jugak tangan masing-masing.
Aku first time pakai inai lukis macam ni. Rupanya bila inai ni dah kering, dia akan terkopek sendiri.
Suka aku bila tarik inai yang dah keras tu.

Yang paling malap tu tangan aku la.



Bunga pahar gunakan telo masin.
Mak mertua aku insist nak pakai telur masin biar cantik katanya.
Bagus jugak pakai telor masin, lepas menepung tawar terus kopek and makan ngan nasik minyak.

Sape sini pandai makan telo pindang?
Aku memang takleh masuk lansung ngan telo pindang.
Dah cuba banyak kali nak makan tapi takleh telan.
Kepala otak aku imagine yang telo tu telo busuk sebab warna dia.



Kuala Tganu punya nite life rasanya lebih meriah dari Subang Jaya yang konon gempak sangat tu.
Meriah sangat malam-malam kat KT.
Antaranya ada port main roller blade.
Pandai-pandai lak tu budak-budak ni main.
Dulu tahun 1994 aku datang KT terasa KT ni macam kampung nau.
Now, aku rasa Putra Heights lagi kampung dari KT.

Masa budak-budak ni main roller blade aku tak ikut, aku tunggu dalam kereta sebab nak respond to all emails.
Reason keluar malam tu pun sebab nak balas email.
Maklumlah kan internet kat kampung En Wan memang superb sangatttttt.


Redza sorang je kat situ ber-roller blade dengan pelikat pants.

Please! Please!
Aku tengah cari pelikat pants (yang mcm Afdlin Shauki) untuk Redza.
Banyak yang aku jumpa pelikat pants seluar biasa tu. Yang tu aku taknak.
Yang ni sehelai aku jumpa kat PKNS Shah Alam.
Anyone jual seluar ni?


Harap pakai roller blade je tapi sampai ke sudah duduk kat tepi.
Pastu sentap sebab abang main, dia tak.
Sape suruh ko takut bangun.
Jadiklah, buat begambar.


Nikah day, Jumaat di Masjid Kristal.
Pengantin naik kereta kitorang.
Kalau nak jumpa pengantin ni, esok dia dah start keje balik kat Queen Elizabeth Hospital KK.
Cari nama Dr Armi. 
Kalau jumpa, tolong ingatkan dia jangan lupa bawak balik ubat selsema untuk aku. 
Aku nak yang kaw-kaw punya.


Hasil gubahan hantaran oleh seorang makcik yang multi-talented.
Takat gubah tapak boleh la.
Kalau suruh aku buat sejadah bunga raya ke, telekung bunga teratai ke, kem salam.


Armi and her best frens.
Tak salah aku ini kot kawan-kawan dia yang dari Hospital Queen Elizabeth, dorang balik untuk her wedding. Kalau Jumaat lepas hospital sana kekurangan dokter, dorang ni lah puncanya. Hahahaha.


Pengantin JB.
Last week dia jadi pengantin.
This week dia jadi saksi kepada pengantin.
Yang best tu brooch yang aku pakaikan kat songkok dia time nikah tak tanggal-tanggal lagi.


Pengantin ni lagiiiiiiiiiiiiiiii baru.



3 hari sebelum majlis nikah, Kak Long aku call tanya aku ada tak jubah warna pink 9 helai untuk dipakai dulang girls.
La haiiiiiii. lagi 3 hari dah kot.
Mana aku nak carik jubah pink.
Memang jubah pink yang aku buat untuk collection raya lepas dah sold out.
Yang kaler lain ada la lagi tapi campur-campur kaler pun takkan cukup 9 helai.
Kalau lah dia bagitau awal-awal dulang girls nak pakai pink, dari sebelum raya aku dah asingkan stok.

Last-last Armi berkejar ke Kenanga untuk cari jubah, tak pink pun takpelah asalkan cukup 9.


2 beradik ni je dapat pakai Jubah Ardhani kaler blue.
Ni anak-anak abang En Wan.
Cantik kan jubah aku? Kah kah kah.


Yang salam tu bukan jurunikah, yang tu adik Armi, dia wali sebab bapak dah meninggal.




Suami Armi ni selang 3-4 rumah je dari rumah mak mertua aku.
Kira dorang ni bercinta dari zaman sekolah rendah ke hape aku pun tak tau la, tapi memang sekampung. Mak si Saifol ni penah keje ngan arwah ayah En Wan. Memang Armi and Saifol ni takkan ada masalah balik beraya la. Kalau bergaduh jugak pasal nak balik beraya, aku ketuk kepala dua-dua orang ni.


Memang kalau bab bergambar ni, gamba makcik-makcik selalunya akan jadi lebih banyak dari gamba pengantin. Ni henfon sape aku pun tak tau. 
Barisan depan yang terdiri dari wanita-wanita voluptious ni semua adelah belah kiri Diana Aniston, tengah baju biru tu Kak Ngah En Wan and yang wat peace tu adik En Wan (mak lain).


Ni dah kenapa aku macam tunggu orang datang meminang ni? Kah Kah Kah.

Lepas majlis nikah, semua balik sebab nak kejarkan solat Jumaat kat kampung pulak.
Lepas tu semua start ke dewan untuk mengemas apa-apa yang patut.
Kiranya hari tu memang sibuk and super busy.
Tapi petang tu aku cabut jap pi town sambut Mak Aji and the geng sampai ke hotel. Mak mertua aku siap bungkuskan nasi minyak ngan nasik beriyani suruh hantarkan ke hotel.
Dorang datang KT sebab nak attend majlis kawen Armi.



En Wan buat surprise on majlis resepsi esoknya, dia tempah geng silat and apa yang main ni...rodat eh nama dia? Entah aku pun tak paham tapi sangatlah tradisional bunyi-bunyiannya. Macam zaman kawen anak-anak raja dulu-dulu.

Murah je dorang charge sorang RM50.
Main dari pukul 11 pagi sampai pengantin makan beradap pukul 3pm. RM50 dia je dia charge sekepala.
Kalau kat Kolumpo jangan harap lah.
Hari tu grup kompang time kawen Ibal main tak sampai setengah jap pun charge RM1000.



Lagi satu surprise untuk Armi apabila En Wan bawak masuk van ESKRIM GERROK ke majlis resepsi. Bertepuk tangan kitorang bila nampak van ni masuk kawasan khemah.
En Wan order 700 kon.
Dia charge RM1 satu kon.
Kalau hari-hari biasa dia charge RM2 satu kon.
Yang ramai beratur bukan budak-budak tapi makbapak budak. Termasuklah bapak Rayyan. Siap repeat 5-6 kali tu.

Nama van sangat Tganu sekali.
ESKRIM GERROK (eksrim bergerak).
Ada FB ya, jangan main-main.


Yang kiri dan kanan tukang sambut tetamu. Sebab dorang je yang kenal orang kampung sendiri.
Yang tengah-tengah tu tukang sergah budak-budak keluar dari dewan. 
Ko jangan nak main kejar-kejar dalam dewan ni ya. Kang aku kejar korang semua mau tak cukup tanah kau nak larikan diri.

Kitorang semua pakai team kelabu hari tu.
Tudung aku takde kaler kelabu, so aku pi beli kat Ariani.
Ko tau shawl cenggitu je dia charge sampai RM400. Kuang ajo betul.
Nanti kau, aku buat shawl camni aku jual patblas hinggit je!



Mak Aji ngan Pak Aji datang ke majlis dengan naik teksi sebab masa dorang nak datang tu anak-anak Ima tengah tido. Biasa la kan budak-budak kalau tengah tido kita kejutkan nanti merempan setengah hari. So Mak Aji kata takyah kejut, biar dorang naik teksi je ke kampung En Wan. Lagipun dorang dah pernah datang, so dah tau jalan.

Pak Aji kena datang awal sebab dia tukang baca doa untuk pengantin.
Rupanya masa datang tu henfon Pak Aji tercicir dalam teksi.
Yang best tu kan, tetiba malam tu jiran Pak Aji call bagitau henfon Pak Aji ada kat dia, di Bangi!
Pelik tak?

Pakcik teksi tu tersedar henfon Pak Aji tercicir dalam teksi, and dia check agaknya list-list nama.
Maybe dia nampak whatsapp Pak Aji dengan group di Bangi so dia whatsapp dalam group tu.
Kebetulan salah sorang jiran dalam grup tu ada kat KT, tengah tunggu flight nak balik KL.
Terus pakcik teksi tu hantar ke airport.

Macam tak caya kan semudah tu?
Kalau Tuhan tu nak permudahkan segalanya, memang takyah la kita susah-susahkan diri.
Itu teladannya.


Text doa pengantin yang Pak Aji prepare.
Tanjat ai dia tulis dalam jawi.


En Wan dah member-member sekampung beliau.



Mula-mula adik masuk dulu dalam dewan, pastu baru kakak.
Cantik sangat Fatin pakai baju pink.
Si Afiq ni aku tengok dah macam Pansha Ungu.

Actually ni bulan dewan besar sangat tapi balai raya.
Biasa la kan, dalam kampung, dewan besar mana sangat kau expect.
Jadi tempat dalam balai raya ni pun terhad kepada 5 biji meja bulat saja, sebab tu yang lain semua kena makan kat khemah.
Dan disebabkan space pun tak besar mana jadi kitorang terpaksa juga letak kotak-kotak goodies dan segala barkat-barkat dalam dewan yang sama tapi susun kat tepi pintu supaya senang nak ambik.

Pulak tu bila geng silat mula bersilat, orang kampung berpusu-pusu masuk dalam balai raya ni nak tengok show. Dia main block je pandangan tetamu-tetamu besan. Sukati dia je. Kampung aku dia kata. Hahaha. Masa tu kitorang dah takleh kawal keadaan dah. Lantak ko lahhhh.


Armi and Saifol pilih warna putih.


Afiq and Fatin dengan family Fatin.


Cute je Kak Ngah En Wan kan?
Badan size XS niiiii.


Adik En Wan, Maria dengan husband dia.
Tengah-tengah tu Mok Ndong (mak nombor 2 En Wan).


Aku suka pelamin dorang.
Cantik.
Selalunya orang bajet pelamin-pelamin kat kampung-kampung ni biasa-biasa je.
Tapi pelamin dorang ni aku rasa cantik.


video

Agak sibuk nampaknya tuan tanah di situ.
Buat-buat sibuk je sebenarnya.


Pagi esoknya majlis bertandang ke rumah Saifol pulak.
tapi morning tu kitorang breakfast dengan Mak Aji and the geng sebab dorang nak balik KL dah.
Pekena nasik dagang kat Warung Kak Pah.
Warung ni penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3.


Lepas makan gi Pasar Payang pagi-pagi buta sebab nak cari baju tido lagi. Kitorang busy kat sana tak sempat nak basuh baju. Jadi baju tido kena beli baru.
Tapi sebab datang awal sangat, kedai pun belum bukak. Maka melepak la dulu kat wakaf tepi kedai.


Mak and Mok Ndong.
Jangan main-main.
Dorang ni satu team tau.
Hari-hari bertalipon tanya khabar and gossiping.


Ni dah siap-siap nak gerak (berjalan kaki) ke rumah Saifol.
Kawen ngan orang kampung sendiri katakan.
Selang 3-4 bijik rumah je pulak tu.
Jalan kaki je lah sudeyyy.


Muka macam nak cari gaduh je dua-dua ni berjalan pi rumah Saifol.
Ni kalau rumah sana tahan untuk tol ni memang konfem tak jadi dorang mintak tol tengok yang datang semua muka carik pasal macam ni.


Hampir tak nampak pengantin mana satu.
Macam aku ngan En Wan pulak pengantinnya. Mbahahahahahha.
*pangggggggg sedas*



Balik-balik gamba kitorang, balik-balik gamba kitorang.
Ntah sape la gerangan fotografer ni yang minat nau ambik gamba kitorang. Eceh.


Nak mengunyah tapi at the same time nak bergamba jugak.
Yang tengah tu Mek (adik En Wan) and Kak Long (mak Armi).


Kak Long mintak aku and En Wan duduk kat meja pengantin.
Eh tak kuasa aku makan ngan sudu garfu ni.
Nak makan ayam kot, tak feel la makan sudu garfu.
Aku suruh mak duduk ngan anak dia.
Pengantin pun tak suap-menyuap.
Dia lak lelebih nak suap-suap. 


Sepesen kan muka?






posted by aveo757 @ 1:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER