First time kita gunakan method whatsapp untuk terima order dan akibatnya - HENFON PANAS!!
Nasib baik bukan henfon tuan tanah.
Aku rasa GreenAard sangat memerlukan more dealers!!!
Sebab seriously, kita tak dapat nak handle semua enquiry dan mustahil untuk kita pos semua order setiap hari dengan staff yang belum ramai.
We welcome more dealers and stokist. Lebih senang untuk customer dapatkan stok dengan lebih cepat.
Aku faham ada customer yang taknak ambil risiko bayar dulu wang kepada entah sape-sape yang belum dikenali, jadi kalau ada dealer yang berhampiran itu adalah lebih baik.
Alhamdulillah, we are constantly terima feedback yang positif dari kebanyakkan pengguna GreenAard.
Bear with us, new testimoni akan di upload dari semasa ke semasa.
Jangan tak caya pulak bila baca testimoni kita ya.
Real testimony!
Tak main la testimoni acah-acah.
Salah satunya ini.
4 kilo turun dalam masa 10 hari!
Tak percaya?
Jangan kau, aku pun susah nak percaya.
Ni namanya lawan tokey.
Aku sendiri pun macam siput slownya nak turun ke berat badan now. 7kg dalam masa 4 bulan.
Tapi kalau ada yang turun 4kg dalam masa 10 hari, alhamdulillah.
Kitorang terima banyak mesej di FB yang mahukan jaminan berat badan akan alami penurunan pada penggunaan botol yang pertama.
Look, when it comes to losing weight, everyone wants to get results as soon as they possibly can.
Tapi if you are looking to lose weight quickly, endingnya jahanam.
Memang bukan perkara mustahil untuk hilang berat badan dalam tempoh yang singkat. Boleh sangat. Tapi, berat badan yang hilang dalam masa yang singkat selalunya akan kembali semula dalam masa yang singkat juga.
Your body is not something that you can clean up and change in a few weeks.
Berapa tahun ternak lemak dan babat celah peha, dalam perut, belakang tengkuk. Berapa lama?
And now you expect untuk dapat body macam Lucy Liu dalam masa sebulan?
Kalaulah begitu mudah kuruskan badan, perkataan OBESITI tu takkan wujud.
Badan kita ni needs time to adapt to the changes in diet.
It needs time to adapt to increased activity.
Proses ini mengambil masa.
Dan setiap badan manusia takkan mempunyai kemampuan yang sama.
Fungsi GreenAard kita dah kaji herba-herbanya, kombinasinya adalah untuk menurunkan berat badan. Dan kita sangat percaya kepada tindakbalas herba-herba ini.
Melihatkan kepada beberapa testimoni, setakat ini kebanyakkannya mengalami penurunan berat badan, cuma bezanya cepat atau lambat.
Bayangkan kalau aku sendiri give up terlalu cepat dalam mencuba GreenAard, agaknya aku kekal pakai jeans size 31 sehingga sekarang.
Aku boleh bagi jaminan berat badan kau akan turun, tapi kau boleh tak bagi aku jaminan yang kau akan konsisten?
Ada some tu, bila dia tau fungsi GreenAard block new fat, dia mentekedarah macam takde besok. Pastu tanya aku pulak apesal berat badan dia maintain je tak berubah-ubah? Camne aku nak jawab tu agak-agak?
Cuba fikir balik, it took us a long time to evolve dari meniarap, merangkak, berdiri, berjalan, berlari....it didn't take place sebulan tau tak. Bertahun!
So, when we want to change the way our bodies look, we are basically evolving into something else. Of cos nak turunkan berat badan takkan ambik masa bertahun-tahun. But it will eventually susut.
This is a fact you need to accept, because once you understand and accept this concept, kau takkan menggelabah kalau berat tak turun lansung dalam masa 3-4 minggu.
Dari awal lagi aku dah kata kalau kau nak produk yang menjadikan kau plank macam papan plywood, GreenAard is not the product.
Kalau nak kurus dalam masa sekejapan pun, GreenAard is not the product.
Pergilah carik product lain.
GreenAard ni di-designed berteraskan persediaan tradisional sebab aku taknak guna banyak chemical. Aku cuba nak kembali ke zaman nenek moyang kita yang body-nya dah sama naik dengan kerengga walau beranak 10 disebabkan rajin makan/minum air akar kayu, ulam-ulam.
GreenAard menggunakan 100% raw herbs.
Kita tak gunakan extract herbs lansung!
ebab aku nak biar kita kurus sihat. Kurus secara perlahan-lahan dan sihat.
Bukan kurus sakit, kurus pucat, kurus lembik.
Memang ada yang bagitau bila makan GreenAard badan rasa heaty sikit.
Of cos akan rasa panas sebab kita banyak guna herba. That's why aku pesan banyakkan minum air. Memang aku pilih herbs yang pungent untuk GreenAard. Tapi tak semua orang akan rasa heaty ni. Macam aku, tak rasa pun.
And some bagitau pening-pening sikit lepas ambik GreenAard.
Ini disebabkan tindakbalas pembebasan neurotransmitter (serotonin) yang cepat, lantas menyebabkan dizziness.
Pun tak semua orang alami.
Kalau nak kurangkan dos boleh, tapi lama-lama dah stabil try to increase jugak ke 4 biji sehari ok?
Aku pelik sebenarnya, apesal la ada certain pengguna nak kurus mendadak-dadak? Tak boleh ke bersabar untuk kurus?
Cuba imagine apa akan jadi dengan badan kau kalau hilang 21,000 kalori seminggu?
21,000 kalori ni nilai yang diperlukan untuk kurangkan 13kg sebulan.
Bila kau nak turunkan 13kg seminggu, maknanya badan kau kena bakar 21,000 kalori.
What it will do to your body? Pernah terfikir? Tak penah kan? Sebab masing-masing sibuk pikir nak pakai baju size S.
Tau tak (kalau tak caya pi tanya Kevin Zahari), bila kalori dikurangkan dalam masa yang singkat dalam kuantiti yang besar, badan kau nanti akan masuk dalam mode defensive.
Dan apabila sampai masanya badan kau memang perlu bakar kalori, dia jem taknak gerak-gerak.
Contohnya kalau kau biasa makan nasi, tetiba saka diet kau datang dan secara drastiknya kau kata taknak sentuh nasi dah!
Ini akan menyebabkan kejutan pada badan dan badan akan stop terus dari membakar kalori.
Sebab tu pernah tak dengar orang komplen makin tak makan nasi, badan makin naik. Pernah?
Sebab tu kalau nak kurus, bukan tak makan lansung nasik, tapi kurangkan pengambilan.
That's why GreenAard di-designed untuk mengurangkan selera makan. Supaya kau tetap makan, tapi dalam kuantiti sikit sebab kau dah rasa kenyang. Bukan tak bagi kau berselera lansung.
Itu cerita pasal badan.
Now aku nak cerita pasal kepala otak pulak.
Otak kita menggunakan 30% daripada glucose yang kita ambil dari pemakanan (dari karbohidrate like nasi).
Kalau kalori badan kau dikurangkan secara mendadak, maknanya otak kau pun akan dapat less glucose dengan mendadak. Itu yang menyebabkan kau tetiba rasa letih, mengantuk dan cepat fedap (ada sorang dua email admin tanya apesal rasa mengantuk, cuba check balik diet anda).
Bila kau rasa letih, kau akan cepat hilang sabar nak berdiet, ujung-ujung kau mentekedarah balik kaw-kaw. Selalunya jadi gitulah.
Sebenarnya penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 900g-1.2kg seminggu.
So jangan kecewa sangatlah kalau 10 hari turun 1 kilo. Itu dikira penurunan yang sihat.
Dealer Arau/Kangar insyallah next week aku update ya sebab stok takde kat tangan dia lagi.
Selain dari area dalam senarai, boleh beli direct dari kita.
Klik gambar GreenAard kat belah kanan bawah ni.