2015-10-02

Hidup mewah belum tentu berkat



Malam semalam aku naikkan status ni sebelum tido.
Ada sebabnya.
Sebagai reminder untuk aku tulis entry pasal ni today.
Actually ada sorang reader PM untuk share story hidup dia untuk dijadikan pengajaran.
Tapi aku tak rasa sesuai untuk aku cut and paste conversation tu kat sini.
Status aku tu rasanya dah summarize everything.
Juga peringatan untuk yang tukang tulis status sama.

Antara tanda-tanda kecil akhir zaman adalah apabila orang muda berlumba-lumba hendak jadi kaya.
Kaya tu bagus.
Tapi kalau dunia itu sudah diletakkan dalam hati, dan bukan lagi di tangan, itu dah tak betul.
Selalu kita rasa bila banyak duit, itu tandanya Tuhan merahmati kita.
Kalau lah benar begitu, betapa tak adilnya Allah dengan para alim ulamak yang kebanyakkannya bukan kaya raya.

Belum tentu duit yang banyak itu menjadi nikmat.
Musibah yang membuatkan kita sedar adalah nikmat.
Tapi nikmat yang membuatkan kita lalai adalah musibah.

Semua orang nak jadi kaya.
Tak salah nak jadi kaya. Silakanlah semua jadi kaya.
Tapi zuhud terhadap dunia pun bukan bermasud tak ada apa-apa lansung hal dunia. Melainkan kita memang yakin dengan apa yang ada pada Allah daripada apa yang ada di tangan makhluk.
Orang yang zuhud terhadap dunia, adalah apabila dia mempunyai banyak harta, tapi dia melihat hartanya itu bukanlah satu jaminan. Maksudnya, dia lagi suka dengan jaminan Allah kerana walaupun jaminan Allah tu tak nampak dan tak bertulis, dia tau yang Allah lebih tahu segala keperluannya.

Bukan maksudnya zuhud tu papa kedana hanya berserah pagi petang siang malam kat Tuhan.

Kalau kita merasa lega dengan adanya duit banyak dalam bank, simpanan ASB maksimum, property banyak, ada 5-6 jenis perniagaan, ada 15 jenis side income - ini bererti kita belum zuhud.
Macamana banyak sekalipun simpanan kita, gaji kita, side income kita, perniagaan kita, hartanah kita, saham kita, seharusnya tak boleh rasa tenteram dengan semua jaminan itu kerana semua itu tak akan datang kepada kita, kecuali dengan izin Allah.
Jangan nak seronok sangat bila banyak duit, banyak harta, stahun 7 kali bertukar kereta mewah, sebulan 4 kali bercuti overseas.
Syaitan menyesatkan kita dalam pelbagai cara.
Kita rasa kita dirahmati dengan banyaknya rezeki, tapi adakalanya rasa syukur itu datang bersama-sama riak yang terkadang kita tak sedar dan tak dapat kawal.

Manusia ni ada bermacam-macam perangai.

Orang yang ada harta akan menayangkan hartanya dengan cara memperlihatkan gaya hidup yang mewah.
Tapi tahanlah lagi, sebab dia memang mampu.
Cuma kalau dengan kayanya itu menjadikan dia sombong, maka tak ke mana lah jugak.
Apetah lagi kalau kaya tapi kedekut.

Lagi satu, orang yang tak kaya tapi nak dilihat seperti orang kaya.
Gaya hidup tak sesuai dengan kemampuan tapi selalu nak tampil hebat melampaui kenyataan.
Ujung-ujung merana dalam diam.
10hb dah menggagau kepanasan takde duit.
Ni namanya menyeksa diri. Hidup semata-mata nak menagih perhatian and pujian orang ramai.

Yang lagi satu, orang yang tak berharta dan hidup sederhana.
Orang macam ni bagus, sebab hidup dia tak pening serabut nak memikir hutang apetah lagi nak heran dengan penilaian orang.
Orang kata dia tak kaya? - Apa adehallll.
Orang kata dia tak penah berjalan pi oversea? - Kisah apa aku.
Tapi, orang begini boleh jatuh hina di pandangan masyarakat kalau dia menjadi beban kepada orang lain apabila hidupnya kerap meminta-minta.
Asikla kejenya minjam duit orang sana sini. Bayarnya tak. Pinjam je laju.

Yang paling bagus adalah orang yang berharta dan hidup sederhana.
Dia mampu beli apa je yang dia nak tapi dia memilih untuk beli mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak hati.
Dan dia juga tak kisah dengan trend semasa.

Hidup ni menjadi sakit bila kita terlalu nak up-to-date dengan perkara-perkara yang tak penting.
Orang pakai henfon paling latest, kita pun laju-laju tukar henfon jugak.
Orang beli Pandora, kita pun nak Pandora jugak.
Orang pegi London, kita pun nak pi London jugak.
Kalau mampu tak apa!
Tapi hakikatnya ramai yang kurang mampu tapi keinginan melebihi kemampuan.

Bak kata Fasha Sandha, manusia ramai yang semakin sakit.
Semuanya nak ditayang di IG, di FB.
Tak update IG sehari boleh jadi amukan.
Mungkin faktor media sosial juga menjadi salah satu sebab kenapa ramai yang 'berpenyakit'.

Lets see the world dengan perasaan yang biasa-biasa saja.
Jangan meletakkan dunia tu pada hati.
Insyallah hidup lebih diberkati.