walk on wings, tread in air: Ho Chi Minh 2015 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ho Chi Minh 2015
2015-10-08


Sabtu lepas, aku ke Ho Chi Minh lagi.
Macam biasa, urusan kerja. Dan macam biasa jugak, angkut En Wan. Kalau tak, nanti 3 hari aku tido kat bucu bilik, kencing bukak pintu.
Ada reader tanya "Kak Di kejap-kejap fly, dah tak de flight fright ke?"

Maunya!!

Tanya lah En Wan, hanya dia je yang tau apa aku buat kata atas tu.
Beria je sebelum naik flight "Bang, kita order makanan nak? Lapar la.."

Dan En Wan seperti biasa sangat happy bila dengar wife dia nak makan kat atas kapal terbang.
Itu petanda wife dia dah berani sikit.
Bila berani, maka selera makan ada.

Nan ado!

Masuk-masuk je kapal terbang, kapal tu belum gostan lagi aku dah sound "Takyah order tau. Tak rasa nak makan".

Kau bagi lah aku naik kapal terbang hari-hari sekali pun, memang macam ni jugak sawan aku. Tak boleh baik punya.
Tapi bagus jugak bila ada ketakutan yang melampau macam ni, kurang sikit rasa nak melancong jauh-jauh.
Kau cerita la aku kau kau pegi benua Afrika ke, hape ke, takde de aku nak heran. Pegi la kau.
Aku duduk kat Malaysia tak pi mana-mana pun takpe.
Janji takyah naik kapal terbang.

Tapi nak tak nak, kalau masanya dah tiba, macam atas urusan kerja ke Ho Chi Minh ni, aku takde pilihan. Terpaksa jugak pegi.



Dan macam biasa, everytime trip yang memerlukan aku naik kapal terbang akan menjadikan aku malas gila nak pack baju.
Modd nak pack baju hilang serta-merta.
Jadi, kali ni aku pi sana bawak satu seluar and 2 blouse.
Baju tido taknak bawak. Tido telanjang tanda protes. Mogok bogel nama dia.
Seb baik spender ngan bra bawak secukupnya. 



Muka baru bangun tido.

Waktu ni dah nak landing.
Alhamdulillah, flight pegi balik smooth je. Takde gegar-gegar yang menakutkan aku.
Mula-mula tu kitorang ingat flight tunda sebab pagi Sabtu tu jerebu boleh tahan teruk jugak.
Teksi yang bawak kitorang tu pun kata "Macam tunda je ni, kak".
Aku dah happy dah ni kalau takyah pergi. Alasan - jerebu. Strong gila alasan tu. Bencana alam kan. Nak kata apa lagi kalau tak dapat pergi.

Sekali lepas pulak.
Memang power la mata pilot, jerebu dah teruk pun dia masih lagi boleh fly.
Selalunya 5-6 minit after take off, masih nampak lagi pemandangan bawah, tapi kali ni, 2 minit lepas take off je terus nampak putihhhhh je kat bawah. Lagi la menggelupur aku kat atas tu. Ngeri okeh, ngeri!

Flight tak banyak orang.
Half lagi kosong.
Selesa.



Kali ni, booking hotel aku tak masuk campur.
Semuanya diuruskan oleh En Wan sendiri.
Dan macam biasa, kalau En Wan yang book-kan hotel, mesti akan ada saspen.
Dah jejak airport Ho Chi Minh baru aku tanya "Kita dok hotel mana?"

Dia jawab "Ada la. Surprise!"

Haaa, tang SURPRISE tu yang aku cukup tak berkenan.



Anpha Boutique Hotel.

Hotel dia hotel biasa-biasa je, tapi bilik kitorang cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Lagi cantik dari bilik Signature Room harga RM600+.nite yang kitorang stay last year kat Saigon Liberty Central.
Disebabkan hotel kali ni biasa-biasa, dia takde executive lounge. Tapi dia ada executive room.
But, hotel ni ada Halal Menu!



Tadaaaaa!!!

Selama aku pi Ho Chi Minh, tak pernah aku breakfast kat hotel sebab tak halal.
Tapi Anpha Boutique Hotel provide halal breakfast, every nite dorang akan mintak kita isi nak makan apa esoknya.

Memang berbaloi duduk sini.


Luar je nampak cikai.
Tapi kat dalam pehhhhhh.
Dah macam duduk Equatorial Bangi!
Tapi Anpha Boutique Hotel ni memang dikategorikan sebagai Luxurious Hotel in Ho Chi Minh, cuma dia kat deret-deret kedai je.

Alas katil yang kaler oren tu adalah 'sejadah' paling best aku pernah guna setiap kali ke hotel.
Sebab ada sponge okeh. Sujud dan terus tido pun boleh.


Bilik air complete dengan bath tub.
Yang penting jamban ada hose.


Ruang selesa untuk aku buat keje atas meja.


Interior ala-ala France.
Biasa la kan, bekas tanah jajahan France katakan.
Yang best tu ni je la satu-satu hotel yang ada coffee maker.
Executive room pun pakai cerek je.
Tapi hotel ni siap bagi coffee maker.
Maybe sebab dia tau guest akan beli serbuk kopi Vietnam, jadi dia letakkan terus coffee maker dalam bilik. Mengopi la kau sampai lebam.

Anpha Boutique Hotel ada 3 jenis bilik :


Deluxe Room


Premiere Deluxe Roon.
Ni bilik kitorang.
RM280/nite only.


Executive Deluxe.
Nak lagi best ambik ni la.

Dalam banyak-banyak hotel aku duduk kat Ho Chi Minh, Anpha Boutique ni yang aku rasa paling sesuai. Sebab betul-betul dekat dengan Pasar Bin Thanh (untuk yang ke sana untuk shopping, hotel ni sesuai untuk stay). Turun-turun je hotel, nampak pasar Bin Thanh dulu. Nak makan pun tak susah sebab ada restoran halal (Singapore) selang 2 pintu kedai.
Disebabkan dekat nau dengan tempat korang nak bershopping, jadi kebarangkalian kau nak kena tipu ngan beca tu kurang sikit sebab kau tak perlu naik beca pun nak balik ke hotel.
First time aku pi HCM kena tipu ngan beca sebab ni lah. Sebab hotel jauh, tapi barang nak bawak balik banyak. Sekali naik beca pastu kena kencing. Bahabi.

Aku takde banyak masa nak termenung petang tu sebab kul 2pm dah start meeting.
Jadi, lepas letak barang, terus gi makan dulu.
Port biasa haruslah Restoran Kampung Melayu.


En Wan punya - nasi goreng BBQ chicken.


Aku punya - nasi goreng ayam berempah



Kedai Jamilah ni depan Restoran Kampung Melayu.
Jadi haruslah singgah kejap dah alang-alang lalu depan tu kan.
Everytime pi sana, mesti aku masuk kedai Jamilah ni sebab baju-baju dia boleh tahan cantik.
Tak sangka akak dalam tu kenal muka kitorang. Padahal baru 3 kali aku sampai sana.
Agaknya sebab aku kalau masuk kedai ni mesti bising suara cam petir tunjuk sana tunjuk sini semua pun aku nak beli, gamaknya tu yang akak tu ingat tu. Lom penah aku jumpa customer memekak macam dia agaknya dia kata.

Kali ni aku tengok Jamilah dah ada jual baju kurung Vietnam Silk.
Selalunya dia fokus kat baju kurung chiffon yang penuh-penuh manik tu.
Itu dah memang trademark dia, tapi kali ni dia dah start jual kurung Vietnam Silk pulak.
Lagilah aku menggila kat dalam tu.

Dan kali ni jugak Jamilah ada jual tudung.
Tudung Neelofa lak tu yang dia jual. Siap metal label lagi.
Jangan kata kedai ni je, kedai sebelah dia pun jual, pastu kedai depan Pasar Bin Thanh pun ada jual.
Boleh dikatakan hampir semua kedai jual Neelofa.
Dulu semua kedai jual Fareeda, now Fareeda dah takde, yang ada Neelofa.
Berjaya Neelofa dengan tudung dia.
Tapi tu la kan, kalau nak bisnes apa-apa pun, jangan berjaya sangat kalau boleh. Bila kau berjaya gila-gila mesti ada yang clone-kan.
Kesian pulak aku tengok Neelofa. Patutnya dia boleh untung lebih lagi tapi sebab dah ada ciplak version, maka keuntungan yang patutnya dia dapat lebih tu tak dapat la pada dia.
Takpelah, ko pun dah kaya.

Vietnam pun dah pandai copy macam China.
Jangankan kata metal label, siap plastic and paper bag Neelofa pun dia buat. Dah tak tau beza mana satu ori mana satu ciplak.
Nampak tak budak yang pakai baju kuning tudung kelabu dalam gambar atas?
Tu orang Malaysia tu, dia datang berjalan and beli tudung Neelofa gak.
Dia la yang ajar aku camne nak pakai tudung Neelofa.
Aku tengok bersepah nau orang jual, aku pun beli gak la dalam 15 helai.
Pastu tak tau nak pakai camne.



Nampak tak kurung Vietnam Silk kat tepi akak tu?
Cantik-cantik sangat!
Aku tanya apesal tak banyak kedai jual kurung Vietnam Silk yang dah ready made? Kebanyakkannya jual kurung plain chiffon with manik penuh atas bawah.
Akak ni kata kurung Vietnam silk mahal, tak ramai nak beli, nanti dorang rugi.

Seriesly, tak mahal mana pun sebenarnya.
Sepasang kurung Vietnam Silk siap embroidery around RM140.
Mahal banding ngan baju chiffon plain yang boleh dapat dalam RM80-90.
Tapi kat Malaysia kain silk tak dapek RM140 kakkkkkkk.
RM140 kira murah la tu ready to wear.



Tapi kat sana dah susah nak cari kurung pesak.
Semua pun sibuk nak buat kurung moden. Kedai vietnam silk yang aku selalu pegi dulu tetiba dah tutup pulak. Kedai tu je yang ada jual baju kurung pesak vietnam silk. Alih-alih tutup.

2pm meeting, sampai 5pm.
Lepas Maghrib, En Wan ajak pegi Hard Rock.
Setiap kali pi HCM, setiap kali tu aku masuk HR tapi kali ni penuh dengan ranjau.
Aku tak tau camaman kitorang boleh sampai HR dulu.
Kali ni nak pi HR, sampai 6 teksi kitorang tahan, sorang pun tak paham apa kitorang cakap.
En Wan siap tunjuk gaya main gitar bagai kat tengah-tengah jalan tu, punnnnnnnnnnnnn dorang tak paham. Aku macam nak terkencing gelakkan laki aku gigih berlakon main gitar.

Dah la kat sana aku pun tak paham apa pasal mobile data tak dapat access apa-apa.
Agaknya sebab semua tempat pun ada wifi, jadi dorang tak perlukan mobile data.
Aku ngan En Wan dah ada kat tengah-tengah jalan, dah camne pulak aku nak gugel address HR ni??
Masalahnya dorang ni aku tulis HARD ROCK pun dia tak paham. Dia paham jenis tulisan dia je.
Adehh, camne la kau nak kaya camni. Foreign nak naik teksi bagi address pun kau tak paham.



Last-last ni je la last resort aku sebab dia ni belum pernah lambat reply mesej. 
Aku je yang selalu lambat respond mesej dia. Seb baik dia sempat bagi address sebelum aku ngan En Wan perform rock band kat tepi teksi. Penat laki aku buat gaya main gitar tau tak.


Fuh!!!! Setelah onak dan ranjau ditempuhi, diselang-selikan dengan adegan main gitar tepi jalan, akhirnya sampai jugak mamat ni kat sini.


Dan macam selalu, hanya dia je lah borong kat dalam ni.
Aku tukang ambik gamba je.


Aku whatsapp gamba baju ni kat group pastu Ibal dengan konfidennya cakap "YEAHHHHHH".
Konfiden gila akak dia belikan untuk dia.
Nasib baik memang kau punya.
Kalau tak mesti kau dah left group dek kerana kemaluan yang tak bertepi. 


Sotong goreng tepung yang crispy.


Tomyam seafood yang lansung tak rasa tomyam dan tak sedap.
Dan sangat berminyak.


Ikan siakap 3 rasa yang best.


Restoran The Daun ni selang 2 pintu je dari hotel aku duduk.
Ni Melayu dari Singapore punya restoran.
Lauk-lauk yang aku pilih semua sedap especially sambal belacan dia kecuali tomyam out.



Ini En Wan punya dadah.
En Wan kata kesedapannya tak terkata.
Tapi takde teh ais, jadi aku takleh try sebab aku tak minum kopi.


Ni rutin aku setiap kali gi pasar malam Bin Thanh - cari seluar.
Seluar kain cotton, sedap pakai untuk buat duduk-duduk kat rumah.


En Wan borong telekung kiriman member-member dia. Aku pun join gak sekaki beli 6 pasang.
Another ilmu baru untuk pilih telekung kat sana, jangan main iye je bila dia kata cuma RM45.
Kena tau beraopa banyak kuntum bunga kat telekung tu.
Kalau bunga 74 kuntum pun baru RM90-100.
Kalau dia kata 32 kuntum tapi harga sampai RM60, tu dikira mahal.



Ahad pagi, free sebab meeting hari tu start kul 1pm.
Pagi dorang semua pi church. Jadi dapatlah aku merayap kejap.
Misi utama adalah cari blouse untuk meeting petang tu.
Kan aku bawak baju 2 helai je, so baju yang aku pakai dalam gamba dah dikira baju last.
Nak taknak nak kena pi beli blouse baru.

Dan pagi tu aku merasmikan tudung Neelofa harga RM25/pc.
Ternyata bukan Neelofa sorang je kelihatan jelita bila pakai tudung ni. Mbahahahahaha.

Tapi, nak memakai tu hazab!
Aku rasa lagi laju aku lilit shawl dari aku nak membega-bega tudung Neelofa ni.


Breakfast dah macam kat Paris kelihatannya.
Breakfast tingkat atas sekali.
Disebabkan hotelnya rumah kedai, jadi ruang makan pun kecik juga.
Tapi selesa and cantik.


Ke mana-mana pegi bawak kotak packaging Fleur by Mrs Him.
Nak simpan jejak katanya.


Ni aku kat depan Diamond Plaza tunggu mall bukak sebab nak beli blouse.
Jeans yang aku pakai ni pun aku beli kat pasar malam Bin Thanh je, RM100.
Selesa.


Baju-baju branded dia memang mahal gila.
Nak mampus punya mahal, patut la takde orang dalam mall ni.
Kebanyakkannya brand dari France.
Aku beli Baju both Giogio Giulini and ZaSkin. Apa nama ntah aku tak tau la, tapi mahal gila.
Baju-baju kat ZaSkin tu semua harga RM300 ke atas. Aku ambik yang paling murah la, RM300.



Ni kat area Pejabat Pos HCM. Kawasan ni area tourist sebab bangunan dia bahan sejarah.
Kat depan ni kitorang hampir-hampir dikencing lagi, kali ni dengan teksi.
Patut la selama ni En Wan tak pernah tahan teksi kaler hijau.
Apa-apa pun dia akan naik tekci VINOSUN (kaler putih).
Masalahnya, teksi Vinosun ni semua yang aku tahan semuanya tak paham cakap omputih.
Aku nak pi Parkson pun dia tak paham. Aku tak tau dorang sebut Parkson camne.

Masa tengah blur-blur speaking ngan teksi Vinosun, ada sorang mamat dari teksi hijau approach kitorang and tanya "Where do you want to go? I send you".
Kitorang cakap nak pi Parkson.
Terus dia pi kat teksi kawan dia and bukak pintu seat depan (sebelah driver) and suruh En Wan masuk situ.
En Wan mana nak, dia nak duduk belakang ngan aku.
Dah nak sampai Parkson, teksi benti.
Tapi dia benti jauh. Mahu kot 60 tapak lagi aku kena jalan nak masuk Parkson.
Kitorang mintak dia kedepan lagi, dia taknak.
Masa tu aku blur lagi, tapi En Wan dah syak something.

Kat meter tunjuk 26,000 Dong.
En Wan keluarkan duit dari beg.
Tetiba pemandu teksi tu hulurkan tangan dia dari depan nak capai duit yang En Wan tengah kira.
Aku pelik jugak apesal dia ni main capai-capai duit orang ni?
Dia cakap "I show you...I show you..." as if kita tak tau which money to give.
En Wan mengelak pastu dia jengket dari seat dia nak capai jugak duit.
En Wan tengking "Don't touch my money!!"
Aku masa ni dah standby nak bukak pintu sebab kuat gila En Wan tengking dia, aku takut kena tumbuk je.
Last-last En Wan bagi dia 30,000 Dong and tarik aku keluar. Tak ambik baki pun.

En Wan kata dia dah baca dalam internet banyak kali dah orang review jangan naik teksi hijau sebab teksi hijau ni banyak penipu.
No wonder la dorang tau cakap omputih, sebab nak menipu.
Lepas ni naik teksi putih je, tapi macam ayam ngan itik la kau berkomunikasi.


Ni la hotel aku duduk - Anpha Boutique Hotel.
Koman je dari luar kan?


Balik dari beli blouse, singgah lagi Restoran Kampung Melayu untuk lunch.
Ni En Wan punya - mi goreng mamak.


Aku ratah sup ayam je sebab takde selera troma ngan pemandu teksi.


Malam tu kitorang pi Halal Saigon.
Pun hazab nak menyampai ke sana sebab teksi tak paham apa aku cakap.
Last-last kitorang menapak ke Halal Saigon okeh!
Menapak!

Seb baik akhirnya dapat makan tomyam sedap.


Lemongrass chicken


Crispy squid.



Nampak tak seketul Neelofa lagi sekali?
Kali ni pakai pesen lain pulak.
Pesen yang ni rimas sikit sebab dia panjang sangat.
Tapi cantik.


Sian dia, asik cuti je sebab teman aku ke sana sini.




Disebabkan dia teman aku, maka kita layankan je lah permintaan dia nak borong macam-macam untuk dibawak balik.
Kau penah nampak tak lelaki lagi banyak shopping kain baju dari perempuan?
Ni lah salah satu contohnya.
Dia la borong baju, dia la borong kain pasang, dia la borong keychain.
Aku malas. Yang aku tau aku nak balik Malaysia cepat-cepat.


Tapi kat sini aku borong.
Tak banyak, sikit-sikit je sebab aku naikkan kat FB gamba aku pakai tudung Neelofa, pastu ramai pulak yang suruh beli.
Aku beli sikit je sebab beg aku dah tak muat.
Jap lagi aku up gamba tudung Neelofa yang aku beli.
Pastu kau tak beli, siap kau!






posted by aveo757 @ 9:46 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER