2015-10-10

Shallow



Agak viral status ni kat FB today.
Nak lagi kat ruangan komen. Kemain laju masing-masing kondem akak Perdana.
Yang pelik tu, semua kondem akak tu pandang lekeh kat makcik jual nasi lemak, tapi masing-masing tak perasan dorang pun sebenarnya pandang lekeh jugak kat akak Perdana tu.
Sebab ujung-ujung semua pun menilai kekayaan melalui jenis kereta.
Gila shallow!

So kat mana bezanya korang dengan akak Perdana tadi?
Ada beza?
Takde beza pun.
Kau kata dia perlekeh orang, tapi kau pun kata dulang paku serpih. Sama je lah.

Sejauh mana kita boleh nilai tahap kejayaan orang berdasarkan kereta apa dia pakai?
Mana kau tau dia hanya pakai Perdana semata-mata?
Entah-entah tu kereta pegi pasar.
Kat rumah ada Porche 2 bijik. Nak kata apa?

Senario mak bapak bagi contoh macam tu adalah biasa.
Itu untuk anak-anak jadikan teladan.
Bukannya dia nak menghina akak nasik lemak tu.
Budak-budak, lagi-lagi umur macam Redza tu, mana nak masuk kalau dibagi sesi kaunseling man to man?
Nak suruh anak kau umur 10 tahun belajar dengan cara "Belajar sungguh-sungguh sampai masuk Universiti ya, biar jadi orang berguna ya, biar berbakti pada anak bangsa ya".
Ko rasa boleh masuk kat pikiran dia ke?
Budak-budak kepala tengah sibuk ingat nak main, sibuk nak tengok katun, kau nak ajak slow talk bincang pasal masa depan, hoihhhhhh memang tak jalan okeh.
Sebab tu lah mak dia guna contoh macam tu.
Bukan untuk menghina, tapi lebih kepada nak bagi semangat supaya anak dia blaja.
Kalau mak dia menghina, takde de mak dia nak beli nasik lemak kat situ.

Mak dia cuma nak anak dia rajin blaja, rajin pi skolah. Tu je.
Budak-budak kalau tak 'ditakutkan' dengan contoh-contoh macam tu memang fokus dorang pada study akan ke laut.
Contoh-contoh tu semua hanya supaya dorang habiskan skolah je.
Tak kisah la kalau besar sok kau nak jual nasik lemak pun, janji skolah abiskan dulu. Itu point dia.

Tujuannya supaya dia ada ilmu dan biar ilmu tu nanti yang akan menyedarkan dia akan hala tuju dia selepas tu.
Kalau dia nak jual burger sekalipun lepas tu, biarlah jadi penjual burger yang berilmu.
Cuba bayangkan kalau dia tak abis skolah?
Kalau bisnes burger dia berjaya takpe. What if kalau tak berjaya?
Apa pilihan dia seterusnya? Mencurik?

That's why mak bapak kita dulu pun momokkan kita dengan contoh-contoh macam tu.
Supaya kita habiskan skolah. Itu tujuannya.
Alah, jangan kata lah kita tak buat macam tu jugak.
Cuma kita bernasib baik je takde orang nak viralkan cerita kita.

"Jangan main hujan nanti polis tangkap!"
"Jangan main sorok-sorok nanti kena sorok dek hantu baru tau!"
"Jangan makan kepala udang, nanti bangang"

Pernah dengar macam tu?

Bapak aku dulu suka takut-takutkan kitorang dengan Bas Biru (bas kilang).
"Esok kalau kau tak blaja betul-betul, naik bas biru lah kau".

Adekah bapak aku bermaksud menghina pekerja kilang?
Sedangkan dia sendiri dulu penah keje jaga parking.
Tak.
Bapak aku cuma nak anak-anak usaha sedaya upaya untuk blaja sungguh-sungguh.
Tapi masin gak la mulut Pak Aji, ada sorang anak dia sempat naik bas biru.
Adik aku dulu QC Eng kat kilang di JB.
Pastu 2 menantu dia pun kategori naik bas biru gak.

Letih la bila orang judge kesenangan dari segi harta, gaji, rumah, kereta.

Dulu masa aku and En Wan nak beli our first house, pegi show house pun selebet je sebab kebetulan balik dari pasar ternampak show house dan terus masuk tengok.
Masuk-masuk je takde orang pun layan kitorang.
Tapi takpelah, aku pun lagi suka. Kalau ada yang melayan kang aku mungkin akan buat keputusan atas dasar kesian.
Tetiba En Wan berkenan pulak ngan satu rumah.
Pi tanya kat sales tu berapa harga rumah end lot.
Sales tu tanya balik "Huh? End lot ka?", sambil gelak-gelak.
En Wan bengang, balik rumah, petang tu jugak bayar booking. Pastu baru sales tu nak terhegeh-hegeh nak greet la apa la.

Lagi satu masa renovate rumah.
Yang ni aku pernah buat entry dalam blog, tapi aku malas nak carik balik.
Ada orang buat rumah kitorang macam rumah dia sendiri.
Masa tu rumah kitorang tengah renovate.
Dia keluar masuk rumah kitorang di depan kitorang sendiri sebab dia ingat kitorang ni just jalan-jalan nak tengok rumah-rumah kat situ padahal dia tak tau rumah yang dia masuk tu rumah kitorang. Tokey renovation tu pun pelik apesal dia main masuk je dalam rumah depan kitorang semua.
Ye lah, kitorang gi tengok rumah pakai kereta kecik je, takkan lah mampu beli rumah ye dak?
Padahal bawak kereta kecik sebab kawasan tu baru bukak, lori keluar masuk, jalan pun ada yang tak berapa cantik lagi, lebih senang bawak kereta kecik.

Memang letih melayan perangai manusia macam ni.
Ukur kekayaan berdasarkan kereta sape lebih mahal, rumah sape lagi besar, siapa lagi banyak melancong overseas, siapa lagi ramai maid, open house siapa paling grand, besday anak sape lagi best goodies bag, etc.

Rentikan lahhhh.