walk on wings, tread in air: Wedding Afiq & Fatin. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Wedding Afiq & Fatin.
2015-09-29

Seminggu tak update blog.
Sebab aku ada kat Tganu for anak sedara En Wan punya wedding.
Line kat rumah mak mertua aku memang laju gilaaaaaaaaa sampai aku malas nak update blog.

Tapi disebabkan everytime ke town aku update FB and IG, jadi terlupa terus yang blog tak berupdate.
Takpelah kan, sebab semua pun tengah busy nak beraya, mana ada masa nak baca blog, ye dak?

Baiklah, cerita dimulakan dari hari Selasa lepas.
Plan nak balik Tganu tu memang Selasa malam atau lepas subuh esoknya (Rabu).
Ditakdirkan aku laki bini cirit-birit pagi tu, terus dapat MC.
Aku syak sebab malam sebelumnya tu kitorang mentekedarah mi goreng mamak.
Malam tu pulak aku tido lewat sebab siapkan keje.
Around 2am baru nak tido tapi masa tu tetiba sakit perut gila babi punya sakit.
Nak kata sebab makan pil GreenAard aku tu, mustahil nau sebab aku makan pagi kot, takkan tengah malam baru nak membuang-buang.

Kul 3am, lagi sekali aku ke jamban.
Serentak tu jugak En Wan pun sama-sama ke jamban.
Lepas tu aku tido sampai kul 6.30am. Terjaga sebab sakit perut.
Serentak pulak ngan En Wan.
Seb baik toilet dalam rumah ni banyak. Kalau tak, mau berkepam balik-balik aku ngan En Wan je keluar masuk.

Rupanya En Wan sejam sekali memerut.
Lagi teruk dia kena.
Lepas Subuh, dia tak tahan, terus ajak aku pi klinik.
En Wan mintak dokter bagi injection terus sebab tak tahan.
Punyalah tak menahannya, time dokter nak cucuk bontot dia tu pun dia nak berlari ke toilet.
Aku taknak kena cucuk sebab bontot ai ekslusif. Jadi aku mintak ubat pil je.

Sampai je rumah, masing-masing macam passing baton ke toilet.
Nasib baik malam tu Redza and Rayyan makan benda lain. Kalau budak-budak yang kena sakit perut lagi teruk.
Lembik jugak la En Wan sehari tu.
Kul 4pm, bila dah lega sikit barulah gerak balik Tganu dengan happynya. Balik raya katakan.

Malam tu masing-masing tido nak kat kul 2am sebab meeting untuk kerja kawen.
Khamis kan raya, pastu Jumaat dah nikah. Jadi kitorang hanya ada esoknya sehari untuk beli apa-apa yang tak cukup sebab hari raya dah tentu kedai semua tutup.
Memang lemau jugak la aku ngan En Wan. Dah la siangnya tu masuk Larian Marathon Jamban 2015, malam tu pulak tido lambat, esok pagi-pagi nak kena bangun cari barang.

Tapi taknak cerita pasal wedding kat Tganu dulu.
Cerita dari kat JB dulu. 2 minggu lepas punya cerita.

Tahun ni 2 sekaligus anak sedara En Wan kawen di bulan yang sama.
Hanya selang seminggu je antara wedding kakak dengan wedding adik.
Dimulakan dengan wedding adik, rombongan nikah ke JB.



Aku sefamili gerak ke JB on Friday itself (malamnya nikah). Kitorang gerak pagi.
Kali ni stay kat KSL Resort di town JB.
Masa merisik and bertunang dulu stay kat homestay tapi kali ni lepak hotel lah pulak sebab ramai yang menghantar kali ni jadi aku taknak bersempit-sempit, dah la anak-anak aku ni kuat berpencak. Biar dia berpencak kat tempat yang lapang sikit.

Malam tu lepas Maghrib, gerak ke rumah pengantin perempuan.
Hantaran nikah 3 je, cukup. Sebab masa merisik bawak 7 (eh ke 9??), bertunang bawak 5, ni kali nikah bawak 3 je cukup.
Dan seperti biasa, En Wan lah jurucakap a.k.a ketua rombongan.



Plannya semua akan pakai baju tema purple masa majlis resepsi.
So, aku pun sponsor la jubah Ardhani warna purple untik dulang girls.
Pastu baru terfikir balik, dulang-dulang ni semua nak dibawa pada malam nikah, bukan hari bersanding.
Sedangkan malam nikah tema rombongan kitorang adalah Power Rangers (sukati bedal kaler apa pun).
Kalau dulang tu ada 9 takpelah jugak. Malam nikah bawak dulang untuk mas kawen, sirih and wang hantaran je cukup and the next day boleh bawak hantaran lain pulak.
Tapi bila hantaran pun memang ada 3 je, and ketiga-tiganya tu hantaran yang kena bawak pada malam nikah, no point la dulang girls pakai purple sedangkan rombongan yang lain tak pakai purple.

Last-last, memang dulang girls je pakai purple malam tu sebab yang lain semua nak pakai purple the next day.


Orang baru dalam klorga...Fatin Nurain Azman.


Kesian si Fatin, rupanya MUA dia buat taik.
Dah bayar 80% tapi tak datang, dan adik-beradik dia la jadi bidan terjun mekapkan dia.
Pelamin pun ahli klorga touch-up apa-apa yang patut.
Kuang aja betul. Kalau kena kat aku, memang aku naikkan muka dia dalam blog ni.



Alhamdulillah, 3 kali lafaz dan sah sebagai suami isteri.
Afiq ni gabra nau agaknya nak menikah, half way masa akad tu dia ter-paused sekejap.
Memang nampak nau kegarabaannya. Sehari sebelum berangkat ke JB pun dia bagitau aku takut nak nikah.
Selalunya gitu lah, sebelum nikah rasa takut sangat.
Sebenarnya lepas nikah lagi banyak benda yang kena takut.
Tapi takpe, wat lek wat pis udah.
Cewahhhhh, sebab bukan aku yang kena lafaz kan, kemain lain suruh orang wat lek wat lek.

Macam aku dulu pun time nikah gabra jugak.
Tapi bukan gabra sebab nak kawen, but gabra kalau tetiba tak jadi kawen.
Mana la tau kan tetiba exbf aku buat gila meng-hijack pernikahan aku malam tu.
En Wan pulak lafaz 2 kali bukan sebab tersangkut-sangkut tapi terlampau laju.
Badi Jepun masih fresh lagi time tu kan, tu yang lafaz laju sangat sampai saksi tercengang.



Nak gerak ke majlis nikah pun kalut dua tiga macam time ni.
Sehari sebelum ke JB tu si Afiq ada datang rumah aku bawak duit hantaran cash berkepuk.
Aku cakap pi beli album, nanti susun je duit tu dalam album. Beli album yang cantik sikit, nanti kendian boleh guna nak letak gamba kawen.
Agaknya bila dah sampai JB semua pun kalut pikir benda lain, last-last album tak beli.
Dah sape pulak nak menggubah duit hantaran ni?

Semua pandang aku.

Weh, aku kalau buat bekas hantaran simple-simple boleh la.
Kalau nak buat origami ni mintak mahap laaaa.
Kang aku lipat semua duit tu jadi bentuk sampan and roket, nak? Takat tu je tahap origami aku pun.
Nasib baik memang aku bawak buku cheque kemana-mana, maka gunalah cheque aku as mock-up je.

Pastu songkok pengantin pulak.
Masa nak keluar rumah tu aku tanya Afiq "Takde brooch ke kat songkok ni? Dah takde beza pulak kau ngan laki aku. Kang tok kadi tu nikahlah laki aku pulak".

Pengantin mestilah pakai lain dari yang lain kan.
At least songkok tu bior la nampak lain sikit barulah orang tau yang tu pengantin.
Last-last pakai je la brooch apa yang ada.





Sape baca status FB aku kelmarin, ada baju kurung yang aku nak jual sebab tailor bijak sangat buat baju, ntah size sape dia ambik main bedal je bubuh kat kain aku.
Termasuk la baju yang aku pakai malam nikah ni.
Actually total semua 4 pasang baju, semua tu kain aku beli kat Bandung.
Semua size besar.
Yang aku pelik tu kain semua ikut ukuran aku, tang baju tu sampai rebeh bahu-bahu segala. Mangkak betul lah.



Ni je la size Jubah Ardhani yang tinggal, kebetulan fit pulak kat tiga-tiga orang ni cuma semua kena potong sikit jubah bagi pendek.

Aku tak tau la if aku sorang je nampak, tapi aku tengok muka Fatin time ni dah macam iras Rosmah Mansor versi kurus.
Tu maknanya Rosmah memang cantik. 




Lepas makan, semua masuk balik ke dalam rumah untuk majlis berinai.
Zaman aku berinai dulu bukan macam ni. Aku punya malam berinai, sebelum nikah, saje suka-suka pengantin perempuan nak salin-salin baju untuk bergambar.
Inai pun dah pakai awal-awal.
Majlis berinai Afiq and Fatin ni pun sebenarnya lebih kepada nak suka-suka jugak sebab Fatin dah pakai inai lukis dah pun, cuma saje nak seronok-seronok sorang-sorang makcik pakcik naik pelamin pasangkan inai.


Nenek Afiq menginaikan pengantin.
(mak mertua aku laa...)




Reason aku duduk KSL Resort ni sebab kat atas tu ada water park, jadi boleh la budak-budak ni berkuntau kat dalam air tu.
Tau je la kan, budak-budak ni mana reti duduk diam dalam bilik.
Dia bukan macam kita pegi bercuti nak tido, rehat-rehat atas katil.
Kalau boleh anak-anak aku ni nak tido tepi kolam tu terus.

Ok jugak KSL Resort ni.
Konsep dia macam Bayou Hotel Melaka, ada water park sekali.
Tapi rasanya Bayou punya water park lagi best.







Kitorang ambik 2 bedroom apartment, RM400+.
Tapi bapak besarrrrrrrrrrrrrr apartment dia!!
Boleh tido 15 orang dalam ni, tapi kau kena bawak toto la.
Bilik air ada 2.
Yang 2 room tu share bilik air, and another bilik air ada kat dapur.


Dapur dia pun besar jugak.
Nak buat apa besar-besar pun aku tak tau, tapi complete dengan pinggan mangkuk, periuk segala. Kau boleh masak terus dalam ni. Cuma tang utensils memasak tu tak berapa yakin lah sikit. Ala, sesekali pi bercuti buat apa nak masak ye tak? Makan je kat luar.



Part lif ni kecoh sikit.
Dalam setiap lif ada 2 separate button lif.
Satu depan, satu belakang.
Masa kitorang swipe kat button yang belah depan, kad tu takleh access ke tingkat 9.
Kitorang tak perasan ada satu lagi button kat belakang.
Bila lif tu tak naik-naik, ingatkan kad error, rupanya kena swipe kat button lif yang lagi satu.

Rupanya lif tu direct masuk ke bilik.
Bukak-bukak je pintu lif terus dah masuk bilik.
Peghak gila masing-masing first time jumpa lif pesen gini.
Kecoh gila cam kampung sangat oii tak penah naik lif.


Ni bilik mak mertua.
Bilik aku, En Wan lupa nak snap tapi lebih kurang gini gak cuma besar sikit and pool view.


Mula-mula nak ambik bilik pesen ni, yang ada private pool sendiri, tapi penuh.
Takpelah, next time.


KSL Resort ni attached dengan KSL Mall.
Takyah gaduh sangat la kalau terlupa bawak coli.
Bukak-bukak je pintu kedai coli kat sebelah.
Tapi KSL Mall ni ala-ala The Summit kat USJ - takde apa sangat.
Sabit nak bagi kemudahan kat hotel guest je ni. Tapi boleh la kalau nak makan tu food court ada, Old Town pun ada.


Ni lagi satu baju aku yang macam mencibang.
Kau nampak berapa gabaknya aku punya lengan baju dia buat? Kepala Hulk Hogan pun boleh muat masuk dalam lengan baju aku tu. Rugi betul rasanya, kemain lagi aku berangan nak pakai lace. Aku mana penah ada baju kurung lace. Sekali first time beli jadi camni pulak.
En Wan tak kasik aku pakai baju ni sebenarnya, dia suruh aku cari baju lain.
Tapi malasnya nak menapak dari satu butik ke satu butik semata-mata nak cari baju kurung kaler purple yang sedap dek pandangan mata aku. Keje letih okeh. Pakai je la walau serbah-serbih sekalipun. 


Gambar atas tak nampak lace, gamba ni nampak sikit.
Aku beli kain satin Valentino sepasang ngan En Wan pastu beli lace nak letak kat baju.
Kemain berangan lagi aku nak melaram ngan lace. Hampeh.



Majlis resepsi takde sape sangat ambik gamba. Frust jugak sebenarnya.
Kalau lah ada orang ambik gamba ke, video ke, boleh tengok En Wan berpantun time nak elak 'tol' pengantin. 5 tol kitorang lalu okeh. Rabak jugak la poket Afiq. Last-last tol penghabisan atas pelamin, pengantin dah kehabisan angpau. Takpe, penyelamat bumi ada.
Pakcik beliau dengan macho-nya keluarkan RM50 bagi kat mak andam untuk 'bukak laluan'.

Kemain menggeletis laki aku bila sampai kat barisan tol anak-anak dara.
Wah wah wahhhh, padahal aku akan terconggok kat belakang dia ni.
Aku siap pegang payung pun dia berani 'mengayat' anak-anak dara.
Kot ye pun, tunggu lah aku mati duluuuuuu.
Hiruk-pikuk makcik-makcik gelakkan En Wan mengayat anak dara penjaga tol.
Aku bukan apa, aku terpikir anak-anak dara ni melayan laki aku tu kau paham ke apa dia cakap? Mbahahahahahaha.

Majlis resepsi JB meriah, dah macam pertunjukkan citrawarna siap ngan zapin and main biola bagai.
Maklumlah kan, percantuman 2 buah negeri yang berbeza budaya.
Bagus jugak, anak-anak aku pun belum penah tengok zapin lagi.
Last-last orang wat dek je ngan pengantin, semua datang pun nak tengok zapin.


Senonoh je anak-anak aku bergambar kali ni.
Gambar raya aku sefamili pun tak dapat macam ni punya senonoh tau.


Semoga berbahagian hingga ke syurga.

Hashtagtilljannah.
Hashtagsampaisyurga.
Hashtagtilldeathdousapart.
Hashtagsampaituasuapkanmakanan.







posted by aveo757 @ 2:35 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER