Aku ingatkan entry semalam boleh habis one shot rupanya tak.
Pagi ni En Wan transfer gamba-gamba dari henfon dia.
Barulah aku tau banyak gamba yang dia ambik tapi dia tak bagitau aku.
Maka aku terpaksa edit entry semalam sebab ada new gamba and pecahkan entry kepada dua.
Sampai hotel nak dekat pukul 9 malam waktu Indo.
Kali ni di Bandung kitorang lepak H Clarity Hotel.
Ingat nak duduk hotel dulu - Royal Panghegar tapi penuh.
Kat sana kebanyakkan hotel cuma ada wifi di lounge and lobby, which susah la aku nak buat keje. Malas aku nak bersiap-siap pakai tudung semata-mata nak balas email.
H Clarity hotel antara yang offer wifi dalam bilik. Ok jugak hotel ni. 4 start hotel je, tapi service tip top.
Yang penting tak jauh dari Pasar Baru jugak.
Again malam tu aku bangun every 2 hours sebab demam En Wan naik balik.
Agaknya makan ubat tapi badan tak rehat, so demam tak kebah betul.
Ni namanya takde keje, wefie kat jamban pun boleh.
Macam biasa, rutin aku kalau masuk hotel mesti semak menu dulu.
Pilihan makanan dia boleh tahan banyak.
Pilihan makanan dia boleh tahan banyak.
Kebetulan En Wan pun lapar, aku on je.
Aku ni takde la lapar sangat pun tapi sebab En Wan nak makan, so aku naik syok pulak ada geng makan malam-malam, jadi aku order satey untuk diri sendiri.
Tapi tak sedap. Maybe tak kena ngan tekak aku sebab tekak dah biasa makan satey Samuri.
Last-last aku makan nasik goreng En Wan sebab lepas makan 3 suap dia dah tak larat.
Lagi satu aku notice, kat sini ayam goreng dia mesti ayam kampung. Best!
Last-last aku makan nasik goreng En Wan sebab lepas makan 3 suap dia dah tak larat.
Lagi satu aku notice, kat sini ayam goreng dia mesti ayam kampung. Best!
Good morning Bandung!
Ni breakfast aku next morning.
Ya Allah sedap-sedap makanan kat H Clarity ni!!!
En Wan jenis yang kalau komen pasal makanan selalunya akan komen "Ok lah..".
Tapi kat H Clarity dia pun agree makanan sedap.
Bubur ayam dia ni gila sedappppppppppppppppp!!!
Aku makan 2 hari berturut-turut, dua kali tambah setiap hari.
Pastu kat H Clarity ni, dia punya floor manager akan round and 'ambik order' dari guest.
Maybe dia tak buat kepada semua, tapi kebetulan hari tu dia lalu tepi meja kitorang and dia siap suggest untuk ambik their croissant and waffle with ice cream.
Aku just cakap "Ok, let me finish my porridge, I'll try later".
Tak sempat okehh.
Tetiba je dia datang bawak waffle and ice cream pastu letakkan croissant sekali atas meja.
Macam dia insist sangat kita try dessert dia. Oklah try.
Memang sedap pun woiiiii. Patut la beria dia suruh try.
Memang sedap!!!
Banyak pilihan makanan, ada kids corner lagi.
Aku syak makanan kat kids corner mesti yang tak pedas-pedas.
Pagi-pagi makan meatballs gitu.
Perhentian pertama adelah Bandung Exclusive Textile & Tailor.
Baru dibuka 2 bulan lepas.
Padahal sebulan sebelum puasa aku gi Bandung, now masih di bulan raya, dah ada new port untuk shopping kain.
Makanya, every 2 months kena naik Bandung, ada kemungkinan banyak lagi temnpat textile baru akan naik.
Bandung Eksklusif ni macam Jakel la lebih kurang tapi harga murah lagi dari Jakel cuma mahal sikit dari Pasar Baru.
Tapi sebab aku beli beratus meter, jadi harga dia bagi dah lebih kurang sama dengan harga aku dapat kat Pasar Baru.
Contohnya, harga untuk silk dia offer IDR100,000/meter.
Contohnya, harga untuk silk dia offer IDR100,000/meter.
Tapi sebab aku beli banyak, dia boleh turunkan ke harga IDR75,000/meter.
Kat Pasar Baru aku beli material yang sama dengan banyak pun dah tak boleh turun dari IDR75,000/m.
Maknanya, harga paling low dua-dua tempat ni boleh bagi memang IDR75,000.
Cuma Pasar Baru memang offer IDR75,000/m walaupun kau beli sikit.
So, kalau nak beli sikit, elok ke Pasar Baru je sudey.
Tapi kalau nak pilihan yang lebih cantik, especially siapa yang berminat kain pasang cotton bersulam, kat Bandung Exclusive ni lebih elok.
En Wan ada belikan kiriman kawan dia cotton bersulam di Pasar Baru.
Murah memang murah, tapi kalau nak cantik and corak rare, gi Bandung Exclusive. Mahal sikit, tapi berbaloi la, corak baju kau rare.
Aku pegi Bandung Exclusive ni 2 kali.
Pagi and petang.
Petang tu aku ke sini semula selepas Pasar Baru and D'Fashion takde material yang aku nak.
Mula-mula aku nampak dah material yang aku cari kat Bandung Excluisve ni, tapi harganya mahal.
Jadi aku beli mana yang aku rasa takde di Pasar Baru je.
Petang, aku datang balik untuk beli kain-kain yang aku kata mahal tadi.
Sebab tu aku cakap kat sini mahal, tapi kualiti dia berbeza.
Roommate aku demam tak kebah, makan ubat dah habis tapi baik tak kebah-kebah.
Terpaksa mintak supir bawakkan gi farmasi.
Nampak tak muka budak 2 orang ni konfius?
Aku rasa dia tak paham apa laki aku cakap.
"Ubat deman"
Pasar Baru again.
Kat Pasar Baru dah ada a few kedai yang memang dah kenal muka kitorang sebab memang akan ambik stok kat kedai dia.
Dan orang yang sama akan layan kitorang jadi keje tu lebih mudah sebab dia dah tau jenis material apa yang aku nak.
Dah settle carik bahan-bahan penting barulah bersantai-santai carikkan barang kiriman orang, yang kirim lain silk, yang kirim telekung, yang kirim lace.
Dan disebabkan dalam setiap kedai aku perlukan masa yang panjang untuk pilih material, jadi selalunya dapat makan minum sekali. By the time keluar dari Pasar Baru pundi aku macam nak pecah tahan kencing.
Lunch, lagi sekali Simpang Raya.
Hari tu kat RnR pilih untuk makan cedok sendiri.
Kat Bandung pilih untuk makan berhidang walaupun tak makan semua lauk tapi dah style dia memang cenggitu.
Settle semua benda petang 5.30pm, kitorang ada masa sejam je lagi untuk mandi and bersiap-siap for dinner sebab En Wan nak makan kat Stone. Tempat ni atas bukit and quite jauh dari town.
Actually takde la jauh mana, tapi sebab kat sana jem kan, jadi habis masa kat jalan.
Sejam jugak perjalanan nak ke Stone.
Ramai orang di Stone.
Kebetulan Sabtu, orang Jakarta pun ramai masuk Bandung jadi sebenarnya not a good time la kalau nak makan-makan di Stone. Tapi tempat ni memang best. Cantik, and makanan pun sedap.
Nasib baik nampak jugak muka aku kan?
Kah Kah Kah.
Jangan risau nak lepak sini dari petang sampai ke malam.
Surau selesa.
Aku punn dah lupa apa nama makanan aku malam tu.
Pagi Ahad breakfast memang penuh dengan umat.
Rasanya orang Jakarta check in sini on weekends.
Breakfast the next day ada buah salak, kemain suka En Wan.
Gerak balik flight 11.30am, Ahad.
Masa kat airport lounge ni ada berlaku satu insiden.
Lounge ni kena bayar kalau nak masuk.
Tapi sebenarnya lagi bagus lepak lounge ni sebab airport Bandung ni kecik. Ruang menunggu terhad, kau nak beratur check in and drop baggage pun queue panjang sebab kaunter tak banyak. Just imagine la berapa sesaknya tempat tu. Kat situ lah kau beratur nak check in, kat situ lah kau access masuk ke ruang legar, kat situlah dorang nak balut beg segala. Kesian aku tengok pakcik-pakcik duduk bersila atas lantai.
Kalau korang shopping Bandung, janganlah habiskan semua duit korang, tinggal kan IDR110,000/person supaya boleh lepak dalam lounge ni.
Bukan semata-mata lepak, tapi dorang akan uruskan kau punya check in segala.
Kau cuma tunggu dia announce untuk boarding je. Semua dia settlekan.
Dalam tu ada wifi, ada makanan, selesa untuk korang buat keje sebab ada ruang untuk kau on laptop kau jugak.
Kat dalam lounge ni kebetulan ada flight ke Singapore.
There's this group of Indian guy from Singapore tengah duduk semeja minum air botol cap BINTANG. Lepas dorang board, pastu waitress and waiter kat dalam tu tetiba kecoh bising-bising time kemaskan meja dorang tadi.
Kejap pastu berkejar guard and airport officer ke plane.
Then aku nampak salah sorang dari India dari group tadi dibawa turun masuk semula ke lounge.
Bla bla bla bla "Saya tak tau...saya dari Singapore. Singapore boleh bawak masuk"..
Rupanya dia pi ambik botol BINTANG tu tadi bawak naik kapalterbang.
Bukan kes curi tapi kes safety.
Ye la kan, gabra la waitress tu kira botol tak cukup.
Macam-macam boleh berlaku kat dalam plane. Kita mana nak tau orang gunakan botol tu as a weapon ke apa ke.
Aku syak Indian tu nak bawak balik botol tu as cenderahati, nak buat perhiasan kot sebab botol BINTANG tu rare, memang kat Indo je ada.
Bila aku boarding, kitorang tak di-check pun.
Terus keluar dari lounge masuk plane.
Rasa macam bimbang jugak lepas ni nak naik flight from Bandung. Dibuatkan ada kes-kes macam tu jadi, yang terlepas pandang, tak ke naya?
Patutnya yang dari lounge pun wajib di scan lagi sekali. Mana tau ada orang bawak keluar garpu ke apa ke, dah satu hal.
Antara blouse and pants pertama dari Fleur by Mrs Him.
Ada a few more designs, tengah siapkan sample.
SEPTEMBER....NOT SO SOON.
Boleh simpan duit from now.