2015-08-11

Yang nak simpan jugak tu dah kenapa?


Semalam and hari ni newsfeed aku macam panas sikit dengan ramai orang dok share kisah isteri yang suaminya memeras duit sebab nak beli dadah, suami yang nafkah keluarga entah ke mana-mana tapi sibuk nak kawen lain, suami yang nak kawen lagi satu sebab isteri buzy keje.....

Again, isu yang tak berkesudahan.

Bangga jugak aku dilahirkan sebagai perempuan sebab nampaknya dalam banyak perkara wanita takde salah.
Semuanya hebat.
Sebab jarang nampak artikel tentang keburukan isteri.
Kebanyakkannya tentang keburukan suami.

Hebat betul wanita.
Bangga aku.

Bila keluar isu suami kawen lagi satu, atau bercadang nak kawen lagi satu, ramai isteri-isteri yang naik hantu.
Tak tau hujung pangkal isu tapi masing-masing nak naik angin.
Tu baru laki orang, belum laki sendiri yang nak kawen lain.
Tapi dia punya mengamuk kat social media macamkan laki dia yang kena rampas.
Wanita memang bersatu hati. Sisterhood gitu.

Mula la tazkirah-tazkirah panjang like "Sedap je nak kawen lain. Tak kenang budi lansung. Siapa yang masak untuk kau selama ni? Siapa yang siapkan pakaian kau? Siapa yang mengandungkan anak beranakkan anak kau?......bla bla bla bla...."

Cara bercakap tu macamkan dia sorang je berbudi.
Macamkan laki dia tu tak pernah berbudi, tak pernah buat baik lansung.
Kalau betul laki kau lansung tak pernah berbudi, tak pernah buat baik lansung, dah kenapa kau tak blah je dari awal?
Selama ni okeh je pulak tak berbunyik-bunyik, bila dah jadi hal baru la nak kata suami macam tu suami macam ni.
Kemain mengutuk, tapi nak gak suami tu stay ngan dia. Eh tak faham aku lah.

Aku pun seorang isteri.
Siapa yang tak kecewa laki nak kawen lain tapi perlu ke sampai nak berkira-kira and mengungkit budi siapa yang lebih besar?
Budi kau je orang nak kenang? Abis laki kau takde buat budi?
Mustahil selama beberapa tahun kawen laki masing-masing tak berbudi.
Kalau betul tak berbudi bagai dikata, maknanya kau lah yang bodoh simpan suami yang tak leh dipakai.

Kadang-kadang tu dalam tak sedar isteri pi cerita "Selama berkahwin, suami saya tak pernah bagi nafkah, belanja rumah pun saya yang tanggung lebih, sekolah anak-anak pun saya yang bayar, bla bla bla bla..."

Lempang boleh?

Selama ni, selama ni, selama ni.
Dah tu yang selama ni kau willing mengsengsarakan hidup kau bersama dia boleh pulak (kalau betul sengsara bagai dikata lah).
Bila laki kau nak kawen lain barulah kau nak bawak keluar cerita semua benda.
Barulah nak hitung kira segala budi.
Sebelum ni boleh pulak bertahan.
Kebangangan apekah ini?

Ada yang sampai jatuh tahap menghina bila keluar statement "Seluar dalam dia pun aku yang beli, ada hati nak kawen lain".

Sorry lah tapi aku rasa kau yang bodoh.
Dah tau suami sengkek takleh diharap sampaikan spender pun bini belikan, let alone groceries and bills, tapi kau masih lagi nak 'bergantung' kat suami yang tak mampu beli spender tu.
Suami kau jugak yang pandai sebenarnya.

Nak bandingkan kemampuan dari segi pendapatan janganlah sampai jatuh ke tahap menghina sampai nak bandingkan tamggungjawab nafkah dengan harga spender.

Some perempuan kadang-kadang pelik jugak aku tengok.
Kalau lelaki belikan dia lingerie, takpe. Wow sweetnya suami ai!
Kalau lelaki hantar surprise bouquet of flower kat opis, sampai tujuhblas kali upload kat FB, punyalah seronoknya!
Apetah lagi kalau suami hadiahkan jewellary, rasa nak kompang satu negara.
Suami berhabis untuk dia takpe. Itu dah memang keje suami.
Tapi bila turn dia kena keluarkan duit untuk suami, dia punya meroyan mengalahkan jin aprit.

Sebab tu ustaz dalam salah sebuah ceramah yang aku attend cakap, ramai suami isteri di dunia ini hidupnya sengsara kerana sering mengharapkan bahagia itu datang dari pasangan.
Sedangkan Allah tak pernah menjanjikan setiap jodoh itu datang dengan pakej bahagia.
Allah bagi kita jodoh kerana suami dan isteri adalah ladang amal, untuk kita cari pahala, bukan untuk mencari bahagia.
Manusia takkan dapat bagi apa-apa tanpa izinNYA.
Kalau dengan berkahwin kita boleh nikmati extra bahagia, maka Allah itu tak adil lah kepada mereka yang tak berjodoh.
Sedangkan kita tahu Allah tak pernah menzalimi hambaNYA.
Kita saja yang menzalimi diri sendiri dengan menganiaya jiwa bila mengharapkan macam-macam benda dari pasangan.
Bila tak dapat seperti yang kita harapkan, stress.
Up status perli suami/isteri sendiri kat FB.
Boleh settle ke masalah?

Suami yang tak mampu berpoligami tapi nak berpoligami kau katakan dia tak sedar diri.

True.
Memang dia tak sedar diri, tak mampu tapi nak kawen lain. Fine with that.

Tapi apa kena-mengenanya sampai nak membandingkan budi?
Nak suruh dikenang balik kesakitan isteri waktu bersalin, sakit badan bawak perut memboyot, bla bla bla, what's wrong with you people?
Bukannya kau kena rogol. Sama-sama nak buat anak kan. Eh tetiba pastu nak paksa orang kenang budi kau pulak. Apakegila.
Pi la ihtiar cara lain kalau taknak bagi laki kawenb lain, tapi takyah la main sentimen kenang-kenang budi.
And one more thing, takyah la time ni baru nak cerita kat semua orang yang laki kau tu sebenarnya tak bertanggungjawab.
Selama ni elok je pun kau 'telan' semua keburukan suami tu.
Dah elok-elok kumpul pahala 10 tahun, kau ungkit sehari je gone semua pahala.
Tup tup esok mati. Adui letih mana nak korek pahala time tu?

Bukan senang nak terima situasi suami nak berpoligami.
Betul. Betul sangat-sangat.
Kecewanya Tuhan je yang tahu.
Tapi adelah menjadi satu kepelikkan bila beria-ia mengata suami itu ini, at the same time nak berebut ngan orang lain jugak.
Eh kata suami tak berguna, tak bertanggungjawab, dah tu apesal nak berebut lagi?
Ntah hape hape.