2015-08-10

Jakarta


Aku ni suka nau buat keje gila pi overseas kejap-kejap dengan rush-rush, pastu badan jadik lemau.
Nak buat camana, kalau nak pi mana-mana kena bawak En Wan sebab aku takut tido sorang.
Kalau pi negara orang ni lagi selesa bawak En Wan sebab apa-apa hal laki aku ada sekali ngan aku.
Tapi nak bawak En Wan takleh pegi lama-lama sebab dia takleh cuti panjang, jadi aku takde pilihan melainkan terpaksa jugak settlekan semua benda dalam masa yang singkat.

Selalunya ke Bandung je, tapi kali ni aku naik Jakarta dulu sebab designer aku kata kat Jakarta lagi banyak pilihan. Kitorang gerak Khamis.



Hari Khamis ni adelah hari yang agak azab untuk aku.
Aku tak sure la aku terlebih makan pil E-Slim Burner ataupun aku salah makan, gila bahabs aku keluar masuk jamban sampai 7 kali.
Eh tapi makan tetap seleraaaaa.

Ni kat Old Town KLIA2.
Walaupun sakit perut, nasik lemak sebungkus tetap habis.

Not a good day jugak untuk En Wan sebab dia demam teruk.




Memandangkan kitorang first time sampai Jakarta, jadi tak berapa familiar sangat dengan area Tanah Abang. Tak sure mana hotel yang paling ok at the same time dekat dengan Tanah Abang. Disebabkan ramai yang kata jem di Jakarta sangat sangat sangat teruk, elok ambik hotel yang dekat, so kitorang pilih duduk kat Hotel Fave. Hotel ni hotel biasa je tapi oklah nak tido dengan selesa, yang penting toilet ada hose.

Malam tu aku bangun every 2 hours sebab nak salin tuala tuam badan En Wan. 3 kali aku kejut dia untuk makan ubat. Orang tua ni kalau tak dipaksa makan ubat dia takkan makan punya. Pastu mengerang-ngerang sakit. Nak taknak aku terpaksa la korbankan waktu tido untuk jaga baby tua aku ni. Esok paginya, alhamdulillah dah sihat sikit.


Banyak branch Fave Hotel, even kat Bandung pun ada. Fave Premier lagi kat Bandung, agaknya lebih best sikit kot.

See? Malaysia pun ada.
Aku pun baru tau.



Breakfast kat Fave Hotel, tak banyak pilihan sangat tapi kenyang la jugak.
Aku ni apa ajelah yang masuk kat perut tak kenyang kan, semua pun aku bedal.
Ni aku makan maggi Indomie goreng. Sedap sangat. Fish fillet dia pun sedap.

Lepas breakfast kitorang terus check out sebab hari yang sama nak ke Bandung, cuma siang tu carik material kat Tanah Abang dulu. Kitorang di Bandung ada supir sendiri, jadi bila di Jakarta, kitorang mintak supir tu datang untuk jadi tour guide, jadi takde masalah pengangkutan. Sebelum sampai sana kitorang dah call dia and bagitau itinerary jadi dia dah tau mana nak bawak.

Tanah Abang ok jugak tempatnya tapi sebab aku dah familiar ngan Pasar baru jadi aku rasa lebih selesa carik barang di Pasar Baru. Agaknya next time aku datang Tanah Abang lagi insyallah dah semakin selesa. Tak banyak sangat aku dapat material kat sini, sebab kepala aku dah tune nak ke Mayestic. Designer aku memang cari material aku kat Mayestic.



 Ni sekitar dalam kawasan Tanah Abang.
Tak banyak gamba, tak sempat nak ambik sebab takut sesat, first time sampai.



Dari Tanah Abang nak ke Mayestic kena tempuh jem boleh tahan jugak.
Tapi takde hal lah sebab aku boleh buat keje aku dalam kereta.
Tetiba supir ni benti depan Hard Rock.
Rupanya En Wan selit itinerary dia sendiri, entah bila masa ntah dia buat arrangment ngan supir ni.
Layankan je lah.




Aku ada teddy bear yang pakai sweater putih tu, from Osaka.
En Wan belikan time becinta dulu, duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 15-16 tahun lepas.
Dan tu lah yang terakhir pun anak patung aku dapat. Takde dah pastu.
Dah 14 tahun aku peluk patung rangka.
Dulu peluk teddy terasa gak la gebu-gebunya.
Now ni peluk-peluk terasa tulang rusuk je.
Macam piano.


Rembat terus 2 helai.



Sementara tunggu supir datang ambik, wefie jap.

Ni area Ritz Carlton.
Aku ingatkan hari tu nak lepak sini.
Mujur la jugak tak book sini kalau tak berpeluh la aku habis masa kat jalan.
Kiranya area Hard Rock ni in between Tanah Abang and Mayestic. Kalau nak duduk sini pun ok, cuma masa kau akan habis tengah jalan sebab keadaan traffic di sana sangat-sangat horror. Memang sesak sangat, adalah lebih baik duduk hotel biasa-biasa asalkan dekat dengan tempat shopping.



Ni je la gambar yang sempat ambik time semak kain-kain yang nak diship pulang.

Ni kedainya nama MUMBAI.

Mayestic sangat banyak pilihan. Cuma harga lebih mahal berbanding Bandung.
Tapi mahal pun takpe sebab pilihan banyak.
Setiap kedai yang kitorang berenti memang lama.
Aku siap bersila lagi depan stok-stok kain ni untuk pastikan warna yang aku nak tu ada. Dah macanm kedai sendiri lak aku buat. Pastu customer datang nampak aku duduk bersila dia pun tanya aku mana nak carik kain ni kain tu, tetiba aku bertukar jadi promoter tunjukkan kain-kain kat dorang.
Tetiba aku konfius aku ni keje apa sebenarnya?

Orang kedai ni siap tanya aku nak coke ke nak sprite, nak sate ayam ke nak soto, sebab aku lama sangat kat setiap kedai.
Kat Indonesia ni aku tengok dalam setiap kedai kain, mesti ada orang yang borong lace dah siap potong. Agaknya nak buat untuk wedding. Ada hari tu aku nampak orang beli kain French lace sampai 15 set siap dengan pair lining lagi. Rupanya untuk wedding. For family katanya.
Satu family pakai French lace okeh!
Kalau kat Malaysia ni rasanya pengantin je pakai French lace.

Memang patut sangat la satu family boleh pakai French lace sebab tak mahal mana pun harga dia.
Tapi kalau duit dorang mungkin mahal juga, but duit kita tak mahal mana.
Semeter dalam RM150/meter. Memang ok sangat lah. Dah la pilihan banyak gila.

Dulu, aku ingat online bisnes aku ni nak buat suka-suka je, ujung-ujung jadi series bisnes. Alhamdulillah.
Tapi aku cakap kau, sesekali buat keje carik kain ni memang seronok.
But kalau dah jadi rutin, kejap-kejap kau nak kena check kaler, beza 2-3 tone pun kena check, lama-lama semua warna pun aku nampak lebih kurang je. Letih.
Ni baru select warna, belum lain nak select design. Memang masuk kedai je aku terus duduk bersila depan kain.



Ada sorang reader email aku semalam tanya kat mana lagi tempat untuk beli kain kalau kat Mayestic.
Dia kata dia masuk FANCY je.
Aku pun masuk Fancy ni jugak hari tu, kebetulan dia buat sale. Tapi maybe sebab tengah sale, jadi keadaan sesak sampai aku malas nak stay lama-lama. Mabuk aku.
Pilihan kain boleh tahan juga di sini. Tapi kalau printed chiffon, aku lebih suka di Bandung.
Kat sini banyak orang beli lace.
Tak sure samada pilihan lace lebih banyak ataupun sebab sale, tapi cantik-cantik juga.



One thing about Indonesia yang aku kagum, di mana-mana ada orang jual makanan.
Walaupun hanya pakai stall yang sorong tarik, tapi dorang tetap ada usaha nak berniaga.
Stall nampak uzur, tapi makanan sedap. Kebanyakkan stall tu pulak buakn semata-mata jual makanan tapi jual seni makanan.
Buah-buahan dorang potong cantik-cantik je. Nak makan pun selera.

Kali ni pi sana aku tak sempat nak makan tauhu goreng feveret aku.
Ntah kenapa la tak sempat sangat nak carik tauhu.
Terkilan pulak, sebab dari before gerak ke sana lagi aku dah bagitau En Wan aku nak carik tauhu goreng. 
Padahal on the way nak ke Mayestic ni dah nampak dah stall-stall tepi jalan tulis "Goreng-Gorengan" and "Tauhu" tapi dek nak abiskan keje, maka aku bertangguh last-last lupa terus. Takde rezeki :(



Lagi satu, di mana-mana pun ada orang berniaga cari duit.
Seronok aku tengok.
Walaupun adakalanya annoying jugak rasa sebab sesetengahnya macam memaksa kita beli tapi buat tak reti je la. But daya usaha dorang tu aku suka. Menunjukkan yang sememangnya rezeki tu ada di mana-mana, tinggal lagi nak usaha atau taknak je.

Ni brader ni jual bendera sempena National Day this coming 17th.
Sekali imbas tengok, bendera je kot. Kat kedai pun ada jual, entah-entah jauh lebih murah.
Tapi cara dia marketkan bendera dia ni sangat berkesan.
Cuba fikir, berapa ramai dari kita yang nak ke kedai semata-mata nak beli bendera untuk letak kat kereta sempena National Day? Malas okeh, malas!
Semua tunggu bendera free kat tol (eh!).
Tapi brader ni ambik peluang jual kat traffic lite, which potensi untuk bendera ni terjual jauh lebih tinggi dari jual kat rak dalam kedai.

Konsepnya adelah berniaga kerana nak memudahkan orang.
Dah tentu-tentu bendera ni nak dipakai kat kereta, adelah lebih bagus jual kat traffic lite macam brader ni. Sebab kalau takde orang buat macam ni, kebarangkalian kita nak ke kedai beli bendera kecik macam ni untuk letak kat kereta adelah 0.0000000001% kot.
Salah satunya, aku lah.
Kenapa kat Malaysia takde orang buat macam ni?
Buatlah wei!

Even kat hiway pun (hiway dorang tak macam kita, hiway dorang jem gila), tetap ada orang jual kerepek-kerepek. Bukan jual tepi hiway ya. Tapi dorang berjalan di tengah-tengah hiway, di celah-celah kesesakan tu dan promote kerepek.
Memang kena sangat la konsep jual kerepek kat hiway sebab orang tersangkut kat jem mesti lapar kan?

Brilliant!

Esok kalau time raya, hiway Karak and LPT kalau jem teruk, harapnya dah ada orang buat bisnes macam ni.
Di celah-celah kesesakan tu kau merayap jual air kotak ke, jual kerepek keledek ke.
Nampak macam kelakar kan?
Tapi kalau income kau dengan cara ni boleh dapat at least RM200-RM300, itu dah tak kelakar okeh.
Duit yang masuk ke poket tak penah klaka.
Yang klaka kalau poket takde duit.

Hari tu kebetulan berjujuk kereta nak masuk tol.
Ada 2 orang brader lelaki jual kerepek belinjau.
Kereta kat tepi aku ni borong sampai 3-4 paket.
Memang la sekali pandang kita kata "Alahaiii, kesian kau berpanas demi nak jual kerepek belinjau, entah berapa paket je la terjual".

Yang penting dia ikhtiar cari customer, adelah lebih baik dari dia duduk dalam kedai tepi hiway, belum tentu customer nak singgah sebab kebanyakkan orang taknak benti, nak teruskan je perjalanan supaya sampai lebih awal.
Tu satu, lagi satu kau kena bersaing pulak dengan kedai sebelah-menyebelah.

Tapi dia punya jem bukan sikit-sikit oiii, seb baik supir aku bawak MPV, selesa nak terkangkang-kangkang, kalau bawak keta kecik tak tau la nak cakap jem sampai 5 jam.

On the way ke Bandung, stop kat RnR pekena nasik.
Dah Maghrib kitorang baru nak lunch okeh.



Apa lagiiii, Simpang Raya lagilah jawabnya.
Suka, suka suka! Sebab tu aksi aku macam tu. Kisah apa aku orang keliling tengok, janji aku express keriangan jumpa nasik.

RnR dia besarrrrrrrrrrr.
Kalau RnR kat Malaysia ni paling best so far aku rasa Tapah and Pagoh.
Tu pun aku dah rasa cukup best dah.
Tapi RnR dorang besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Macam-macam restoran ada. Convinience store macam 7-11 tu pun ada.

Sejak aku masuk Simpang Raya dalam trip yang lepas, aku dah naik syok pulak makan kat Simpang Raya, any branch pun. Sebab lauk-pauk dia semua kena ngan tekak aku.



Nasik padang, lauk aku.
Pedal ayam, telur gulai, begedil and daging dendeng.


Lauk orang demam yang akhirnya ayam dia pun aku balun jugak.



Kitorang gerak dari Jakarta pukul 430pm, sampai Bandung almost 9pm.
Supir aku ajar pasni kalau nak ke Jakarta, kena datang Sabtu Ahad sebab kalau weekend Jakarta lengang, dorang semua punya trend hujung minggu balik kampung atau ke Bandung.
Sebab tu Bandung kalau weekend sesak because orang Jakarta masuk Bandung shopping kat factory outlet. Ok pasni aku tau dah, Jumaat malam aku gerak ke Jakarta, Ahad baru gerak dari Jakarta masuk Bandung.

Padahal bukannya jauh sangat pun Jakarta ngan Bandung tapi disebabkan jem, buatkan masa terbuang macam tu je. Nasib baik bukan aku yang bawak kereta. Mujur jugak kereta selesa.

Cerita sambung kat entry seterusnya...