walk on wings, tread in air: Berbaloi? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Berbaloi?
2015-07-13


Aku dapat gambar ni kat newsfeed.
Gambar keadaan crowd masa Raya Fest Mood Republik baru-baru ni.

Semalam, aku gi cari kain sampin budak-budak ni kat Kompleks PKNS Shah Alam.
Orang tak ramai macam kat PWTC tapi dah cukup buatkan aku mabuk.
En Wan racun aku suruh beli baju raya pun tak jalan dah sebab aku dah pening kepala.
Betul-betul nak gi carik kain sampin je, pastu balik.
Tapi singgah jap kat kedai buku dulu beli sampul raya.

Bila aku tengok balik gamba kat PWTC ni, aku respek la kat korang yang sanggup berhimpit bersesak kat sini semata nak beli baju raya. Matta Fair pun kalah camni.

Semalam aku ada baca satu artikel dari seorang blogger yang sama-sama datang ke Raya Fest ni and dia tunggu seawal 5 pagi kalau tak salah aku.
Aku baca ...huh??? 5 Pagi dah terpacak kat situ?
Rupanya blogger tu belum hardcore lagi. Ada yang ganas siap tido semalaman kat PWTC.
Aku tengok gamba dorang tido atas lantai tu aku pulak yang sakit badan.
Katanya yang datang awal tu sebab nak dapatkan goodie bag and duit raya RM100.
Ada juga yang kata kalau pi sana lebih untung sebab ada diskaun RM10-30.

Aku harap semua dapatlah RM100 ya. Dan dapat item yang diskaun at least RM30.
Kalau tak, adeh tak berbaloi dengan masa yang terbuang sehari suntuk semalaman terbongkang atas lantai PWTC.
Walaupun sebenarnya RM100 tu bagi aku masih lagi tak berbaloi dengan masa yang dihabiskan dengan menunggu, at least bolehlah jugak jadi penyejuk hati.

Ni kalau acik Fareeda tengok ni mesti dia senyum meleret kan?
Dulu time orang dok beratur tido baring depan kedai dia, ramai orang kutuk-kutuk.
Ramai nau yang tak puas hati. Ramai nau yang perli.
Tapi bila kejadian yang sama terjadi di tempat lain, takpe kot kan. Asalkan bukan Fareeda. Gitu.

Tu la dia, perkara-perkara macam ni sebenarnya boleh terjadi pada sesiapa je.
Selama ni kita dok mengata Fareeda sebab kita tak pakai Fareeda.
Sebab tu lah kita rasa tak lojik bila nampak makcik-makcik yang sanggup berumahtangga depan kedai semata-mata nak dapatkan nombor.
Tapi bila kita pakai, kita minat, kita akan tau betapa kita sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang kita nak.
Macam tu la kes peminat Fareeda and also peminat-peminat brand lain yang sanggup tido baring demi nak mendapatkan baju/tudung yang dia minat.
Cuma Fareeda lagi win lah.
Dia takyah buat sale pun peminat-peminat dia sanggup beratur sehari suntuk.

Bila tengok keadaan sesak macam ni, aku terbayang kalaulah ada orang yang nak buat service jual baju dari rumah ke rumah macam akak-akak kat kampung jual kain pasang dari rumah ke rumah tu.
Best kan kalau ada balik servis macam tu.
Tak sanggup rasanya nak harung jem, pastu harung crowd macam ni semata-mata nak beli baju raya.
Harung punya harung, pastu size takde.
Alangkan semalam anak carikkan kain sampin budak-budak ni aku ngan En Wan pegi dah nak dekat 7 booth, baru jumpa yang ada size.
Kalau nak ikutkan, nak carik kaler lain.
Tapi bila dah masuk booth ke 6-7, aku dah givap.
Tak jumpa kaler yang sama ngan baju pun takpelah, janji yang ada size cukup. Aku tak tahan dengan manusia yang ramai gila ni.

Last aku beli melalui servis rumah ke rumah ni was in year 2004. Time tu baru pindah rumah.
Dulu duduk apartment kecik, tak banyak beli barang.
Bila masuk rumah baru, rasa lapang gila rumah, kosong nau takde barang. Boleh main galah panjang dalam rumah.
Tetiba ada pulak Pakistani jual carpet dari rumah ke rumah (guna van).
Pandai marketing betul Pakistan ni. Dia tau kawasan tu orang baru masuk rumah baru, kejap-kejap dia lalu-lalang depan rumah aku.
Dah la gigih, aku mintak tunjuk karpet yang tu yang ni yang tu yang ni, sampai 10 karpet dia bentang pun dia tak kisah.
Aku beli 1 je. Jadiklah.
Dia cakap boleh bayar 2 kali. Aku segan la nak bayar 2 kali, bukan mahal mana pun karpet tu tapi beria dia suruh bayar 2 kali. Ok lah fine, bayar separuh dulu.

Ko tau kenapa dia suruh bayar 2 kali?

Rupanya sebab next round dia datang dia racun aku beli new carpet, new design. Kuang haja punya marketing.
Dan aku terjebak lagi beli karpet kedua. Tapi memang cantik pun karpet tu. Terus bayar cash. Tak kuasa nak tengok muka kau lagi next month. Kang rumah aku penuh ngan karpet kau je.

As for aku, tahun ni bukan saja malas nak pi bersesak kat Raya Fest, tapi malas juga nak shopping baju offline mahupun online. Walaupun aku sendiri jual baju tapi size aku semua sold out. Tak dapat aku nak ambik selai untuk diri sendiri.
Esok nak balik raya.
Malam ni misi memunggah lemari tengok apa baju yang masih boleh dipakai.
Walaupun En Wan and budak-budak sedondon baju Teal Green, aku tetap akan pakai PINK!
Tak sama ngan dorang takpe, sebab aku kan satu-satunya bunga di celah-celah 3 beburung?


posted by aveo757 @ 2:32 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER