walk on wings, tread in air: Laki sape romantik tahap diabetis? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Laki sape romantik tahap diabetis?
2015-07-15

2-3 hari ni aku perasan juga ada artikel pasal 'Suami/BF Romantis Level Diabetis'.
Macam-macam feedback kat ruangan komen.
Kebanyakkannya biasa la, mengutuk.
Tak sure la apesal nak dikutuk. Agaknya suami dia with second wife kot dalam artikel tu.

Antara komen-komen :

- macam dia sorang je yang bahagia.
- orang yang tak berapa bahagia je yang suka show off macam ni.
- gelinya!
- poyo sangat aihh.

Macam-macam komen.
Kebanyakkannya negatif komen.

Aku pun baca gak artikel tu semua.
Salah satu couple yang dihighlite tu aku kenal, Penah sembang semeja kat open house rumah aku.
Yang couple lagi satu tu aku tak kenal.

Romantik ni subjektif.
Orang perempuan je yang selalu kaitkan romantik tu dengan something yang fantasi sangat like candle lite dinner dengan taburan kelopak mawar sepanjang 10 kilometer, surprise bouquet 994 kuntum bunga rose, sehari dapat 89 romantic sms-es, sehari dapat 6 kali hadiah, boifren propose guna billboard....like....erghhhhh *menguappppp*.

Tak dinafikan semua tu memang sweet.
Sweet gila!
Tapi sweet tu pun subjektif.
Ada orang rasa benda ni semua sweet, ada yang rasa benda ni semua mengembangkan tekak.

Biar la dia nak sweet mweet ngan isteri dia.
Dia tak kacau life kita pun.
Kita ni yang pi kacau life dia, pi viralkan kisah dia, dia tak mintak pun kita ambik kisah hal dia.
So kenapa kita nak kisah?

Kita selalu nakkan sesuatu yang lain dari yang lain.
Yang outstanding, yang rare.
Yang kau sakit hati sangat dia sweet ngan bini dia tu kau ingat apa yang dia buat tu luar biasa sangat ke?

Biasa la tu lelaki puji perempuan, lelaki sweet-sweet ngan perempuan, lelaki bagi surprise gift, lelaki buat surprise party, lelaki buat candle lite dinner......ni semua benda biasa la.
Mainstream sangat.
Dah ramai orang buat.

Yang best tu ada pulak wife and gf pi tag suami masing-masing.
Tu dengan harapan supaya suami buat benda yang sama ke hape?

Cuba kita buat benda yang luar biasa sikit.
Why not kita yang perempuan ni pulak yang buat surprise party untuk husband.

Kenapa tak kita je yang kerap bagi surprise gift kat suami/bf.
Apa salahnya kita yang sesekali hantar bunga kat opis suami/bf.
Kita up status sweet sweet kat suami pun boleh apa, apesal taknak buat?
Kenapa mesti nak tunggu orang lelaki je buatkan untuk kita?
Kalau asik nak tunggu orang lelaki je buat, maknanya, kita tak ikhlas la dengan dia sebab tu kita sentiasa harapkan dia memulakan sesuatu yang sweet untuk....... kita.........tayangkan pada orang lain (??).

Apesal taknak buat?
Apesal asik nak harapkan orang buat macam tu kat kita?
Special sangat ke kau asik nak dilayan macam puteri?
Atau kita rasa memang orang perempuan je layak terima layanan sweet sweet macam tu?
Abis orang lelaki?
Dah la kawen kena bayar hantaran mahal.
Kena bagi nafkah.
Kena tanggung makan minum.
Pastu akhir-akhir ni some poeple dah start berkira-kira dengan tugasan di rumah, lelakilah yang kena buat segala house hold chores.
Tak cukup dengan tu, pastu now nak demand dilayan sweet mweet pulak.
Hoih, aku lempang sekor-sekor kang, tak pasal je makan ketupat ikut hidung.

Toksah nak berdengki sangat la ngan couple yang sweet sweet tu.
Kadang-kadang orang lelaki ni pun kurang kasih sayang jugak.
Sebab tu dia tak pandai nak romantik.
Orang lelaki tak macam kita yang suka layan Ariana Ross, suka layan citer Korea, suka layan citer Hindustan. Jadi, idea dia tak banyak.
Ace kau je yang start dulu, sesekali bagi hadiah kat dia, sesekali buat surprise dinner kat dia.
Lama-lama nanti dia pandai la.

Nak expresskan kasih sayang bukan hanya pada perbuatan yang sweet mweet.
Banyak lagi.
Tolong buangkan sampah, tolong ganti mentol bilik air, tolong servicekan kereta, tu semua sweet.
Cuma orang perempuan rasa tu semua adelah sebahagian dari tanggungjawab lelaki, maka tu bukan sesuatu yang boleh dianggap romantik.
Kita cuma akan sedar yang semua tu adelah sesuatu yang sweet bila one day kita terpaksa buat segalanya sendiri.

Aku dah rasa camne time En Wan kena pi Japan for 5 weeks (je pun), aku kena pi Giant beli groceries, aku kena isi minyak kereta, aku kena hantar Redza pi skolah, nak tukar mentol bilik air terpaksa call Pak Aji datang dari Bangi tolong tukarkan.

Menangis aku semua kena buat sendiri.

Selama ni dia yang pi pasar.
Dia yang pi beli groceries.
Dia yang tukar segala tok nenek mentol dalam rumah.
Aku tau petik suis je.
Even kalau nak beli pad sendiri pakai sekalipun, dia yang turun dari kereta masuk kedai beli, aku macam mem besar terkangkang dalam kereta.

Bila semua tu kau kena buat sendiri, masa tu nanti baru kau sedar yang kau tak perlukan husband yang sweet tahap diabetis, as long as dia ada dengan kau dah cukup.

Tapi tu la kan, orang perempuan ni, balik-balik yang sweet tu la yang kita pandang, yang kita nak.
Bila keluar kereta nak bf bukakkan pintu.
Nak minum satu mug 2 straw.
Di tengah-tengah bouquet bunga ada kotak jam Rolex.
Selak-selak mee goreng, nampak cincin.
Bla bla bla bla.....cirit aku dengar.

Kalau dapat, it's a bonus.
Tapi kalau tak dapat, jangan sakit hati dengan orang lainyang dapat.
Nanti orang semua tau kau sebenarnya kurang kasih sayang dari suami. Ehek ehek.



Tolong pikul kipas pun romantik gakkkkkkkk.
*En Wan, Giant Gong Badak, semalam*

posted by aveo757 @ 3:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER