Selamat Hari Raya dari Manir, Terengganu.
Semua dah tido, aku belum lagi.
Sebab baru lepas gosok baju. Panas. Kita lek-lek dulu.
Esok kita dah nak sambut Hari Raya (sebenornya dah Syawal dah pun time aku type ni). Ada beberapa perkara yang aku nak share, mungkin some of you perasan ini juga berlaku di persekitaran korang.
1. Beraya (bersalaman raya) dengan parents biarlah proper. Jangan la bersalam ngan mak bapak and adik-beradik macam kau tetamu yang datang beraya. Walaupun kita dianjurkan untuk bermaafan setiap masa, tak perlu tunggu hari raya, tapi kalau dah ada peluang setahun sekali macam ni berkumpul adik-beradik, gunakanlah peluang ni untuk bermaafan dengan lebih proper. Ni tak, ada yang jenis salam ngan makbapak ala-ala Touch N Go. Janji salam katanya.
2. Jangan gelojoh sangat pagi-pagi raya lepas balik solat, terus pakat-pakat kosongkan rumah satu keluarga pi beraya. Dah la balik kampung tak selalu, jumpa orang kampung jarang, bila sesekali balik macam taknak kasik orang datang beraya kat rumah lak. Kadang-kadang tu bukan sebab rumah kita orang taknak datang beraya, tapi kalau dah tetiap tahun asal balik je dari solat pakat-pakat kosongkan rumah, lama-lama jiran pun malas nak singgah.
3. Macamana sekalipun usahakan untuk ada juadah sendiri di pagi raya walaupun nasik goreng. Jangan ambik mudah lepas solat, satu keluarga keluar rumah pi beraya rumah orang semata-mata nak kejarkan makan nasi dagang kat rumah orang (contohnya). Cuba pikir sikit entah-entah lepas solat, waktu tu digunakan untuk mereka anak beranak dah beraya bersama. Tengah-tengah syahdu bersalaman tetiba 'Assalamualaikummmmmm' kau sekeluarga 5 bijik kereta dah sampai depan pintu. Kau taknak beraya ngan keluarga kau punya hal. Tapi please consider mungkin orang lain sedang gunakan waktu tu untuk bermaafan sesama ahli keluarga. Bagi mereka masa dan ruang. Jangan nak pikir perut kau je.
4. Tujuan beraya adalah untuk mengeratkan silaturahim dan bermaafan, bukan untuk datang makan ketupat. Ada sesetengah orang yang datang beraya sebab makan. Yang sebelah rumah tak pergi lagi tapi sibuk nak pegi rumah orang lain yang jauhnya 10km hanya kerana orang tu biasa jamu kambing bakar pada hari raya pertama.
5. Lagi best tu, the next day berbondong-bondong datang lagi rumah yang sama sebab raya kedua biasanya tuan rumah jamu satey pulak. Oh, jangan ingat ia tak berlaku. Kalau tak berlaku aku tak cerita. Please jangan buat perangai 'macam tak cukup makan' okeh?
6. Beraya la rumah immediate family members yang berhampiran dulu baru pi beraya rumah Menteri Besar. Yang kau hadap sangat beraya ngan MB tu kau ingat MB tu kenal kau?
7. Jangan ada double standard dalam menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah. Walaupun dia cuma random makcik di kampung, kalau kebetulan rumah kita ada kek ice cream BR, jangan disimpan kek raya tu untuk 'tetamu khas'. Apa yang ada keluarkan dulu. Ko ingat teman khas tu tak pernah makan kek ke yang kau nak simpan sangat untuk dia?
8. Jangan ada double standard dalam seni menghidangkan makanan. Mentang-mentang orang tu orang kampung biasa, kita bawak keluar pinggan Melamine. Noritake kau tu nak bawak keluar time bila? Time kenduri arwah kau nanti?
9. Yang muda, seeloknya pi cari yang tua. Kalau dalam keluarga dah takde atuk and nenek, usahakan beraya rumah makcik/pakcik yang paling tua. Jadikan dia umpama pengganti arwah yang dah tiada.
10. Pegi la baca Yasin sendiri kat kubur, jangan upah-upah orang. Kalau malas nak berpanas kat kubur, baca je dari rumah dan sedekahkan pahala pada si mati.
Ok, Selamat Hari Raya sekali lagi untuk semua readers blog ni.
Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada yang terganggu dengan penulisan aku selama ni.
Wslm.
{Diana Ishak @ mobile}