walk on wings, tread in air: Puas hati dapat ejek orang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Puas hati dapat ejek orang
2015-07-13



Ahad lepas aku nampak ni kat newsfeed.

Kesian kat budak ni.
Naive gila, dia respond to the comment pun lurus je.
"Ni bukan topeng, ni muka saya".
Alahai kesian.
Tak sampai hati aku nak tengok muka dia lama-lama.

Tapi kesian lagi aku tengok kat musibat-musibat yang komen macam bagus tu.
Aku rasa muka budak Nias ni takde la 'sesakit' hati-hati dorang ni semua.

Muka kau cantik sangat pun orang sakit hati.
Muka kau tak cantik pun tetap ada yang sakit hati.

Kalau muka cantik tu aku paham la, mungkin ada yang jaki sebab kau cantik sangat.
Abis tu kalau muka tak berapa cantik ni, nak kata jaki jugak ke apa.

Pelik kan perangai manusia?
Seronok agaknya dapat kutuk-kutuk rupa paras orang.
Aku syak masing-masing yang mengutuk ni bangsa muka yang kalau lalu-lalang depan orang namblas kali pun orang tak berapa nak perasan, jadi nak bagi orang perasankan muka dia, terpaksa la buat cara ni.
Best dapat kutuk orang macam Nias ni agaknya.  Barulah terasa diri sendiri cantik.
Ace letakkan dia sebelah Nora Danish ngan Rozita Che Wan, tengok dia sedar tak kedudukan dia dimana.

Aku ingatkan perangai mengutuk physical look orang ni dah tak 'in', rupanya tak.
Dah berbulu atas bawah pun masih lagi nak main kutuk-kutuk rupa orang.
Aku memang cukup anti beruk yang suka kutuk muka orang, kutuk warna kulit orang, panggil nama bapak, ejek pakaian orang, etc.
Yang tak pernah kena memang tak rasa.
Tapi macam aku penah kena. Dari zaman skolah rendah lagi aku dah rasa orang ejek nama bapak, ejek basikal aku, ejek rambut aku, kaler kulit tu memang tak dinafikan lagi lah. Memang balik-balik tu je la pun modalnya.
Kadang-kadang aku pelik, kalau basikal aku buruk pun, yang kau susah kenapa?
Kalau basikal aku cantik tu aku paham la, kau dengki.
But now basikal aku buruk, apa masalahnya? Kau ke yang kena pikul basikal buruk ni?

Pastu kejap-kejap pangil aku hitam.
Padahal yang panggil aku hitam tu pun bukannya putih sangat. Dia pun hitam gak cuma aku hitam lagi. Beza 1 bar je.
Nasib kau baik la sebab aku masuk skolah tu.
Kalau aku pindah sekolah, merasala pulak satu skolah panggil kau hitam.

Punyalah teruknya aku kena ejek dulu, sampaikan bila time subjek BM, aku jadi takut.
Tau je la kan subjek BM, kadang-kadang ada tajuk puisi, tajuk pantun, tajuk teka-teki.
Bila cikgu suruh buat contoh teka-teki je ramai musibat-musibat cipta teka-teki yang jawapannya adalah aku!
Ada satu kali tu tajuk pantun.
Time baca rangkap ada perkataan 'manggis', tetiba pandang aku. Fantatgiro betul.

Dulu Mak Aji cakap kalau nak orang pandang kita tinggi, tak ejek kita, taknak dimain-mainkan orang, kita kena jadi somebody.
Kena blaja pandai.
Kena keje besar.
Kena jadi kaya.
Bila kita ada ciri-ciri ni, otomatik orang akan nampak apa benda kat kita semuanya cantik belaka.

Takde maknanya!

Tu harapan orang dulu-dulu. Mak-mak kita dulu harapannya semua macam ni.
'Blaja rajin-rajin, kalau pandai, semua suka'.

Haah, ye sangat.
Zaman sekarang ni ramai orang sakit mental dan gangguan emosi.

Kau kaya, kau cantik - orang dengki.
Kau miskin, kau tak cantik - orang kutuk.

Memang ada je orang yang tak puas hati kat kau regardless apa keadaan kau sekalipun.

Now tambah satu lagi penyakit.
Kau jahat, kau jahil - orang kutuk.
Kau baik, kau alim, kau menyeru kebaikan, orang cakap kau MACAM BAGUS.

Sukati kau lah. Kosser aku nak layan orang macam ni.
Kalau mengejek orang tu boleh menyebabkan kau rasa diri lebih jelita, silakan.
Aku tau orang-orang macam ni sebenarnya takut tengok muka sendiri kat cermin. Mbahahahaha,

posted by aveo757 @ 10:03 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER