walk on wings, tread in air: Workstation baru <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Workstation baru
2015-06-14

Blog berlayout baru!!!
Saje je tinker tinker kelamarin sebab dah muak dengan warna hitam and ijau.
Tau la nick Green Apple kan, takyah la nak ijau sangat #akuhijau.

Sabtu, macam biasa, harus diusahakan untuk keluar merayap.
Laki aku tu kan bontot dia ada duri. Mana boleh duduk diam dalam rumah.
Dia ajak aku ronda Mitsui Outlet kat Sepang. Lama dah dia ajak aku pi sana tapi aku ni kalau nak ajak window shopping memang malas. Kalau nak bershopping pulak kena tunggu mood aku sampai. Kalau tak kena ngan mood, memang beli apa pun akan jadi tak puas.

Aku dah tau pagi Sabtu selalunya akan keluar merayap, jadi sebelum Subuh lagi aku dah telan pill biru dengan harapan around 7am panggilan saka jamban akan tiba.
Eh, tau-tau kul 9am takde rasa sakit perut pun.
Aku bajet, oklah agaknya pill biru ni dah sampai ke level lemak-lemak degil jadi proses dia dah jadi slow sikit.
Tetiba, time En Wan ajak keluar tu la dia nak terbohoi. Aduiii, blue black muka aku yang dah sedia black ni menahan cirit.
Taknak men-spoil-kan plan En Wan, aku gagahkan jugak ikut berjalan.

Yang pelik tu En Wan pun sibuk nak diarrhea sekali.
Cuma dia start pukul 3 pagi.
Aku tido pukul 430 pagi siapkan keje, dia dok ulang-alik ke jamban.
Entah makan apa tak tau la.
Pagi tu lepas Subuh mak buatkan teh o pekat, terus ok.
Pastu aku pulak sambung trip dia ke jamban.


Baru sampai Mitsui Outlet.
Duduk jap kasik relaxkan diri sebab time ni dah sakit perut sangat ni.


Time ni dah lega.
Dua kali aku melawat toilet Mitsui.
Tak beli apa pun kat sini, tumpang jamban je.
Ingatkan nak beli periuk kuning belakang tu seketul, tapi tak jadi sebab berat gila periuk ni.
Penutup dia je aku tak larat nak angkat. 


Ini adalah oversized kimono cardigan, sample Fleur by Mrs Him.
Insyallah, bakal tiba. Tapi lepas raya la.


Shawl rembat sendiri punya brand, Shawl Najya Fleur by Mrs Him.
Aku harap one day, aku hanya pakai label sendiri. 
Cewahhhh. Berangan taknak kalah.
Tapi tolong aminkan ya.

Sebenarnya cardigan macam ni sesuai dipakai oleh orang yang dada kecik.
Kalau yang dada besar/bidang, kau akan nampak besar.
Tapi boleh improvisasikan dengan pakai belt, ikut pandai korang la.
Aku suka jugak pakai cardigan sebab boleh pakai sleeveless kat dalam. Berangin je rasa.


Tengah jalan menonong, ada reader tegur (yang baju orange).
Tapi aku lupa nak tanya nama.


Restoran Thai yang bakal dibuka.
Sedap-sedap jugak menu dia (berdasarkan gamba).
Kat Mitsui tak banyak restoran lagi.


Another reader.
Dari jauh aku nampak dia senyum-senyum, aku nak senyum balik tak berani, kot-kot la dia senyum ngan orang belakang.
Patut la dia senyum, rupanya last month dia pernah tergur aku kat Arked Padang Besar, masa tu aku outstation bawak Mak Aji ngan Pak Aji.
Itulah satu masalah aku ni, susah nak ingat muka orang.
Yang COD Ephyra kat rumah aku pun rasanya dah paham ngan perangai aku. 4-5 kali orang yang sama datang pun aku boleh tak ingat nama lagi. 
Faktor usia sangat dah ni.


Kalau nak fetch orang kat airport, boleh la sengaja datang awal. Masuk sini dulu.
Jangan risau, kat sini korang boleh tengok flight schedule.










Kalau yang dari jauh like utara and pantai timur aku tak recommend datang sekarang sebab banyak kedai belum bukak. Yang dari Johor pun takyah la datang dulu, pi je la JPO tu.
Rugi datang jauh-jauh, tak puas nanti round kat dalam ni.
Tunggu la bila dah betul-betul banyak kedai, baru datang.

Tapi secara peribadi, aku tak berpa berkenan dengan barang-barang kat dalam certain kedai.
Ye la, aku tau la namanya pun outlet, jadi haruslah barang-barangnya ada yang outdated sikit, tapi cara display barang pun seolah-olah just nak bagi perabis stok. Rayyan masuk satu kedai baju ni cakap "Eii, apa ni, Ma? Buruk lah".
Terus tak jadi aku beli.
Kanak-kanak tak pernah menipu konsepnya.



Ni laki aku punya keje.
On the way balik, singgah 7-11 teringin nak makan Slurpee, lama sangat tak pekena Slurpee.
Aku tengah minum dia snap gamba.
Pastu dia whatsapp kat aku gamba yang dia dah siap edit cantekkkkkkkk punya.
Dah bubuh segala tengkorak, misai, boleh pulak letak BEAUTY kat situ.
Apekah ini tanda-tanda beliau mempunyai keghairahan terbaru? Dem!

Hari tu je 8 kali aku keluar masuk jamban.
Sampai kering bibir aku, banyak sangat hilang air.
Aku rasa bulan puasa aku kena stop pill ni la. Boleh terbatal puasa aku gini cara.
Sampai je rumah, mak buatkan aku teh pekat, alhamdulillah lega.
Lepas Maghrib, En Wan ajak settlekan misi sebenar hari tu - pi carik workstation untuk Rayyan.
Aku dah tak larat tengok workstation aku sama naik penuh dengan barang-barang dia.
Semak dengan color pencil, magic color, color paper semua.
Kesian pulak tengok Redza ada meja sendiri, aku ada, dia takde.
Plan asalnya nak beli meja yang ada tulis ABC123 tu je, tapi pikir-pikir balik dah alang-alang beli tu biar la yang boleh pakai lama until dia sekolah rendah.


Lama aku tak masuk IKEA. Padahal En Wan baru je pegi last week, pegi ngan anak-anak dia.
Aku memang malas sikit pi mall kalau takde apa nak beli.
Bila mood nak membeli tu sampai baru seronok sikit.



Memang masuk IKEA semalam khas nak beli barang-barang Rayyan je.
Beli workstation dia, segala acceossories untuk workstation and also cabinet nak simpan toys.


Sikitttt lagi nak beli calculator ni.
Macam cashier machine seikit sekali pandang tapi sebenarnya calculator. Ingat nak beli seketul untuk Rayyan sebab dia suka pakai calculator aku. Tapi takpela, kendian.




Konfius aku.
Tough di perut agaknya.




Hari ni semenggah sikit aku tengok workstation aku dah takde barang-barang dia.
Now atas meja dia semua dah ada barang yang dia selalu guna : kertas warna, magic color, pencil color, gunting, cop (stamp) and semalam beli sekali abacus untuk ajar maths nanti. Selalunya kalau buat latihan maths mesti kena guna pencil and pen untuk mengira, so now dah ada abacus senang sikit nak mengajar. Harapnya abacus tu bertahan la. Aku takut kang aku balik keje tengok biji-biji abacus tu semua dah terbarai atas lantai.



Asalnya nak beli meja yang sama dengan material kerusi biru tu.
Tapi takde stok. Frust jugak.
Oh, rupanya rezeki Rayyan nak dapat meja yang lagi best.
En Wan mati-mati nak bawak balik juga satu meja sebab dia tau wife dia bukan selalu ada mood nak beli barang, ni tengah ada mood nak beli ni maka nak tak nak kena bawak balik juga meja.
Belek punya belek terpandangkan ada satu meja available, tapi kitorang takleh imagine bentuk kat dalam. Cuma check size and warna je dari luar kotak.
Bila pasang, baru tau yang meja ni ada adjustable kaki.
Yang kaler biru and merah tu ada 3 ruang skru. Bila anak kau besar esok, kau boleh tinggikan meja ni. Kalau beli material yang sama macam kerusi tu, takleh adjust kaki.Aku beli kerusi dia je sebab cute sangat kerusi tu.

Disebabkan budak-budak ni suka melepak dalam bilik kitorang, jadi aku letak workstation ni dalam bilik aku. Hilangkan angan-angan nak buat renovate bilik tido jadi macam bilik hotel, sudahnya bilik tido aku dah jadi macam tadika.


Pagi ni breakfast kat Main Place USJ sebab nak pi carik sayur kat Jaya Grocer.
Tapi Main Place ni fail sikit kalau nak cari breakfast sebab takde pilihan.
Ni kitorang makan kat Kemaman Kopitiam tapi nasik lemak takde, mee goreng takde, kueytiaw takde.
Yang ada western breakfast and roti bakar.
Tapi sebab En Wan dah lapar, makan je la apa yang ada.


Agak lousy jugak la presentation macam ni.
Pucat lesi je aku tengok makanan aku.


Nasib baik kepok lekor available.



Aku kan kawen ngan paparazzi. Sebab tu walau beli sayur pun tetap ada orang snap gamba.
Wearing shawl Qasrina (Fleur by Mrs Him).


Pengguna Ephyra, ada something special menanti anda Selasa ini.
Hanya di www.dianaishak.com

Tunggu!




posted by aveo757 @ 9:47 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER