2015-06-12

Sebaik-baik amal


Tadi, aku dapat satu email dari reader yang berhasrat nak bertudung sempena Ramadhan yang nak datang ni. Alhamdulillah bagus.
Cuma dia takut nak memulakan sebab dia bimbang penilaian and persepsi orang sekeliling.
Dalam email dia ada ceritakan serba sedikit latar belakang hidup, kerjaya and famili.
Sedikit sebanyak aku faham apa yang dia takutkan.
Tapi aku takyah cerita kat sini lah email tu.
Aku akan cuba bagi contoh diri sendiri supaya dia and korang boleh faham apa aku nak sampaikan.

Reader ni aku rasa situasi dia macam aku dulu jugak lah.
Free hair, pakai baju tak cukup kain, and keperluan kerjaya yang menuntut dia untuk stay elegent and corporate look.

Semua orang yang nak berhijrah (tutup aurat) akan alami perasaan macam ni.
Perasaan like 'apa orang cakap nanti kalau tetiba aku pakai tudung?'.
'Nak ke orang kawan dengan aku nanti?'

Kalau orang tu semasa zaman free hair-nya tak daring, dia takkan ada masalah besar bila dia decide untuk berhijrah.
Tapi, untuk somone yang terlalu 'berani' di zaman free hair-nya, rasa insecure ni akan timbul.
Kerana perubahan golongan ini selalunya akan dilihat sangat drastik.
Just imagine, someone yang kat ofis pakai tube nampak cleavage with skirt pendek paras peha tiba-tiba bertudung.
Padahal bertudung je, bukan berniqab.
Tapi akan kelihatan sangat drastik dan 'menakutkan'.
Walaupun hanya bermula dengan pakai tudung saja, tetap kelihatan seperti "What's wrong with you???"
Kalau tak betul-betul kuat, mesti rasa nak bukak tudung balik.

Tu belum lagi dengan majikan yang tak berapa nak terima penampilan baru.
Sebab tu jangan menyindir sangat orang bertudung yang masih bergaya dengan jaket dan seluar ketat.
Kita tak tau keperluan dia.
Mungkin dia juga sedang struggle untuk menjadi muslimah yang baik, at the same time belum cukup kuat untuk hilang kepercayaan majikan.Tak semua manusia memiliki kekuatan dan kesungguhan yang sama.
Jadi, bagilah dia ruang untuk perbaiki diri. Setiap perubahan mengambil masa.
Jangan terlalu cepat menghukum.

Tapi tu lah, orang-orang kita ada yang sangat 'perihatin'.
Bila Hamba Allah tu tak bertudung, macam-macam dia kata.
Tapi bila Hamba Allah tu dah bertudung, masih lagi ada yang tak kena.

Sebab tu la orang-orang yang nak berhijrah ni bertangguh-tangguh nak berhijrah.
Sebab tak kira apa pun, manusia tetap akan mencari kesalahan. Sudahnya Hamba Allah tu jadi takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi especially persepsi manusia, akhirnya terus tak berhijrah.
Some people memang ada disease of criticising all the time.
Yang dia nampak hanyalah kesilapan orang lain dan tak mahu nampak lansung kebaikkan orang tu.

Kalau ye pun orang tu masih lagi berpakaian sendat-mendat selepas bertudung, bukan tak boleh bagi nasihat, tapi jadilah private advisor, bukan public jury.
Kita takkan dapat mengubah seseorang dengan teguran yang mengaibkan apetah lagi menghina dan mengutuk. Insulting others is never a way of correcting them.
Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata, "Ubahlah orang lain dengan akhlak kita".
Kalau kita sendiri tak boleh menjaga mulut di badan sendiri, jangan berangan nak ubah sesuatu di badan orang lain.

Sebelum kita jatuhkan hukum sesuka hati, harus belajar untuk lihat dari pelbagai sisi dulu.
Cuba fikir, ingat senang ke orang-orang macam ni nak berhijrah?
Someone yang dah begitu lama dan terbiasa pakai baju sendat, singkat, terdedah lurah sana sini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dorang mengubah penampilan.
Dorang decide nak bertudung tu pun dah satu pencapaian yang besar sebab kita tak tau berapa banyak kekuatan yang dorang dah bina untuk dapatkan keberanian berhijrah.

Aku sebenarnya kagum dengan wanita-wanita (public figure contohnya) yang selama ni dipuji-puji bentuk badan paling cantik, rambut paling menawan, kaki paling panjang, pinggang paling ramping - tiba-tiba berhijab.
Jangan ingat keputusan mereka untuk berubah tu adalah satu keputusan yang senang nak dibuat.
Someone yang dipuji-puji rambutnya, bukan mudah untuk dia ambil keputusan berhijab.
Someone yang dipuji-puji ramping pinggangnya, bukan mudah untuk dia menyarung pakaian longgar.
Someone yang dipuji-puji suaranya merdu, bukan mudah untuk dia ambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Manusia suka pada pengiktirafan.
Apabila pengiktirafan sebegini dah menjadi satu rutin, adalah sesuatu yang susah untuk dia mengubah penampilan.
Jadi, bila dia tergerak hati untuk memperbaiki penampilan, jangan torture dia melampau-lampau pulak. Biarlah dia ubah perlahan-lahan.
Mereka ni kuat sebenarnya. Kuat untuk buat keputusan berhijab walaupun mereka tau periuk nasi mereka mungkin terjejas.

Apa perlunya kita kondem yang bukan-bukan.
Nanti ada yang kata "Setakat cover rambut tapi seluar ketat jugak!".
Sabar lah.

Orang yang baru nak start bisnes pun bermula dengan modal kecik.
Start dari rumah, keje sorang.
Lepas tu menyewa kedai, ambik 2-3 orang pekerja.
Dah maju sikit, beli kedai 3 tingkat, hire lagi 15 pekerja.
Dah maju lagi, bukak cawangan.
In business, itu proses yang normal.
Begitu juga dengan proses mengubah penampilan diri.

Perlahan-lahanlah, beri wanita-wanita ini ruang dan peluang untuk belajar.
Kita tak boleh nak expect dia buang semua baju-baju dia and start pakai baju longgar on the spot.
Alangkan kita yang konon bajet menutup aurat sempurna ni pun harap kat aurat je tutup tapi mulut macam puaka jugak.
Be fair to them.
Masing-masing ada kekurangan.

Jangan pandang orang lain teruk macamkan kita ni baik sangat.
Hentikanlah perangai suka kira dosa orang pastu bandingkan dengan pahala diri sendiri.
Syok sendiri namanya ni.



Sedangkan dalam surah Al-Mulk ada kata "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya..."

Yang LEBIH BAIK amalnya.
Allah tak kata 'yang LEBIH BANYAK amalnya'.

Malangnya, ramai di kalangan kita yang suka nau menghitung dosa pahala.
Jangan ingat cara Tuhan menghisab kita sama macam manusia punya konsep menghisab, ada merit bagai.
Tuhan Maha Halus dalam menilai.
Kerana DIA mengetahui kebaikkan seseorang itu tidak hanya secara lahiriah.
Sebab tu DIA kata SEBAIK-BAIK AMAL, supaya kita sentiasa berbuat baik kerana kita tak tau amalan baik mana satu yang Allah paling suka.
Mana tau, inspite of banyak halangan, tetapi dengan kekuatan dan kesungguhan untuk berubah itulah yang menjadi asbab Allah redha.
Dan jangan buat jahat lansung kerana kita tak tau perbuatan jahat yang mana satu yang Allah paling benci.
Silap-silap perangai kita yang dok suka cari kesilapan orang ni la yang bawak kita ke neraka. Sia-sia je solat puasa.

Allah dah ciptakan kita sebaik-baik bentuk.
Kalaupun ada yang lahir tak sempurna anggota, ini dah sebaik-baik bentuk menurut ilmu Allah.
Tak ada yang buruk dari DIA kalau dilihat dari sisi manapun.
Kalaupun kita merasa ada yang buruk, maka keburukan itu sebenarnya datang dari kita.
Boleh jadi kerana kita bersangka buruk, buruk hati, atau buruk fikiran.
Jadi kalau ada perkara yang menjadikan hidup kita tak tenang melihat orang senang, itu adalah kerana diri kita sendiri yang buruk.

Kalau tak boleh bantu mengubah orang menjadi lebih baik, maka memadai bantu perbaiki diri sendiri.

Perbaiki hati, perbaiki fikiran, perbaiki tutur kata, perbaiki perbuatan.