2015-06-16

Rate


Semalam kat Popular, aku rembat a few new books, entah bila nak bagi perabih tak tau la. Takpe, janji beli dulu konsepnya. Dan salah satu buku yang arembat adalah buku resepi. First time aku beli buku resepi!
Aku ni bukan jenis yang suka kelebet resepi.
Aku masak berdasarkan pemerhatian je. Sebab tu sampai sekarang aku tak pandai lagi masak nasik dagang, sebab aku tak pernah perati everytime mak aku masak. Mak mertua aku kalau masak nasi dagang mesti kul 4am, senyap-senyap kat dapur. Dia tak berapa suka orang tolong. Jadi sampai sekarang aku tak pandai. Nak mintak-mintak resepi ni memang malas la aku.

En Wan terkesima tengok aku balik dari Jaya Grocer terus bukak buku resepi.
Jangan ditegur-tegur ya, kang kalau tegur tetiba saka aku sentap, satu sen tak guna. Tak pasal je bulan puasa ni ada yang kena berbuka kat mamak nanti.

Aku beli buku resepi pemanggang ajaib.
Barulah aku tau kenapa nama dia pemanggang ajaib.
Rasanya dah bertahun pemanggang ni aku beli tapi aku cuma guna time nak bakar ikan and kambing je. Tang mana yang ajaib pun aku tak tau. Rugi je beli beratus.
Bila selak-selak buku resepi semalam baru la aku tau why nama dia Pemanggang Ajaib.
Masak kuih dalam ni pun boleh rupanya!
Masak nasik boleh, masak tulang boleh, masak gulai pun boleh.


Maka semalam aku men-try resepi Rendang Ayam Hijau.
Ada follower kat IG aku cakap resepi ni adalah Thai Green Curry cuma ada letak limau purut.
First time masak lauk berkuah dalam pemanggang ni.
Barulah nampak fungsinya. Berbaloi beli mahal.


See? See??? 
Sape kata ai tak pandai masak?
Ai cuma malas jewwwww.

Part paling best time masak ni adelah apabila daun limau purut, serai, lengkuas, and cili api semua main ambik kat edible garden aku. Takde la besar sangat edible garden aku. Biasa la, pekebun kecil-kecilan menyahut seruan menteri kekdahnya. Setakat ni aku dah rasa terung, lengkuas, serai, cili api, cili merah, limau purut, daun kari, and bunga kantan sendiri. Cuma bunga kantan aku nyawa tak panjang, entah apa kena tau-tau mati, pastu try tanam balik tak hidup-hidup. Now tengah tunggu daun sup and bendi menunjukkan hasil. Esok lusa kalau berjaya, aku bela ayam pulak.



Pagi ni sama macam pagi-pagi hari pertama hari persekolahan selepas cuti panjang - aku perlu ada di rumah. Tak boleh pi keje, sebab kalau aku pi keje, panglima ni jawabnya takkan pergi skolah. Pagi ni pun dah merengek taknak pi skolah. Tu yang masalah kalau cuti terlampau panjang ni. Dah naik syok pulak dia. Pulak tu workstation masih berbau kedai lagi, jadi masih rasa seronok nak lepak kat meja ni sampai taknak pi skolah.

Gamba kat atas tu waktu pagi, dengan tak mandinya terus duduk kat meja, menulis and melukis. Kemain lagi tekunnya. Tengok lah esok tahan lama mana.


Ni malam, ketekunan masih sama.
Sampai aku punya company stamp pun dia ambik. Feeling keje opis agaknya.



Hari tu aku try kasut pengawas Bata yang baru. Cantik kan design ni?
Tapi takde size :(
Aku dah berangan dah nak tukar kasut pengawas. Kasut pengawas now dah berlapuk sangat, ada kesan-kesan sagat bagai. Sebab tu aku dah jarang pakai kasut pengawas kalau keluar berjalan, gi keje je baru pakai. Sebab sayang, nanti selalu-selalu pakai makin buruk. Jadi, sebelum dia semakin buruk, ingatkan nak ganti baru tapi belum jumpa-jumpa lagi yang sesuai ngan kaki.

Time Kat Penang hari tu, aku masuk Clark, ada satu kasut hitam ni sama macam kasut pengawas aku sekarang tapi tinggi sikit and leather. Keras pulak tu. Tak jadik beli. Harus Bata jugak.



Sampai sekarang aku masih lagi dapat email dari reader yang tanya pasal pill biru.
Aku ingatkan bila aku announce kat sini, korang tau yang pill biru extra semua dah sold out.
Maybe ada yang tak perasan kot. Aku tak larat nak reply satu-satu sebenarnya, sebab tu aku announce kat blog je. Nantilah, esok-esok aku buat template untuk reply semua email ya.

Sebenarnya memang aku ada extra pill hari tu, tapi semuanya dah dijual. First come first serve.
Dont worry, insyallah seminggu lepas puasa aku akan offer, sebab sole distributor letter aku dah terima, cuma nak arrangekan kemasukkan stock. Untuk permulaan ni aku bawak masuk 1000 botol dulu, guna air freight, insyallah cepat sampai. Aku akan dulukan yang nak jadi stokist dulu.

By the way, now meng-guinea-ig-kan diri sekali lagi untuk pill biru versi minuman.



Ada reader tanya aku berapa aku bayar model, studio and fotografer.
Setakat ni aku dah try 2 jenis studio. Harga memang ada beza tapi harga tu sebenarnya bergantung pada siapa fotografer yang kau pilih. Kalau ambik junior fotografer, harga dia murah sikit berbanding senior fotografer and principal fotografer. Aku dah guna 3 orang fotografer, memang ada beza antara junior, senior and principal. Actually kalau kau ambik yang junior pun dah ok, cuma bila kau dah start guna principal fotografer then kau akan realized ada perbezaannya. Dan harga forografer ni dikira ikut jam. Range harga dari RM135-RM245 per hour bergantung kepada level dorang. Tapi ni harga studio, kalau harga outdoor beza sikit.

Model pun sama jugak.
Aku dah gunakan a few khidmat model, ada yang amateur, ada yang professional.
Dua-dua pun ok, yang penting tak kamera shy and cantik dalam gamba.
Cuma kelebihan gunakan profesional model ni, dorang pandai mekap sendiri, tau lilit shawl sendiri and dorang dah tau apa nak buat, sebab itu memang kerja dorang.

Contohnya untuk shooting baru-baru ni, aku sampai je studio, model Radh (IG : radiahsarip) terus tanya aku apa yang nak dipakai. Aku brief sikit je sebab nak test how profesional dia ni.
Aku just bagitau, pakai sekian-sekian baju and shawl, baju apa match dengan shawl apa, and the rest aku serahkan je pada dia. Dia datang pun dah siap bermekap, jadi dah jimat masa aku kat studio. Hari tu dia pakai 8 jubah, 6 kurung, and 14 shawl, cuma 2 jam 45 minit. Yang bestnya, aku boleh tinggalkan kejap dia kat studio, aku gi breakfast jap. Pandai-pandai dia la nak pose apa pun. Fotografer pun kata aku takyah tunggu sebab model ni pro. Dan harga pun harga pro la jugak.
Aku dah tanya ramai profesional model, memang kebanyakkannya charge around RM250-RM300/hour. Itu harga standard dorang. Tapi harga dah termasuk mekap sekali sebab dorang mekap sendiri.


Kalau nak hire yang ni tak mahal harga dia.
Sepinggan roti telur je upah.
Siap dengan pakej gosokkan baju sekali.


Ini principal forografer dari SerinditPhoto Studio, Mr Hasirol (IG : serinditphoto).
Gamba memang cantik.



Untuk outdoor shoot, aku ambik forografer Nabil Nadir (IG : nabil_nadir). Aku suka sangat dengan hasil kerja dia.
Dia ni ramai orang ambik untuk wedding, masih belajar lagi kat UNISEL, tapi belum habis belajar dah buat duit. Dia cakap insyallah hujung tahun ni dia nak bukak studio sendiri. Aku start suka hasil kerja dia bila dia shoot 3 shawl aku kat Europe. Ya Allah cantik gila hasil kerja. Model cantik tu dah tentu-tentu lah, tapi cara dia ambik gamba tu aku suka nau.

Bekerja dengan orang profesional ni selalunya orang akan ingat dorang ni stok-stok kerek.
Sebenarnya tak.
Orang yang profesionallah paling senang nak dibawak berbincang and paling sempoi.
Sebab dia menjadikan diri dia sebagai sebuah brand, jadi dia kena jaga 'brand' tu betul-betul.

Contohnya model ni kan salin baju dalam kereta je. 6 pasang baju lak tu, maknanya 6 kali dia ulang alik salin dalam kereta. Dia pakai siap-siap inner and palazo supaya baju-baju nanti just sarungkan je.
Aku ni dok la memikir nak beli portable fitting room macam tent tu supaya senang in future model-model aku nak salin baju, rupanya dorang ni salin baju dalam kereta tu dah biasa nau. Tak kisah lansung kena ulang-alik ke kereta. Berbaloi la dengan harga dorang pun.

Yang baju hitam belakang tu Dawie (IG : ohdawie). Yang tu video man.
Dia adalah fotografer and videografer Izzue Islam. Pun jenis sempoi je.
Time dorang buat outdoor ni aku datang lambat sebab ada appointment, tapi dorang yang rilekskan aku "Takpe kak, akak takyah datang pun takpe. Kitorang ok".
Tapi takkan la aku tak jenguk muka kan. Walaupun aku tau aku takde fungsi pun kat situ sebab dorang semua tau apa keje dorang. Tapi nak gak la menyibuk sama.





Gamba hasil Nabil Nadir and model Radiah Sarip.
Ambik la tu aku bagi teaser kurung raya.
Ada 4 warna lagi.
Tunggu hujung bulan aku launch kat website.