2015-06-09

Koleksi Raya Fleur by Mrs Him : Batch Pertama


Koleksi Raya Fleur by Mrs Him datang dalam 2 batch.
Batch yang pertama ni aku launch 2 jenis shawl and 1 abaya.

Semua cantik-cantik, jangan risau. Ewahhh.

Yang pertama, Shawl Najya.
Shawl ni menggabungkan plain and printed chiffon.
Good chiffon, semestinya.
Bukan jenis chiffon yang melempai-lempai tu.
Shawl Najya menggunakan chiffon yang senang nak dibentuk.
Tak percaya boleh tengok gamba-gamba di bawah.

Plan asalnya, nak buat instant shawl, tapi sebab Instant Shawl Hannah baru je released last month, jadi aku kensel. Insyallah lepas raya baru keluarkan instant shawl.
Shawl Najya ni adalah shawl panjang berukuran 170 x 60cm, dengan sebelah bucu berbentuk curve.
Tujuannya adelah supaya bila shawl ni dililit, akan membentuk cantik je bulat dia, tak berbucu-bucu tajam macam pakai shawl segiempat panjang yang biasa.

Yang best tu bila model ni pakai 14 shawl dengan 14 cara ikatan yang berbeza!
Itu menunjukkan shawl panjang sebenarnya lagi best berbanding instant shawl sebab korang boleh perlbagaikan cara pemakaian, tapi kena belajar la cara nak ikat tudung macam-macam pesen.
Kagum gila aku tengok model pakai ni pakai shawl aku.
14 tudung dengan 14 ikatan berbeza, sap sap soi dia buat.
Aku ni kemain lagi shawl sampai 100 helai, tapi cara ikatan 1. Balik-balik itu. Balik-balik itu.

Let's cuci mata tengok Shawl Najya.
Gamba di sini, harga di website www.fleurbymrshim.com ya.













Ok yang tu Shawl Najya.
Yang seterusnya, Shawl Qasrina.
Shawl Qasrina ni adalah shawl panjang macam Najya jugak, ukuran yang sama jugak, potongan pun sama. Cuma shawl ni tak ada gabungan plain sebab shawl ni konsepnya boleh pakai depan belakang.
Kira macam beli 1 dapat 2 gitu.
Qasrina menggunakan material heavy lycra.
Reason guna heavy lycra adalah supaya tak panas.
Ada sesetengah lycra, walaupun nipis, tapi jenis memerangkap haba. Berlengas je bila pakai.
So Qasrina tak macam tu.

Shawl Qasrina ni kalau dapat kat aku, aku guna satu corak at one time sebab aku tak pandai nak style-kan shawl. Hari ni pakai depan, esok pakai belakang.
Tapi model ni buat style sikit so that korang nampak yang shawl ni ada 2 corak berbeza.







Now kita pergi ke koleksi jubah raya pulak.
Masih mengekalkan konsep abaya - potongan lurus tanpa menampakkan susuk tubuh.
Kali ni aku tak buat banyak size S, apetah lagi size XS.
Sebab setelah produce beberapa jugah, aku tengok size besar lagi dapat perhatian dari size kecik.
Walaupun size S selalunya habis awal, tapi sebenarnya size besar jauh lebih banyak habis sebab size besar memang aku buat lagi banyak.
Sebab aku rasa orang yang bersize kecik ni taknak pakai baju longgar-longgar.
Mesti nak pakai baju yang nampak body shape kan.
Sebab tu aku buat sikit.

Orlin Abaya ni aku gunakan material alura dengan kemasan sequin.
Sequin tak terlalu merelip, jadi takde la nampak beria sangat kalau nak berjalan raya kat kampung.
Bukan sejenis satin mahupun chiffon.
Aku pun tak reti nak explain apa material Alura ni tapi kain dia jenis berat, jadi kalau buat jubah ni memang cantik je jatuh kainnya.
And yang paling penting tak melekap kat badan, dan tak jarang.

Orlin Abaya adalah wudu' and nursing friendly.
Jubah pun dah dilabuhkan ke 56".
Tapi ada 5 warna jubah ukuran 54". Nanti kat website pilih ukuran ya. Sikit je yang 54" ni. Sape cepat dia dapat konsepnya.









Ok kalau nak purchase, type sendiri www.fleurbymrshim.com.
Check under Jubah - Orlin.
Check under Shawl - Najya & Qasrina.