walk on wings, tread in air: Serai @Shaftsbury <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Serai @Shaftsbury
2015-06-22


Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di dunia *bajet blog satu dunia baca*.
Sebenarnya aku tak teringat lansung father's day ni today, until nampak banyak nau wish naik kat newsfeed. Camana la boleh tak teringat. Kalau tak, boleh awalkan celebration semalam. Dah sah-sah semalam semua orang ada kat Bangi.
Nak ajak Pak Aji kelyar berbuka puasa kat luar memang mustahil.
Pak Aji tak berapa suka berbuka puasa kat luar, dia memang berbuka puasa sepanjang Ramadhan kat surau.
Semalam pun dia ambik syarat je jamah kurma kat rumah sebab anak-anak berkumpul. Lepas makan kurma, dia terus pi surau. Yang anak-anak semua macam hantu. Sorang tak sedar bapak dah keluar pi surau. Dah kenyang baru teringat "Eh, Papa mana?"

"Papa kau berbuka kat surau lah".

Oooo...gitu.

Maka tadi aku pun ajak En Wan berbuka puasa kat luar.
Memandangkan dorang je yang puasa, biarlah dorang yang pilih tempat.
En Wan pilih Serai Cyberjaya.
Sebab aku yakin kalau Serai Empire Mall memang full house punya.
Lagipun Serai Empire takleh buat reservation, kena walk-in je.


 Alamatnya P3A.
Kitorang ni stop kat P3. Pusing pusing pusing tak jumpa.
Rupanya Serai ni kat level 4, tapi dorang tak guna P4 but P3A.
Ni ada sangkut-paut dengan kepercayaan.
Macam rumah aku la, Rumah aku patutnya 64, tapi sebab agaknya '4' tu tak berapa ong, maka rumah aku jadi 62A. Tapi macam lebih menyusahkan aku lagi ada kot, asiklah surat masuk rumah sebelah sebab rumah sebelah aku nombor 62.
So kalau korang nak gi Serai, naik terus level 4.



Kitorang sampai around 650am.
Just nice, takde la lama mana nak tunggu.
Masa ni masih lapang lagi tapi kebanyakkan meja dah reserved.
Memandangkan kitorang dah order makanan siap-siap, takdelah gelabah sangat kalau sampai lewat pun.


Ni antara set Ramadhan.


Kitorang order Family Set untuk 2 dewasa and 2 kanak-kanak.
Dalam set tu ada :

Nasi putih
Buah-buahan
Siakap Sam-Rod
Butter prawn
Kerabu mangga with telur masin
Ikan masin
Kangkung goreng belacan
Kuih cucur badak
Ayam madu
Ice lemon tea (free flow)

Pastu aku tambah sotong crispy untuk Redza.

*gambar di bawah ikut turutan menu*











Makannya kalau nak ikutkan 2 orang je la - aku ngan En Wan, sebab budak-budak ni asik makan sotong je lebih.
Mak kebetulan tak ikut sebab ikut cucu dia pi berbuka kat Bora Ombak.
Just imagine aku ngan En Wan balun semua ni berdua?
Amacam perut kitorang? Hahahaha.

Kalau nak ikutkan memang payah nak abis ni, tapi aku ngan En Wan makan nasik 3-4 suap je. Lebihnya makan lauk. Baru la boleh abis.
Boleh tahan gak perut laki aku ni kalau lapar. Tak sangka aku dia boleh makan banyak jugak. Aku ingatkan aku je yang kuat makan.



Hepi Father's Day to you.


Aku dah pernah gi Shah Slam, Empire, Paradigma Mall and the letest Cyberjaya.
So far semua ok, tapi kalau keselesaan, aku suka Paradigma Mall.
Rasanya Pavi lagi ok kot.


Sardin je budak ni makan sotong depan abang dia.
Macam nak nangis abang dia diduga sebegitu rupa, tatkala ada lagi 10 minit nak masuk waktu.
10 minit tu kalau tengah lapar merupakan 10 minit yang sengsara okeh. Nak lagi depan kau ada orang tengah togok air siap kunyah ais. Rasa nak terbalikkan meja je.


Muka jahat sangat ni.

Maka dengan ini rasanya celebration Father's Day untuk Pak Aji akan ditunda ke hari raya ketiga bila semua berkumpul. Pak Aji memang takkan join punya berbuka puasa kat kedai.
Orang tua memang macam ni agaknya kan, akan sampai waktu bila makan tu dah jatuh perkara ketia-keempat. Keseronokkan dah terarah kepada beribadat.

Macam arwah nenek aku dulu pun macam tu.
Dia masak beria-ia kalau cucu-cucu balik berbuka kat kampung.
Tapi lepas makan kurma and minum air seteguk dua, terus pi solat.
Yang cucu-cucu ni dok bertengek kat situ sampai Maghrib dah nak habis lagi 15 minit baru menggelepar tinggalkan meja makan.
Lepas Maghrib sambung lagi makan.
Yang nenek dari tadi tak bangun-bangun lagi dari sejadah. Tunggu lepas terawikh kang baru jamah nasik.
Kalau dipikirkan balik, betapa hebatnya tenaga orang tua.
Lojik akal manusia, badan dorang yang tak berapa kuat tu haruslah perlukan tenaga lebih, wajib makan lebih time berbuka.
Tapi semangat dorang tu, kecenderungan dorang yang kuat nak beribadat sampaikan kenyang tu dah bukan lagi prioriti.

Sama la macam mak mertua aku ni.
Kadang-kadang aku pelik, mak aku ni makan apa kat rumah, dari siang sampai ke malam lauk tak berusik.
Mak aku ni betul-betul makan bila lapar je.
Dia bukan macam kita - makan ikut waktu.
Yang kita ni makan kena ikut time. Walaupun sebenarnya kenyang lagi makan nasik lemak pagi tadi tapi bila tiba waktu lunch tetap keluar makan. Sebab apa? Sebab dah sampai waktu lunch.
Makan kemain lagi kus semangat tapi badan tetap gak letih sampai kena makan macam-macam vitamin, tu pun kadang-kadang tak jalan.
Tapi orang tua, rilek je. Siap boleh buat terawikh 20 rakaat sap sap soi. Aku ni terawikh 8 pun berkira-kira.

Memang petua nya satu je aku rasa.
JANGAN BANYAK MAKAN.




posted by aveo757 @ 12:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER