2015-06-21

Laksa Johor untuk cuci mata



Sebelum mak aku dilanda kegelabahan, ni aku nak announce yang tempahan mocha and choc chip cookies Mak Aji's Oven TELAHPUN DITUTUP.
Kalau ikut plan asalnya, 1 Ramadhan hari tu dah taknak terima tempahan lagi tapi aku asikla lupa nak naikkan announcement ni, sampailah ke Sabtu lepas Mak Aji masih terima call dari agen-agen. Kesian pulak aku tengok. Kang tak terawikh dengan tenang orang tua tu dok mikir nak siapkan tempahan orang.

Kalau sesiapa yang nak jadi agen, minta maaf, pengambilan agen dah pun ditutup. Kalau ada agen nak tambah order pun sorry Mak Aji tak boleh nak terima lagi sebab sehingga ke hari ni, masih ada lebih 400 balang nak disiapkan. Agen yang order Sabtu lepas pun hanya akan terima kukis minggu terakhir Ramadhan. Agen-agen tahun ni bagus-bagus, semua dah ada loyal customer sendiri. Takyah aku letak nama agen kat blog dah.

Tapi kalau sesape nak order direct from us, tak melalui agen, kalau takat 4-5 balang tu insyallah masih boleh terima. Kalau nak, email adik aku Erma (email ada kat gambar atas).



Dalam carton ni bukan isi Ephyra, tapi isi kukis untuk diangkut pulang oleh agen-agen kukis Mak Aji.
Nombor-nombor tu semua kod agen kalau tak salah aku.
Hari-hari Mak Aji call aku tanya ada kotak Ephyra ke tak sebab rumah dia dah macam tempat display kukis bersusun-susun balang kukis atas meja sampai nak letak pinggan makan sendiri pun takde space. Sebab tu jugak la aku terpaksa awalkan promo Ephyra 20 sachet tu. Aku plan nak naikkan promo Ephyra tu start 23 June asalnya. Abis tu kesian Mak Aji serabut mikir mana nak letak kukis, so aku anjakkan awal sikit. Ni aku bagitau dia Isnin aku bawak kotak Ephyra kosong another 10 carton. Biar beralih terus meja dapur tu nak buat tempat letak kukis pasni. Gasak lah. Aku balik awal. Taknak masuk campur. Nanti kena tolong kemas. Mbahahahaha.

Jumaat lepas, lepas ambik Redza tusyen, kitorang balik Bangi.
Sampai Bangi around 1115pm macam tu, tapi keriuhannya macamkan baru lepas berbuka sebab Mak Aji, Ima and Siti tengah bersoseh kat dapur siapkan pizza. Aku dah pesan sebelum gerak aku nak makan pizza. Sape gatal pi whatsapp gamba kat aku semalam kan? Padan muka kena buatkan untuk aku.

Dah macam malam raya je dia punya memekak.
Jiran belakang rumah Mak Aji ni memang dah paham sangat kalau rumah ni tetiba riuh lain macam tu maknanya anak-anak dia berkumpul la tu. Padahal anak 3 orang je. Menantu-menantu semua jenis tak bising, yang bising betul-betul 3 orang ni je, tapi suara masing-masing dah macam ada 30 orang kat dalam rumah tu. Bangsa suara memetir. Padahal dah nak pukul 12.

Malam tu kitorang kenduri pizza sampai pukul 2 pagi.
Pastu 4am bangun balik sebab nak sahur.
Mak Aji cakap "Eh korang ni tak kenyang-kenyang ke?"

Pizza is pizza. Supper ya, Mak Aji.
Sahur is sahur. Lain okeh.
Walaupun jarak 2 jam je.


Promo Ephyra kali ni aku letak sekali sampul raya Fleur by Mrs Him.
Jangan pulak pelik apesal dapat sampul raya ni ya.
Tahun ni takde sampul raya Ephyra (maybe belum lagi, so aku bagi sampul raya label aku dulu).
Duit sendiri isi.


 Pizza base beli siap. Tak tau kat mana Mak Aji beli, jangan tanya aku.
Tapi isi perut pizza tu semua Mak Aji buat sendiri. 
Dah namanya buat sendiri kan, sukati anak tekak masing-masing je la bubuh segala tok nenek cheese.
Ni kira tak berapa banyak ni. Ima kata malam sebelumnya tu dorang bubuh cheese sampai membukit. Macamkan tak penah makan cheese masing-masing.



 Anak aku jugak rare.
Cousin yang lain semua sibuk berpencak, dia duduk kat satu sudut sibuk jadi chef.
Ni baru betul namanya CHEF WAN.
Chef Wan Muhammad Rayyan Akmal.



Bukan 1, tapi 3!!
Macam baru nak start berbuka je gaya masak pizza ni.
Padahal semua dah mentekedarah nasik tapi masih lagi ada ruang perut nak sumbat pizza.
Compartment jenis besar katakan.

Malam tu kitorang buat 2 pizza daging and 1 seafood pizza.
Sos seafood pizza ni Mak Aji buat kuah putih. Apa ntah nama kuah tu aku tak reti pulak nak menyebutnya. Tapi aku tak makan pun sebab aku sibuk hadap pizza daging ni. Satu whole pizza tu aku balun sorang. Tak pelawa lansung orang lain. Memang aku taknak pelawa pun.


Rupa pizza yang dah siap masak.
Rupa tak cantik takpe beb. Janji sedap.




Kalau cucu-cucu balik, semua sofa wajib tolak ke tepi, coffee table semua angkut pi tempat lain dan mana-mana cabinet yang perlu diikat silalah ikat. Kang tetiba je nampak kelibat manusia mencangkung dalam kabinet.

Bukan ekzejeret ya. Tapi memang pernah terjadi.
Ada satu kali tu Mak Aji keluar dari dapur nam[ak semua VCD berselerak atas karpet.
Sekali dia tengok rupanya cucu-cucu dia (anak Ima), elok je menyorok dalam kabinet tu. Abis dia punggah VCD semua keluar, dia boleh pulak menyorok kat dalam. Punya la extremenya main polis sentri. Tak paham aku.
Kalau aku adik-beradik main polis sentri cenggini, mampus kena sesah ngan Mak Aji.
Tak berani oi nak gerakkan barang-barang dalam rumah. 
Nak main apa pun, biar la luar rumah. Nak tertiarap tersungkur dalam longkang pun takpe, asalkan barang Mak Aji takde yang pecah. Kalau tak, memang merasa la kau. Jatuh longkang pun tak sesakit kena libas dek Mak Aji.

Tapi tu la dia nenek-nenek.
Kalau anak sendiri buat, sampai berbirat dia belasah.
Kalau cucu dia buat mak oiiiiii, takpe aje!
Biar lemari TV tu terbalik sekalipun, takpe!
Kecik besor kecik besor je kengkadang aku tengok anak-anak aku ni kalau balik rumah nenek dia.
Makin aku jegilkan bijik mata, makin dia terkinja-kinja depan aku.


 Semalam macam biasa, kalau dah kumpul ramai-ramai ni, kitorang buat tahlil and baca Yasin sikit.
Lauk konfem sedap punya la sebab ada tukang rasa *ehem*


 2 minit sebelum masuk waktu, ada sorang reader datang hantar laksa johor.
Plannya nak hantar kat rumah aku, tapi bila aku bali Bangi aku mintak dia hantarkan je kat Bangi.
Agaknya, dia tau kat Bangi mesti ramai orang, gila banyak dia bagi laksa.
Sampai boleh repeat makan tengah-tengah malam.


 Disebabkan laksa sampai lagi dua minit nak azan, tak sempat nak hidang dalam pinggang mangkuk segala, bukak je la terus tutup tupperware tu. Hidang.




Semalam Mak Aji masak nasik merah, goreng hati ayam and goreng ubi (permintaan aku).
Bontot masing-masing malas gila nak keluar pi pasar Ramadhan sebab dah boleh bajet betapa sesaknya and susahnya nak cari parking kalau kat Bangi ni. Kitorang just beli jus kat kedai Arab. Sape penah beli jus kat kedai Arab Seksyen 7? Sebijik macam jus-jus kat Madinah and Mekah.
Semalam kitorang beli jus mangga, guava, peach, epal and tropical. Sumpah sedap nak nangis minum.

Ubi tu aku teringin dah lama gila.
Last week, before puasa, aku singgah rumah Mak Aji lepas habis keje, teringin nak makan ubi.
Pak Aji pun keluar pi carik ubi tapi ubi dia masuk angin.
Yang best tu Pak Aji kata tukang jual ubi tu dah bagitau siap-siap ubi tu masuk angin.
Tapi Pak Aji tetap beli jugak sebab aku nak makan.
Yang si tukang jual pun satu. Dah tau masuk angin kau pegi jual jugak dah kenapa laaaaaaa.
Hasilnya, terbuang. Sebab bila digoreng, bukan saja masuk angin, tapi bau hapak.

Semalam, puas gila aku makan ubi.
Orang lain mula-mula dah capai nasik, aku capai ubi dulu.


 Memang rezeki orang Bangi, dapat berbuka sekali dengan laksa johor.



Mana-mana laksa pun part paling kritikal adalah kuah laksa.
Kalau kuah tak sedap, apa pun jadi tak sedap.
Kuah laksa reader ni boleh tahan.
Kalau ikut tekak aku ni, aku rasa dia ada masukkan sikit ikan kurau masin. Not sure la betul ke tak, tapi macam ada hawa-hawa ikan kurau di situ. 
Boleh tahan sedap, kira kata kalau jual pun laku ni.
Aku sengaja makan nasik dulu baru makan laksa ni supaya aku boleh bagi review yang jujur.
Perut tengah lapar makan apa pun sedap kan, so aku pilih untuk makan bila perut dah makan nasik merah and ubi.

Aku tanya Azrul (adik ipar), sedap ke tak laksa ni.
Sebagai orang Johor, dia pun kata boleh tahan sedap.
Kira boleh la ni.
Boleh consider untuk order time open house raya nanti.


Spageti dia pun elok cantik je dia gulungkan siap-siap senang orang nak ambik.


 Rencah sayur ada.
Kalau rasa nak kacang panjang and bunga kantan, gi potong sendiri.


 Sambal belacan pun dia sediakan sekali.
Kiranya ni complete pakej.


 Nah ambik ni aku bagi lagi seketul gamba buat alas perut sementara nak tunggu berbuka kang.

Kalau interested, boleh contact :

THE FENNEL CATERING (LINDA)
013-2016081
019-3735847
017-7424649






Raya 2015

Ephyra Free 20 sachets