2015-06-24

Rayyan kena ragging


Sepatutnya semalam aku naikkan announcement ni tapi semalam memang betul-betul tak sempat berlari ke sana sini, jadi aku hanya mampu baca email-email tanpa mampu membalasnya.

Firstly, thank you sebab support Promo Runtuh 4.0.

Everytime aku lancarkan Runtuh, sejak Runtuh 1.0 sampai la ke Runtuh 4.0, dengan aku-aku sekali runtuh. Ingatkan dah buat sistem website memudahkan kerja, rupanya ada kalanya kena pasrah jugak bila website pun tak dapat nak tampung kemasukkan order.

Kelmarin website www.fleurbymrshim.com crash!!

Heavy traffic.
Agaknya sebab ramai dah gaji kot.
Ada yang kebetulan tengah nak order sekali klik satu button, terus website not found.
Berjujuk-jujuk email masuk tanya apesal takleh order.



Runtuh 4.0 baru je launched 17 June lepas (genap seminggu), tapi menjak 14 hari lepas, Ephyra di-order 318 kali. Hari ni sehingga jam 9.30 pagi, masih ada 80 order belum extract.
So aku harap korang boleh imagine betapa banyaknya order masuk setelah aku naikkan promo.
Dan sejak 3 hari lepas secara berturut-turut, order untk Ephyra naik 3 kali ganda.
Jadi aku mohon sangat bersabar sebab nak extract payment satu persatu sangat mengambil masa.
Yang hantar bank notification senang sikit dorang nak proceed reply yang payment dah diterima.
Tapi yang hantar attachment proof of payment, memang kena tunggu aku jugak semak sebab akaun syarikat hanya aku saja yang authorize untuk check.
Jadi, respond akan jadi semakin lambat bila aku busy merayap tempat lain.
Sebab tu everytime aku launch jubah atau Ephyra, aku akan cuba pastikan aku ada depan PC tak merayap ke mana-mana supaya boleh check akaun sentiasa.
Tapi, sometimes aku takleh nak elak sebab aku ada satu lagi core business yang aku kena jaga and that requires travelling and meeting people yang sangat mengguna banyak masa.
Sorry sangat.



Sesape yang pernah beli thru website, mesti perasan pesanan penaja di atas.
There are cases korang dah instruct bank untuk hanta payment notification tapi bank tak hantar pun.
Tak tau la apa silapnya, tapi kita tak terima.
Bila kita tak terima payment, kita takkan respond apa-apa sehinggala korang sendiri email "Dah terima payment ke belum?".
Masa tu baru kitorang tau korang dah buat payment.
Jadi, kalau korang tak yakin bank notification akan dihantar, emailkan juga proof of payment supaya ada backup.
Yang hantar bank notification kalau boleh pastikan nama akaun bank dengan nama yang korang isi sewaktu place order adalah sama.
Kang nama bank akaun FAUZIAH, tapi nama time order OGY.
Jawabnya sampai kiamat kau tak dapat barang .

Jangan risau, promo ni sehingga 30 June, take your time.

Kan hari tu aku cerita Rayyan taknak pegi skolah secara tiba-tiba kan?
Isnin, dia buat hal yang sama lagi.
Kali ni lagi teruk, nenek dia nak pakaikan baju je dia terus berlari naik bilik, tutup pintu and meraung-raung taknak pi skolah.
Nenek dia dah susah hati apesal cucu dia jadi macam ni, dia call aku. Kebetulan memang aku dah nak sampai rumah (around 1230pm).
Aku tanya Rayyan apesal takank pegi skolah. Dia cakap ayat yang sama "Adik taknak kawan..".

Pelik sangat.
Kalau nak kata malas pi skolah, apesal dah setahun 5 bulan baru tetiba kau taknak pegi sekolah?
Sedangkan selama ni dia suka je pi skolah.
Pastu pulak kat rumah dia sibuk nak belajar. Asik la suruh aku ajar dia macam-macam, ABC la, mengira la, buat workbook la, paling tak pun melukis.
Rasanya budak yang taknak belajar, kat rumah pun dia takkan ada rasa nak belajar.
Sometimes kalau aku tengah tengok TV, dia sendiri-sendiri ambik flash card and blaja sendiri.

Isnin, tu, aku angkut dia pi keje, takyah pi skolah.
Aku set appointment ngan teacher untuk jumpa Selasa (semalam).
Semalam, jumpa cikgu, cikgu kata dia kat skolah belajar macam biasa.
Tapi, cikgu syak something.
Mungkin betul bila dia kata "Adik taknak kawan..." maksudnya dia taknak kawan dengan certain student.
Sebab Rayyan ni balik lewat. Dia tumpang cikgu.
Cikgu selalunya akan balik bila keje-keje semua dah siap.
Jadi, sementara nak tunggu cikgu siapkan keje yang patut, ada la 5-6 orang lagi kat skolah tu.
And pernah terjadi budak-budak ni menyakat dia.

Dulu masa kes dia tak bawak balik beg skolah, rupanya ada budak sorokkan beg skolah dia.
Yang si Rayyan ni pulak bagitau kitotang "Beg skolah dah buang".
Aku ingatkan dia buang beg skolah dia, teruk dia kena marah ngan aku.
Rupanya dia maksudkan "Beg skolah kena buang".
Menangis aku malam tadi bila ingat-ingatkan balik how aku marah dia time beg skolah dia hilang tu.
Dia kena bully rupanya.

Agaknya, menjak kes tu dia dah paranoid sikit.
Bila ada yang masih continue mengusik dia, tu yang menyebabkan mood dia nak pi skolah hilang.

Tapi, aku nak marah siapa?
Takkan nak marah budak tu kan.
Dah namanya pun budak-budak.
Umur 5-6 tahun akal sampai takat mana la sangat. Bagi dorang benda ni untuk seronok-seronok.
Macam Rayyan ni memang tak biasa main ganas-ganas.
Kau tengok je la kat rumah main apa pun. Main tudung, main baju, main kotak Ephyra...alahaiiii anak aku.
Tetiba kat skolah orang main sorok-sorok barang, mau tak sentap dia.

Jadi buat masa ni aku terpaksa berpenat sikit la.
Macamana ada appointment kat luar pun, En Wan mintak aku hantar jugak Rayyan ke sekolah and jemput dia balik supaya dia rasa lebih 'selamat' bila tak perlu stayback.
Aku harap aktiviti rush balik tengahari dan kemudian pergi balik appouintment pastu patah balik untuk fetch Rayyan akan mempercepatkan proses aku nak kuruskan badan. Amin.

Mula-mula aku ingatkan Rayyan ni dapat penyakit aku.
En Wan pun kata "Entah-entah Rayyan ikut perangai Di, tak suka sekolah".

Correction! Aku bukan tak suka pi skolah, aku tak suka duduk asrama je.
Yang menjadikan punca nape aku keluar masuk asrama mungkin jugak bersangkut-paut dengan disakat orang ataupun bahasa budak asrama - ragging.

Yang me-ragging memang la seronok, yang kena ragging ni rasa macam kena skolah kat neraka dunia.
Aku masih tak nampak apa benefit-nya meragging pelajar junior, dan bagaimana kesan ragging tu aku boleh dimanfaatkan bila dah dewasa.
Entah la, maybe yang tukang ragging pun setakat ragging nak seronok-seronok lepaskan tension masing-masing. Sebab tu ragging tu lansung tak bagi kesan kebaikan apa-apa melainkan kesan tu patah balik kat dorang.
Kesan disumpah oleh junior.

Ragging yang aku nampak bagi manfaat adelah ragging time aku kursus BTN kat Kem Terendak.
How kitorang di-trained oleh komando-komando kat sana tentang menepati masa (lambat 0.3 saat kena rendam dalam tasik sambil junjung beg baju. Jilake), tentang work in team bila masuk hutan, tentang menjaga jatidiri and maruah (time bawak telur mentah), tentang menjaga rahsia/maklumat penting, banyak lagi.
Ok yang ni ragging yang bagus.
Walaupun mengongoi-ngongoi aku nangis maki hamun komando tu, tapi kebaikkan hasil dari training and ragging tu kita nampak.

Senior aku dulu ntah hape-hape ragging tiup lampu sampai padam, tiup kipas sampai berpusing, sorokkan baju skolah, jinjit used pad yang sengaja diletakkan merata-rata, ragging basuh baju senior.
Kau nak train kitorang apa yang suruh basuh baju kau tetiap minggu?
Oh ye la, train kot kot esok besar nak bukak kedai dobi senang.
Pftttt. Wateva.