walk on wings, tread in air: Ming Star <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ming Star
2015-06-01

Rabu lepas aku ada keje di UMT, macam biasa, terpaksa angkut En Wan sekali sebab aku kan takut tido sorang. Aku syak lama-lama laki aku ni kena benti keje sebab nak escort aku ke mana-mana.
Pergi satu malam je.
Selalunya kalau gi outstation ni aku memang cerewet sikit bab tido, bab transportation, bab makan.
Sebab aku tak berada di tempat yang aku biasa, jadi aku kena bersedia awal. Tak berani nak gamble gamble main redah.
Tapi disebabkan kali ni di Tganu, pastu aku bawak balik mafia Manir sekali, jadi segala benda semua terjah aje.

Kat KLIA2, baru teringat yang beg mekap aku tertinggal kat rumah.
Padahal dah pack beria, tapi lupa masukkan dalam beg.
Flight delay setengah jam lak tu. Elok-elok 8pm, jadi 8.30pm.
Ni kang by the time sampai KT dah 9.30pm. Gitu gini gitu gini dah kul 10pm, kedai mana yang bukak nak beli bedak and krim muka?
Aku dah bajet esok muka aku bersememeh la jumpa customer.

Alhamdulillah, Guardian Giant bukak lagi.
Masih meriah kat dalam tu.

Masuk Guardian membelek ruangan kosmetik memang mengundang memori betul.
Dah lama, series dah lama sangat aku tak membelek area ni.
Dulu, memang Guardian ngan Watson aje lah tempat aku beli segala tok nenek dari krim, toner, mekap remover. lipstik, eyeliner, maskara, eyeshadow, blusher, mask - boleh dikatakan memang sini je la tempat aku.
Sampaikan dulu En Wan pernah tinggalkan aku sejam dalam Guardian, aku belum siap memilih barang lagi.
Terasa macam Guardian ni syurga membeli-belah.
Segala benda ada dalam ni. Macam one stop solution.
 
Baru je last week aku cakap aku nak ubah diri aku balik jadi macam dulu.
Bukanlah maksudnya nak berjimat sangat. Barang Guardian boleh tahan gak harganya.
Dulu aku bukannya berjimat sangat pun. Kalau masuk guardian tu beratus jugak habis.
Cuma kalau nak bandingkan dulu and sekarang, rasanya aku mungkin boleh save lebih banyak now kalau bershopping semula kat Guardian/Watson.
Tetiba terasa nak patah balik ke asal.
Kata-kata tu satu doa kan?
Eh tau-tau beg mekap tertinggal, menjadikannya punca untuk aku masuk balik bershopping kat dalam ni.
 


Tak salah aku dulu aku selalu beli L'oreal.
Tapi dalam Guardian ni takde pulak.
Maybelline pun boleh la. Siti Nurhaliza dulu pun pakai Maybelline apa.
Rembat la satu cake powder Maybelline and krim muka Bioessence.
Cuma RM50+ je.
Ya Allah, terasa lama benau tak bayar harga RM50+ untuk 2 jenis barang mekap.
The feeling tu susah nak describe. Rasa macam relieve aku boleh jugak buat benda ni balik.

En Wan tengok aku pelik je.
Mesti dia rasa aku buang tebiat.

Sejak Rabu lepas sampai hari ni, aku masih lagi pakai krim and bedak yang aku beli kat Guardian ni.
Cuma yang lain-lain tu aku continue pakai apa yang aku dah ada.
Mana tau esok kalau semua dah habis, aku beli balik L'oreal.
Cuma one thing bila kau dah terlalu lama pakai kosmetik yang kat kaunter ni, bila switch kepada Maybelline and Bioessense, memang terasa lain.
Contohnya, powder Maybelline ni lebih kasar and krim Bioessence ni lebih 'keras'.
Padahal dulu powder-powder ni jugak la yang aku pakai tapi bila kau dah start pakai yang lebih mahal, otomatically terasa ia juga lebih ok.
Which sebenarnya tak jugak.
Sebab semuanya bergantung pada badan kita. Kalau kulit kau jenis sensitif, pakai SKII pun tak jadi apa. Memang la yang mahal tu lagi best, tapi kalau yang murah pun tak beri masalah, aku bedal je.
Alhamdulillah, muka aku macam takde masalah sangat bertukar-tukar krim ni.
Dari dulu pun banyak dah aku tepek, dari Syahirah, L'oreal, Eversoft, Nutri Metics, Clinique, Clarins, Dior, SKII, Shue Uemura, semua pun ok.
Dah nak seminggu aku pakai Bioessence, macam ok je. Cuma belum jadi macam muka Scha Al-Yahya lagi.



Muka macam mintak penerajang.

Kan aku cakap aku tak prepare nak tido mana malam tu.
Kitorang walk in je.
En Wan tak kasik aku masuk Primula. Dia kata esok pagi-pagi kul 7am aku dah nak keluar sebab seminar start 8.30am. Sabit nak tido je buat apa gi hotel mahal-mahal.
Ok lah, aku pun memang bercadang nak 'rasa' balik zaman-zaman awal aku dulu, so malam tu aku try masuk boutique hotel - Ming Star Hotel.
Aku lupa la mana area hotel ni, korang gugel la sendiri ya.



Ok je hotel ni, staff ramai Melayu.
Nampak je macam cikai.......tapiiiiii...



Ni bilik kitorang malam tu.
Tinggal bilik ni je. Memang rezeki la. Ni Superior Room, RM168/nite only.
Murah, tapi kat dalam bilik ni lengkap dengan kettle, pilihan nak minum teh or coffee, siap iron ngan board sekali kat dalm tu okeh. Kalau pi certain hotel gempak yang lain pun nak pakai iron kena request. Aircond ok, heater ok, yang penting jamban ada hose. Tu je yang paling penting untuk aku. Tido atas lantai pun takde hal, tapi kalau takde hose memang neraka dunia namanya.

Siap ada sejadah okeh dalam bilik ni.
Aku siap bawak sejadah dari rumah takut terembat table runner hotel lagi.
Sekali bukak lemari, eh? Ada sejadah rupanya.
Yang best kan sabun kat bilik mandi.
Tak main la sabun kecik kecik cinonet ni.
Hah tu dia bagi terus sebotol besar shower gel LUX.
Shampoo pun sebotol besar dia letak.
Seb baik tak bawak Rayyan, kalau tau habis sebotol dia buat main.

Memang tak sangka la hotel ni rupa gini.
Ni kira dah ok sangat dah untuk taraf-taraf boutique hotel.
Kiranya apa yang hotel grand-grand offer, dia pun offer sama cuma mungkin tak berapa style, tapi yang penting dia pun ada.



Ni bilik Deluxe dia.
Cuma RM188/nite je beb tapi siap ngan PC okeh.
Hilton bilik Executive Room pun takde gini.
Pasni aku dah tau dah kalau aku ada keje kat KT, memang aku tido hotel ni, ambik Deluxe Room. Senang aku nak buat keje. Bawak external harddisk je.
Ni pun kalau payah-payah nau balik kampung manjang tak dapat connect ngan internet, besar harapan aku check in satu malam kat hotel ni semata-mata nak buat keje.



Bilik paling best dia adelah Sweet Room, bertemakan Hello Kitty.
Cuma RM198/nite.
Kira ni macam family room. Siap ada anak-anak patung bertaburan lagi.


 Jangan main-main, Ming Star ada spa okeh.
Aku tak sempat nak naik tengok spa dia sebab sampai pun dah malam sangat pastu esok pagi-pagi aku dah keluar. Kalau tinggal lagi satu malam harus aku masuk spa. Mesti tak mahal sangat harga dia.


 Ni spa.
Ni kalau dapat urut sejam mesti best ni.


Coffee house cum bisnes centre.

Kalau orang tak tau, mesti taknak masuk hotel ni sebab kat luar cokia nau rupa dia. Tapi kat dalam hah kauuuu. Padahal kat depan tu ada Grand Continental. bajet mesti orang masuk Grand Continental punya, tapi owner Ming Star ni berani compete dengan hotel-hotel lain kat KT tu.
Series aku cakap hotel ni bukanlah hotel lousy sangat. Sebab kat dalam dia okey, macam hotel yang harga RM280/malam. Tapi sebab dia sedor diri, dia cuma lot kedai je, so harga dia pun tak mahal sangat. Yang penting selesa gila!



Pagi tu lepas breakfast naik minyak sepinggan, terus ke UMT, attend seminar sampai kul 12tghri. Pastu keluar pi jumpa customer. Takleh lama-lama sebab En Wan ada hal nak jumpa orang kat kampung. Lagipun flight aku kul 5pm.



Kitorang lunch kat kedai kawan En Wan, Matt.
Tapi kali ni kat kedai baru - MOE (Matt Ori Ekslusif).
Sebelah Adijuma.


Muka penat + tak bawak mekap = Niang Rapik



Kitorang naik tingkat atas.
Kedai ni 2 tingkat, air-conditioned, dan menu ni ada 2-3 berbeza dari kedai Matt Ori area Kamdar (yang aku pegi dulu).
Lebih selesa kedai ni sebab sejuk.
Kalau dulu orang takut nak masuk restoran-restoran yang ber-aircond sebab persepsi restoran-retsoran macam ni mahal.
Padahal takde la mahal mana, yang penting keselesaan.
Orang nak makan bertenang-tenang, sambil rehat-rehat, sembang-sembang.
Dah kalai kedai kau panas, macamana nak makan bertenang-tenang dengan peluh meleleh-leleh kat pipi. Konfem orang nak cepat bla. Makan pun laju-laju takleh nak feel.
Aku pun lebih suka sebenarnya masuk kedai macam ni sebab boleh relax-relax. Tu pasal aku suka masuk KFC. Tapi kalau nak makan pasemboq ke, cendol ke, tetapppppp warung.



Kat MOE ni ada ABC special.
Series tak tipu memanh special sebab tak kedekut isi.
Nata de coco banyak, kacang merah banyak, cendol banyak, susu pekat sesedap rasa, ice dia pun bukan flakes. Sedap je rasa layan ABC. Siap ada eskrim.

Pastu En Wan order Root Beer Matt Ori.
Tak masuk AnW pun takpe ni kali, boleh layan Root Beer Matt Ori kat MOE.



Aku nak makan burger Matt Ori sebenarnya sebab nakkan ayamnya tu.
Ayam dia tu yang buat best.
Eh tetiba nampak chicken chop, menggunakan resepi ayam goreng Matt Ori. Terus aku order ni.


Aku tak paham apesal En Wan nak snap time muka aku macam ni.


En Wan and tokey (Matt).

Masa kitorang masuk kedai ni terus naik atas.
Pastu Matt call En Wan sebab dia tengah masak kat dapur "Mung nak makan apa?"
Terus order kat tokey melalui phone okeh.
Besar nau pangkat laki aku ni sampai tokey yang ambik order. Ambik order dari dapur lak tu.



Okeh hari ni secara officialnya kita bukak order and pencarian agen untuk cookies Mak Aji.
Sebenarnya cookies ni dah start dijual dah last month, tapi Mak Aji just hebahkan pada agen-agen last year and customer-customer yang ada dalam contact dia. 

Kalau sesiapa berminat nak beli untuk makan-makan sendiri atau nak jadi agen, sila email Erma.
Tahun ni dia handle enquiry. Kita ada 2 jenis kukis : Choc chip cookies and Mocha cookies.

Tapi kalau ada sesape nak collect dari rumah aku, boleh. Sila bagitau Erma.




Model : Marfatin Riko
Location : Warwick Castle, UK.
For Hijab in Style Europe Tour.
Wearing Ardhani Jubah Moss Green/mustard/charcoal Combo.

Aku sedang mencari brand-brand shawl yang nak collaborate dengan aku for Koleksi Raya Fleur by Mrs Him.
Sebab this raya aku tak buat shawl plain.
Aku ada 2 jenis kurung, 2 jenis jubah and 2 jenis printed shawl for raya.
Jadi, aku mencari sesiapa/brand yang keluarkan plain shawl for raya untuk collaborate dengan aku supaya aku boleh pakaikan shawl tu time shooting baju-baju aku nanti.

Shawl Plain only.

And of course kalau shawl tu dipakaikan kat model aku, aku akan bagi credit.

Interested kalu, please email Fleur by Mrs Him di : contact[at]fleurbymrshim[dot]com




posted by aveo757 @ 12:58 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER