Mula-mula nak cakap pasal status FB aku semalam.
Ada yang tanya aku post sebab kes MAS ke?
80% yes. Lagi 20% tu general.
Aku sebenarnya baru tau pasal kes MAS ni lepas tengok banyak email masuk.
Aku baca 2-3 je. Ada yang mintak bagi nasihat, ada yang luahkan perasaan sedih bila suami atau diri sendiri terlibat dalam kelompok yang dibuang kerja (tapi katanya diambil semula untuk 3 months probation kan?).
Sorry, sebab lately ni aku tak sempat nak tengok berita.
Aku tak dapat nak respond satu-satu email korang, jadi aku upkan respond aku pada status FB.
Mudah-mudahan dapat dibaca dan dicari hikmahnya, insyallah.
Cuba fikirkan.
Waktu kita di rahim ibu, dalam keterbatasan pergerakan, masih lagi rezeki itu sampai.
Dari Allah melalui ibu.
Bila dilahirkan, masih tak mampu buat apa-apa, tapi masih lagi rezeki itu sampai.
Dari Allah, melalui air susu ibu.
Ibu yang tak mampu keluarkan susu, DIA tetapkan salurkan rezeki pada anak.
Dari Allah, melalui susu lembu.
Hidup ini adalah peralihan dari satu masalah ke satu masalah lain.
Mustahil hidup di dunia tanpa permasalahan.
Kita dirancang oleh Allah bukan untuk takutkan masalah, tetapi memuliakan masalah.
Orang yang gagal dalam masalah hidup bukan kerana masalah, tetapi gagal menangani masalah.
Kita tak boleh berhenti pada satu takdir.
Kita harus bergerak ke takdir lain.
Kalau kita sakit gigi tapi terus mengongoi kat rumah takkan menjadikan gigi tu baik.
Harus bergerak ke klinik gigi.
Nasi yang sudah terlebih air akan jadi bubur.
Tak payahlah nak ditenung-tenung bubur tu.
"Apesallah sukat banyak air tadiiiiiii". "Camne nak makan nasik macam niiiiii".
Kalau kau tenung bubur tu sampai besok pun bukannya bubur tu boleh patah balik jadi nasik.
Masukkan je lah isi ayam, ikan bilis, kacang tanah, kicap, daun sup, bawang goreng - maka jadilah ia Bubur Ayam Special.
Masa mula-mula graduate dulu, aku bangga bila CGPA aku membolehkan aku convert dari loan kepada scholarship.
Terasa-rasa lepas ni sure takde masalah nak cari kerja.
Dan aku mulalah memilih kerja.
Berangan nak kerja kat lab, pakai tittle Pegawai Penyelidik ataupun Researcher ataupun Scientiest.
Walaupun hakikatnya aku tak minat pun keje kat lab.
Tapi disebabkan kemaruk bangga dengan kelulusan, aku pilih kerja.
Kerja sales and marketing ni semua tolak. Taknak. Gaji murah. Takde kelulusan pun boleh apply.
Eksyen. Taknak.
Pak Aji mintak aku jadi cikgu. Aku pegi interview semata-mata taknak kecikkan hati Pak Aji.
Kat interview aku buat rileks, sebab aku taknak kerja tu.
Mak Aji suruh aku sambung blaja dengan harapan aku boleh apply jadi pensyarah.
Aku taknak jadi pensyarah sebab tak suka mengajar.
Abis kau nak jadi apa ni?
Masa tu aku dah mula naik menyampah tengok academic transcript.
Menyampah okeh, menyampah!
Rasa macam buang masa aku pulun study tapi tak dapat pun kerja yang macam aku nak.
Termenung je kat rumah mikir bila la nak jadi kaya kalau menganggur macam ni.
Takde la lama mana aku melepak kat rumah tu, tapi cukup untuk buatkan aku mabuk nak muntah sebab boring.
Last-last aku pi interview untuk jadi Sales Exec (after a series of keje-benti-keje-benti kat beberapa company).
Malu sebenarnya, konon blaja tinggi, result bagus tapi jadi Sales????
Bila dah keje kat situ barulah aku tau bos aku graduate Newcastle, COO aku pulak grad Manchester, ada 2 orang staff bertittle Dr.
Aku??
Lagi mau eksen dengan academic transcript yang tak seberapa. Dah la grad dalam negara je. Ceh.
Rezeki tu memang jelas hak Allah.
Rupanya post yang aku taknak tu lah yang membentuk aku sekarang, yang menjadikan siapa aku dan di mana aku sekarang.
Ternyata, orang yang mata hatinya tertutup, memang takkan dapat baca hikmah di sebalik apa yang Allah tetapkan.
Kerana percaturan Allah sangat berbeza.
Kalau ikut hukum akal, bila kita belajar engineering, bajet kerja esok pasti engineer.
Kalau keputusan exam bagus, kerjanya pasti bergaji besar.
Kalau rajin kerja, pastinya cepat dinaikkan pangkat.
Itu hukum akal manusia, tapi yang mengatur segalanya tetap Allah.
Memang berat mata memandang, berat lagi yang memikul.
Dalam keadaan nak menyambut puasa, raya, dikejutkan dengan berita kena buang kerja. Memang sedih dan dugaan besar.
Semalam pun ada salah sorang reader whatsapp aku bagitau suami diberhentikan dari MAS.
Di kala ramai yang mengadu karenah bos kacau time weekend, bos suruh stayback, company tak bagi bonus raya, gaji lambat, pergi keje jem....ada Hamba Allah yang berharap boleh menggantikan tempat kita-kita yang banyak merungut ni.
Mungkin inilah hikmah yang kita perlu cari dan fahamkan.
Ujian ni bukan Tuhan turunkan pada mereka tapi juga pada kita, untuk menilai sejauh mana kita mahu berfikir.
Aku doakan mereka yang ditimpa musibah ini ditermukan jalan keluar dari kesulitan ini dengan baik. Amin.
Mohon reader-reader blog ni turut doakan mereka, mana tau di kalangan korang, ada yang makbul doanya.
Aku tau ada yang tunggu aku update pasal pil biru ni.
Tapi pil ni dah tak biru, now pakai clear capsule. Biar nampak isi perut.
Ini bukan product aku.
Aku cuma suggest kat Dr Azhar ni buatkan slimming pill untuk aku telan sendiri-sendiri.
After 3 bottles aku menadah diri jadi guinea pig, alhamdulillah pill ni serasi dengan aku.
Belum tau if serasi dengan orang lain, tapi boleh la kalau nak cuba. Mudah-mudahan membantu.
Disebabkan aku yang men-suggest pill ni dibuat, jadi Dr Azhar cakap biar aku je la jadi sole-distributor product ni di Malaysia.
By the way, ini product dibuat di luar negara sebab Dr Azhar ni pakar cosmetic and surgeon di sana.
Sebahagian besar life dia memang kat overseas, penah jadi surgeon kat Dubai too.
Dia banyak cerita kat aku kisah dia ubah muka orang, yang nak mancungkan hidung, naikkan tulang pipi, besarkan breast, buang lemak....until one day arwah ayah dia mintak dia tinggalkan kerja ni sebab tak baik ubah-ubah kejadian Allah.
Jadi lepas berenti, dia gunakan kepakaran dia dalam bidang cosmetic ni kepada penyelidikan untuk buat product mengetatkan apa yang longgar, slimming, me-nyado-kan badan, collagen, etc.
Tapi dia berpusat di London.
Kelmarin aku jumpa dia untuk discuss pasal distrbutorship ni, sebelum dia berangkat ke umrah next week dan terus ke London semula.
Aku nampak email-email korang tapi aku sengaja bekukan dulu dari me-reply sebab aku perlu tunggu sole-distributor agent letter dari London.
Mohon bersabar.