walk on wings, tread in air: Masak apa today? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Masak apa today?
2015-06-30

Ahad lepas kitorang berbuka kat rumah Kak Ngah En Wan. Selamatttt, takyah aku masak hari tu.

Baru nak masuk 2 minggu puasa, masing-masing dah tak tau nak makan apa time berbuka.
Si Redza lagi extreme. Kelmarin dia berbuka nasik putih kosong je. Lauk semua tak ambik. Reason dia, takde selera dan tengok lauk. Padahal aku masak sambal sotong, ayam rempah, fishball sup bagai, dia boleh kata takde lauk nak makan???? Hangin aku. Hah makan la kau nasik putih, takde de aku nak masak lauk khas untuk ko ye. Tangan mak kau ni dua je. Kang aku masak guna kaki kang lain jadiknya.

Until semalam, aku sendiri dah tak tau nak masak apa.
Sebab hari-hari pun masak, penyudahnya dah tak tau nak masak apa.
Kat rumah aku ni ada makhluk yang tak suka makanan berkuah, jadi apa-apa pun kena masak yang kering-kering. Kalau masak sup pun, takleh sup ayam and ikan. Sebab dia geli. Sayur pun tak makan.
Habis tu agak-agak nak masak apa skarang ni?
Kang aku masak ikut selera tekak aku sorang, derhaka pulak.



Semalam aku dah fedap, aku masak je ikut selera tekak aku.
Ikan tenggiri asam pedas nenas, sayur togeh ijo, and ayam goreng perangat.
Aku tau Redza payah nak makan lauk-lauk macam ni, jadi aku buatkan nasik goreng untuk dia.
Seperti yang aku jangka, memang En Wan takkan makan punya lauk-lauk camni.
Time berbuka dia bukak nasik bungkus - nasi kerabu rupanya.

Tak paham betul aku konsep dorang ni berpuasa.
Kalau aku, perut dah lapar, apa ada kat depan aku bedal je dulu, walaupun sardin.
Ni cara-cara aku masak 3 lauk pun dorang tak makan.
Aku masak air je kang baru tau.

"Masak apa hari ni?"

"Masak air"


En Wan and abang ipar.
Aku dok belakang-belakang je dah la.
Duduk depan pun aku tak tau nak sembang apa.



Hari Ahad lepas Kak Ngah saje-saje je ajak kitorang berkumpul kat rumah dia.
Sebab selalunya every weekend dia akan datang rumah kitorang tengok mak.
Menjak puasa ni dah tak datang sebab masing-masing nak berehat penat kan. Pastu nak prepare masak berbuka lagi, nak keluar prepare baju raya anak lagi, jadi dia ajak berbuka sama-sama.

Food memang super duper sedap la sebab bibik Kak Ngah ni adelah bibik pertama aku dulu.
Bila dia masuk balik Malaysia selepas setahun bercuti, kitorang dah ada new bibik. Bibik kitorang waktu tu adelah orang kampung dia jugak.
Jadi bila dia masuk Malaysia, kitorang recommend keje ngan Kak Ngah.
Rasanya dah masuk 9 tahun keje ngan Kak Ngah.
Bibik ni memang pandai memasak.
Masa keje ngan aku dulu pun, aku jarang gila masuk dapur sebab dia masak lagi sedap dari aku.
Aku cakap je nak makan apa, mesti dia tau buat.


 Popia ni pun dia buat sendiri.


 Yang ni bukan.
Yang ni biras Kak Ngah buatkan sebab dia pun join sekali malam tu.


 Puding karamel ni pun biras Kak Ngah buatkan.
Biras Kak Ngah aku ni Filipino, tapi dah jadi lebih melayu dari aku.
Pandai masak.


 Ikan 3 rasa bibik masak.


 Daging dendeng feveret aku, bibik masak.


 Puding sekaya, bibik buat jugak.


 Yang ni kitorang tapau dari Pasar Ramadhan.
Abis tu takkan nak berlenggang ke datang rumah orang ye tak.


 Oh my myyyyyyyyyyyyyyyyy.
Kerabu suhun ni sedap gila!!
Bibik buat.
Oh lagi satu kan, bibik ni kalau bab food presentation memang kelas.
Kalau dia kata dia penah keje jadi chef kat hotel pun orang percaya.


Bandung cincau tu pun bibik buat.
See? Betapa bahagianya Kak Ngah aku dapat bibik ni.




Tapi penyakit aku ni pulak kalau makan kat rumah orang, otomatically perut tu rasa cepat kenyang.
Tak berapa lalu sangat makan kat rumah orang walaupun rumah sedara-mara ipar duai sendiri.
Melainkan kat rumah mak aku. Memang laju takyah dipelawa pun takpe, aku ambik sendiri.
Orang datang makan kat rumah aku, takpe. Sebab tu aku suka buat makan-makan especially time raya. Tapi kalau aku makan kat rumah orang cam kureng sikit.

Jadi, lepas makan, balik rumah, kita goreng ubi kayu pulak.
Walaupun hanya ubi kayu tapi lichennnnnnnn.
Barulah perut rasa kenyang makan kat rumah sendiri.

So, hari ni agak-agak nak masak apa?

Aku dah terbayang-bayang sardin je ni.
Sebab tadi time sahur bukak kabinet nampak sardin tapi sebab mak bangun dulu, aku terus tak jadi nak masak.
Kalau aku bangun lebih dulu dari mak memang konfem sardin tu dalam perut aku sekarang.
Mak aku ni tak berapa suka sangat kalau aku masak new lauk sedangkan lauk kelmarin ada lagi.
Jadi, kalau terasa nak makan new lauk, kena pastikan aku masuk dapur dulu.
Takpe, petang ni kita sardinkan sardin itu.



Thank you yang dah purchase Kurung Adwa.
Mintak maaf pada yang request plus size.
Untuk kurung, aku buat XS, jadi aku tak buat XXL.
Ada yang mintak restock, aku akan get back to you guys ya.
Nak restock sebelum raya memang tak sempat dah. Dan aku pun tak sure if aku boleh dapatkan semula jenis lace yang sama. Tapi nanti aku pikirkan cemana nak buat.

Aku tak sure if ada yang belum buat bayaran untuk Kurung Adwa sebab admin yang jaga enquiry.
Cuma aku nak ingatkan je yang website akan automatically cancel order kalau takde payment dalam masa 48 jam. So, kalau ada yang dah booking Adwa hari Ahad lepas, make sure buat bayaran secepatnya sebab anytime today order anda dimasukkan semula ke dalam inventory. Mungkin orang lain pulak yang akan dapat that baju.

Apa-apa pun, thank you so much.



Ok, setelah merenung jauh beberapa bulan, kita bukak dropshipping service untuk Fleur by Mrs Him.
Kalau berminat, boleh email kita ya.



Jangan lupa, last day Promosi Ephyra with free 20 sachet akan berakhir jam 12 malam ini.
Sampai setakat hari ni sajelah aku acah-acah baik hati.
Dah nak rebah nampaknya admin mereply enquiry.





posted by aveo757 @ 12:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER