walk on wings, tread in air: Malas <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Malas
2015-06-19


Kebetulan pulak sedondon angka bil letrik aku dengan followers FB hari ni.
Mujur bil letrik aku takde satu digit lagi kat belakang.

Macam kena renjatan letrik tengok bil letrik bulan ni.
Dah macam bukak kilang tempe je gayanya.
Lain la rumah Mak Aji. Everytime bulan puasa je bil letrik dia macam bil kilang Sony. Takpela, ada gak alasan. Buat kukis.
Nasib la angka hikayat 1001 ni bukan tetiap bulan.

Takpelah, selalunya around RM500+ je.
Kalau kebetulan bulan tu cuti skolah atau ramai orang datang, memang bil pun naik sikit sebab masing-masing pun masuk bilik bukak aircond.
Dah tu kau letak aircond tetiap bilik, takkan tak kasik orang pakai kan.
Cuma bila termenung tengokkan bil ni terasa betapa selambanya lah guna letrik sampai bil naik ke RM1000+. Dah sama ngan jumlah 3/4 gaji pertama aku.
Betul la kata pepatah, besar periuk besar la keraknya.
Dulu gaji RM1400, perbelanjaan pun kecik. Patutnya bila gaji makin bertambah, simpanan kena bertambah, perbelanjaan jangan bertambah. Ni tak. Makin mencanak-canak pulak membayor segala tok nenek bil.
Menyimpan bukan tak bertambah. Bertambah la jugak. Tambah RM20. Mbahahaha.

Puasa dah masuk hari kedua, so amacam semua?
Aku masih lagi acting berpuasa, tapi tetap puasa makan and minum. Sampai kering bibir-bibir aku.

Puasa kali ni aku ngan En Wan sama-sama takde mood nak makan macam-macam.
Semalam aku masak nasi ayam, hari ni lagi malas kedaung - nasik goreng je aku buat.
Agaknya ni la namanya faktor usia.
Sahur makan roti je pun tapi sampai ke waktu berbuka masih lagi tak laparudin. Kalau time sekolah dulu, pukul 2pm je dah kebulurudin.
Bila En Wan call tanya nak makan apa, tak tau nak request apa. Tak rasa lapar pun. Cuma tadi aku request dia balik terawikh belikan aku Slurpee. Tadi hantar Rayyan pi skolah lalu depan 7-11 macam ternampak saka tepi mesin Slurpee tu melambai-lambai.

Zaman kecik dulu satu masalah besar kalau Pak Aji balik keje tak bawak apa-apa dari pasar ramadhan. Walaupun cuma air tauhu, janji bawak la balik apa-apa supaya meja makan tu nampak 'luar biasa'. Terasa miskin nau kalau buka puasa dengan lauk yang dah biasa makan hari-hari. Tetiap hari tanya Mak Aji masak apa, makan apa, makan apa, makan apa. Tu yang kadang-kadang pelempang sampai kat pipi. Hambik ni, makan penampa. Memekak je.

Sebenarnya aku adik-beradik bukan kisah sangat makan apa time berbuka, cuma harapan tu tinggi la jugak. Dah puasa dari pagi sampai ke malam, nak la jugak ada reward. Dengan harapan ada nasik ayam ke, nasik tomato ke, mi hailam ke,...tapi selalunya nasik putih dengan lauk-pauk biasa.
Tapi, mana sempat mak aku nak masak macam-macam kalau dia balik keje pun dah nak pukul 5pm.
Still, gigih gak dia masak 3 jenis lauk walaupun cincai-cincai.
Aku hari ni balik kul 3pm, tapi takat nasik goreng. Gila pemalas.



Semalam Mak Aji buat pizza sebab cucu-cucu dia kat JB balik berpuasa kat Bangi.
Agak-agak aku esok dah tua pandai tak sambut cucu balik dengan masakan macam ni?
Tak nampak gaya rajin pun aku ni.
Aku rajin order je.

Sahur aku pun sedih nau.
Sahur hari pertama, ikan masin, ikan bilis and telur dadar.
Sahur hari kedua, aku improvisasikan telur menjadi telur mata. Tahan lagi telor dadar. Ada gak nampak kegigihan potong cili potong bawang bagai. Alih-alih pagi ni telo mata je. Improvise hape namanya ni?

Sahur malam ni insyallah best.
Sebab lepas terawikh, balik Bangi.
Of cos la best kan. Lagi best sebab aku takyah bangun, boleh terus sambung tido *kroohh krooohh*

Masa kecik dulu, sahur kitorang boleh dikatakan best. Best la dari sahur aku skarang.
Selain dari nasik with lauk perangat malam tadi, Mak Aji akan sediakan air milo sorang se-mug (dulu aku masih boleh minum Milo), kadang-kadang dia siap sediakan roti butter. Lepas makan nasik, bedal conrflakes pulak semangkuk. Kalau batal gak puasa siang tu tak tau la nak cakap apa. Memang setan sungguh gamaknya. Mentekederah sikit punya banyak macamkan berbuka.

Maybe ada sangkut-paut dengan situasi aku skarang, yang menyumbangkan kepada kemalasan berganda.
En Wan tak boleh makan pagi. Breakfast pun kena pukul 9am ke atas. Apetah lagi nak makan kul 5 pagi. Tapi sebab nak ambik sunat, dia gagahkan jugak bangun walaupun aku tengok dia nak telan nasik tu sikit punya hazab.
Redza pulak berselera time bersahur. Bertambah kalau makan tapi mesti lauk ikan bilis goreng je. Tang berselera tu ikut aku. Tang cerewet tu ikut En Wan.
Kalau bukan bulan puasa pun dia memang payah sikit nak makan.
Kalau suruh dia makan nasik, macamkan aku nak bagi dia makan ubat gegat. Menangis-nangis taknak makan. Maka dia letakkan syarat, kalau nak suruh dia makan, mesti samada nasik putih lauk ikan bilis, atau lauk sotong goreng atau nasik goreng. Lain taknak.
Abis camne aku nak ada semangat memasak kalau gini gayanya permintaan masing-masing?
Tak berkembang lansung skill aku balik-balik goreng ikan bilis.

Yang betul-betul pandai makan dalam rumah ni memang aku sorang je.
Semua pun aku balun.
Nasik panas ke, nasik tu sejuk ke, nasik semalam ke, kadang-kadang nasik goreng 3 hari simpan dalam esbok pun aku telan. Kalau perut En Wan memang dalam masa 5 minit terus cirit. Perut dia jenis tak tahan. Perut aku rasanya dah giveup nak meragam. 

Baru puasa kedua...ada lagi 28 hari lagi nak harung.
Sahur takde masalah. Stok ikan bilis and ikan masin banyak.
Yang masalahnya berbuka ni. Sebab baru hari kedua dah tak tau nak masak apa.

Ye ye je beli buku resepi.




Raya 2015

Ephyra Free 20 sachets

posted by aveo757 @ 9:39 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER