walk on wings, tread in air: Bijan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bijan
2015-05-02

Selasa aku balik dari Bandung, tapi Rabu malam aku sambung meeting ngan designer dari Bandung yang datang ke KL untuk jumpa aku.
Cam pelik je bunyinya kan?
Padahal kat Bandung hari tu memang aku dah jumpa dia pun.
Tapi sebab plan asalnya dia yang datang jumpa aku kat KL, takpelah, kita jumpa je la 2 hari berturut-turut di 2 buah negara.

Everytime dia datang jumpa aku, dia akan duduk Bukit Bintang.
Malam Rabu tu  sebab aku sampai KL pun dah pukul 8.30 malam, kalau nak bersembang kat restoran dalam mall takut terkejar masa pulak mall nanti nak tutup, jadi kita lepak kat Bijan.
Aku first time masuk sini.
Yang bawak ke sini pun En Wan, ntah mana dia tau pasal restoran ni pun aku tak tau.



Aku tengok Bukit Bintang ni dah macam konsep Bandung jugak.
Restoran kat celah-celah jalan sempit tersorok ulu banat mana ntah, tapi masih dapat tumpuan ramai orang.
Restoran pun style ubahsuai banglo lama. Memang sebijik style Bandung.
Tapi yang paling aku surpised sangat, kat Bijan ni pun ada orang tolong 'jagakan' parking.
Pun sebijik cam Bandung.

Kat Bandung, mana-mana tempat kau pergi, mesti ada orang yang tolong jaga parking, tolong jaga traffic supaya kereta kau boleh keluar masuk parking dengan senang.
Padahal the restoran/mall tak hire pun orang tu. Dorang hidup atas sumbangan tips.

Aku tak sangka pulak style macam tu pun diprektikkan kat Bukit Bintang.
Dah macam abang long kawasan pulak, dia 'jaga' Bijan.
Entah sape lantik dia ntah.
Masa kitorang sampai tu, kitorang parking je tepi jalan depan kondo, bukan depan Bijan ni pun.
Bijan ni macam banglo lama, so takde parking space pun untuk guest.
Bila kitorang masuk ke porch Bijan, satu Indian guy lepak kat situ bangun tanya mana satu kereta kitorang.
En Wan cakap ada kat hujung jalan.
Dia tanya "Yang itu ke? Yang putih ke? Yang hitam ke?"
Aku pelik gila, cuak jugak kot-kot kitorang park kat depan rumah kongsi gelap ke apa.
En Wan buat bodoh, pastu Indian guy tu kata "Abang, saya keje sini, bagi saya kunci, saya boleh bawak kereta abang parking dalam porch Bijan"

En Wan kata takyah.
Aku heran gak, punyalah ramai manusia dalam Bijan ni, apesal kereta dorang kau tak park-kan dalam porch ni?
Dorang tu semua jalan kaki ke datang ke Bijan?
Tetiba kereta aku pulak dia beria nak park-kan dalam porch.

Masa kitorang nak balik, berjalan menghala ke kereta, dia panggil "Bang, itu kereta abang ka? RM10 bang!"

Huh???

Kereta aku park hujung dunia kot, sikit pun tak kacau Bijan, tetiba kau mintak aku RM10?
Keta parking tepi jalan je pun, jadahnya?
Time balik En Wan cakap Bukit Bintang ni dah macam Bandung, orang peseorangan ntah sesape ntah tetiba je volunteer diri nak jagakan parking siap mengaku dia keje kat Bijan padahal dia nak tips je.
Kadang-kadang aku rasa KL ni dah semakin menakutkan.




Bijan ni sesuai la kalau nak lepak-lepak dengan tenang sambil bincang-bincang, atau nak romantik-romantik. Tapi aku tak berapa suka nau tempat macam ni sebab malap. Aku ni kalau terang takpelah jugak. Kang orang tak nampak aku. Seb baik aku pakai blouse putih malam tu.

Tak ramai melayu makan kat situ walaupun foodnya semua masakan melayu. Tapi ada alkohol.
Konsep kemelayuan apekah ini?
Penuh dengan Chinese and Mat Saleh.




Inilah designer Fleur by Mrs Him.

Aku kenal dia January 2013, alhamdulillah masih bersama sehingga sekarang.
Dia tak bekerja under aku, tapi bekerja bersama aku.
Setiap design adalah idea kitorang berdua.
Dan disebabkan Malaysia susah nak cari tailor, jadi aku bayar gaji 3 orang tailor dia untuk fokus siapkan product-product aku.

That's why sepatutnya aku kena berulang ke sana sekerap boleh.
Tapi selalunya dia yang datang sebab aku takut naik flight.

Malam tu dia datang nak tunjukkan 'prototype' design yang dah siap and discuss apa-apa yang patut lagi.


Bergedil ayam
Kureng. Sedap lagi bergedil ikan tenggiri aku.
Tapi boleh la makan, bukan tak boleh.


Sagu gula melaka
Sedap.


Satey ayam
Keras, lagi sedap Haji Samuri.


Popia.
Tak sedap.
Sedap lagi mak mertua aku punya.


Pandan puding.
Tak try.


Orange + carriot + lime juice.
Sedap.


Eskrim kelapa.
Tak try.


Konsep Bijan ni bagus, mengetengahkan semua masakan melayu sampaikan aku mintak cokelat eskrim pun dia takde. Yang dia ada eskrim kelapa, durian, pandan and teh tarik.
Teh tarik eksrim okeh!
First time aku dengar.
Kesian Rayyan, sebab takde apa nak makan untuk dia, aku orderkan eskrim kelapa ni, tapi dia tak makan pun. Satu sudu je pastu "Tak shedap".

Sebab tu kitorang order appetizer and kuih muih je sebab cam heavy sangat nak order nasik with kuah lemak, kerutuk daging la apa la.




Discussion berakhir 1030 malam.
Aku drain gila dah sebenarnya time ni, tapi gagahkan jugak la pergi.
Lepas balik dari Bandung sampai sekarang, dah 3 malam aku tido 3 pagi.
Ni semua sebab gi Bandung tak bawak laptop, pastu terabak-rabak siapkan keje.

New jubah akan release Selasa ya.
Boleh cekidaut Selasa depan. Aku insyallah takde sehingga Selasa tapi team Fleur akan respond to all enquiries.


Escort di bawa ke mana-mana.
Tukang angkat beg plastik.

Ok, promo Ephyra free 10 sachet dah habis.
Kita balik kepada offer yang asal :


posted by aveo757 @ 1:43 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER