walk on wings, tread in air: Bandung 2015 Day 2 (Last day) <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bandung 2015 Day 2 (Last day)
2015-04-30


Cantik kan executive lounge dia? Ada 2 floor.
Yang atas tu lebih kepada tempat melepak discuss-discuss.
Hajat hati tu nak lepak discuss kat atas tapi tak dapek.
Aku tak sempat nak melepak kat sini malam before-nya sebab dah nak tutup so aku tak dapat nak tengok food selection dia. Tapi so far aku suka exec lounge kat Liberty Central Saigon (Ho Chi Minh) sebab makanan dia sedap-sedap cuma yang boleh makan tu tak berapa banyak la.

Esoknya kitorang breakfast kat sini je sebab nak cepat.
Kang kalau breakfast kat bawah lagi lama aku mentekedarah sebab selection lebih banyak.



Di mana pun aku berada, kalau ada nasik, wajib cedok nasik dulu.
Aku tengok orang lain ambik lite-lite breakfast je, patut la semua muat pakai kebaya. Kemain halus pinggang sorang-sorang. Mesti dorang tengok aku pakai jubah persepsi masing-masing "No wonder la pakai jubah, cover perut agaknya".
Eh, kisah pulak aku kan?

Ehem..ehem...teaser new jubah. Gituuu.
Insyallah official shooting akan dibuat soon.
Tapi yang aku nak bagitau sebenarnya aku dah boleh fit size S!! Hahahahah.
Selama ni jubah Aqeela punya size aku fit size M, sekali kali ni sarung eh dah boleh masuk S?
Berkat gigih telan pil biru, sangat konsisten cirit-biritnya.

Agen-agen, once dah siap shooting kita akan email you guys dulu untuk book before kita release ok?


Tak sempat nak makan pun ruangan ni. Pandang je..



Tempat pertama singgah - Heritage.

Monday morning, keluar pagi-pagi sebab melayan En Wan punya kehendak.
Laki aku ni kuat shopping okeh.
Aku kali ni ke Bandung sempat rembat 2 pasang kain ngan 1 skirt je.
Laki aku punya baju ya ampunnnnnnnnnnnn...aku tak tau la dia nak sumbat kat mana lagi dalam lemari. Mengalahkan baju aku je banyaknya.
Tapi balik-balik aku tengok baju yang sama gak dia lenjan.
Yang aku pegang tu bukan barang aku ya, tu barang dia.



Kalau kat Bandung ni memang factory outlet bersepah-sepah.
Driver yang bawak kitorang tu cakap kalau weekend, Bandung ni penuh dengan orang Jakarta. Semua mai shopping Bandung sebab factory outlet bersepah-sepah.
Apa ajela baju yang fit untuk muslimah kalau overseas brand ni kan.
Kalau blouse pun banyak yang berpinggang. Kau kalau pinggang Gisele Bunchen takpe la jugak.

Tapi, takde baju untuk aku, rembat je la baju untuk anak-anak.
Memang plan ke Bandung ni selain dari nak settlekan keje, misinya adelah beli baju raya budak-budak dan bapak budak. Memang berbaloi beli kat sini.
Nak kata murah, takde la murah sangat. Lebih kurang harga factory outlet kat Malaysia je tapi pilihan kat sini tersangatlah banyak. Maybe sebab tu En Wan beria nak shopping kat sini. Dan kita sebagai isteri pasrah aje.


Sebelah Heritage ni ada satu mall lain yang attached dengan building dia, nama apa ntah lupa.
Cantik-cantik jugak local designer tapi seriesly kali ni aku takde mood nak shopping.
Belek-belek je dah.



Keluar dari Heritage, lintas jalan, kat depan ada satu lagi factory outlet nama STAMP.
Tapi kat sini tak banyak pilihan. Takyah la pegi.


Keluar dari Stamp, masuk Passion pulak, also sebelah-menyebelah je.
Aku tak sure la apa ada kat dalam ni sebab aku tak beli barang aku pun.
Rasanya En Wan ada beli something kat sini.


Mamat ni semua outlet dia masuk, konfem akan bawak keluar satu plastik.
Tapi kau tengok la nanti balik-balik dia pakai baju yang sama.


SUMMIT not bad jugak, banyak jugak pilihan kat dalam ni.
Cuma aku je yang tak berkenan.


Aku perasan lately ni En Wan ada penyakit suka skodeng and ambik gamba aku.
Macam ni, entah bila masa dia ambik aku tak tau.
Masalahnya yang nak skodeng bini sendiri ni konsep apa?
Yang ni kat dalam SUMMIT, see kat blakang tu banyak blouse kan?
Not bad jugak sini. Silakan lah berkunjung kalau belum sampai.


Gila penat okeh ikut En Wan berjalan.
Dah la aku pakai kasut pengawas. Kalau pakai flat shoe tu tahan lah lagi.
Lepas habis 4 outlet, aku ajak gi makan. Boring okeh ikut je dia berjalan tapi aku takde mood nak beli apa-apa, jadi aku cepat boring. Hanya makan je yang boleh hilangkan boring aku.

Mintak driver bawak pi makan nasik padang paling spesial.
Dia bawak pi Simpang Raya.



Nampak tu berapa banyak lauk-pauk aku?
Boleh celen??
Hahahah.

Sebenarnya tak semua aku makan. And aku tak pilih pun lauk-lauk ni.
Masa kitorang masuk sini, masing-masing blur tak tau nak order macamana sebab semua dok bersidai kat belakang (bahagian dapur).
Atas setiap meja dah ada siap pinggan and gelas.
Lepas tu ada sorang akak tu datang bawak 2 piring tembikai and ambik order air terus.
Tak sampai seminit 2 orang lelakiu sampai bawak semua lauk-lauk ni susun atas meja.
En Wan cakap "Eh, kami belum order lagi"

Rupanya konsep Simpang Raya ni dia akan hidang semua lauk-lauk yang dorang ada.
Dia akan hidang setiap lauk untuk 2 orang makan (maybe sebab kitorang 2 orang).
Bill akan dikira based on lauk apa yang kau ambik.
Jangan risau, dia tak suruh kau bayar semua.
Suka aku dengan konsep ni, duduk-duduk je makanan terus sampai. Kan ke best tu?


En Wan selamba masuk dapur nak tengok how they prepare.
Rupanya dorang dah siap susun set-set macam ni.
Orang datang je terus angkat and hidang.
Tapi aku heran camana lauk dorang semua masih panas even dorang dah hidang siap-siap macam ni.


Lepas makan, gi Anak Kecil pulak.
Kat sini aku menggila sikit.
Sebab baju cantik-cantik, aku tak tau la berapa banyak aku ambik, main sauk sauk sauk sauk.
Rambang mata sebab cantik-cantik and aku tak penah nampak design macam tu lagi kat Malaysia.
Kat sini banyak local designer.
Tapi ada jugak la Osh Gosh, Ferrari, Guess, etc.




Port last RUMAH MODE.


Aku hanya membontoti beliau dan memandang saje dari kejauhan.


...dan keboringan.
Agaknya camni la kebanyakkan lelaki tunggu pompuan bershopping kan?
Penat weh tunggu camni.



Lepas habis kat Rumah Mode, gi Kartika beli brownies and pisang salai cheese. Mahveles oke pisang salai cheese dia.

Mandi-mandi semua, then keluar balik untuk dinner.
Ingatkan nak pi Stone.
Stone ni dari last year lagi aku nak pegi tapi tak sempat je manjang.
En Wan nak pegi sangat cuma perjalanan dia dalam sejam jugak. Bandung memang jem jadi aku taknak berlapar dalam kereta.
Jadi, Stone - kensel.
Second choice, En Wan nak pi Sapu Lidi ke apa ntah nama dia. Pun jauh jugak.
Last-last kitorang pi Kedai Belacan je.


Sementara tunggu driver datang, wefie dulu apa-apa hal.


Ni lah tempat kitorang pegi malam tu for dinner - Kedai Belacan.
Kat dalam restoran ni kebetulan penuh ngan orang Malaysia je.
Driver tu pun cakap kedai ni ramai orang Malaysia datang.


Menu dia dalam bentuk frame kayu. Interesting :)


One thing aku suka kebanyakkan restoran-restoran yang best-best kat Bandung ni konsep dia mesti macam ni, dengan kehijauan, kekayuan, macam dah hutan-hutan sikit.


Kat sana glemer dengan ikan gurame (ikan kalui).
Lepas kitorang order, pastu nampak brader ni turun dalam kolam sebelah meja kitorang untuk tangguk ikan.
Rupanya ikan gurame tu dia bela dalam kolam ni.
So kalau orang order, terus ambik dari kolam.
Ni kalau Mak Aji konfem takkan makan ni. Tapi aku ok je.


Aku syak yang tergolek tu ikan aku.


Udang telur masin.


Ikan gurame masak cili (tapi sebenarnya tajuk dia lain)
Memang pedas gila!!!


Dari last year aku datang Bandung, sampai now, menu yang mesti ada dalam makanan aku adelah tauhu goreng. Aku tak tau apesal tapi tauhu goreng dorang sedap and lembut sangat.


Sotong goreng tepung. Not bad. Tapi takleh celen sotong Linda Kuala Perlis.


Dah nama masuk Kedai Belacan kan, wajib lah rasa sambal belacan dia.
Boleh tahan, cuma aku rasa sambal belacan mak mertua aku sedap lagi.



 Ni lah satu-satunya ready to wear yang aku beli kat sana - skirt.
Ni gamba ambik kat lobby pukul 355am, tengah tunggu driver datang ambik nak pi airport.

Alhamdulillah, flight balik pun ok.
Tenang je takde gegar-gegar.
Sepanjang 2 jam aku berselawat. Kan? Dah takut baru ingat nak berselawat!
Aku la tu, bukan orang lain.


30 April 2015, 1159pm, last offer Ephyra with free 10 sachets :


posted by aveo757 @ 11:33 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER