2015-01-09

Zaman skarang ni, kalau kau berduit, semua benda kau buat jadi salah.


Apa yang orang kaya/berduit buat mesti jadi persoalan.
Pantang je letak gamba bercuti ke Europe, komen standard yang diterima "Mekah dah pegi ke?"

Kalau macam tu konsepnya, maka untung lah jadi orang tak berduit.
Sebab ada reason untuk tak ke Mekah, gitu.

"Kalau aku ada duit, baik gi Mekah dari gi Europe"

Yes.
Dan sebab tu la dua-dua tempat tu pun kau tak sampai lagi.
Sebab hati tu tak bersih. Nak bersangka buruk je kejenya.

Pergi tanah suci ni, bukan semata-mata kena banyak duit baru sampai.
Kalau hati tu jenis pekung, kau tido berselimutkan duit pun belum menjamin kau sampai ke Mekah.
Mungkin Tuhan kata buat masa ni si kaya tu ke Europe adalah lebih baik untuk dirinya.
Ada pelajaran yang Tuhan nak bagi kat dia bila dia melancong di sana nanti. Mana kita nak tau.
Allah mengajar hambaNya kan berbeza-beza.

Pandangan mata orang awam yang tak pandai membaca hikmah memang selalunya akan skeptikal dengan orang kaya/berduit.
Aku salah sorang yang belum pandai membaca hikmah.

Pemahaman kita, Tuhan bagi dia jadi kaya supaya dengan kekayaan itu, dia boleh menyumbang dengan lebih ke jalan Allah.
Orang yang belum jadi sekaya dia, konsepnya perlu redha dan pasrah je lah. Takyah beria sangat nak menyumbang.
Gitu.

Lagi best bila ada statement "Dunia ni sementara je. Duit banyak-banyak bukan boleh dibawak mati".
Kalau macam tu, pergilah mati skarang.
Dunia ni kan sementara. Yang kau nak hidup lama-lama sangat buat apa.

Bak kata ustaz yang aku selalu dengar tazkirahnya, dia cakap betapa beruntungnya kalau kita kaya dan berharta. Kerana apabila kita kaya, maka kita ada banyak pilihan.

Bila kita kaya/berduit, kita boleh 'beli' ilmu.
Zaman skarang, nak blaja kena pakai duit. Bukan sikit-sikit punya belanja. Belanja besar.
Nak pegi skolah perlu duit.
Nak masuk kolej bukan boleh sengih je depan kaunter Bendahari tu.
Apetah lagi kalau kita nak join attend talk dari mentor ternama. Paling sikit 4-5K kena ada dalam tangan.

Bila kita kaya/berduit, selalunya ramai yang mendekati.
Orang kata bila kita banyak duit, belum tentu kita akan jumpa orang yang ikhlas nak berkawan dengan kita.
True.
Tapi sekurang-kurangnya, kita ada pilihan.
Kita boleh pilih dengan bijak siapa kita nak berkawan.
Nak kawan dengan pakar motivasi Robin Sharma pun boleh.
(Robin Sharma bukan murah harganya ya. Try la tanya kalau berani).

Bila kita kaya/berduit, kita boleh 'beli' kebahagiaan.
Orang kata duit tak boleh beli segalanya.
Tapi kalau kena caranya, kita boleh beli semuanya termasuk kebahagian.
Kalau kita berkongsi kelebihan rezeki kita tu dengan orang lain secara ikhlas, keikhlasan itulah yang akan 'membeli' kebahagian. Kita dapat bahagia dengan memberi rasa bahagia pada orang lain.
Kalau tak percaya, cuba satu kali buat majlis makan jemput 50 orang anak tahfiz/yatim datang makan. Kau akan faham apa maksud 'membeli' kebahagiaan. Boleh menitik airmata tengok kebahagiaan tu.

Bila kita kaya/berduit, kita boleh bersedekah dengan kapasiti yang lebih besar.
Bukan makna kata sedekah seringgit dua tu tak bagus, tapi bukankah dapat bersedekah lebih banyak dan kerap itu, lebih baik?
Aku pernah terbaca satu cerita orang forward-forward kat FB, tentang sorang pakcik yang dah tua, tapi pendapatan bulanan dia melalui kutipan sewa saja RM70K. Dnh dia hanya guna RM20K je, lagi RM50K dia sedekah.
Inilah maksudnya bila kita kaya, maka kita dapat menyumbang dengan kapasiti yang lebih besar.
Penerima pun lebih ramai.
Penerima dapat lebih banyak.
Penerima dapat guna sumbangan yang banyak tu untuk banyak perkara.
Siapa tau, mungkin dengan sumbangan tu jugak dia boleh menyumbang kepada orang lain pulak.
Macam satu rakaman video tentang seorang lelaki ni bagi duit secara rambang kepada homeless, dia bagi USD100 (kalau tak salah). Ternyata, homeless man tu gunakan pulak duit tu untuk beli roti and disedekahkan pulak pada kawan-kawan dia yang homeless jugak.

Kaya tak pernah salah, apabila kita tau menggunakan kekayaan tu dimana.
Tapi peliknya zaman skarang ni kekayaan tu macam dah jadi kesalahan.
Kalau zaman dulu, orang miskin dihina sebab kemiskinannya.
Now, orang kaya pulak yang dihina hanya kerana dia berduit.
Banyak sangat tanggapan buruk pada orang yang berduit.
Dia tunjuk beg baru - salah.
Dia makan best-best - salah.
Dia beli kasut berjenama - salah.
Sedangkan kita pun kalau ada peluang nak jugak tunjuk kat orang lain barang baru yang kita beli. Kalau ada peluang nak jugak share pengalaman kita melancong satu dunia.
Cuma peluang tu belum sampai.
Bukan takde, tapi belum lagi.

Tu bab shopping.
Kadang-kadang orang kaya bersedekah sambil bergamba tunjuk cheque pun salah.
Riya' katanya.

Baru-baru ni aku nampak kat IG ada sorang hamba Allah tu tunjuk dia pi hantar sumbangan ke mangsa banjir.
Ada pulak yang komen "Sempat pulak berinstagram time hulur sumbangan. Motif?"

Alahaiii, manusia.

Memang betul, sedekah terang-terangan ni boleh mengundang rasa riya'.
Tapi, sedekah senyap-senyap pun boleh mengundang rasa ujub kalau tak betul-betul dijaga.
Kalau memang betul terlintas rasa riak, istighfar je lah.
Kita yang tengok orang tu sedekah terang-terangan toksah la nak predict macam-macam. Bawak-bawak istighfar sama ya?



Yang dilarang tu bukan menunjuk atau menyembunyikan sedekah, tetapi yang dilarang tu adalah riya' dan ujubnya.
Al-Baqarah dah cakap tak ada salah lansung nak sedekah terang-terangan.
Yang salah kalau terang-terang tak bersedekah. Asik audit orang je kejenya.

Bila kita kaya (berduit), kaya ilmu, dan kaya teman (ramai kawan), maka lebih mudah nak menggerakkan sesuatu ke jalan Allah.
Kita nak bantu mangsa banjir pun perlukan duit.
Kalau setakat ada kederat 100 orang, tapi takde duit pun tak jalan jugak.
Nak ke sana, perlukan duit belanja.
Nak bina balik rumah mangsa, perlu duit.
Nak bagi dorang makan, perlu duit.
Banyak, bukan sikit.
Masa ni la ramai pulak bijaksana bijaksini yang kondem "Celebriti and sultan-sultan ni kan kaya raya. Kalau dorang keluarkan duit RM100,000 sorang pun dah cukup"

Oh, time ni lah baru kau ungkit pasal kekayaan?
Selama ni kemain berdegar-degar lagi cakap "Duit banyak-banyak bukan boleh dibawak mati".
Ini lah sebabnya kenapa orang Islam itu dituntut untuk menjadi kaya.
Supaya layak bayar zakat.
Supaya dapat bersedekah dengan lebih banyak.
Sebab ni lah.

Kesian orang yang banyak duit ni.
Dia bersedekah orang kata riya'.
Dia bersedekah sikit orang kata berkira.
Apetah lagi kalau dia tak bersedekah lansung.

Banyak betul salah kalau jadi orang berduit ni kan?

Aku pernah terbaca somewhere, dikatakan bahawa "Solat orang kaya dan ternama itu lebih disukai oleh Allah berbanding solat orang miskin"

Kerana walaupun dalam keadaan dia kaya dan ternama, dia masih sujud pada Allah.
Masyallah, bertuahnya!

Betul, duit tak boleh beli segalanya.
Tapi dengan duit kita ada pilihan.
Kita boleh pilih untuk menjadi sombong atau menjadi humble.
Kita juga boleh pilih untuk jadi dermawan atau kedekut.