2015-01-10

Resepi seterusnya....


Semalam ada follower mintak aku war-warkan kes ni.
2 orang budak ni hilang and ibu dorang masih mencari, belum jumpa lagi.
Kalau ada sesaper cam muka budak berdua ni, please contact ibubapanya ok?
Mudah-mudahan jumpa.



Kelmarin aku terima satu parcel besar dari sorang reader.
Dia bagi udang geragau!
Tapi yang ni udang geragau kering. Yang basah susah la nak jumpa kat sini. Kalau kat Melaka tu senang jugak. Tapi bermusim. Aku mengidam sangat nak makan udang geragau basah. Nak buat bergedil. Dulu masa kecik-kecik, kalau pi Melaka, kalau kat tepi laut tu berderet gerai orang jual geragau basah. Satu besen satu besen sekali beli. Gila best. Kalau sesape yang duduk Melaka tau bila musim geragau basah ni tolong la bagitau aku. Dengan full speed-nya aku merempit ke Melaka.

Geragau kering ni kurang kick. Tapi daripada takde kan, baik ada.
Geragau kering ni kurang sedap kalau dibuat bergedil, elok dibuat rencah nasik goreng je, tapi sebab tekak dah teringin sangat, kering pun kering lak. Aku balun je buat bergedil.

Yang menyampahnya pakai udang geragau ni sebab kena mengasingkan batu-batu, anak ketam, ikan bilis and anak ikan. Pastu udang geragau ni kadang-kadang belum dibuang kepala. Kalau basah takpe, tapi bila dia dah dikeringkan, kepala udang ni tajam okeh. Berapa kali ntah jari aku kena cucuk time membilas.


Sebab udang ni dah jadi geragau kering, kau kena tumbuk dulu bagi lumat baru boleh buat bergedil. Kalau geragau basah tu lain,m takyah tumbuk. Sebab isi memang dah sedia lembut. Kalau taknak buat bergedil pun takpe, kau tumbuk-tumbuk, pastu simpan. Time nak buat kuah mee bandung nanti, letak serbuk udang ni. Mesti sedap. Takpun, jadikan rencah masa menumis smbal untuk buat nasik goreng.



Aku tumbuk sampai jadi gini.
Tapi ni pun setelah ditumbuk bersama kentang yang dah direbus.
Kalau tak campur kentang, dia takkan jadi pes.
Letakkan jintan manis sikit, takyah banyak. Dalam setengah sudu kecil je.

Jangan lupa letak tepung gandum sekali supaya dia melekat. Takyah banyak sangat. Kang kalau banyak terus jadi cekodok udang pulak. Agak-agak la tuang tepung tu asalkan pes ni melekat, tak berderai time goreng nanti. 

Masukkan garam sikit. Aku tak letak garam lansung sebab udang geragau kering ni selalunya dah digaul dengan garam masa nak menjemur tu. Nak bagi tahan lama. Tapi untuk yang kuat makan garam, elok letak sikit garam lagi. Aku takpe, dah biasa makan tawar.



Panaskan minyak.
Ambik telur sebijik, dipecahkan and dikacau.
Telur ni untuk jadi bahan penyalut je.
Caranya, ambik sikit pes and gentel bentul bola pastu tepuk-tepuk sikit biar leper jadikan bentuk bergedil. Then, golek-golekkan dalam telur tadi. Goreng minyak penuh.
Dan hasilnya begini. Buat minum petang cicah sos cili Thai...pehhhhh! Makan sambil nangis.

Aku asingkan 2 set - satu untuk minum petang, satu lagi buat makan ngan nasik dinner.


Disebabkan udang geragau aku buat tu tak masukkan garam, jadi aku buat ayam masak kicap biar ada rasa masin pulak.


Disebabkan aku tak sure En Wan nak makan ke tak bergedil udang geragau, aku gorengkan sekali ikan sepat pekasam. Ni pun reader tu pos kan sekali. Tapi aku tak reti makan ikan masin or pekasam. Sepatutnya ikan pekasam ni goreng sekali dengan beras peram ke apa? Sebab aku basuh and goreng. Tapi bila makan ikan ni tak rasa masin pun. Tawar hebeh. Camne masak ikan pekasam sebenarnya?



Ada reader tanya aku camana aku sempat masak hari-hari.
Jawabnya, ni.
Ini lah keje aku every weekend :

1. Blend bawang besar and bawang putih.
2. Blend cili kering.
3. Blend halia.
4. Buat sambal belacan satu tupperware besar.
5. Buat kuah spageti, dan difrozenkan.
6. Buat stok udang (kepala udang direbus and air disimpan buat stok)
7. Goreng ikan bilis siap-siap (senang kalau tetiba terasa nak buat nasik goreng. Boleh buat sambal ikan bilis kering jugak later)

Ni semua basic benda yang wajib ada dalam fridge/freezer.
Yang lain-lain boleh adjust.
Kalau tetiba tengah malam rasa lapar, turun bawah, terus tumis cili blend and bawang blend, curah nasik sejuk, pecahkan telur sebijik pastu tuang sikit ikan bilis goreng yang dah dibuat stok tadi.
Kejap je, siap dah.
Sama laju dengan kau masak maggi.



Semalam, aku masak sotong goreng hitam.
Sotong goreng hitam ni lauk wajib ada dalam menu Mak Aji setiap minggu.
Sebab Ibal hantu sotong. Sekali masak terus sekilo. Separuh Ibal hadap sorang je.
Kat rumah aku, lauk ni takleh masak selalu-selalu sebab En Wan tak berapa suka makan masakan berkuah. Setelah 2 tahun kot tak masak, kelamarin aku masak sebab tak tahan tekak teringin nau.

Syarat nak buat sotong masak itam ni, sotong tu JANGAN DIBUANG DAKWATNYA.
Yang aku bulatkan tu. Jangan buang. Tulang dia buang.



Kekdah sama macam nak masak sambal sotong biasa - tumis cili, belacan and bawang.
Pastu masukkan sotong. Gaulkan.
Time gaul tu nanti kau akan tengok dakwat tu pecah and sambal kau dah bertukar jadi hitam.
Jangan panik. Hahahah. Teruskan menggaul.



Sampai jadi macam ni.
Jangan masukkan air dulu sebab sotong akan kecut and air akan keluar. Nanti takut jadi sup pulak lauk kau terlampau banyak kuah.
Masukkan asam jawa. Aku pakai asam jawa Xtra Adabi, masukkan setengah sudu kecil.
Campakkan sebatang serai yang dah ditumbuk.
Kalau air tak cukup atau rasa-rasa nak tambah kuah, baru masukkan air.
Perasakan dengan garam.


Siap!



Kombinasi lauk semalam - sotong masak itam, buncis with tempe (balik-balik tempe) and kari daging.

Lagi satu, tempe adelah bahan wajib ada dalam rumah aku.
Walaupun aku sorang je makan, tapi stok tempe tu macam makan 3 orang. What to do, Jawa rules.
Nak tempe best, beli tempe kat Jaya Grocer. Tempe dia tebal and tak mudah pecah bila digoreng.
Tempe ni pun lauk yang versatile.
Boleh goreng macam tu je. Boleh buat gado-gado, boleh buat tempe goreng kicap with ikan bilis (ni feveret). Kadang-kadang, aku potong nipis-nipis, goreng and makan macam tu je. Garing! Lawan pulak ngan teh o panas. Juling bijik mata dek kesedapannya.

Hari ni dapur off day.
Sebab rumah aku dah start semak. En Wan dah start aktiviti Deco 2015.
Benda pertama dia buat, adelah mengkopakkan floor board dining area untuk digantikan dengan tiles.
Aku taknak campur. Aku nak peratikan je bila tahun dia nak siapkan.
Tahun lepas, seminggu sebelum raya baru dinding rumah siap bercat.
Ok, aku nak tengok panjang ke tak umur aku nak tengok lantai baru ni.

Lagipun today besday Pak Aji.
Nak makan kat luar.



Ok, ni aku nak explain pasal new promo Ephyra - hanya di blog ini saja.
Harga sekotak tetap RM197, tapi aku tambah extra 5 sachet.
Maknanya, now dengan harga RM197 korang dapat 35 sachet + shaker + woven bag + skin bar.

Tapi promo ni hanya untuk pembelian bernilai RM197/kotak. Dan aku tak tau sampai bila aku nak buat promo ni. Kalau aku rasa nak stop, aku stop.
Kalau beli DI-scount Promo yang RM540/kotak tu, takkan dapat extra 5 sachet.
Mesti ada yang berangan beli 3 kotak pada harga RM540, dapat extra 15 sachet kan?
Chantekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk muka?? Hahahha.

RM540 untuk 3 kotak tu dah berbaloi sangat.
Ditambah lagi korang dapat DI-scount Number untuk pembelian 2 kotak Ephyra pada harga RM160/kotak saja. DI-scount Number boleh diguna for future purchase. Untuk 2 kotak saja tau. Bukan 12 kotak.



DI-scount Number bukan bermakna korang dapat free 2 kotak. Nehi kabhi nehi.
Macam ni, katakan hari ni korang beli package deal RM540.
Dapat 3 kotak Ephyra, dapat shaker, dapat woven bag, dapat skin bar dan dapat DI-scount Number.
DI-scount number ni membolehkan korang beli Ephyra pada harga RM160/kotak.
Dan korang boleh gunakan DI-scount Number ni untuk beli Ephyra sebanyak 2 kotak.

Katakanlah bulan May esok, kau nak beli Ephyra.
Caranya, email kita, bagitau nak beli Ephyra menggunakan DI-scount Number. Provide DI-scount Number. Kita akan refer dengan rekod kita. Tally ke tak nombor tu.
Bagitau kita nak beli berapa kotak.
Kalau nak beli 2 kotak terus, maknanya payment yang perlu dimasukkan cuma RM320 only.
Tapi katakan nak beli 3 kotak, maknanya payment yang kau kena masukkan adalah RM320 + RM197.

Tapi, DI-scount Number ni hanya melayakkan korang dapat harga murah only.
Gift and skin bar tak dapat ya. Ok la tu kan, diskaun dah dapat :)
Dan harga DI-scont untuk Sabah/Sarawak lain. Bukan RM160/kotak.

Ok nak keluar. Happy Saturday!