2015-01-21

Give or Take?


Aku terima whatsapp dari seorang blogger pagi semalam.
Dia ada buat online business.
Dia tanya aku ada tak aku berdepan dengan karenah customer yang asik mintak diskaun sebab dia fedup hadap customer yang suka mintak diskaun.
Alhamdulillah, so far customer aku semua suwit-suwit takde yang buat perangai.
Ada la jugak yang tanya "Kak Di, bila nak buat gift powerbank lagi? Powerbank 5600mah ya?"
Ewahhhhhhhh.
Tapi tu takpe, tu sekadar bertanya. Kalau aku taknak jawab pun boleh kan? Hahahahah.
Kalau ada yang perangai sikit maybe datang dari FB Fleur, dan kebanyakkan yang datang dari FB Fleur bukan reader blog ni dan page tu bukan aku yang handle directly, jadi aku tak bermasalah sangat.

Rasanya baru 1-2 minggu lepas aku blog about diskaun and free gifts. Aku pun dah lupa entry mana satu, tapi ada.
Sorry, whatsapp tu panjang sangat kitorang pung pang pung pang bermesej siap dengan merepek semua, kalau nak tepek kat blog banyak sangat nak kena printscreen. Jadi, tak payah.

Blogger ni cakap, jadi blogger ni dah macam jadi artis. Kena menjaga hati orang je keje.
Bila dibagi diskaun, kejap-kejap mintak. Bila tak bagi diskaun siapla nama kita naik kat forum.
Eh, macam aku kisah pulak nama naik kat forum kan? Hahahahaha. 

Bila berbisnes, kau akan jumpa dengan dua jenis kategori customer dan 2 jenis kategori peniaga.
Ada manusia yang suka bila kawan atau sedara-mara dia terlibat dalam bisnes.
Sebab dia boleh ambil manfaat dari persaudaraan/perkenalan tu untuk dapat diskaun.
Silap-silap boleh hutang sekali.
Jenis manusia macam ni, jenis yang tau nak untung kat dia je.

Ada jugak yang suka bila dapat tau kawan/sedara-mara terlibat dalam bisnes.
Dia suka peniaga yang boleh dipercayai - contohnya kawan sendiri.
Dan dia akan support bisnes kawan dia.
Sometimes, dia bukan nak sangat beli barang tu tapi dia seronok nak tunjukkan sokongan maka dia beli, dan dia akan beli lebih supaya boleh dihadiahkan pulak pada kawan-kawan lain. Mempromosikan bisnes kawan gitu.

Tu customer.
Ada 2 jenis.
Peniaga pun ada 2 jenis gak.

Ada peniaga yang betul-betul berniaga, dia tak main la bagi-bagi diskaun ni.
Ada juga yang seronok bagi diskaun dan jual murah dari harga biasa.
Dan dia tak kisah nak bagi extra 1-2 atau bagi free gift.
Dia puas bila dapat happykan orang lain (customer).

Sebenarnya, perangai orang yang mintak and suka beri ni kita boleh nampak dalam kehidupan seharian. Takyah tunggu time nak beli barang.
Kalau kita nak kaji diri kita sendiri macamana pun boleh hanya dengan melihat kepada perkara-perkara yang berlaku seharian.

Kalau ofis plan nak buat majlis makan-makan, adakah kita antara yang seronok nak sponsor makanan for the majlis atau jenis yang stanby nak tapau?

Kita tak sabar nak celebrate birthday kawan atau kita jenis yang menunggu je orang throw surprise birthday party untuk kita?

Kita isteri yang excited beli hadiah untuk sambut anniversary atau kita isteri yang tunggu apa suami nak bagi kat kita. Tengok dulu husband beli hadiah apa, kalau best, maka kita beli yang best gak untuk dia. Kalau tak best, jom sentap.

Dari situ kita sendiri dah boleh tengok kita jenis macamana.
Kita jenis yang suka memberi atau suka menerima.
Sebab memang ada spesis manusia yang asik-asik expect orang bagi kat dia.
Bab mintak memang nombor satu, tapi kalau bab memberi, senyap meruyup hilang takde bunyi.

Kalau kita kategori yang suka memberi, itu bagus tapi kena ikhlas, jangan harapkan balasan walaupun pujian. Sebab kalau kita tak dapat feedback seperti yang kita harapkan, kita mudah kecewa.
Orang yang ikhlas, takkan kecewa dengan apa juga tindakbalas dari manusia walaupun manusia tu bertindak zalim padanya sebab dia percaya Allah dah kreditkan something dalam 'akaun'nya.

Rasulullah saw pernah berpesan (aku lupa riwayat sape) "Antara amalan yang meninggikan darjat ialah memberi kepada orang yang tidak memberi kepada kita".

Tapi jangan jadi bangang sangat pulak.
Kalau dah terkena sekali, jadikan tauladan.
Kalau dah 3 kali hutang tak bayar-bayar, stop bagi hutang.
Melainkan kau nak bagi jugak.
Tapi dah bagi, jangan ungkit-ungkit kalau orang tu tak bayar hutang kau.
Sape suruh bagi, padahal dah 3 kali kau terkena.

Ada jugak orang yang dia suka memberi, tapi at the same time dia merungut.
"Asik-asik aku. Asik-asik aku"
Tapi dia tetap bagi. Tapi dalam pada dia bagi tu dia mengeluh sama.
Orang macam ni sebenarnya dia nak berbuat baik, kalau boleh semua benda dia nak buat tapi hakikatnya dia tak mampu nak buat semua benda.
Jadi, bila dia dah hit level letih memberi, dia akan start mengeluh.
Pastu dia start point kesalahan kat orang lain.
Nanti dia kata orang tu taknak tolong dia, orang ni membuta tak buat apa-apa, balik-balik dia je kena.
Dia akan start kumpulkan alasan untuk 'menghalalkan' keluhan dia tadi.

Kalau kita tergolong dalam spesis ni, kena ingat.
Allah boleh je nak bagi kebolehan/kemampuan/kebijaksanaan pada orang lain.
Tapi kalau DIA nak salurkan kebolehan itu pada kita, sepatutnya kita bersyukur kan? Kenapa nak merungut?
Kan seronok bila Allah jadikan kita seorang yang mampu memberi, sebab menjadi orang yang selalu menerima sebenarnya jauh lebih menghinakan.

Dan kepada peniaga, kalau terasa nak bagi diskaun, bagi dengan ikhlas.
Nak bagi gift, bagi dengan ikhlas.
Jangan bagi kerana hanya kerana ingin bersaing semata-mata.
Perlu consider kemampuan untuk memberi dan juga keperluan untuk memberi.
Jangan sebab peniaga nun di sana tu bagi gift so aku pun nak bagi jugak. Bila dah tak larat nak bagi gift, mulalah nak mengungkit, marahkan pembeli dan bersangka buruk.
Nak bagi, bagi dengan ikhlas.
Jangan sia-siakan keredhaan Allah dengan mengungkit-ungkit semula pemberian.

Dan yang menerima diskaun/gift tu pulak jangan la dah dibagi betis kau nak peha.
Kang tak pasal dengan tapak kaki sekali kau dapat.
Orang dah bagi free gift coin purse, dia demand henbeg.
Dapat backhand kang baru kau tau.

Sama-sama la ada consideration, ok?