2015-01-19

Kerana itulah dia jodoh kita



Sikit je aku letak.
Sebab email ni panjang and tak rasa perlu share semua.

Email macam ni banyak sangat masuk.
Tak tau lah kenapa.
Kalau nak mintak pandangan, terus-terang, aku tak pandai.
And aku taknak memandai-mandai sebab apa pun nasihat yang korang terima, hujungnya yang perlu buat keputusan masih korang jugak, bukan aku, bukan kaunselor, bukan sape-sape.
Sebagai orang luar, kami-kami ni semua boleh dengar and bagi pandangan je, tak perlu ikut kalau taknak. Sebab kehidupan itu korang yang punya. You decide.

Kebanyakkan email yang aku terima datang dari isteri.
Dan semestinya yang diadukan tu perihal suami, jarang nak mengadu perihal diri sendiri.
Bukan makna kata belah isteri yang mereka-reka cerita.
Mungkin yang diceritakan tu betul, tapi mungkin juga ada perkara baik tentang suami yang tak diceritakan.
Tapi kebanyakkan email macam sama je jalan ceritanya.
Kebanyakkannya bagi statement "Kalau ikut hati saya nak bercerai. Buat apa ada laki kalau keje malas, tapi hidup nak senang".

Susah aku nak bagi pandangan.
Mungkin betul ada isteri yang dapat suami jenis 'manja'. 
Dia tengok isteri dia kuat bekerja, buat part time business 2-3 macam, lama-lama suami rasa selesa. Kalau ada yang kurang isteri boleh top up. Bini aku banyak duit, katanya.
Dan apabila isteri lebih menguasai ekonomi, rasa hormat dan taat terhadap suami tu susah nak dipertahankan.
Dan akhirnya isteri menjadi derhaka tanpa disedari.
Tapi sebab kita rasa kita di pihak yang benar, kita salahkan suami "Suami aku yang malas! Kalau aku boleh tanggung sebahagian besar belanja dalam rumah ni, buat apa aku nak berlaki?"

Cakap kat aku boleh lah kot.
Agak-agak boleh cakap macam tu depan Tuhan?
"Ya Allah, Kau yang beri aku suami malas. Sebab tu aku terpaksa derhaka"
Gitu.

Aku pun seorang isteri.Masih ada suami.
Dan suami aku bukanlah perfect 10.
Aku apetah lagi.

Semua orang ada kekurangan.
Tapi cubalah cari di mana keistimewaannya yang telah membuatkan kita jatuh hati kat dia dulu.
Mesti ada.

Dulu, zaman-zaman En Wan kontrol duit aku, ATM kad pun dia pegang, nak beli majalah pun kena mintak izin dia - aku sangat sangat sakit hati.
Aku pelik apehal dia ni nak kontrol duit aku?
Bukan aku ke yang patutnya kontrol duit dia?
Bayangkan, duit gaji aku semua dia pegang, dan dia hanya bagi aku RM10/sehari untuk belanja.
Dah la dulu aku keje sales, hari-hari ke sana kemari. Kalau dibuatnya tayar kereta aku pancit, mampus aku melopong tepi jalan tak tau nak buat apa.
Sakit hati sangat!
Nak mintak duit sendiri macam nak nak mintak pinjam duit dia pulak.
Kena bagi reason apesal nak duit.

Tapi pastu bila aku pikir-pikir balik.
Dia pegang duit aku.
Tapi aku takyah pikir apa dah. Semua dia yang uruskan.
Aku tau bawak je kereta.
Kereta dia dah tolong bayarkan.
Tolong servicekan.
Smarttag tak penah kosong, sentiasa dia isikan.
Minyak dia isikan.
Isi angin tayar, tukar tayar baru, tukar minyak itam, tambah air bateri - semua dia buat.
Sampai skarang aku tak tau nak isi angin tayar.
Aku tau, start enjin pastu jalan.

Kalau nak cerita pasal banding-membandingkan, aku pun boleh nak banding.
Walaupun semua tu En Wan buatkan, tapi dia masih guna duit aku. Dia tak buat semua tu guna duit dia. Masih duit aku.
Aku boleh je nak bandingkan dengan orang lain yang suaminya bayarkan kereta, servicekan kereta, isikan minyak menggunakan duit suami, bukan duit isteri.
Aku kenal sorang kawan lelaki yang dia bayarkan semua hal-hal kereta isteri dia.
Isteri dia betul-betul guna kereta je. Satu sen tak keluar duit.
Kalau nak jeles, aku boleh je jeles.
Aku boleh je bandingkan kawan lelaki aku tu dengan En Wan.
Tapi nak buat apa.
Banding dapat apa?

En Wan selalu cakap "Abang engineer kilang je Di. Gaji tak besar macam engineer offshore".

Tapi laki aku always ada kat rumah. Tu yang penting.

Walaupun kejenya mengangkang tengok TV, tapi tiap-tiap malam ada depan mata aku.

Walaupun dia tak tolong aku kat dapur, main mintak je nak makan apa, tapi tiap kali lepas aku masak dia akan buangkan sampah.

Walaupun dia tak pernah tolong aku basuh bilik air, tapi dia lah yang akan kaup rambut-rambut aku yang gugur dalam shower. Seriesly aku tak penah buang rambut aku sendiri sebab aku geli kot-kot bercampur dengan bulu dia. Kah Kah Kah.

Walaupun dia tak pernah tolong basuh berak anak-anak, tapi kalau tengah-tengah malam tetiba tilam basah dek kencing budak-budak, dia akan bangun salinkan pampers, salinkan cadar sekali. Dia kejut aku "Di, bangun jap, cadar kena kencing". Aku bangun tapi sambung tido kat lantai. Nanti dah siap salin pampers salin cadar semua, dia kejut aku naik katil.

Aku faham apa yang semua isteri harapkan dari suami.
Tapi percayalah cakap aku, kita isteri-isteri ni sebenarnya terlalu banyak baca novel cinta and tengok drama Zahirah, banyak tengok Ariana Rose, banyak tengok Rindu Awak 200%.
Suami-suami dalam drama tu semua memang wujud, tapi tak ramai.

Disebabkan dorang tak ramailah maka watak-watak macam tu selalu kita harapkan hadir dalam diri suami kita. Sebab jarang kita nampak karakter suami macam tu.
Bila jarang nampak, sesekali ia hadir, memang la terasa wowwwww!
Tapi, kalau tiap-tiap hari makan sedap, macamana kita nak nikmati rasa sedapnya?
Kadang-kadang kena makan ikan sepat masin jugak seminggu dua, barulah terasa lazat bila minggu ketiga dapat makan lauk orang kaya.

Macam tu la jugak adat berumahtangga.
Kadang-kadang kita kena menangis, barulah nanti kita hargai saat-saat bahagia.
Hidup biarlah secukup rasa.

Ujian bersuamikan 'suami manja' ni memang berat.
Ada yang dah tersembam ke lantai, ada yang masih bernafas tapi paras-paras hidung demi nak menyelamatkan rumahtangga.
Keliru antara takutkan ketetapan Allah dan menahan sakit hati.
Bertambah sakit hati bila kita ni celik je mata pukul 5 pagi santak ke 12 malam bekerja non-stop.
Balik je dari opis, terus 'punch-card' pulak ofis di rumah - basuh baju, masak, lipat kain, mandikan anak, sapu rumah sikit-sikit lebih kurang, gosok baju.
Yang si laki terkangkang depan TV baca sokabar.
Boleh pulak mintak kita buatkan teh o. Dah bawak ke depan dia tanya pulak "Laaa, takkan panas. Letak lah ais sikit" (ok ni laki aku. Tu yang aku jeling sampai naik juling bijik mata).
Elok je mata nak lelap, suami ajak bergentel pulak.
By the time kau nak menggentel mata kau dah separuh tertutup. Ntah hape yang kau gentel pun kau dah tak nampak.

Dua isteri nabi (Luth & Nuh), dua wanita yang dah konfem ke neraka. Tu isteri para Nabi tu.
Asiah, isteri Firaun pulak konfem ke syurga. Tu isteri manusia paling jahat tu.

Ingat aku tak berbulu ke dengan En Wan balik keje je mengangkang taknak tolong aku?
Berbulu jugak kadang-kadang.
Tapi jangan ingat kita isteri-isteri je boleh berbulu, suami punya berbulu kau taknak tanya?
Entah-entah dia berbulu je tengok kita asal tido malam pakai baju kelawar.
Berbulu je balik-balik kita masak lauk tu. Nak gak rasa makanan Itali dia kata.
Ntah-ntah dia pun berbulu tengok kita berat tak turun-turun, perut pun dah berlipat tiga. (ok ni aku)

Sebenarnya, karenah suami tu tak penting.
Yang penting adalah Allah nak melihat bagaimana kita handle suasana.
Siapa pun suami kita, bagaimana dia, semua tu tak penting.
Yang penting adalah bagaimana kita berdepan dengan takdir hidup kita.

Kalau isteri banyak cakap, suami mesti yang pendiam sikit.
Supaya ada orang yang setia dengar cerita kita.
Kalau isteri kuat bekerja, suami pulak jenis 'manja'.
Tu sebenarnya bukan apa.
Tu kerana Tuhan nak beri kita rasa gembira dan bangga mampu menyumbangkan sesuatu.
Tapi jangan ungkit-ungkit kerana hakikatnya semua kelebihan kita adalah ihsan dari Allah.
Jangan marah kalau suami tak seperti kita.
Kerana dia dan kita tak sama.
Dan kerana itulah Tuhan jodohkan kamu berdua.