Salam kepada semua pembaca,
Saya tidak sempat menonton siaran langsung AJL semalam, ada urusan negara di luar yang lebih saya perlu beri keutamaan. Saya hanya mendengar radio pagi ini yang memainkan semula lagu-lagu peserta AJL. Hati dan perasaan saya langsung tersentuh mendengar dendangan lagu ini. Saya baru tahu kekurangan penyanyinya, yang jugak merupakan penyanyi gantian kepada Aweera, kumpulan Mojo.
Air mata mengalir kali pertama mendengar radio, dan sejurus saya dapatkan rakaman melalui youtube, air mata mengalir lagi, saya ulang tonton, mengalir lagi, dan lagi, dan lagi...
Tolak ke tepi lagu cinta ini, saya bukan berminat dengan lirik lagu. Yang saya minat ialah bagaimana Tuhan mentaqdirkan sesuatu yang tak pernah kita sangkakan.
Aweera dikeluarkan (atau menarik diri) dari persembahan AJL, banyak peminat dia mungkin marah, Aweera juga akan marah. Pada masa itu kita jugak mungkin akan marah kalau kita Peminat Mojo.
Maka di ketika itu, kita anggap ia satu benda yang tidak baik, dalam kata lain, musibah bagi team Mojo. Kehilangan penyanyi utama ketika AJL tinggal beberapa hari lagi.
Sampai malam kelmarin, baru terjawab siapa pengganti. Menurut Edry, Caliph Baskin ini ditemui di tepi jalan, sedang baskin lagu itu jugak. Dan Edry memberanikan diri mengambil dan mencungkil penyanyi ini yang entah dari mana sejarah dan latar belakangnya.
Entah bagaimana kesusahan yang telah mereka rentasi sebagai sekumpulan orang cacat penglihatan, sebagai seorang buta.
Entah berapa lama dah mereka buta, kita pun tak tahu.
Yang pasti, mereka muncul sebagai Pemenang Persembahan Terbaik, dan pemenang di hati saya, dan mungkin jutaan yang lain. Mereka "Membuka mata kita yang celik". Mereka benar-benar buat saya menangis.
Menangis kerana Allah menganugerahkan suara hebat kepada mereka yang diuji dengan kekurangan yang kita sendiri mungkin tak akan mampu untuk tanggung!
Menangis kerana dalam kecelikkan kita yang membaca ini, kita buta hati. Sungguh, pada pengunduran Aweera dari persembahan final itu, membuka hikmah yang cukup besar bagi mereka. Mereka bakal mempunyai sumber pendapatan yang lebih menjamin, mereka akan terkenal dan mudah-mudahan semua urusan mereka Allah permudahkan. Dan penting juga untuk mereka dalam kasih sayang Allah selalu.
Mereka mungkin pernah berdoa untuk hidup senang, kita boleh bayangkan hidup mereka tanpa penglihatan, kita yang ada penglihatan pun banyak yang hidup susah! Adakah mereka yang tiada penglihatan kita jangka hidup mereka senang?
Hari ni kita nampak kehidupan mereka bakal berubah, mungkin dengan doa mereka, mungkin dengan doa orang yang kenal mereka, mereka dibantu dengan cara itu, cara yang sungguh dramatik dan di luar jangkaan pemikiran kita.
Ini namanya hikmah, keluar Aweera, timbul kumpulan ini. Aweera masih muda dan sihat, dia boleh uruskan masa depan dia tanpa banyak masalah.
Tapi mereka ini?
Semoga peristiwa ini kembali menyedarkan kita yang terlupa bahawa kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain, kerana kita sebenarnya tidak sempurna. Ada kekurangan kita yang mampu dipenuhi oleh orang lain dan ada kelebihan kita yang mampu memenuhi keperluan orang lain. Sungguh, begitulah Allah mengatur dunia.
Walau apa pun kekurangan yang menimpa, Allah sedang memberikan kelebihan dalam masa yang sama.
Tahniah kepada Edry, ikhlaskanlah hati membantu mereka, mudah-mudahan semua amal kita dikira sebagai satu keikhlasan dan diterima.
Wallahu'alam, wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.