walk on wings, tread in air: Birthday Pak Aji @Sri Ayutthaya <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Birthday Pak Aji @Sri Ayutthaya
2015-01-14

Sabtu lepas birthday Pak Aji yang ke namplohompek.
Plannya, aku nak ke Bangi celebrate kat IOI Mall yang baru tu. Apa nama ntah, IOI la jugak tapi.
Memandangkan feedback dari frenlist FB kata jangan pegi weekend, aku pun tak jadi.
En Wan tu takde hal masuk tempat sesak. Dia memang suka explore tempat baru regardless berhimpit macamanapun tempat tu. Aku bukan boleh. Silap-silap pitam. Satu hal nak mengusung aku keluar. Kalau ringan takpe. Kalau tempat sesak ni selagi boleh elak, aku akan elakkan. Sebab tu aku malas nak ikut En Wan kalau dia ajak aku tengok bola. Aku takde hal nak layan bola, yang aku tak terlayan cuma kesesakkan dan bau-bauan kat situ nanti. Aku boleh je bawak buku baca dalam stadium. Tapi bila membayangkan berimpit, bersesak, berbau dan berlengas - thank you but no. Jangankan kata tengok bola, pi pasar Ramadhan pun kalau boleh aku taknak turun dari kereta. Biar aku memerap dalam kereta 2 jam pun. Nama aku nak join sorry. Kecuali kalau En Wan dapat pujuk aku betul-betul.

Penyudahnya Sabtu lepas celebrate kat Sri Ayutthaya, USJ11.
Ni kali kedua aku masuk cawangan USJ11.
First time dulu pegi bertiga je ngan En Wan and Rayyan (penah blog about this), alhamdulillah kali ni dapat bawak semua sekali. 



Beria kan muka aku explain kat dorang pasal dessert?
Senang keje waiter tu ada orang tolong explainkan.


Dan mereka semua masih memandang ke arah aku.
Aku tengah explain apa la agaknya.
Nampak macam aku tengah minum.
Minum pun nak pandang ke?

Tima kasih Ayutthaya sebab letak bunga kat semua gelas.
Rayyan kutip semua bunga and main sorang-sorang. 
Fuhh, lega dia tak kacau kitorang makan.



Sri Ayutthaya punya tomyam aku suka.
Bukan sebab dia memang sedap, tapi sebab potion tomyam ni memang untuk sorang makan. 
Takde size medium or large. Kalau kau datang 10 orang, kau akan order 10 tomyam. Bukan satu large tomyam. Konsep kat sini satu tomyam untuk sorang. Jadi kalau menu tomyam tu ada 10, korang boleh pilih sepluh-sepuluh tomyam terus, nanti bila sampai boleh share-share. Bagus konsep ni, so that semua orang boleh rasa macam-macam tomyam dalam satu masa. 
Takkan ada isu "Aku tak makan seafood tomyam" 
"Aku nak tomyam daging je"


Kailan goreng ikan masin.


Butter prawn.
Maafkan gamba, sebab semua gamba ni En Wan yang ambik.
Dia ni kalau ambik gamba makanan ada sikit fail.
Butter prawn ni kan, udang tak abis. Yang abis dulu adelah sarang telur dia.


Fried squid with Thai basil leaves.
Ni aku order semata-mata untuk Ibal and Redza.
Sebab dua-dua ni hantu sotong.


Aku order 2 jenis ikan - ni Thai Steam Fish.
Kalau pergi ngan En Wan, konfem aku tak dapat rasa masak stim ni.
Sebab En Wan tak makan ikan berkuah.
Balik-balik dia order siakap sweet sour. Kali ni sebab ramai, baru ada chan aku nak order lauk ikut tekak aku pulak. 
Lauk ni sedap. Sebab rasa masam dia sangat cukup!


Ni En Wan yang pilih - siakap sweet sour.


Ni lauk yang paling win sekali - kerabu mangga.
Nampak je macam biasa-biasa. Try test la sekali. Pedih gila oiiii. 
Orang yang paling kuat makan pedas pun boleh tersedak dek kepedasan dia.
Apetah lagi aku yang tak kuat makan pedas. Ambik sesudu je konon nak rasa-rasa. Sekali kauuuu. Macam nak meletup jubo aku malam tu. 
Satu sudu = 2 kali ke jamban.



Dah settle semua makan, baru masuk dessert.
Aku order 2 cendol, 1 green tako and 6 pulut mangga.
Ni cendol aku.


Banyak jugak pulut mangga untuk sorang makan.
Kalau korang nak order, aku suggest ambik satu je, share berdua. Cukup.
Melainkan korang memang lapar. Sebab lepas makan nasik, pastu nak makan pulut mangga yang bersantan pekat ni, agak muak kalau makan sepiring sorang.


Ni la kuih yang aku tak pernah makan sekali pun, walaupun 30 hari Ramadhan, 30 hari tu En Wan akan bawak balik kuih ni. Pernah rasa sikit, takleh masuk.


1. 3 x Fresh orange
2. 5 x Watermelon juice
3. 1 x Teh O panas (seteko)
4. Siakap sweet sour size untuk makan 5 orang.
5. Siakap Thai stim size untuk makan 5 orang.
6. Kerabu mangga size medium.
7. Sotong goreng Thai basil size large.
8. Kailan ikan masin size large
9. Tomyam 8 mangkuk (semua pilih seafood tomyam)
10. Butter prawn size large.
11. 2 x Cendol
12. 1 x Green tako
13. 6 x Pulut mangga

Total : RM650.00

Oklah kot.
Kalau makan kat Abdullah Chan mungkin murah sikit tapi kena ambik kira service and ambience kat Sri Ayutthaya ni jugak, kira ok lah kot harga tu untuk makan 8 orang.

Mula-mula kitorang nak book Adam Lai restaurant (restoran Ebby Yus) kat Shah Alam.
Adam Lai ni ada bilik VIP. Bilik VIP ni air-conditioned, ada TV, ada sofa, tapi minimum order mesti RM300. Berbaloi jugak makan kat Adam Lai kalau ramai-ramai. Tapi Sabtu lepas bilik tu dah ada orang booked, sebab tu kitorang ke Ayutthaya je.



Ok yang tadi cerita tentang sekeluarga Jawa pegi makan.
Sorang je Jawa tulen. Yang lagi 2 Jawa murtad.
Tapi yang ni video cerita pasal ori punya Jawa.
Walaupun aku tak paham (nasib ada subtitle), tapi kalau dah nama tempias darah Jawa, memang suka sangat lah aku melayan cerita ni. 
Silakan tengok.






posted by aveo757 @ 12:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER