2015-01-15

SSM Shah Alam & The Foodies


Hari ni aku gi SSM kat Shah Alam nak uruskan hal-hal existing company.
Aku tak tau la if hari ni memang aku bernasib baik, atau hari ni semua orang kat SSM tu baik sebab dapat bonus, atau sememangnya itulah cara kerja dorang.
Dari awal aku masuk sampai abis urusan semuanya ok sangat.
Mula-mula aku risau gak kalau pegawai takde, atau queue panjang, atau macam-macam masalah bakal berlaku sebab aku ke sana pun dah nak pukul 11am. Lambat jugak tu.

Uncle India yang jaga kaunter depan SSM tu sangat lah friendly.
Aku silap tak lengkapkan borang pun dia tunjuk baik-baik apa yang perlu aku isi.
Pastu pegawai-pegawai yang aku nak jumpa pun semuanya ada, semua free, semua layan dengan baik gila.

Mula-mula aku kena jumpa Pegawai Khidmat Pelanggan.
Kebetulan aku sampai, ada orang baru keluar dari bilik dia. Aku ketuk, terus dapat masuk.
Discuss lebih kurang, pastu dia mintak aku jumpa Pegawai Penguatkuasaan pulak (sebelah bilik).
The next pegawai also available, cuma di tengah berurusan dengan sorang customer.
Takpe, aku lepak dulu kat sofa dengan partner aku and discuss apa-apa yang patut.
Pastu dia keluar jap tanya apa urusan aku.
Dapat discuss lebih kurang, pastu dia panggil pegawai yang lebih sesuai untuk kes aku ni - pegawai tu pun available jugak.
Kiranya tiga-tiga pegawai yang aku jumpa ni semuanya just nive je available and semua bagi input yang baik.

Ok done with pegawai.
Now jumpa orang kat kaunter pulak.
Masa tunggu queue, dah waktu lunch - 1.23pm.
Tapi, tak payah tunggu lama pun. Walaupun ada 4 kaunter yang TUTUP (maybe pegi lunch), tapi kaunter yang backup pun banyak and urusan semua cepat.
Gila heran aku macam hari ni semua ok, manusia-manusia yang aku berurusan semua manis muka, layan pun bagus, dan yang penting semuanya available.

Yang best sekali akak kat kaunter nombor 10.
Masa aku nak balik tu dia cakap "Semoga lebih berjaya!"
Wahhhhhhhhhh.
Saperkah boss dorang ni semua??
Sampai macam ni punya positif action pegawai and staff sokongan.
Ni barulah namanya khidmat pelanggan.
Thank you SSM Shah Alam. I am one happy customer!


Malam semalam, meeting aku abis dah lewat.
Pukul 8 malam baru aku sampai rumah.
Penat nak masak. Ajak En Wan makan luar je.
Kitorang pegi kat satu new restaurant kat Putra Heights - THE FOODIES.
Lokasi The Foodies ni adalah belakang row Anuar Maju.


Kedai dia cuma hidangkan food yang lite-lite je.
Nasik-nasik setakat ni blom ada lagi.
Kalau nak makan nasik goreng kampung, gi kedai depan. Kedai depan dia mamak Alia. Situ nasik campur pun ada. Setakat ni The Foodies masih offer western food sampai aku tak tau nak sebut tajuk makanan. Bersembur-sembur airliur En Wan nak pilih menu. 
Menu dia pelik-pelik tapi boleh tahan. Aku rasa yang masak ni bukan sebarang chef jugak ni.


Aku duduk kat tepi rak buku ni.
Tapi sebab bawak Rayyan kan, jangan harap la aku nak belek.
Kang aku dah sentuh satu buku, habis satu rak dia punggah.
Jadi aku jeling-jeling je lah buku-buku ni.
Buku-buku ni semua for rent. So sambil-sambil lepak mengopi kat dalam ni boleh baca buku pastu terus pinjam bawak balik.


Choc cheese cake. Redza punya. 
Sebenarnya masa aku pilih kek ni kat depan, takde pun choc and caramel meleleh ni semua. Tapi bila dia serve, dia letak semua mak nenek leleh nak bagi tambah sedap. Tapi memang sedap pun.


Aku syak kek-kek ni pun bukan calang-calang cake, sebab nampak macam rare and sedap-sedap.


Glass plain water dia macam tequila glass. Sikit nau air putihnya.


Selain kek, ada cookies, puff, pastries and brownies.


Muka aku series nampak sangat muka penat.
Memang masa ni aku mengantuk dah. Nak makan pun sebenarnya tak larat tapi sebab aku tak sempat nak masak, jadi aku gagahkan jugak la mulut tu nak mengunyah. Teman dorang makan. Kalau ikut mata, memang nak tido je dulu. Esok pun boleh makan apa.


En Wan punya. Apa ntah nama ni Nasoila Beef kot. Memang pelik, tak penah aku jumpa tajuk-tajuk macam ni. Bawah tu roti, atas tu dia letak beef masak apa ntah tapi sedap. Pastu kan atas beef tu telur! Ingatkan cream ke apa ke, sebab tak nampak macam telur lansung. Tapi bila makan baru tau itu sebenarnya telur. Tak tau camna dia masak telur tu. Tapi best.
Pastu dia serve dengan wedges.


Fried calamari with fries, Redza punya.


Fresh orange and Watermelon + Apple Juice.


Ni aku punya.
Tekak tak rasa nak makan western, so aku order Mee Banjir.
Rupanya Mee Banjir ni mee rebus. Boleh tahan sedap. Bahan-bahan kat dalam tu memang banyak. Selak bahan-bahan baru nampak mee. Ada fish cake, fishball, kambing, telur, udang, sotong....memang banyak. Puas makan.


Ni pun aku punya.
Semalam tema tekak aku memang tekak melayu. Jadi, pencuci mulut aku makan lopes.
Sedap tapi kuah gula sikit sangat. Nak mintak extra segan. Aku kalau makan lopes kuah kena banjir.



Tapi yang best sebab kat dalam ni ada sudut untuk kids main.
Memang tenteram gila aku makan kali ni.
Rayyan jumpa member pulak tu, elok je dia main berdua. 
Seb baik takde patung Elsa. Kang tak pasal je dia yang terlebih Elsa dari patung tu.