Entry dimulakan dengan gamba celebrate anniversary first time jumpa - yang ke 16 tahun.
23 Dis 1998 - 23 Dis 2014.
Tapi dah takde chan dan nak berdating berdua. Si panglima ni pantang nampak aku pakai tudung je dia dulu berdiri depan pintu. Bukannya nak makan pun, sibuk nak mencukai.
Malam tu kitorang makan kat Platter Houz, USJ.
En Wan yang pilih tempat ni, nak makan western food konon.
First time masuk sini sebenarnya, padahal dekat je ngan rumah.
Not bad makanan dia, cuma aku frust 2 makanan yang aku pilih, dua-dua takde.
Ingatkan nak makan grilled lobster, tapi takde.
Pastu aku order pasta lobster pun takde.
Terus takde mood nak makan heavy, aku order Nachos je. Sedap jugak, rasanya macam lagi sedap dari TGI.
Ni En Wan punya. Tajuk apa ntah tak tau tapi baked potato dia sedap sangat.
Rabu lepas, En Wan bangun-bangun je pagi - "Jom, tido hotel nak?"
Baru bangun dah ajak tido balik, pebenda???
Sebenarnya dari sebelum cuti lagi kitorang plan nak bercuti, tapi aku sabor-saborkan En Wan. Aku ingatkan dia Ibal kawen bulan 12. Jangan buat pasal nak pegi bercuti waktu-waktu genting ni, kang meloncat mak mertua kau kang. Aku cakap tunggu lepas habis kawen Ibal baru kita pi jalan. Kalau ikutkan aku, takyah pegi pun takpe. Sebab dah pi Kelantan dah kan hantar Ibal nikah, kira pegi bercuti la jugak tu. Ohhhh, En Wan taknakkkkkk. Bagi dia, kalau tak tido hotel berendam dalam pool, bukan bercuti namanya. Oklah fine. Aku layankan je. Aku cakap Krismas day, kita gerak ke Tganu. Tido The Legend Cherating satu malam, pastu the next day balik kampung terus. Lagipun Ahad (28 Dis) tu patutnya En Wan ada keje kat KT.
Ni pun satu hikmah.
Disebabkan busy uruskan majlis Ibal, kitorang tak book-book pun hotel padahal mulut dah asik bercakap nak pi The Legend dah ni. Aku cakap kat En Wan, takpelah. Takyah book awal sangat. Majlis Ibal hari Ahad. Isnin esoknya pun boleh book lagi. Takyah rush.
Rupanya banjir besar kat pantai timur. Lansung takleh nak pegi pun. Cancel plan.
Rabu lepas, bangun pagi je, En Wan dah ajak pi holiday.
Aku ok je. Pegi la kau book apa-apa pun.
En Wan dah settle book, dia suruh kitorang siap-siap je.
Lepas Zohor, gerak ke Avillion Port Dickson.
Spek yang paling mahal adelah spek yang tengah-tengah tu.
Spek free dapat time tengok 3D kat wayang. Jadiklah....
Avillion Port Dickson.
Rupanya Avillion ni lagi best dari Grand Lexus.
Aku dah pegi 2 kali Grand Lexus, dua-dua kali aku tak seronok sangat dengan service dia.
Dah la manjang crowded time nak check in and check out.
Avillion ok je. Takde la busy sangat, walaupun guest boleh tahan ramai.
En Wan tak teringat lansung yang malam tu is malam new year. Jadi, bilik memang banyak yang dah occupied. Tapi dapat la jugak Water Chalet. Cuma harga dia RM700/nite.
The next day, kebetulan Mak Aji mintak aku checkkan harga bilik sebab dia plan nak check in Jumaat (2 Jan), bilik yang sama dah jadi RM530 je. Agaknya sebab aku check in malam new year jadi harga dia tinggi sikit. Tapi takpe, sebab bilik pun ok.
Disebabkan siang tu aku keje, jadi pack baju pun kelam-kelibut, last-last mekap, cream, bedak semua aku lupa. Nasib baik kali ni spender ngan coli tak lupa. Kalau tak, konfem share spender ngan En Wan lagi. Tak kuasa aku nak berkongsi dah. Lemas pusat aku pakai spender dia.
Bilik dia just nice untuk aku 5 orang.
Ingatkan nak ambik extra bed, rupanya takyah. Ada 2 single bed yang muat untuk aku ngan En Wan tido berdua atas satu katil single tu. Lagi satu katil single Redza tido. Mak and Rayyan tido kat katil hujung. Katil tu queen size. Sebenarnya katil tu lebih kepada pangkin tapi pangkin bertilam. Elok la mak tido ngan Rayyan atas tu sebab Rayyan ni kalau tido pusing 360 darjah. Kang kalau tido katil single tau-tau je esok pagi mak mertua aku elok je tertiarap bawah katil.
View sama je macam Grand Lexus cuma Water Chalet Avillion takde private pool dalam room. Tapi, bilik air dia cantik. Open shower. Kalau kebetulan hari hujan, ko leh mandi hujan terus dalam shower.
Alhamdulillah, hari yang kitorang pegi tu, cuaca cantik, tak panas sangat tak mendung sangat. Rezeki budak-budak ni berendam dalam pool siang malam.
Takut jugak sebenarnya nak gi sini.
Dah terang-terang atas laut kan. Dengen cerita-cerita ribut, ombak tinggi, hujan segala, cuak jugak sbeenarnya nak menghabiskan sehari semalam kat sini. Tapi alhamdulillah, memang clear.
Ni shower dia.
Tapi bukan la kau kena berdiri atas palang kayu ni.
Kan tadi aku cakap shower dia open air, jadi sambil mandi kau boleh jenguk laut kat bawah. Boleh jugak nak bertenggek memancing dari atas ni.
Kat area shower takde berbumbung. So macam kau mandi kat bilik air luar rumah gayanya. Mandi siang aku berani la, mandi malam nehiii. Kang tetiba ada kepala naik dari celah-celah kayu ni. Hari tu mandi siang pun jemaah ngan En Wan. Tak berani aku.
Kat area shower takde berbumbung. So macam kau mandi kat bilik air luar rumah gayanya. Mandi siang aku berani la, mandi malam nehiii. Kang tetiba ada kepala naik dari celah-celah kayu ni. Hari tu mandi siang pun jemaah ngan En Wan. Tak berani aku.
Garden view pun not bad jugak.
Selalunya orang taknak ke garden view room sebab takut terperuk ke dalam jauh dari pool. Sebenarnya tak jugak. Aku tengok takde la jauh sangat nak ke pool, cuma tak dekat dengan laut.
Tapi kalau ambik tingkat atas, masih boleh nampak laut.
Dah kenapa la badan aku boleh jadi tembun sangat dalam gamba niiiii.
Macam biasa, masuk-masuk je bilik terus capai menu book.
Sementara beburung tersebut keluar mandi, aku orderkan siap-siap makanan. Kang lepas mandi semua konfem kebulur. Aku order Hawaiian Chicken Pizza with sausage + Grilled Chicken Sandwich.
Pizza dia sedap!!
Sandwich pun sedap tapi banyak sayur.
Masa lalu kat depan pet farm ni, Rayyan jerit "Ma! Ada ayam goreng, Ma!!"
Belasah la, nak. Janji kau tunjuk ayam.
Best gak Avillion ni siap ada pet. Lepas tu dalam waktu-waktu tertentu, dorang lepaskan pet ni untuk guest
Budak-budak ni, letak je beg dalam bilik, terus salin seluar, keluar pi pool ngan bapak dia.
Aku dah bagitau awal-awal kat En Wan jangan nak ajak-ajak aku mandi pool. Aku nak lepak baca buku dalam bilik.
Masa budak-budak ni bersiap-siap, aku tengok En Wan keluarkan macam-macam harta karun dari dalam beg - biskut Oreo, Twisties, Cheezel, Pepsi, air soya, air teh bunga.....macam nak duduk 3 hari. Siap pulak dia belikan budak-budak ni kick board. Ntah bila masa orang tua ni shopping ntah.
Kat sini banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat peacock.
Cuma sekali je aku nampak satu peacock ni kembangkan bulu dia. Pastu dah takde dah.
Tak salah aku peacock akan kembangkan bulu dia kalau ada threats, tapi aku tak tau camne nak bagi threats kat dia. Aku try gak acah-acah dia. Tapi dia kejar aku. Laju lak tu. Takut je aku pantat aku kena sudu dek peacock ni.
Boleh jugak kalau nak masuk terus dalam reban ni.
Aku dulu kecik-kecik dah puas dah bagi makan ayam ngan burung merpati kat kampung.
Anak-anak zaman skarang mana nak dapat peluang macam ni. Nak bagi ikan makan pun kena bayar RM3. Chaitt!
Avillion punya pool cantik jugak, besar.
Ada satu lagi pool, berdepan dengan lorong masuk ke chalet aku. Tapi pool tu hanya untuk adult je. Nampak macam dalam sangat. Ntah, tak try pulak. Aku kalau nak swim tak layak masuk pool. Masuk bathtub pun dah mencungap.
Ni jalan masuk ke chalet aku, depan tu adult pool.
Oh lagi satu, pool kat sini bukak 24 hours. Kau nak berendam 24 jam pun boleh. berendam la kau sampai kecut.
Anak-beranak selfie on the way nak pi beach.
Bertiga je, mak dorang tak ikut. Membuta dalam bilik.
Kitorang kan datang sini main redah je, tak plan tak apa.
Masa nak dinner, lalu depan kambing bakar. Terus teruja nak pi check apa ada dalam.
Rupanya ada new year celebration. Kitorang tanya if masih ada lagi meja ke tak. Sekali ada. Kepala aku memang takde lain, dah tune kambing je.
Tapi quite mahal, RM148/adult.
Makanan dia banyak pilihan, tapi sejak aku ke Hilton Bandung, aku dok terbayang-bayang lagi makanan kat dinner buffet sana. Terlampau banyak pilihan sampai tak tau nak makan apa.
Ko tengok la anak-anak aku cam sakai betul dengan seluar track, selipar...
Kalau takde mak bapak kat tepi, mesti orang ingat ntah anak gelandangan mana la masuk hotel.
Aku rasa dorang ni mewarisi keselebetan mak dia.
Mak dia kat blakang tu pun bukannya semenggah nau. Dengan muka tak siap. Lupa bawak segala benda nak tepek kat muka la katakan. Kesian laki aku kena hadap muka bini berselipat macam ni.
Dessert memang best gila sebab masih dalam mood Xmast. So dia punya kek, puding, tarts semua ala-ala hiasan Xmast. Siap ada cookies Gingerbread. Tart dia sedappppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp!!! Panjang harakat aku bagi.
Sebab memang super duper sedap!
Ni dia agenda aku. Bayar RM148/sekepala semata-mata sebab mata aku dah ternampak ni dulu.
Maka, ni yang aku bedal kaw-kaw. Tapi sepiring je. Tapi banyak. Sebab malas nak beratur banyak kali. Kambing dia sedap. Lembut and juicy.
Mak aku takut makan seafood. Sebab dia takut darah tinggi, takut darah rendah. Selama ni kalau kat rumah, everytime masak sotong, udang, ketam, mesti dia taknak malam. Balik-balik dia makan ikan je. Ayam daging pun kurang. Dia takut. Mak mertua aku ni rajin berpantang. Dia leh tahan nafsu nak makan sedap-sedap sebab nak jaga kesihatan. Menantu dia jangan harap. Semua benda bedal tu pasal badan pun naik sedap. Macam diletak yis je badan menantu dia.
Tapi masa buffet, seafood dia semua gojes-gojes. Hilang terus konsentrasi mak mertua aku nak berdiet. Aku pulak bakor-bakorkan dia "Ambik udang rimau ni, mak. Sedap ni. Ambik isi ketam ni mak, takyah kopek-kopek dah. Terus ngap je".
Terbabas jugak diet mak mertua aku malam tu. Kesian beliau.
Aku ni ko jangan tanya la. Penah ke aku berdiet??
Mampu kau nak elak kalau dah nampak seafood selambak macam ni depan mata?
Hoih, Stevie Wonder kalau lalu depan ni dari buta pun terus jadi celik okeh.
Dah kenapa la badan aku boleh jadi tembun sangat dalam gamba niiiii.
Tembun tu memang la sedia maklum tapi gamba ni punya tembun gila melampau!
Kot ye nak sabotaj aku agak-agak la.
Setiap orang yang join buffet tu dapat party pack.
Kot ye nak sabotaj aku agak-agak la.
Setiap orang yang join buffet tu dapat party pack.
Aku ingat budak-budak je dapat, rupanya dengen nenek dia sekali dapat party pack.
Kitorang layankan ajelah makan sambil pakai topi camni.
Tapi bagus gak ada party pack, tenteram sikit aku nak makan.
Malam tu ada countdown kat depan lobby, ada lucky draw semua. Dia kata ada pecah-pecah belon. Dalam belon tu semua ada prize. Salah satunya dapat free stay. Maksudnya semua pun akan dapaty hadiah. Tapi kitorang tak join sebab aku berkejar nak tengok Zahirah, sekali kepunden sungguh, boleh la pulak TV3 tayang Real Steel yang dah seploh kali keluar TV!!!! Hangin gila aku. Tido pun takde mood.
Malam tu ada countdown kat depan lobby, ada lucky draw semua. Dia kata ada pecah-pecah belon. Dalam belon tu semua ada prize. Salah satunya dapat free stay. Maksudnya semua pun akan dapaty hadiah. Tapi kitorang tak join sebab aku berkejar nak tengok Zahirah, sekali kepunden sungguh, boleh la pulak TV3 tayang Real Steel yang dah seploh kali keluar TV!!!! Hangin gila aku. Tido pun takde mood.
Morning!!
The next day kitorang breakfast kat luar je, boring la nak makan kat cafe. Datang dah la sehari je, kalau semua meal makan kat hotel, kesian mak mertua aku tak jumpa town PD. Pagi tu kitorang pekena roti canai kat D'Aliff je.
Ada kids center, tapi Rayyan tak berapa minat dah nak masuk tempat-tempat macam ni. Melainkan dalam ni ada kotak, plastik, kain guni, tudung, baju kaftan mak dia...ok tu boleh.
Kat tepi kereta lembu ni ada stage untuk main caklempong, tapi show tu every Saturday je.
Aku pun tak tau camne caklempong tu. Macam gamelan lebih kurang agaknya.
Kejap je kitorang kat sini, lepas makan, layan budak-budak ni mandi kolam, pastu balik.
Jadiklah, satu malam je nak memenuhi impian En Wan gi jugak bercuti walaupun singkat sangat.
Aku sebenarnya malas nak bercuti, lagi best duduk rumah baca buku. Pergi bercuti ni sebenarnya letih okeh. Sebab kali aku kalau bercuti tak reti nak duduk setempat. Pastu dia suka menghayak kitorang ke hulu hilir. Bercuti, tapi dia punya penat tu mengalahkan hari bekerja. Baik aku duduk rumah je camtu. Tapi sebab ada anak-anak and mak mertua, jadi aku layankan jugak la. Kesian pulak mak mertua aku duduk terperap je dalam rumah. Tapi mak mertua aku pun dah tak berapa nak berjalan dah. Hari tu pun dia banyak baring je, layan bersembang ngan aku je dalam bilik.
Rasa best je bila sampai rumah, baring atas katil sendiri. Heaven!
Kalau sape blom pernah pegi sini, pergilah.
Hotel dia ok, tempat pun ok, food ok.
Aku ni bukan cerewet nau bab-bab hotel ni, janji toilet ada hose, dah kira 6 star dah tu.