2015-01-04

Customer lorat banyak songeh



Sape penah nampak orang forward ni kat FB?
Aku baru nampak kelmarin.
Klaka weh.

Aku pun involve dalam bisnes. Perkataan "FREE GIFT" tu memang soalan biasa, tak kisah la meniaga online, atau offline. Sama je.
Sama la kekdahnya kalau kita beli kereta, ujung-ujung kita tanya ada apa-apa gift tak?
Payung ke, car freshner ke, minyak full tank ke, tinted ke.....benda ni memang standard.
Kalau kita pegi Sen Heng beli 4-5 barang elektrik pun, selalunya time bayar kita akan tanya "Takkan takde free gift apa-apa, saya beli banyak ni".
Itu standard.
Dari zaman tok kaduk lagi memang itu la pesennya.

Tak salah mintak free gift.
Tapi biar ada 'sedar diri' sikit seblom mintak free gift.
Kau beli barang nak diskaun, pastu mintak lagi free gift. Lempang taknak mintak sekali?
Dua kali pun aku boleh bagi.

Dah mintak free gift satu hal, demand lak tu.
Alahaiiii, jenis macam ni kalau dapat kat aku, memang aku tak reply dah. Aku wat dek je.
Aku memang tak faham jenis manusia yang demand free gift.
Nama pun FREE dikkkkk.
FREE okeh. FREE!
Ko takyah keluar extra duit pun untuk free gift tu. Memang seller nak bagi. Apa dia kasik, ambik je la. Sometimes aku pelik jugak, kau sebenarnya aim barang yang kau nak beli ke, or aim kat gift?
Memang gift tu satu bonus. Sape tak suka barang free. Tapi perlu ke nak demand macam customer dalam screenshot sms gambar tu. Dah dapat benda free, lagi nak kondem. Padahal free gift tu tak dinyatakan pun di awal urusniaga jual beli. Bila dah dapat barang, dah bukak pakej, baru tau ada free gift. Tu lagi mau komplen ka????

Aku tak tau la, maybe ada jenis manusia yang macam tu. Maybe.
Aku pulak kalau beli barang online, benda yang aku paling aku utamakan - barang aku beli sampai, sama seperti apa yang aku order. Kalau ada defect, tu cerita kendian-kendian komplen. Janji barang kena sampai dulu. Ada free gift, tima kasih. Sebab aim aku adalah barang yang aku beli tu. Aku keluar duit untuk barang tu, bukan barang free gift.

Bila meniaga, memang kena hadap macam-macam perangai customer.
Kita ni sebagai seller, terpaksa menten macam emosi kita stabil 24 jam. Sometimes customer ingat dia lah satu-satunya customer kita. Kita kena hadap dia sepanjang masa.
Please....be considerate.
Tak semua seller yang customer-nya cuma 1-2 orang.
Ada yang beratus.

Aku penah nampak sorang frendlist aku upload screenshot sms dia tengking customer dia balik sebab customer dia kata dia penipu hanya kerana dia tak reply email/sms, sedangkan order form customer tu baru hantar sejam yang lepas.
Come on laaaaa....dalam masa sejam ingat orang takde keje lain ke.
Sejam tu singkat. Kalau kebetulan enquiry kau masuk malam, tak semua orang ada masa nak hadap komputer or kejap-kejap check henfon malam-malam ni. Banyak benda lain nak disettlekan dulu kalau dah sampai rumah. Ada certain kes, macam kes aku, aku terpaksa hold dari reply sebab nak allow pembooking-pembooking masukkan payment dalam masa 24 jam. Kalau payment tak masuk, baru aku release balik the bookings. Baru dapat reply email-email lain pulak. Ni jarang berlaku la, kecuali stok tak banyak macam Jubah Aqeela baru-baru ni.

Jangan kata ni penyakit pembeli online, pembeli offline pun ada.
Customer-customer biotech aku pun ada gak yang suka tanya-tanya gift ni.
Tapi dorang tak penah demand hadiah. Lagipun barang-barang yang dorang beli mahal-mahal jugak.
Selalunya yang beli instrument tu memang akan dapat samada free gift atau voucher untuk beli reagent. Yang beli bulk purchase pulak, aku offer samada nak diskaun ataupun nak gift.
Selalunya customer-customer ni nak diskaun je sebab dorang nak jimat duit grant.

Ada sorang reader ni pernah mintak nasihat aku pasal handle customer. Dia jual barang baby kalau tak silap. Dia cakap customer ni dah la nak beli murah. Pastu nak gift lagi.
Aku cakap - Jangan layan.
Simple.

Seriesly, aku tak berkenan dengan customer macam tu.
Bangsa nak menerima je. Tang memberi berkira.
Nak compare harga silakan.
Tapi, jangan pulak bila tak dapat apa yang ko nak, mula persoalkan seller berkira, service tak bagus.
Kau pun banyak sangat songehnya nak itu nak ini.
Kau dah dapat diskaun kan, nak demand apa lagi.
Yang aku peratikan, customer yang banyak cengkadak ni, endingnya tak beli pun.
Tanya je banyak.

Bukan tak penah jadi kat aku. Penah sangat.
Aku penah jual shawl harga RM37/pc.
Aku buat statement kalau beli 1-3 helai, postage adalah RM7.
Ada sorang Hamba Allah ni (aku rasa ni bukan reader, ni follower kat Page Fleur), tanya "Kalau beli sehelai, takkan pos pun RM7?"
Aku speechless.
Kau ingat aku ambik untung ke kat duit pos? So you expect sehelai tudung postage RM3?
Memang ada eh duit pos RM3? Ce check celah mana duit pos boleh dapat RM3. Nak jugak aku pakai khidmat courier service tu.

Please be considerate.
Memang betul, sebagai customer, kita ada kuasa membeli.
Tapi perlu diingat, yang membeli bukan kau sorang. So jangan nak lorat sangat.


EPHYRA PROMO
 
 By the way, Promo Ephyra RM500 ni, sehingga today je (4 Jan 2015)
Esok promo ni habis ya.
Tapi promo free skin bar masih ada. Banyakkkkkkkkkk.