2014-12-11

Cyber friends





Menggelabah kan aku tanya soklan yang sama pada 3 orang yang berlainan?
Semua ni hanya akan terjadi sekiranya perkara tu melibatkan internet atau printer aku kat rumah.
Dan 3 orang ni la yang memang aku carik. Takde orang lain.
Tiga-tiga orang ni lelaki, yang ketiga-tiganya aku kenal di alam maya.
So who says cyber friends tak boleh 'click'?
Yang ketiga tu kena padam nama sikit sebab dia lecturer. Kang student dia tau lak dia pun baca blog aku.

Tadi printer aku buat hal. Mula-mula ada ink pastu lama-lama blur blur blur and terus gone. Clean and clear. Macam aku print blank paper. Selalunya lepas clean nozzle dua tiga kali dah ok. Yang ni hampeh. Lansung takde efek. Yang pelik tu makin aku clean makin tak keluar apa-apa. Dah petang-petang ni aku malas nak memikir. Terus aku mesej 3 orang ni serentak. Macam-macam suggestion dorang bagi. Semua aku dah buat. Last-last kan, masa nak clean head buat yang ke tiga puluh lapan kali, baru aku terperasan pop out window kat screen.

Aku rasa ni lah penyebabnya :


Line yang aku point tu patutnya belah atas.
Tapi tadi dia ada kat bawah. The moment aku naikkan ke atas je baru ink keluar. Ni takde orang lain punya keje. Rayyan la ni. Dia memang jaki je dengan barang-barang dalam bilik aku ni. Ada je yang dia nak putar. 

Tapi taknak cerita pasal printer.
Nak cerita pasal cyber friends.

Orang kata, petua untuk berkawan di alam maya ni, cerita 20% je. Jangan cerita semua.
Sebab kita pun tak tau dengan siapa kita bercerita.
Terutamanya kat blog.
Kat blog nampak macam aku cerita banyak benda kan?
Nehi..Nehi...Nehi...
Nampak je macam aku cerita banyak benda, sebenarnya tak. Maybe dah terlampau lama aku blogging jadi orang dah tau banyak cerita tentang aku. Padahal kebanyakkan yang tau tu pun hanya cerita-cerita yang aku nak cerita kat blog je. Yang aku taknak cerita memang takkan ada orang tau la ye tak?

Aku kagum bila tengok ada orang yang boleh bersembang macam-macam benda kat twitter dengan cyber frens. Kebanyakkannya kenal melalui blog.
Series aku tak reti.
Mungkin salah satu sebab aku tak jumpa keserasian tu sebab aku tak berapa minat nak ambik tau hal orang. Jadi bila tak ambik tau, aku pun tak tau apa yang nak disembang. Nak pulak bila tengok orang lain rancak bersembang, aku malas nak potong mood. Kang tetiba aku tanya "Apesal? Apesal?"
Dah satu hal orang tu nak kena ulang.
Pernah gak jadi sekali dua aku tengok orang kecoh-kecoh komen kat satu status FB, semua orang macam tau apa situasi tu. Aku sorang je makan asap. Bila aku tanya "Apesal", kesian hamba Allah tu nak kena explain panjang lebar. Padahal cerita tu orang lain dah follow 2 minggu. 

Ada tak sesiapa kat sini yang ramai kawan, tapi sekadar kenal. 
Bila orang tanya "Kau kenal tak dia?"
"Kenal".
"Dia keje apa eh?"
"Entah"

Ok, aku jenis ni.
Seriesly, aku penah keluar dengan cyber friends yang sama 2-3 kali, tapi dah 3 kali keluar pun aku masih tak tau dia keje apa, aku tak tak tau nama anak-anak dia, dia orang mana pun aku tak tau. Kadang-kadang dah masuk kali ketiga jumpa baru aku tau ohhhh dia ni keje akauntan. Tu pun sebab dia tercerita pasal tempat keje dia. Kalau tak, mampus smpai ke sudah aku blur.

Kalau aku jumpa orang, aku jumpa for a reason.
Sama macam aku pi shopping. Aku tak reti window window. Aku pegi shopping, jumpa barang yang aku nak, terus balik. 
Kalau jumpa orang pun macam tu la. Mesti ada reason. Nak discuss keje ke, discuss projek ke. Tapi kalau nama nak melepak bersembang, kebarangkalian tu hampir takde. 
Nombor henfon blogger/reader boleh tahan banyak jugak dalam henfon aku ni. Tapi boleh dikatakan hampir takde bersembang. Sebab aku pun takde idea nak bersembang apa. That's why kalau open house, aku suka kalau reader/blogger/cyberfriends datang, supaya aku boleh kenal and this is the only time untuk aku melepak bersama. Tapi selalunya tak dapat nak lepak mana pun sebab aku sibuk melayan tetamu.

Akan ada certain orang yang kau bleh terus 'click' sekejapan.
Macam ada kimia.
Contohnya printscreen whatsapp yang ketiga tu, dia tu aku salah satu yang ada kimia dengan aku dari mula dia tegur aku kat FB. Sometimes memang kes-kes macam ni ada. Tetiba kau rasa macam ada chemistry. Bila dah lama-lama sikit baru aku tau kenapa ada chemistry. Rupanya dia adalah someone yang share the same background and interest dengan aku. 
Selalunya, kalau kawan tu di kalangan minat yang sama akan merapatkan lagi persabahabatan. 
Tak caya ce tengok orang yang suka berfashion, mesti kawan-kawan yang rapat dengan dia pun dikalangan yang ada interest yang sama. 
Yang suka shopping branded items, mesti kawan-kawan di kalangan punya minat yang sama. 
Yang minat parenting, mesti topik perbincangan banyak pasal hal anak-anak. 
Yang suka travel, mesti di kalangan yang enjoy travelling jugak. 
But of course, kena pelbagaikan sahabat. 
Cuma keserasian tu akan jadi lebih tinggi bila kau dapat member yang sekepala.

Aku pernah berkawan dengan sorang cyber fren, lelaki.
Tak penah jumpa, tapi setahun jugak la bersembang. That was like 6-7 tahun lepas. Kenal kat MySpace. Sembang pasal keje and bisnes dia. Dia supply engineering product, so keserasian dalam berkawan tu ada sebab aku pun dari nature of work yang sama. Kitorang banyak discuss pasal cara nak siapkan tender and win deal. Seronok. Tapi, jadi renggang bila oneday dia bagitau dia nak kawen lagi satu, dengan staff dia sendiri. Dia mintak pendapat aku. Bukan aku menafikan hak dia nak kawen lagi, tapi aku tak rasa aku nak menyokong. Kau nak kawen, kau kawen lah. Tapi jangan mintak sokongan aku sebab mana-mana pompuan pun takkan sokong laki nak kawen lagi satu. Aku tak bangkang ni dah cukup baik. Tapi kalau nak aku sokong tindakan kau, memang tak kot. Jadi aku jauhkan diri sebab aku pun taknak aku tersound dia pasal kes nak menikah ni. Now, bila pikir-pikir balik, rugi pulak aku yang tinggalkan persahabatan tu. Sebab dia memang baik. Cuma dulu aku too emotional bila dengar ada lelaki nak kawen dua tiga, disebabkan aku taknak maki dia, jadi aku jauhkan diri. Ntah mana la dia now.

Cyber friend atau tak, namanya tetap friend.
Kalau orang kata cyber friend tak boleh dipercayai, mungkin pengalaman yang membawa kita kepada persepsi yang berlainan.
The truth is, everyone is going to hurt you. 
Cuma bak kata Ustaz Kazim, carilah kawan yang tidak membuka aib kita walaupun kita dah tak berkawan lagi dengan dia. 



EPHYRA PROMO