Mentang-mentang la yang memohon tu orang susah, ibu tunggal pulak tu, takde laki nak backup, patutnya kau memudahkan ibu tunggal tu tapi mintak habuan seks pulak. Alahaiiii...bini mogok ke bang yang sampai nak makan kat luar pulak ni. Misai dah tumbuh uban pun bang. Bawak-bawak la sedar diri.
Situasi macam ni memang bersepah. Tinggal lagi nak buat report ngan tak je.
Aku pun penah kena dulu. Dulu la, time pakai skirt rambut free hair baju transparent.
Orang akan kata sebab pompuan pakai seksi la maka lelaki tu berani mintak yang bukan-bukan.
Takde maknanya. Tengok jugak jantan tu jenis macamana.
Ibu tunggal yang dah sedia susah ni aku tak rasa dia akan pakai seksi time nak mohon rumah PPRT. Takde nye. Kau berkelubung dengan kain guni pun kalau dah nama jantan jenis gatal buah, dia akan mintak yang bukan-bukan jugak.
Macam kes aku dulu sorang customer ni bertittle Dr., hanya disebabkan dia plan nak beli produk yang beribu-ribu, banyak lak cengkadak dia mintak aku macam-macam. Takde la sampai mintak seks. Tapi menyampah jugak la aku melayan. Mula-mula ajak jumpa malam. Siang dia too busy katanya. Nak jumpa malam? Okeh, aku jumpaaaa. Tapi aku bawak En Wan, angkut ngan Redza sekali. Apa dia ingat aku nak tadah diri aku malam-malam jumpa dia alone? Ingatkan nak jumpa lama sangat sampai tak boleh nak squeeze masa lansung time siang, rupanya kejap! Buang duit minyak aku je drive tengah-tengah malam nak jumpa kau. Kalau aku ta dia nak jumpa kejap macam ni, baik aku jumpa time lunch je. Ni bukan apa ni. Ni semua tektik nak mengote. Pegi mamp.
Agaknya dia tak puas hati first round tak menjadi, next round dia akan discuss over lunch.
Tapi dia suruh aku fetch dia kat ofis and lunch sama-sama kat luar.
Again, pelik.
Sebab dia kata dia cuma ada 1 hour je untuk aku, tapi kau nak ajak aku makan kat luar. Dalam masa sejam, mana nak discuss, mana nak drive pi cari kedai makan, mana nak tempuh jem, nak carik parking..gila pelik. Rupanya, dia nak cari peluang berdua dengan aku. Dan tempat paling sesuai adalah dalam kereta. Cam lahanat. Pastu kat parking lot, tetiba je dia paut bahu aku. Aku pekik sekuat-kuat ada macam nampak flasher. Terkejut dia. Gila takut aku time tu. Cuma masa tu aku tak dapat nak buat cilaka sangat sebab masa tu aku masih bekerja dengan orang. Jadi aku taknak boss aku salahkan aku kalau jadi apa-apa dengan deal tu. Kalau time ni aku dah run own company, memang aku perambat dia keluar dari kereta aku. Mampus la kalau tak win the deal pun.
Aku geli dengan set-set kaki raba macam ni.
Mentang-mentang kau ada kuasa penuh kat projek tu, dorang ingat orang-orang macam kita ni senang nak kena pancing dengan kote kau yang tak seberapa tu. Eh pegi jahanam boleh?
Muka hensem, blaja pandai, tapi perangai macam musibat.
Aku tak menang pun tender tu. Sebab lepas kejadian tu aku tak follow up apa-apa dengan dia. Dia email, dia call aku tak angkat. Eh tak menang pun takpe lah daripada aku kena tadah bontot aku untuk diraba. Selisih!
Tapi nak dijadikan cerita, ada satu malam tu aku terserempak dengan dia kat SALAM Medical Centre. Aku tak sure apa aku buat kat SALAM ni. Tapi masa tu aku ada dalam kereta. En Wan je yang masuk ke dalam. Dari jauh aku nampak macam kenal je kelibat lelaki ni. Bila dia datang dekat terus naik bulu roma aku. Series aku menggigil dalam kereta. Macam nampak perogol. Aku lock kereta and buat-buat concentrate pandang henfon. Tapi dengan ekor mata aku nampak dia ni makin dekat dekat dekat.....rupanya dia park sebelah kereta aku! Tapi aku perasan dia berdiri lama depan kereta aku seolah-olah macam dia cam aku and tunggu aku angkat muka pandang dia. Sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!! Masa tu aku dah bajet, kalau aku ketuk tingkat kereta aku ni, aku akan hon bertubi-tubi biar sampai semua orang pandang. Pastu aku nak jerit PEROGOLLLLLLLLLLLL!!
Rupanya dia salah seorang dokter kontrak kat SALAM.
Dalam kepala aku dah terbayang ntah berapa ramai la pesakit kena raba dengan dia.
En Wan masuk kereta nampak muka aku pucat. Dia tanya kenapa, aku bagitau aku nampak customer yang cuba meraba aku dulu. Tapi dia dah blah dah masa tu so takleh buat apa dah. Lepas tu aku tak jumpa dah dia. And aku berharap takkan jumpa dah dengan dia and jangan la anak-anak aku berkenan ngan anak-anak dia. Series, aku geli. Geli sampai nak menangis.
Tu la first time aku kena sexual harassment.
Memang menakutkan. Bila teringat rasa nak nangis. Rasa geli. Rasa taknak pegi keje. Takut nak keluar sebab taknak terserempak. Tu baru kena paut kat bahu. Belum lagi those yang kena raba bontot, raba tetek, kena gesel-gesel dalam komuter semua. Scary tau tak. Kau ingat pompuan suka sangat kena raba? Tu kita yang dah faham. Kalau budak-budak kecik yang belum faham tu lagi la troma sepanjang hayat. Sebab aku yang dah berlaki dah beranak ni pun bila kena peluk ngan jantan bangang tu sampai skarang takleh lupa kejadian tu. Tu je la sorang customer aku yang perangai tak senonoh. Ramai je customer aku lelaki tapi dia sorang je perangai macam tu. No No No. Aku tak rasa penyebabnya adalah kerana pakaian wanita. Aku ramai kawan lelaki, kebanyakkannya aku kenal dari zaman aku pakai baju tak cukup kain sampai now, dorang sangat hormat kat perempuan. Lelaki bajet hot je yang berani buat perangai raba meraba ni. Perasan kita hadap sangat ke dia.
So now aku ada pengalaman ngeri melibatkan 2 orang lelaki.
Satu ex aku.
Satu kaki raba.
Tapi kalau dibagi pilihan, aku lagi rela kena tunjal dek ex aku dari kena peluk again ngan dokter tu.
p/s : Hari ni Ibal nikah. Kalau sesiapa di KB nak datang reception Ibal kat sini, jemput datang esok 13 Dis 2014 di Lot 884 Kampung Penggu, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Jamuan makan 12-5pm. Pengantin bersanding 2pm.