walk on wings, tread in air: Serabut nak kawenkan anak <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Serabut nak kawenkan anak
2014-11-13

Semalam kebanyakkan yang email bertanyakan 'iklan barter system' ingat aku nak upah barang (produk) dari dorang. Maka ada yang siap nak bagi aku satu set facial care yang dorang jual.

CHOI!!!

Melampau nau tu.
Takdenya.
Aku bukan nak trade barang ngan korang la.
Aku nak trade service je. Email la aku dulu kalau nak tau lebih lanjut ok?

Aku sebenarnya dah dalam mood kalut.
Macam aku pulak yang kawenkan anak ni oii.
Candy buffet belum bayor.
Hantaran baru bayar deposit.
Telekung hantaran tak beli lagi. 
Kereta sewa kat KB tak book lagi. 
Setup hiasan dewan tak pi check ngan wedding planner lagi.
Dengan nak pikir baju pengapit, baju dulang girls, baju immediate family members yang belum bertempah lagi. Ni mau silap-silap aku tukar kepada tema SUKATI JANJI CERIA.
Hoih ni sape yang nak kawenkan anak ni??? 

Ni yang Mak Aji cakap "anak lelaki takpe, tak banyak sangat benda nak kena siapkan..."
Ha'ah ye sangatttttt lah.
Tapi mungkin anak lelaki yang ni ada pengecualian sebab dia anak lelaki tunggal dan anak bongsu dan juga anak yang paling itam. Spesel la sikit kan. Kah Kah Kah.


 Cilok gamba kat FB kau, Dill.

Ni cousin aku, yang juga dah jadi immediate family member sebab laki dia si Aiman Lee tu adelah anak angkat Pak Aji. (ni gamba lama, now dah kawen 3-4 tahun).
So kalau orang tanya berapa orang adik beradik aku ada, jawabnya OMPEK.
Siapa paling tua? 
Tetap aku walaupun Aiman tu lagi tua dari aku. Hahaha. Eh sukati aku la kan.

Camni kan senang.
Ni first time aku jumpa orang bertunang simple macam ni.
Sauk je la baju apa yang ada janji bertunang ye tak. Baju grand pun bertunang, baju biasa pun namanya tetap majlis bertunang.
Kalau la Ibal ni pompuan, memang aku buat macam ni. Hilang serabut aku.
Cewah, mentang-mentang la bukan majlis aku, boleh la cakap. Kalau kena kat diri sendiri mau mengempas-hempas bila makbapak tak buatkan majlis kan. 

Semalam kat Instagram aku up gamba susu Anlene.
Pastu pagi ni ada orang email ok ke tak minum Anlene.
Sebenornya aku baru blaja minum Anlene 2 hari lepas.
Bila terasa diri dah nak masuk 40 tahun ni, kena la jugak jaga tulang. Dah la ko kejenya merayap sana sini outstation sana sini kan. Drive long hours lagi. Takde la rasa sakit-sakit tulang pun tapi nak berjaga-jaga je. Dah dia kata susu ni bagus untuk tulang, maka kita try la.
Rasa susu ni (original) ok je. Maybe aku dah biasa mentekedarah susu (Dutch Lady), jadi bila try Anlene tak rasa pelik sangat. Cuma susu ni aku rasa ada hawa-hawa manis. Takde la tawar hebeh.
Aku tak sure Anlene ni ada flavour apa sebab yang aku minum ni pun aku pesan En Wan belikan. Maybe ada cokelat or vanilla kot. Agaknya la. Gi carik sendiri.

Anlene suruh minum 2 kali je sehari, jangan lebih.
Aku belum try lagi apa akibatnya kalau minum lebih.
Tapi mak mertua aku pernah try minum lebih, sekali berak-berak.
Dia cakap berak yang tahap nak selak kain pun tak sempat. Hahaha. Nampak macam hazab sangat situasi tu. Tak tau la betul ke tak. Kalau rasa diri kebal boleh la try. Tapi pastikan jangan kau bawak keta kemana-mana pulak. Kang kalau time driving tu gesaan nak ke jamban tu tetiba sampai, mau mencungap kau dalam keta. Oi sorry la weh. Aku dah penah kena macam ni. Dah la sangkut kat jem tol Jalan Duta. Memang musibat dia punya feeling okeh. Kau tengah menahan dari terkencet dah hujung-hujung bontot dah ni pastu kereta depan tak jalan-jalan. Dia punya memulas tu takleh nak luah ngan kata-kata. Hanya peluh yang meleleh di tepi pipi saja yang menceritakan betapa kau sedang menanggung hazab. Kalau kau drive tetiba kau terperasan member sebelah berpeluh kan, tu memang tengah tahan nak tercirit la tu. Tolong jangan buat lawak masa ni. Mau makan penampa ko nanti.

Ok, hari ni aku dah finalizedkan wajah-wajah yang aku nak pakai untuk shooting new shawl Sabtu ni.
Insyallah tengahari kang akan ada someone yang email kepada sesiapa yang dapat.
Harap boleh respond secepatnya, kalau tak, kita akan tarik yang kita KIV ya. Boleh ya?




Antara email yang aku printscreen dari folder FleurbyMrsHim.
Sebenarnya ramai, tapi aku kena cari muka yang bole masuk dengan tema shawl kali ni.
Ada yang muka sharp, yang ni aku KIV untuk satin shawl sebab shawl satin sesuai untuk muka sharp.
Ada yang muka comel, bulat, aku KIV jugak untuk shawl warna-warna marshmallow yang akan datang.
Ada yang dah biasa buat photoshoot nampak gaya macam tak kekok, ha yang ni sesuai untuk jubah sebab jubah kena buat gaya-gaya sikit. Kalau shawl ni Lazada punya requirements kena pandang depan je. Buat muka beku. 
Kalau yang tak dapat apa-apa feedback dari kami, jangan risau. Semua gamba dah print and simpan dalam folder untuk rujukan akan datang. Cewahhh, dah macam talent agency aku simpan gamba-gamba potential model.

Ramai yang bagi muka mekap nipis or tak bermekap lansung.
Bagus. Aku suka.
Walaupun aku terpaksa gunakan imaginasi "Budak ni kalau dah mekap mesti lawa ni..", tapi ni sebenarnya cabaran untuk MUA :).
Oh yes, MUA yang akan terlibat dengan shooting Sabtu ni aku sendiri yang akan email. Tunggu ya. Today, insyallah.


Shortlisted.
Muka-muka ni macam sesuai je dengan pesen tudung aku kali ni.
Tapi aku nak pakai 2 je Sabtu ni :(

posted by aveo757 @ 11:57 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER